assalamualaikum WBT...
alhamdulillah, semalam kursus mentor telah selamat diadakan. kursus selama 2 hari cukup bermakna bagi saya selaku salah seorang yang ditaklifkan sebagai seorang mentor.
terngiang-ngiang ditelinga ayat 'fastabiqul khairaat'. berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan.
pintu kebaikan sangat banyak. cuma terletak pada kita selaku hambaNya untuk mencari,merebut, dan melakukan kebaikan-kebaikan itu. jika kita cuba kaitkan 'fastabiqul khairat' dengan hadis Rasulullah SAW mengenai suruhan untuk mencegah kemungkaran, amat jelas di situ bahawa kebaikan itu boleh dibuat dengan pelbagai cara.
sabda Rasulullah SAW,
"jika daripada kamu melihat suatu kemungkaran, maka dia hendaklah merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah merubah dengan lisannya. jika tidak mampu, hendaklah dia merubah dengan hatinya. dan itulah selemah-lemah iman"
membenci dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. kalau sebelum ni, kita boleh beralasan,
"macam mana nak tegur, aku ni sapa...."...tanpa kuasa?
nah, sekarang pintu untuk ada 'kuasa' itu sedia terbuka. tawaran untuk menjadi mentor terbuka kepada anda. pihak Mentor Council Alex adakan program The Apps. untuk mencungkil bakat2 baru untuk menjadi mentor kepada adik2 kita. tak kurang juga, pihak mentor council sibuk mentakdim anda untuk menjadi mentor. inilah perkaitan antara 'fastabiqul khairat' tadi dengan hadis Rasulullah SAW td. pintu kebaikan sudah terbuka. tinggal untuk kita rebut saja.
'kuasa' sebagai mentor.
"alah, adik2 SC je la yang boleh kite tegur. berapa ramai kat lua sana yang wat maksiat. takde kesan pun jadi mentor ke tak..."
anda diberi peluang untuk memegang satu kumpulan SC. apa yang ingin dicapai dari SC adalah menghasilkan muslim/muslimah yang terbaik. ini adalah salah satu method penyampaian yang pihak pimpinan telah fikirkan. ini adalah satu permulaan. kita cuba menyampaikan kepada satu kumpulan kecil. melalui pemahaman itu, mereka boleh sebar luaskan pada sahabat2 mereka yg lain wlwpun sahabat di Malaysia. permulaan itu sangat penting. tak kan lah terus nak berceramah pada satu kelompok besar andai kita tak menjanjikan api yang bakal terkeluar dari mulut kita. :D. memimpin kelompok kecil ini latihan utk kita memimpin kelompok besar kelak.
kita kena cuba fikir jauh. jangan restrict pemikiran kita yang hanya adik2 SC shj yang boleh kita bimbing. kawan2 dia yang kita kenal pun boleh turut sama. jadi, sebenarnya SC ni satu pintu kebaikan yang telah dibuka untuk kita. tinggal untuk kita rebut dan lakukan apa yang kita nak buat sebelum ni.
oleh sebab itu, kalau ada yang mengatakan menjadi seorang mentor ni satu taklifan yang berat, tiba terasa terbeban.. cuba ubah balik pemikiran tu. bagi saya, ditaklifkan sebagai mentor itu satu anugerah dari Allah. salah satu sebabnya, yang pasti taklifan itu datang dari Allah. kedua, macam yang saya kata tadi, ini pintu kebaikan. sampai bila nak terus berada pada tahap 'selemah-lemah iman' tu? apa kata cuba up sikit. merubah kemungkaran dengan tangan.
bagi yang sudah menjadi mentor, kenapa nak berhenti?
sangat sedih bila ramai dikalangan sahabat2 yang menarik diri dari menjadi seorang mentor. tanpa sedar, kita telah menolak satu pintu yang Allah buka untuk kita.
"die ade problem. tak sempat nak fikir pasal orang lain,''
"aku sibuk. takde masa nak buat sc,"
macam-macam yang saya dengar. ada masalah, sibuk, takut, serabut, takde ilmu, dsb.
cuba kita singkap kembali sirah Nabi Muhammad SAW, permulaan dakwahnya. bermula dengan usrah. pemula kepada dakwah Islam, sudah pasti sangat berat. tambah2 lagi, wahyu yang diterima itu wajib baginda sampaikan. sangat berat kan? dan lagi, keadaan kota Mekah pada masa tu sangat tak diterima akal untuk penduduknya menerima satu agama baru. menyembah berhala tu kan memang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka lagi. kalau Rasulullah SAW rasa terbeban, dan nak lepaskan tanggungjawab tu, agak2....Islam ke kita sekarang?
saat Rasulullah SAW kehilangan 2 orang yang baginda sayang; saiyidatina Khadijah Ra dan bapa saudaranya, tidak sedikit pun membantutkan usaha dakwahnya. kerja dakwah tetap diteruskan. padahal saat itu, baginda sangat sedih. sehingga tahun itu digelarkan sebagai tahun kesedihan.
seterusnya, sebaik selepas kewafatan Rasulullah SAW, kaum muslimin pada masa tu tidak 'bercuti' panjang. mereka terus melantik ketua @ pemimpin baru untuk mereka. mereka tidak mahu, kaum muslimin terkapai-kapai hidup tanpa pemimpin. lalu, saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik untuk menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Saidina Umar al-Khattab. kalau nak ikutkan, betapa sedihnya mereka pada masa tu. Rasulullah SAW yang tercinta telah tiada. betapa terasa kehilangan baginda. tapi, mereka tidak melayan perasaan sedih tu untuk berdiam seketika. kerja-kerja islam tetap diteruskan.
sebelum kewafatan Saidina Abu Bakar, Saidina Abu Bakar telah berpesan kepada Saidina Umar dengan mengatakan :
"Dengarlah hai Umar apa yang kukatakan ini dan laksanakanlah! aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya mengirim bala bantuan kpd Al-Muthanna. janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimanapun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah SAW wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana sebesar itu. demi Allah,andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat seksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi lautan api,"
Saidina meninggalkan pesan supaya tetap menghantar bala tentera membantu Muthanna yang sedang bertempur di medan perang di Iraq walaupun pada hari itu,pada saat itu, pada ketika itu dia wafat. jangan hiraukan jenazahnya. tapi, teruskan apa yang baginda wasiatkan itu.
apa yang saya cuba sampaikan, kalau kita nak kata ujian yang Allah timpakan kepada kita tu berat, berat lagi ujian yang Rasulullah SAW dan sahabat2 rasakan.
"sedap la cakap, ko tak rasa apa yang kami rasa,"
ye, saya tak tahu berapa berat, sejauh mana masalah yang anda hadapi tu membebankan anda. tapi, ujian Allah kan datang dalam pelbagai bentuk. dan tak sama antara seorang hamba itu.
cuba positif, masalah yang Allah timpakan itu sebagai tanda untuk menguji hambaNya sama ada mereka akan terus thabat atau tidak. jangan disebabkan masalah yang dihadapi, kita memilih untuk meninggalkan atau melepaskan salah satu tanggungjawab kita.
"saya tinggalkan untuk jadi mentor je. dakwah boleh lagi disampaikan dengan cara lain,"
ok, terpulang. sebab tu, saya tak mengkritik sepenuhnya bagi yang menolak atau melepaskan taklifan ini. mana tahu, mereka nampak ada satu method lain utk menyampaikan dakwah?
apa-apa pun, taklifan itu satu anugerah. yang memilihnya adalah Allah. tak kisah lah taklifan sebagai mentor, Ajk pelaksana program, AJKT, pengerusi persatuan dan sebagainya. jadi, cuba terima dengan hati terbuka. dan laksanakan sebaik mungkin.
"taklifan tu amanah kotttt..."
ye, amanah. tapi, perlu ingat amanah sebagai khalifatullah itu telah ditaklifkan sejak azali. taklifan2 yang disebut di atas pula adalah salah satu jalan untuk melaksanakan tugas khalifatullah itu. sebab tu saya kata itu adalah 'pintu'.
jadi, masuklah 'ruang' yang telah dibuka melalui 'pintu' itu. semoga menjadi khalifatullah yang berjaya di dunia dan di akhirat.
akhir sekali, minta maaf kalau ada kata-kata saya mengguris hati sesiapa. jumpa kat luar nanti biasa2 sudah eh. jangan attack secara zahir atau batin pulak. kita cakap elok2 naa. hehe~ :D
"sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa jika kamu tidak melakukan" As-Saff ayat 3.
semoga terus dikuatkan hati.