halwa telinga

Tuesday, September 17, 2013

berkahwinlah!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan diri bernafas di bumiNya, malah menjejakkan kaki di ardul kinanah yang dirindui ini. Alhamdulillah. Bermacam kisah yang terpaksa dilalui untuk tiba di sini :’)

Alhamdulillah, sedar tak sedar…sebulan sudah berlalu dari tarikh 9 ogos 2013. Dan sedar tak sedar sudah seminggu saya berjauhan dari suami. :’(

Dulu, saya tak faham kenapa orang yang berjauhan dari suami boleh menjadi tersaaaaangat homesick berbanding sebelum kahwin. Sekarang saya dah rasa. Dari hari pertama menjejak tanah alex, saya terputus hubungan dengan dia dan semua orang. Rumah takde line telefon, memang ‘nice’ lah. Internet tak bayar, so…tiada wifi. Keesokan harinya saya cuba untuk connect internet melalui phone. Juga tak dapat. Topup punya topup, juga tak dapat. Stress pada masa tu bukan seposen lagi….dah beringgit-ringgit! . Akhirnya hari ke-4 baru internet di handset saya berfungsi. Baru 4 hari..~~~~ :P



*Dan satu lagi benda yang saya perasan, bila dah berkahwin ni, saya jadi lebih sensitive. Senang sangat banjir air mata. Sampaikan kawan saya tak percaya, katanya…”bukan selalu kau macam takde perasaan ke?” *

**
Kenapa hari ni tergerak untuk menulis?

Maghrib tadi, masa ambil wudhu’ untuk solat maghrib….tiba2 teringat waktu pertama kali menjadi makmumnya. Minta maaf bagi yang membaca, tapi perasaannya saaangat syahdu. Sampai tadi terasa panas mata. =’). Dulu, saya ingatkan dalam novel atau drama tv je nak rasa syahdu2 ni. Rupanya jadi betul! Jadi, bukan poyo la eh :P

Segala puji bagi Allah yang menciptakan makhluknya berpasang-pasangan.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah” Az-Zariyat 49.

“dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” Ar-Rum 21.

Saya tak mampu nak ungkapkan apa itu nikmat sebuah perkahwinan, apa itu nikmat mempunyai pasangan yang halal. Apa yang pasti, setiap apa yang kita (isteri) lakukan untuk menggembirakan hati suami, akan mendapat pahala. Walaupun berjauhan, berusaha juga untuk bahagiakan pasangan kita. Kumpul pahala, syok kan? Tapi jangan lupa…isteri juga senang dapat dosa kalau tak kena caranya.

Seperti sedia maklum, wanita fitnah dunia. Itu yang Rasulullah saw pesan. Saya boleh kata, dengan satu ikatan pernikahan, banyak pintu2 fitnah yang dapat ditutup. Bila kita berjalan di luar bersama pasangan kita, terasa secured. Tapi, ingat…Walau pun kita dah ada suami, jangan pula itu menjadi tiket untuk terlebih mesra dengan lelaki lain. Lelaki tetap lelaki. Ok? Hubungan kita dengan lelaki lain TETAP sama walaupun sudah ada suami di sisi. Maksudnya, tang tundukkan pandangan, jaga mata, AURAT, SUARA , dan segala nya tu tetap dijaga.

Kesimpulannya, perkahwinan itu boleh jadi medan mengumpulkan pahala, dan boleh juga menjadi ‘perigi hitam’ yang penuh dosa. Terpulang kepada kita bagaimana sebuah rumahtangga itu dipandu.
Bagi yang bujang, ye….seronok hidup bujang. Boleh buat apa yang kita suka. Tapi, fitrah ingin berpasangan itu takkan dapat dielakkan. Salurkan fitrah ke tempat yang betul. Berkahwin lah.

“nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku” Riwayat Ibnu Majah.

Satu lagi hadis nabi Muhammad saw menyebut :

“ wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendak lah ia berkahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya ( terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”

Mudahkan perkahwinan. Kalau tak mampu buat walimah (kenduri), akad nikah la dulu. Yang penting ikatan yang halal. Tak best la duk post kat wall, keluar dating tapi terpaksa tahan2 perasaan.

Mudahkan perkahwinan, dari saat memilih pasangan….jangan terlalu memilih. Nak cari yang sempurna, memang mustahil.

“mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka” al-baqarah, 187. Saya pernah terbaca satu ulasan tentang ayat ini. Kenapa Allah gunakan perkataan pakaian untuk menyatakan suami isteri itu saling melengkapi? Pakaian yang terbaik adalah pakaian yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.  But they perfectly fitted. Pakaian yang cantik elok aje di badan. Jadi, bab mencari pasangan pun sama….nak cari yang perfect, susah. Tapi, ikut lah panduan Rasulullah saw….pilihlah agamanya, pasti kamu akan beruntung.

Aihh…nak cakap banyak pun tak layak. Usia perkahwinan masih sebulan jagung? :D
Tapi, kita sama2 saling mengingatkan.




Counting days to go back for good. insyaAllah 30 september 2o13, akan pulang sempena tamat belajar. insyaAllah.