halwa telinga

Monday, May 2, 2011

akhlak yang selalu dilupakan

Abu : Semalam aku ke manshiah, dapat jubah ni, harga 150genih je. Murah kan? Penat tau aku runding dengan ammu tu..terkeluar anak tekak segala..
Ahmad : oh tak hebat lah kau. Aku dapat 80genih je!

-----------------------------------------------------------------------

Dalam kesibukan kita mengejar keredhaan Allah dan mengumpul amal kebajikan untuk dibawa bekal ke akhirat nanti, kita sebenarnya sering terlepas sesuatu yang sama pentingnya, iaitu akhlak.

Sering saja kita bertanya pada diri sendiri,
‘Oh sudah berapa helai Quran yang aku baca hari ini?’
‘Berapa rakaat solat sunat dah aku dirikan hari ini?’
‘Apakah puasa aku hebat hari ini?’

Tapi kita sering lupa untuk bertanya tentang
‘Berapa banyak hati yang aku guris hari ini?’
‘Berapa ramai orang yang aku sakitkan hari ini?’
‘Adakah aku telah gembirakan sesiapa pada hari ini?’
‘Mungkinkah aku ada tersilap meninggi suara pada sesiapa hari ini?’

Kita kembali kepada situasi di atas. Sebagai seorang sahabat, seharusnya Ahmad meraikan kegembiraan Abu. Bukankah lebih baik jika dikatakan pada Abu, ‘Wahhh, murahnya. Ajarlah aku macammana nak runding macam tu!’ InsyAllah sahabatnya akan merasa lebih gembira sebegini. Raikanlah kegembiraan seseorang. Ramai antara kita suka ‘spoil’ kegembiraan orang, seolah-olah tak berpuas hati jka seseorang itu melebihi kita.

Terlalu banyak situasi sebegini berlaku dalam pergaulan seharian kita. Ah jangan lupa pula situasi ini.

A : Kamu tahu tak waktu malam di Manshiah lebih meriah dari waktu siang?
B : Memang pun. Kamu baru tahu ke?

Seharusnya Encik B buat-buat tak tahu sajalah. Berlakon lah tak tahu sedikit untuk menjaga hati kawan kamu itu. Sombong sangatkah untuk merendah diri sebentar? Malahan saya sendiri malu jika dikatakan informasi saya sudah lapuk, niat di hati cuma mahu berkongsi bersama.

Suka untuk saya berkongsi sesuatu dari Imam Ata ibn Abi Rabah ‘Seorang pemuda mungkin datang kepadaku dan memberitahuku tentang sesuatu yang mungkin sahaja aku sudah sedia maklum. Malah mungkin sahaja aku sudah tahu cerita itu sebelum kelahirannya lagi. Namun, aku akan mendengar ceritanya seolah-olah aku tak pernah mendengarnya sebelum ini’

MashAllah! Nampak tak kehalusan akhlak beliau? Dalam mendengar pun masih dijaga adabnya.

Malangnya ramai antara kita pada hari ini yang suka memandang rendah pada kepentingan akhlak. Lebih sibuk menjaga puasa Isnin dan Khamis, tapi lupa untuk mengilatkan akhlak yang semakin pudar dari hari ke hari.

‘Yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik akhlaknya’ (Hadis)


* * *

sekadar berkongsi satu entry dalam blog UPI PCI.

sangat tertarik dan menarik. dan sangat2 setuju dengan kata penulis.

kadang2, kita perlu berlakon dan menyembunyikan apa yang ada di dalam hati, apa yang dialami....tanpa sedar, kita sedang menggembirakan hati seorang sahabat yang mungkin saja saat dia bercerita itu dia sekadar ingin melupakan kekusutan di kepalanya. tapi, kalau kerana ego kita lancang membalas ucapannya, tanpa sedar juga kita sebenarnya sedang menambah satu lagi luka.

No comments: