halwa telinga

Friday, November 1, 2013

musafir masuk ke gelanggang

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, rasanya hampir sebulan sudah saya dan rakan-rakan seperjuangan pulang ke Malaysia ..for good. alhamdulillah, perjalanan 6 tahun itu berjaya ditempuhi. apa kisah disebalik perjalanan 6 tahun itu?.....setiap orang ada kisah yang berbeza.

Mesir.
sejak di tingkatan 4, itu lah target saya. mahu belajar perubatan di Mesir. apa booster saya untuk ke situ?

pada awalnya, saya tidak pernah dengar akan kewujudan kursus perubatan di mesir. saya mahu ke mesir, tapi bukan untuk menjadi ustazah. jadi, saya hanya berangan dalam mimpi. tetapi, apabila saya mendapat tahu bahawa ada kursus perubatan di mesir melalui sahabat yang sudah pun bergelar pelajar perubatan di universiti kaherah ketika itu, umpama anak panah yang tak sabar2 untuk dilancarkan, saya tekad....mesir, here i come!

apa istimewa mesir?

masa tu, saya tak tahu apa istimewanya mesir. yang saya tahu, mesir itu bagus. entah....seriously, sampai sekarang saya tak pasti kenapa saya nak sangat ke mesir.

apabila kaki telah dijejak di bumi yang penuh berkat itu, satu benda terlintas di hati.

'aku kena berubah'.

ya, syimah dulu bukanlah syimah yang sekarang. langsung tak sama. apa kisah di sebalik perjalanan perubahan itu, terlalu panjang untuk saya nukilkan. yang saya tahu, kehidupan saya seharian di iskandariah,mesir..terlalu banyak mengubah diri saya.

TERLALU BANYAK.

jadi, tak hairan lah ramai yang mengatakan 'mesir bumi tarbiyah'. orang mesir mendidik saya, orang malaysia di mesir juga mendidik saya.

orang malaysia di mesir. heh...saya kira mereka tahu siapa diri mereka. terima kasih atas tarbiyah daripada kalian. murabbi saya yang senior sudah lama bergelar HO di sini; malaysia. tinggal lagi di sana murabbi2 saya yang muda dan kuat, masih meneruskan perjalanan BOB. buat orang berubah. berubah kepada yang lebih baik.

saya terlalu sayangkan bumi itu. sangat. sebab itu lah, saat ditanya junior tentang masalah 'sambung malaysia atau egypt' suatu ketika dahulu, hati saya tersangat berharap mereka  masih memilih egypt. kerana saya yakin permata2 mesir masih belum digali sepenuhnya. namun, perancangan Allah itu yang terbaik. akhirnya, ramai juga memilih untuk menyambung di negara lain seperti india dan di tanah air sendiri; malaysia.

saya ke mesir sebagai musafir. musafir dunia yang mencari erti hidup di bumi Allah Yang Maha Kaya ini. kini saya kembali ke tanah tumpah darah....untuk beraksi di gelanggang sebenar.

kalau di mesir, kita dikelilingi suasana solehah. ada solat jemaah, ada usrah, ada yang mengingatkan saat kita lupa. sangat rindu apabila bertemu, akan ada yang bertanya "siapa belum baca al-kahfi? saya belum baca, jom baca sama2" . Allah.....wajah2 bersih dan menyejukkan itu, sangat saya cinta.

di sini, hari ini, tika ini,.....saya perlu sedar, mereka di sana, dan saya di sini. saya perlu mujahadah lebih untuk teruskan beramal di sini. semoga kami terus istiqamah dalam mencintai Allah Yang Maha Penyayang.

laa ilaaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimeen. T_T

doakan kami menjadi doktor2 yang kompeten. status graduates mesir agak kurang elok sekarang. banyak diceritakan graduates mesir dikatakan tak kompeten. walaupun begitu, ramai pula yang membela...graduates mana2 tak jadi masalah, yang penting masa kerja. humm....harap2 begitu lah.

keep calm =). orang kata, budak mesir ni, campak ke mana pun...insyaAllah boleh survive. saya harap saya boleh survive, dan kawan2 saya juga boleh survive. targetkan : setiap kepakaran yang ada di malaysia ni, ada geng kita. yokkkk! ^_^

wallahu a'alam. robbuna yusahhil.

pray for egypt, pray for malaysia. #prkSL

Tuesday, September 17, 2013

berkahwinlah!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan diri bernafas di bumiNya, malah menjejakkan kaki di ardul kinanah yang dirindui ini. Alhamdulillah. Bermacam kisah yang terpaksa dilalui untuk tiba di sini :’)

Alhamdulillah, sedar tak sedar…sebulan sudah berlalu dari tarikh 9 ogos 2013. Dan sedar tak sedar sudah seminggu saya berjauhan dari suami. :’(

Dulu, saya tak faham kenapa orang yang berjauhan dari suami boleh menjadi tersaaaaangat homesick berbanding sebelum kahwin. Sekarang saya dah rasa. Dari hari pertama menjejak tanah alex, saya terputus hubungan dengan dia dan semua orang. Rumah takde line telefon, memang ‘nice’ lah. Internet tak bayar, so…tiada wifi. Keesokan harinya saya cuba untuk connect internet melalui phone. Juga tak dapat. Topup punya topup, juga tak dapat. Stress pada masa tu bukan seposen lagi….dah beringgit-ringgit! . Akhirnya hari ke-4 baru internet di handset saya berfungsi. Baru 4 hari..~~~~ :P



*Dan satu lagi benda yang saya perasan, bila dah berkahwin ni, saya jadi lebih sensitive. Senang sangat banjir air mata. Sampaikan kawan saya tak percaya, katanya…”bukan selalu kau macam takde perasaan ke?” *

**
Kenapa hari ni tergerak untuk menulis?

Maghrib tadi, masa ambil wudhu’ untuk solat maghrib….tiba2 teringat waktu pertama kali menjadi makmumnya. Minta maaf bagi yang membaca, tapi perasaannya saaangat syahdu. Sampai tadi terasa panas mata. =’). Dulu, saya ingatkan dalam novel atau drama tv je nak rasa syahdu2 ni. Rupanya jadi betul! Jadi, bukan poyo la eh :P

Segala puji bagi Allah yang menciptakan makhluknya berpasang-pasangan.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah” Az-Zariyat 49.

“dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” Ar-Rum 21.

Saya tak mampu nak ungkapkan apa itu nikmat sebuah perkahwinan, apa itu nikmat mempunyai pasangan yang halal. Apa yang pasti, setiap apa yang kita (isteri) lakukan untuk menggembirakan hati suami, akan mendapat pahala. Walaupun berjauhan, berusaha juga untuk bahagiakan pasangan kita. Kumpul pahala, syok kan? Tapi jangan lupa…isteri juga senang dapat dosa kalau tak kena caranya.

Seperti sedia maklum, wanita fitnah dunia. Itu yang Rasulullah saw pesan. Saya boleh kata, dengan satu ikatan pernikahan, banyak pintu2 fitnah yang dapat ditutup. Bila kita berjalan di luar bersama pasangan kita, terasa secured. Tapi, ingat…Walau pun kita dah ada suami, jangan pula itu menjadi tiket untuk terlebih mesra dengan lelaki lain. Lelaki tetap lelaki. Ok? Hubungan kita dengan lelaki lain TETAP sama walaupun sudah ada suami di sisi. Maksudnya, tang tundukkan pandangan, jaga mata, AURAT, SUARA , dan segala nya tu tetap dijaga.

Kesimpulannya, perkahwinan itu boleh jadi medan mengumpulkan pahala, dan boleh juga menjadi ‘perigi hitam’ yang penuh dosa. Terpulang kepada kita bagaimana sebuah rumahtangga itu dipandu.
Bagi yang bujang, ye….seronok hidup bujang. Boleh buat apa yang kita suka. Tapi, fitrah ingin berpasangan itu takkan dapat dielakkan. Salurkan fitrah ke tempat yang betul. Berkahwin lah.

“nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku” Riwayat Ibnu Majah.

Satu lagi hadis nabi Muhammad saw menyebut :

“ wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendak lah ia berkahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya ( terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”

Mudahkan perkahwinan. Kalau tak mampu buat walimah (kenduri), akad nikah la dulu. Yang penting ikatan yang halal. Tak best la duk post kat wall, keluar dating tapi terpaksa tahan2 perasaan.

Mudahkan perkahwinan, dari saat memilih pasangan….jangan terlalu memilih. Nak cari yang sempurna, memang mustahil.

“mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka” al-baqarah, 187. Saya pernah terbaca satu ulasan tentang ayat ini. Kenapa Allah gunakan perkataan pakaian untuk menyatakan suami isteri itu saling melengkapi? Pakaian yang terbaik adalah pakaian yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.  But they perfectly fitted. Pakaian yang cantik elok aje di badan. Jadi, bab mencari pasangan pun sama….nak cari yang perfect, susah. Tapi, ikut lah panduan Rasulullah saw….pilihlah agamanya, pasti kamu akan beruntung.

Aihh…nak cakap banyak pun tak layak. Usia perkahwinan masih sebulan jagung? :D
Tapi, kita sama2 saling mengingatkan.




Counting days to go back for good. insyaAllah 30 september 2o13, akan pulang sempena tamat belajar. insyaAllah.

Wednesday, August 28, 2013

Tak Terhitung Nikmat Dari-Nya

assalamualaikum wbt

alhamdulillah...thumma Alhamdulillah!

ALHAMDULILLAH. kalimah yang sangat penuh dengan makna. sangat mendalam. tiada perkataan yang mampu menggantikannya sebagai lafaz kesyukuran atas nikmat yang diberikan Allah swt, Pencipta Yang Maha Agung, Maha Penyayang.

Alhamdulillah. pada 2 Syawal 1434 H yang lepas bersamaan 9 Ogos 2013, saya telah selamat dinikahkan oleh ayah saya sendiri dengan dia yang Allah takdirkan untuk menjadi pasangan hidup saya. bila difikirkan balik, rasa tak percaya. tapi itulah hakikatnya....tanpa sedar, masa berjalan...selepas lebih kurang 10 bulan bertunang, akhirnya kami disatukan, dan hari ini sudah 20 hari ye? Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah!

sedikit coretan mengenai saya dan dia. kisah kami mungkin tak seperti kebanyakan pasangan zaman sekarang. saya kata " macam orang dulu2". senang cerita, ibubapa yang mulakan langkah. =). walaupun kampung kami bersebelahan sahaja, tapi tak pernah pula kami berjumpa, apatah lagi kenal. punya jauh saya terbang ke mesir, akhirnya jodoh ada di kampung sebelah. :p

kisahnya bermula pada hari raya aidilfitri yang ke-2, pada tahun lepas, di mana saya tidak pulang beraya di kampung pada tahun itu. Dia bersama ibunya berkunjung ke rumah kami dan menyampaikan hajat mereka. Ma dan Ayah agak terkejut. Ma akhirnya tunjukkan gambar saya yang sudah berusia 5 tahun! (gambar tahun satu haaa ). kemudian adik saya menghantar mesej mengatakan ada seseorang bertanyakan saya.

apa perasaan saya? : tak nak percaya. sebab bab pasangan hidup ni bukan boleh main2. disebabkan saya ni tak nak percaya, adik saya minta saya call Ma. dan bila saya telefon Ma, Ma mengiakan cerita adik saya tu. Ma minta saya istikharah dan fikir betul2. Ma dan Ayah menyerahkan segala keputusan di tangan saya. kalau positif, mereka akan datang lagi raya haji nanti.

aduh......ini serius rupa2nya. haih...maka saya bertindak secara serius. istikharah dan berbincang dengan senior dan beberapa sahabat2 yang sudah berkahwin.

orang yang saya tak pernah kenal, boleh ke saya terima? selepas seminggu, Ma tanya dah ada jawapan ke belum. saya cakap tunggu hari jumaat, nak ambik berkat jumaat. akhirnya pada hari jumaat saya maklumkan kepada Ma yang mereka boleh datang pada cuti raya haji nanti.

cuti raya haji, saya pulang ke malaysia. ada yang kata saya memang merancang untuk bertunang. sebenarnya....perancangan untuk pulang sudah ada dari awal, tapi bukan untuk bertunang. saya pulang untuk ganti 'hutang' raya dengan Ma dan Ayah sebab tidak pulang pada aidilfitri.

pada 9 zulhijjah, keluarga sebelah sana datang untuk jumpa saya. orang panggil merisik ke?
10 zulhijjah, hari raya la.
11 zulhijjah, bertunang. 

.......dalam masa 3 hari ok? O_o

masa berjalan. tempoh pertunangan dijaga. sesekali ada terlintas di fikiran saya "betul ke aku pilih dia ni?". tak kurang juga soalan daripada teman2 yang tahu saya sudah bertunang "awak tak takut ke kahwin dengan orang yang awak tak kenal?"

di sini lah gunanya tawakkal. percaya dengan janji Allah. sesiapa yang beristikharah, takkan Allah sia2 kannya.

mulakan sesuatu perhubungan dengan baik, jaga hubungan pertunangan. bertunang tak semestinya kita boleh berhubung sesuka hati.bercinta selepas nikah itu berganda-ganda manisnya ^_^

akhirnya tiba lah waktunya. kami disatukan dengan satu ikatan yang kukuh yang disebut di dalam al-quran sebagai mithaqan ghalizhaa.  betul lah dikatakan berkahwin itu salah satu nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. sebak hati bila memikirkan saya ini telah diserahkan kepada orang lain. orang asing bagi saya. (menangis la daku di sebelah ibu T.T)

siapa sangka orang yang saaaaangat asing dalam hidup saya, kini menjadi suami saya. orang yang perlu saya utamakan. dia lah pasangan hidup. dia lah teman. kehidupan baru semestinya berbeza daripada kehidupan dulu. dulu i'm single, sekarang kena fikir untuk maslahat keduanya. yang pasti, hati ini lebih tenang. ^_^

tidak dinafikan di hadapan sana banyak cabaran yang menunggu. mohon doa daripada semua orang agar rumahtangga yang dibina ini dilimpahi kasih sayang Allah, sentiasa diiringi sakinah, mawaddah dan rahmah. 

benarlah kalam Allah di dalam surah Ar-rum ayat 21 itu. <3 p="">

*tak lama selepas itu keluarga kami diserikan lagi dengan kehadiran orang baru yang kedua iaitu baby Sumayyah. anak abang saya yang ke-2. Alhamdulillah!
*seterusnya pada hari yang sama dengan kelahiran Sumayyah, keputusan final exam saya diumumkan. Alhamdulillah syukur nikmat, lulus semua paper!

Allah...Allah...tak terhitung rasanya nikmat yang Engkau berikan kepada kami

"ya Allah, Tuhan yang menciptakan kami, Tuhan yang menciptakan cinta untuk kami nikmati....peliharalah kami. Limpahkan lah kepada kami kasih sayang Mu. Bantulah kami untuk terus mencintai-Mu"

**doakan kami yang berada di malaysia ni dapat pulang ke mesir semula. banyak urusan yang perlu diselesaikan **




Tuesday, April 16, 2013

Being A Mother :)

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah atas nafas yang diberikan. Alhamdulillah!

'ALHAMDULILLAH'

perkataan yang sangat padat dan tepat. Kisah kami semalam tak mampu diungkapkan dengan kata2, hanya mampu berkata 'alhamdulillah'.

apa yang berlaku semalam?
...
...
...

Alhamdulillah, semalam lahir sudah seorang puteri yang kami tunggu. puteri pertama LORDIANs. Alhamdulillah, sahabat saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam. dan yang menariknya, dan saya akan semat sampai bila2 dalam kotak fikiran saya adalah....apabila saya masuk dan tengok sendiri proses kelahiran si comel 'Ulfah ini.

oh...seorang pelajar perubatan melihat proses kelahiran bayi bukan lah sesuatu yang baru atau pelik atau layak dikagumi. Iya, betul. itu perkara biasa. Namun begitu, pengalaman melihat sahabat baik saya ini melalui saat2 menahan kesakitan dan tanpa putus asa cuba untuk bersalin secara normal itu, saaaangat saya kagumi.

kisah sahabat saya yang seorang ini sangat menarik. Dia berkahwin di bumi Mesir ini pada tahun lepas, tanpa kehadiran ibubapa tersayang. apabila diberitahu dia mengandung, masyaAllah.....tersangat lah gembira hati kami. dan betapa cepatnya masa berlalu, akhirnya lahir sudah puteri kesayangan sahabat saya dan suaminya. kali ini, seperti sewaktu berkahwin dulu, tetap tanpa keluarga di sisi.

kuat kan dia?

sungguh saya kagum dengan semangat sahabat saya ni. dalam tengah sarat mengandung, kaki tetap melangkah ke universiti untuk menghadiri kelasnya. orang yang sihat pun tak macam tu. :( . dalam tengah sarat itu juga, dia tetap bersemangat mengadakan usrah untuk adik2 usrahnya. Allah.....respek!

entah macam mana dia akan melalui tempoh berpantang nanti. semoga dipermudahkan! ^_^

*

ada yang tanya, "apa pengalaman yang tak dapat dilupakan tu?". soalan ini timbul apabila saya upload gambar baby dan tulis pengalaman yang tak dapat dilupakan. saya tak pandai bercerita. hanya saksi kejadian yang faham perasaan ini. =)

sahabat saya mula sakit dari pagi. pada pukul 10.45 pagi, sementara tunggu kelas pukul 12 tgh hari, saya pergi ke klinik untuk jenguk dia sekejap. tapi masa tu kami tak dibenarkan masuk. selepas habis kelas pada pukul 2 petang, saya bersama Noorhanun pergi ke hospital, dengan harapan apabila kami tiba di sana bayi sudah lahir. tapi tidak. baby xmo keluarrr :(

dalam pukul 3.15 lebih kurang, active labour started. sahabat saya mula push. kami dibenarkan masuk ke bilik bersalin disebabkan kami pelajar perubatan dan sahabat saya juga membenarkan. Alunan ayat suci alquran berkumandang. Kami pula masing2 mula membuka mushaf atau alquran dalam handphone. surah Yasin diulang-ulang. selawat diulang-ulang. Doa tak putus2.

sekali dengar suara dia menahan sakit, mata ini mula bergenang. Allah....kurangkan lah sakit sahabat aku ini ya Allah. :'( lama kami tunggu. si ibu juga tersangat letih. ayah pun letih. selepas hampir 2 jam dalam active labour, dan dah tak terkira berapa kali dia push, akhirnya 'ulfah lahir. serentak air mata mengalir. Allahuakbar! ini tanda kekuasaanMu Ya Allah!

Ulfah terus diiqamatkan. tak putus kucupan kasih sayang pada Ulfah dari kedua ibu dan ayahnya. betapa gembiranya wajah mereka. dan sangat tersentuh apabila saya terdengar suami sahabat saya cakap "anak ayah..." sambil membelai lebut kepala Ulfah.

Allah, begini kah perasaan ibubapa saat melihat anak mereka lahir? :")



pengajaran kisah semalam,

- jadi lah anak solehah.
- hargai ibubapa
- tak senang tau nak lahirkan anak!
- jangan putus asa. kuat semangat.
- dan kekuatan itu daripada Allah, Allah yang bagi. maka, pohon lah daripada Allah.

*

akhir sekali, tahniah untuk ayah dan ibu 'Ulfah. 'Ulfah kena kuat macam ayah ibu tau ^_^. kami acik2 dan ammu2 saksi yang melihat ketabahan ayah ibu Ulfah di sini. semoga jadi anak solehah, mujahidah agama, penyejuk hati ayah ibu.

mabruk alaikuma !




Saturday, March 9, 2013

Piano and Cello

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hari ini hari pertama saya dan kawan2 sekumpulan masuk ke unit cardiology. semuanya berkaitan dengan jantung. sejujurnya saya sangat takut untuk masuk ke unit ini kerana saya tersangat lemah dalam bab cardiovascular system. saya suka belajar, saya suka baca, tapi saya susah nak ingat. (err...macam mana tu?) T_T. semoga minggu ini dipermudahkan. amiin.

*

semalam kami bermesyuarat agung di Kaherah. Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN. nampaknya ini MAT terkahir yang saya hadiri.

terlalu banyak perkara yang sudah menjadi 'yang terakhir' kebelakangan ini. kerana hujung tahun ini, jasad ini bakal meninggalkan meninggalkan mereka yang saya cintai di sini. ini lah masanya untuk dimanfaatkan segalanya.

apa-apa pun, saya seronok ke MAT semalam walau kami bertolak pada pukul 2 pagi semalam dan tiba di Alex semula lebih kurang pukul 1 pagi. Alhamdulillah, kepenatan semalam amat berbaloi selepas melihat kematangan perwakilan dalam berbahas. dan alhamdulillah.....kelas di hospital pada pukul 8.30 pagi tadi berjaya dihadiri. =)

*
ini yang saya nak share kali ni.

"dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israel dengan lidah Daud dan Isa putera Maryam. Demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sungguh buruk apa yang selalu mereka lakukan itu" - surah al-Maidah ayat 78-79.

jelas di dalam ayat di atas berkenaan sikap mereka yang tidak melarang mereka yang berbuat kemungkaran dan apa balasan yang Allah berikan atas sikap mereka tersebut.

di dalam satu kelompok masyarakat, pelbagai warna manusia yang ada. ada yang alim, ada yang sederhana, ada yang lalai dan ada yang sengaja menjauhkan diri daripada agama. Islam mengajar kita tentang amar ma'aruf nahi mungkar. menyuruh kepada kebaikan dan melarang atau mencegah kemungkaran. bila mana kita tahu akan hakikat ini, maka tidak dapat tidak kita wajib melakukannya. itu lah yang diringkaskan di dalam satu perkataan iaitu DAKWAH.

dan andaikata kita mengambil pendirian untuk tidak peduli, kita diibaratkan bekerjasama di dalam kemungkaran yang dilakukan oleh insan-insan lain di sekeliling kita. dan kita tahu hakikat akibat daripada bekerjasama dengan kemungkaran....iaitu kita turut mendapat dosanya. naudzubillah min dzalik!

'tidak peduli-ism'. istilah yang tidak asing lagi bagi pembaca setia blog saifulislam.com. Iyup, pada zaman serba canggih, zaman manusia sibuk mengejar harta dunia, sikap tidak peduli kita kepada keadaan sekeliling sangat sangat sangat banyak. atau menebal?

ada satu video yang menceritakan betapa kita ini sangat IGNORANCE, seorang remaja perempuan dirogol di tengah-tengah kawasan flatnya sendiri. bukan tiada yang menyaksikannya...tapi hakikat manusia sekarang sangat bersikap tidak peduli. hanya mengintai dari tingkap rumah?!! kuatkan volume televisyen supaya telinga tidak mendengar jeritan remaja tersebut. how come?????!

"Dan Ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata " mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab yang sangat keras?" Mereka menjawab "agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa" Al-A'araaf 164

"Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami menimpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik" Al-A'araaf 165

"alasan" yang disebutkan itu ialah mereka telah melaksanakan perintah Allah untuk memberi peringatan.

secara mudah fahamnya, hidup kita untuk mencapai mardhatillah iaitu keredhaan Allah swt. maka, segala yang kita ada di dunia ini harus dijadikan wasilah yang berguna untuk mencapai redhaNya. termasuk lah dalam urusan amar maaruf dan nahi mungkar. maka, profession seorang doktor yang dikatakan hebat itu tidak lebih daripada hanya nilai tambah dalam hidup kita. title seorang doktor perlu digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan Islam di tempat dia berada.

begitu juga isu perkahwinan. Perkahwian cuma antara salah satu fasa dalam hidup. jadi, urusan dakwah takkan terputus di situ. betul tak?

alangkah indahnya apabila rijal dakwah bersinergi dengan permaisuri hatinya iaitu si srikandi Islam. keduanya ada peranan masing-masing. umpama piano dan cello....andai betul tone atau not (?) yang dimainkan, akan menghasilkan muzik yang sangat indah. ^_^. sinergi 1+1 = 3. nice kan?

apa-apa pun, walau dia itu digelar pemuda dakwah sekali pun, dia tetap seorang suami. maka ada tanggungjawabnya terhadap keluarganya. begitu juga si srikandi. sehebat mana srikandi di medannya, tidak dapat tidak tanggungjawabnya sebagai seorang isteri perlu dijaga.

sedikit nak share pesanan daripada Umamah al-Harith untuk puterinya sebelum puterinya diijabkabulkan. siapa umamah al-harith? boleh search sendiri =)



Wahai puteriku..
Sesungguhnya, jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.

Tetapi, ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai
dan pertolongan bagi orang yang berakal

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya
dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya,
maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami.

Tetapi, 
wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita

Wahai puteriku..
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang belum pernah dekat denganmu.

Dengan kekuasaanya, dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang akan menguasaimu.

Maka, jadilah diri sebagai abdinya, 
nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu.

Jagalah sepuluh perkara, necaya akan menjadi simpanan bagimu, iaitu...


Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.



ok. kembali kepada realiti. saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal dakwah, soal tidakpedulism, apatah lagi soal perkahwinan! sekadar lontaran idea.

semoga kita menjadi orang yang peduli.
semoga kita bukan lah termasuk yang Allah laknat.
semoga Islam menang.
semoga Islam terus tertegak.
semoga kita menjadi salah seorang srikandi Islam.
semoga Allah swt thabatkan hati kita.
semoga Allah swt melimpahkan rahmat Nya ke atas kita.

amiiin. ya Rabbal 'Aalamiin.

kenapa saya menggunakan piano dan cello. boleh cari The Piano Guys. ^_^

doakan kami!




Tuesday, February 5, 2013

Islam And Love

assalamualaikum wbt

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

saya harap percubaan untuk menulis kali ni berakhir dengan saya menekan button 'PUBLISH'. idea tersangat kering atau tangan malas untuk menulis? hurmm...mungkin keduanya bertukar ganti. ada masa rajin, saya yang tiada idea. apabila ada idea, malas untuk memikirkan ayat2 yang perlu disusun di sini. maka semuanya berakhir dengan menekan butang pangkah atau 'save' sahaja.

alhamdulillah, winter break selama 2 minggu semakin menuju ke garisan penamat. ke manakah saya selama 2 minggu ini?

menjadi penunggu setia mesir. =).

5 hari pertama saya berkampung di Cairo. menghadiri seminar anjuran PERUBATAN, maaradh kutub (2nd largest international book fair in Africa!), dan berjumpa sahabat2 lama. seronok. walau 5 hari sahaja, terlalu banyak ibrah yang diperoleh.

berkunjung ke book fair terasa heaven! seronok tengok buku2 tu. tapi....banyak kitab arab. kalau saya mampu baca kitab arab sendiri, mungkin boleh dibeli. tapi, apakan daya....dalam satu ayat, ada saja perkataan yang saya tercari-cari maknanya. maka, buku bahasa inggeris sahaja menjadi tumpuan kami. dan sangat teruja sebab terjumpa banyak buku pengarang2 kesukaan saya seperti Abdullah Nasih 'Ulwan.

siapakah dia?

Sheikh 'Abdullah Nasih 'Ulwan ni terkenal dengan buku karangan beliau berjudul Tarbiyatul Aulad fil Islam. tapi, hari tu banyak lagi buku lain yang saya jumpa. antaranya Islam and love (Islam wal Hubb), Islam the Law Of Life.

dalam Islam and Love, bukan bercerita sepenuhnya mengenai cinta manusia sesama manusia tu. menariknya diceritakan tentang ranks of love. cinta terbahagi kepada 3 bahagian.

-high rank love (cinta kelas pertama)
-middle rank love (cinta kelas pertengahan)
-low rank love (cinta kelas bawah)

cinta kelas pertama, atau high rank love atau cinta highclass ni limited kepada cinta kepada Allah dan Rasulullah saw. walaupun ada cinta sesama manusia seperti cinta antara ibubapa dan anak, cinta suami isteri, cinta sesama sahabat, yang meletakkan cinta mereka itu kerana Allah, tetapi cinta terhadap makhluk2 lain ini terletak di dalam cinta kelas pertengahan.

kenapa?

sebab cinta kepada Allah dan kekasihNya Rasulullah saw ini sangat EXCLUSIVE. tiada cinta yang setanding dengan cinta kepada Allah dan RasulNya. Allah lah Pemilik alam ini, Allah yang mengatur alam ini, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang menetapkan syariat hidup manusia, Allah lah pemilik segala-galanya! seorang hamba yang betul2 merasakan kecintaannya kepada Allah swt akan cuba sedaya upaya untuk tunduk, akur, patuh, dan sujud kepada suruhan Allah swt. kerana dia tahu bahawa, walau sehebat mana pun seorang hamba itu, hamba tetap hamba. Allah swt mampu melakukan apa saja dalam sekelip mata. dan saat itu, hamba itu tahu bahawa dia takkan mampu menolak qudrat dan iradah Allah swt.

kecintaan kepada Rasulullah saw pula dihuraikan dalam buku 'Islam and Love' ini dengan menceritakan keindahan akhlak Rasulullah saw. Baginda lah makhluk paling sempurna atau biasa kita dengar dengan kalimah ma'sum. tiada dosa baginya.

kata Imam Malik Rahimahullahu alaih " setiap manusia melakukan kesilapan kecuali yang disemadikan di dalam makam ini (makam Rasulullah saw)"

kalau kita menyingkap sirah Rasulullah saw, terlalu banyak kisah yang wajib diambil ibrahnya. singkap dan hayati. ada terdengar satu rakaman ceramah ustaz zahazan tentang tafsir surah an-Nasr, kisah yang dikemukakan adalah berkenaan saat kewafatan Nabi Muhammad saw. sayu rasa hati. rasa seolah umat Nabi Muhammad yang seorang ini sangat jauh dari menghayati perjuangan baginda saw.

di dalam cinta highclass ini juga menyebut bahawa, hamba yang betul2 cintakan Allah swt dan Rasulullah saw ini tidak dapat tidak pasti akan cinta kepada jihad. iaitu jihad menegakkan agama Allah swt di atas muka bumi ini. seorang hamba itu sangat cinta kan jihad ini sehinggakan dia meletakkan bahawa, tak kisah apa hasilnya nanti, cuma yang pasti antara dua kemungkinan sahaja iaitu syahid atau kemenangan. maka, di manakah kita? adakah kita merasakan tiada peluang jihad di tanah air kita?
*fikir. tenung diri sendiri. cari jawapan*

rupanya berjuang di jalan Allah swt ini terletak dalam kategori cinta high class. so, tak nak rebut?

cinta kelas pertengahan. secara ringkasnya, diceritakan bahawa cinta kelas pertengahan ini adalah cinta antara ibubapa dan anak, suami isteri, sahabat dan orang islam yang lain. cinta yang berlandaskan syariat Allah. tujuannya adalah

"...untuk kamu berkenal-kenalan" (al-hujurat 13)
mempersaudarakan. "sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (al-hujurat 10)

supaya kehidupan hamba ini harmoni. sentiasa dalam rahmat dan maghfirah Tuhannya Allah swt.

beberapa hadis Rasulullah saw ada menyebut bahawa :

"You are not a true believer until you like for your brother muslim the things you like for yourself"

"a believer should not hate a bad characteristic in his wife, for she may have also a good one"

"whosoever believes in Allah and the lasst Day should be generous towards his neighbors and his guests"

terlalu banyak hadis yang menyebut tentang kasih sayang sesama makhluk ni.

cuma sekiranya cinta dan kasih sayang itu didasari atau mengikut hawa nafsu dan jejak langkah syaitan, cinta itu terus jatuh ke tangga paling bawah. low rank love. naudzubillah min dzalik. semoga dijauhkan daripada cinta kesyaitanan itu.

daaa....sekadar sedikit perkongsian tentang buku yang dicari setelah sekian lama :) alhamdulillah.

oh ya, hari tu...saya ada ternampak satu pasangan suami isteri ni. si isterinya tempang. jalan terhinjut-hinjut yang dasyat. dari jauh lagi saya nampak mereka. apabila saya berselisih dengan mereka, rasa sayu menyentuh hati. mereka masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa seperti pasangan bahagia yang lain. walhal, banyak saya dengar kes pergaduhan dan penceraian antara suami handsome dan isteri cantik. orang yang sempurna pun belum tentu mampu mengecap bahagia di alam rumah tangga, kan?. dan sungguh saya taajub dan bangga suami kakak tu mampu menerima isteri nya SEADANYA. she's his wife and till Jannah insyaAllah will be his wife. aamiiin. ^_^

10 minit kemudian, saya terserempak pula pasangan oldies. pak cik makcik atau mungkin sudah berpangkat datuk dan nenek. mereka baru turun tram. langkah si isteri perlahan, namun si suami tetap memimpin tangan si isteri berjalan selangkah demi selangkah. tanpa sedar, saya tersenyum sendiri. bagus kan? dari dulu saya tertanya-tanya, macam mana sepasang suami isteri mampu kekal bersama sehingga ke usia tua? malah sehingga ke akhir hayat mereka? tak bergaduh?-mustahil. namun itu lah kuasa Allah swt.

Ar-Rum 21. tadabbur lah dengan hati. mawaddah wa rahmah itu satu anugerah daripada Allah swt.
"sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir"

gambar hiasan sahaja


                                     
sekadar di sini saja kali ni. lama tak update. harap selepas ini mampu aktif kembali. menulis di saat2 akhir tamat pengajian. 'rumah' saya ini lah diari kehidupan di sini sepanjang 6 tahun. kemungkinan blog ini akan dihapuskan kot selepas tamat belajar. kita tunggu dan lihat.

wallahu a'alam.



Sunday, January 6, 2013

Ruhul Jadid

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. minggu ketiga di dalam internal medicine course. 3 minggu yang terasa bagai sekelip mata. rasanya, belum sempat menghadamkan pelajaran di satu unit, sudah terpaksa berpindah ke unit lain. minggu ini saya di chest department. dan hari ini di'basuh' oleh profesor yang prihatin. terima kasih prof! motivasi yang sangat bernilai disaat kami lelah mengejar ilmu Allah swt. terima kasih. semoga Allah merahmati mu.

*
sekarang sudah masuk 2013. dan secara tidak rasminya umur daku melangkah ke 25 tahun. Allah Allah Allah. pernah suatu ketika dulu, saya terfikir bahawa saya tak sempat sampai ke umur 25. entah, mati itu bila-bila masa kan? dulu kalau rasa  tak sihat, konon akan 'pergi' awal. Tambah lagi bila belajar medic, segala penyakit dirasakan ada pada diri ini. *medical student syndrome*. tapi lama kelamaan, baru sedar bahawa penyakit itu bukan syarat mati. dan usia tua juga bukan syarat mati. bila2 masa saja...kita akan pergi mengadap Ilahi. Cukup lah mati itu sebagai peringatan untuk kita sebagai hambaNya.

jadilah hamba sebenar-benarnya hamba.

hari ini, madrasah nabawi khas diadakan di Masrah Iskandariah. bicara hari ini berkenaan pasca revolusi Mesir. beberapa perkara yang banyak membuka mata kita SEANDAINYA KITA BERFIKIR. kalau diikutkan, situasi politik di Mesir lebih kurang sahaja dengan situasi politik di Malaysia. namun, tak semua mahasiswa mahasiswi di Mesir ini sedar akan hakikat ini. sangat pelik bin ajaib apabila ramai daripada kami sangat cakna dengan situasi di Mesir, sampaikan tolong berkempen sekali di facebook semasa pilihanraya hari tu. (semangat!) . Tetapi dengan situasi di Malaysia? hampir2 ZERO.

sama ada sedar atau tidak, tidak dapat tidak kita tetap rakyat Malaysia. kita tetap dipimpin oleh pemimpin di Malaysia. tapi kenapa, sikap kita terhadap keadaan di tanah air tak sama dengan respon kita apabila melihat keadaan di Mesir?

Terlalu banyak isu yang dimainkan di tanah air, terlalu banyak pendapat2 yang dikeluar atau terkeluar berkenaan isu2 tersebut. ada sokong, ada bangkang. kadang2, melihatkan newsfeed di facebook buat saya sendiri lemas. apa ini? semakin lemas apabila melihat kewujudan golongan yang faham, cuba buat2 tak faham. akhirnya, terjumpa ayat ini. cukup menjadi peringatan kepada diri ini dan kita semua. insyaAllah.

"wahai orang2 yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan jangan lah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan" -Al-Maaidah ayat 8.

BERLAKU ADILLAH. di dalam al-quran Allah gunakan fi'il amar (kata kerja yang menandakan arahan). 

sungguh, berlaku adillah. 

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh Engkau telah menghinakannya, dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim" Aali 'Imraan ayat 192.

ok lah. saya berhenti soal politik. mungkin betul kata Ustaz, akhawat ni tak suka pasal politik ni. mungkin perlu difahamkan apa itu politik sebenarnya. kott laa. 

satu lagi point yang terkesan daripada talk Ustaz tadi adalah....JADIKAN MATI SYAHID ITU SEBAGAI CITA2. Allahu Akbar. tiba-tiba hati terasa sebak tadi. ya, cita2 untuk menjadi syahid. bukan 'syahid' di dalam dewan kuliah, bukan 'syahid' di meja study ...tetapi syahid ketika kita memperjuangkan agama Allah ini. meninggal ketika menuntut ilmu pun dikira syahid, kan? :)

alangkah indahnya kalau di meja study kita dilekatkan kalam2 taujihat seperti 'AKu Ingin syahid'. bukan sekadar menampal target pointer. 

mati itu pasti. tapi, lebih baik dan sangat indah kalau kematian kita itu adalah disebabkan syahid di jalan Allah swt. 

saya memulakan entry ini tentang kematian, dan mengakhirinya juga dengan kematian. 



berjuanglah wahai ansorullah,
dengan matlamat daulah Islamiyah,
berkorbanlah wahai yang beriman,
dengan harta dan segenap kepunyaan.


Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.



al-mautu fi sabilillah asma amanina...~

Sunday, December 23, 2012

Hapuskan air mata mu

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. thumma alhamdulillah!

hari yang sangat tenang. hari yang bahagia? mungkin =) . hari ini hari pertama melangkah ke semester terakhir di sekolah perubatan. iyup! semester terakhir ^_^. within these 7 months, (about 7 months) i will finish my medical course here.

apa perasaan? macam2 ada.

gembira?

mesti lah. nak habis belajar dah kan. =)

sedih?

pastinya! tapi, ditahan dulu perasaan sedih ini. apa yang penting, laksanakan tanggungjawab di sini. sumbangkan yang terbaik. in shaa Allah.

***

apabila timbul perasaan tidak enak, diri ini mula bermuhasabah. kira-kira...bukan kira-kira lagi! tapi dengan pastinya, segala apa yang dirasakan kesusahan pada diri kita sekarang adalah terlalu kecil dan sedikit berbanding mereka.

siapa mereka?

dalam fatrah study leave baru2 ini, bertalu-talu update tentang Syria naik di newsfeed. sangat mengujakan apabila mengetahui Mujahidin Syria sudah menghampiri istana Basyar laknatullah alaih. dan antara update terbaru, hampir 100 orang mujahidin yang telah syahid setelah bertempur dengan rejim Basyar berhampiran istana Basyar. menyayatkan hati apabila terbaca update yang menceritakan ada yang dibom semasa sedang membeli roti. terbayang-bayang suasana membeli roti arab, tak banyak bezanya dengan suasana di sini. kejam! ~~sungguh mereka tabah. sungguh aku ini lemah!

Kisah Palestin pula masih jua belum berakhir. serangan di awal muharam baru2 ini, membuka mata lebih banyak pihak. sangat mengkagumkan apabila presiden negara tempat saya belajar ini dengan lantangnya menentang serangan Israel. sempadan pintu Rafah yang dahulunya ditutup semasa pemerintahan rejim Mubarak, kini dibuka. terlalu banyak bantuan yang sampai melalui pintu tersebut. Allahu Akbar!

namun begitu, disangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari. Ada pihak cuba menjatuhkan Presiden Morsi. ada saja yang tidak puas hati. hakikatnya, serangan bertubi-tubi ke atas beliau bukan sekadar kerana dasar tidak puas hati....tapi kerana Islam sedang menjulang di bawah pemerintahannya.

Pengalaman menyaksikan proses revolusi di sini...cukup membukakan mata bagi yang berfikir. cukup lah menjadi double standard!

Islam akan kuat dengan kesatuan. yakin lah! bukti masih fresh. kerjasama Turki dan Mesir baru2 ini dalam isu Palestin  sudah menggugat jiwa pihak musuh. Itu baru dua buah negara Islam yang bersatu. kalau semua negara Islam bergabung, boleh bayangkan hasilnya? tapi yang pasti, Islam pasti menang suatu hari nanti. di mana2 sahaja. Islam pasti menang.

Syria, Palestin, Burma...cakna kah kita?

saya tak dapat nak membayangkan suasana Palestin. tapi paras rupanya mungkin lebih kurang saja dengan arab Mesir. tapi, rakyat Syria....wajah yang pernah saya lihat suatu ketika dahulu bermain-main di minda.




alhamdulillah...Allah beri peluang menjejaki bumi Syria sewaktu masih aman dulu. 3 tahun lepas kalau tak silap. ya Allah....selamatkan lah mereka. berikan lah kemenangan kepada Islam.

hapuskan air mata mu wahai anak kecil,
hapuskan air mata mu wahai ibu,
hapuskan air mata mu wahai ayah,
.....In Shaa Allah kemenangan itu pasti datang.

'Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.' (QS. al-Baqarah: 214)

doakan bersama!

*just a quick update from me. lama sangat tak bercerita*

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

Saturday, September 22, 2012

kenapa tudung labuh?

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

kurang daripada sebulan, saya dan rakan2 se-batch akan melangkah ke tahun akhir kuliah perubatan.

'dah nak habis?'

yup, saya sendiri rasa macam dalam mimpi bila difikir-fikirkan hanya tinggal setahun sahaja lagi kami berkelana di bumi barakah yang bakal saya rindui ini. memang cepat masa berlalu, tup tap tup tap....nah, sudah tahun akhir.

***

kenapa tudung labuh?

ramai yang mengenali saya di sini mahupun di UKM sewaktu kursus bahasa Arab 5 tahun lepas melihat saya yang bertudung bidang 60. ramai yang tak pernah mengenali saya yang sebelum itu.

macam mana ya saya sebelum ni?

sungguh diri ini manusia biasa sahaja. macam mana penampilan saya? i mean, tolak pakaian sekolah la.

kisah di usia sekolah rendah tak payah cerita la ye? standard budak sekolah rendah aje pakaiannya.

apabila melangkah ke sekolah menengah iaitu maahad tercinta, saya mula bertudung bulat labuh. mungkin masa tu saya seakan-akan terikut dengan suasana. tambah lagi, pada hari jumaat kami pelajar asrama memang diwajibkan bertudung bulat. jadi, ada lah waktu tu 2 helai tudung yang Ma belikan. tapi, pakaian itu tak lama mana, masuk tahun ke-2, saya dah tak beli tudung baru. dan kalau keluar rumah, saya pakai mana tudung yang ada saja, termasuk tudung bawal.

pernah juga terfikir di benak fikiran ni untuk kembali bertudung labuh yang saya rasakan pada ketika itu lebih selesa dan lebih selamat. tapi, kewangan tidak mengizinkan saya untuk berbelanja sendiri ketika itu. kebanyakan duit lebihan belanja harian yang Ma bagi setiap hari saya gunakan untuk beli buku rujukan dan buku latih tubi. alasan? Mungkin. Mintak Ma belikan?...humm, cukup2 lah saya menyusahkan dia selama ni. dan memandangkan saya ni saaangat jarang keluar rumah, jadi saya tak rasa saya perlu beli tuudung baru pun ketika tu. (sebab duk rumah je pun.huhu)

akhirnya semasa tingkatan 4, saya tekadkan juga untuk beli sehelai tudung labuh. dan tudung berwarna kuning muda berjaya dibeli. seronok bukan main lah kan :)). kenapa kuning muda? sebab untuk sesuaikan dengan banyak baju. =D. pada mulanya agak kekok rasanya pakai tudung bidang 60 ni. rasa besar tetiba. adik saya yang tolong saya pin kan tudung tu elok2 setiap kali saya memakainya...ini lah tudung pertama yang dibeli sendiri. sampai sekarang tudung tu saya simpan <3 p="p">
alhamdulillah, Ma cepat faham apa yang saya suka pakai. tak lama lepas tu, Ma ada belikan tudung bidang 60 berwarna hitam. kitorang share =). dan selepas tu pun, kalau saya cakap nak pergi beli tudung, Ma akan tunjukkan kedai yang jual tudung bidang 60. Alhamdulillah.

apabila kaki menjejak bumi tarbiyah ini, saya cuba sempurnakan tudung tu lagi walaupun masih belum di tahap yang terbaik gaya ustazah2 =). usaha itu kan penting.

*

apa point saya tulis pasal ni? ~~ saya cuma nak sampaikan, tak semua yang bertudung labuh ni dilahirkan untuk bertudung labuh. kadang2, ada yang segan nak labuhkan tudung sebab rasa tak layak dan sebagainya. ehem2...rasa macam tak betul sangat pendapat tu. wahai muslimah yang dikasihi, semua orang boleh bertudung labuh.

iman tak kuat , tak layak?

saya tak tahu pendapat pemakai tudung labuh yang lain. tapi ini pendapat saya. apabila kita bertudung labuh, tudung tu sendiri mengingatkan kita untuk menjaga akhlak kita, ibadah kita.. bagi saya juga, tudung labuh ni lebih selamat daripada gangguan2 tangan2 'syaitan' bertopengkan wajah manusia tu. saya pun bukannya arif sangat mengenai perihal tudung labuh, sekadar melontarkan pandangan.

nasihat dari insan kerdil lagi hina ni, sempurnakan lah pakaian antunna sebagai muslimah. menutup aurat bukan hanya di dalam solat, tapi juga di luar solat. saya tak meminta antunna bertudung labuh, tapi cuba lah sedikit demi sedikit berpakaian yang sempurna yang menutup aurat samada di dalam dan di luar solat.

nak pakai tudung bawal boleh, tapi pakai lah inner kat dalam =). elakkan nampak batang tengkuk kita tu. ^^

nak pakai selendang boleh, tapi cuba lah lilit biar menutup dada.

*

ada yang lebih ke depan, mula berniqab. ramai sungguh yang sudah berniqab sekarang. itu yang terbaik. itu kan pakaian isteri2 Rasulullah saw.

*

saya memang tak pandai nak cerita panjang2 pasal tudung labuh. tapi satu ayat selalu menjengah fikiran saya setiap kali saya pakai tudung.."I have to cover more".

*
sekian kisah tudung labuh. perasaan ingin menulis perihal tudung labuh bertambah-tambah apabila melihat poster ni di facebook.



Tudung labuh itu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan utk dia masuk ke syurga. Tapi dengan tudung labuh, itu membuatkan dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah yang Penciptanya mahukan. Dia mahukan sayang, cinta dan redha Allah itu tersemat dalam hatinya setiap masa. Insya-Allah ^_^

Tudung l
abuh itu juga bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati kita juga terjaga, akhlak kita terpelihara, dan akidah kita makin teguh pada-Nya. Insya-ALLAH.

Moga kita istiqamah, duhai muslimah! Moga akhlak kita seindah tudung kita! Biiznillahi Ta’ala! ^_^ ♥

semua orang boleh bertudung labuh. biar terikut-ikut, asal ianya bukan maksiat. kan? lama kelamaan sehelai tudung itu akan sebati dalam diri kita. insyaAllah. semoga kita semua istiqamah untuk terus dan terus BERUSAHA menjadi Solehah! 

***

minta maaf tulisan agak berterabur. 

Saturday, September 8, 2012

"jadi ustazah la nanti ye?"

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

baru selesai berperang dengan LIPAS di dapur. apabila tiba musim panas (soifi) ni, segala keturunan lipas mula keluar dan menyibuk di dapur.  habis sebotol penyembur lipas malam ni, sampai kepala saya dah naik pening terbau ubat lipas. -_-' . esok kita sambung lagi dengan ye! senjata seterusnya adalah ubat gegat.

***

seperti yang saya pernah tulis sebelum ni, ini merupakan kali pertama saya tidak pulang ke Malaysia di musim panas. maka, wajah-wajah yang kesunyian yang ditinggalkan oleh kawan2 ini lah yang bakal menguruskan kedatangan pelajar baru nanti. kali pertama saya melibatkan diri dalam keluarga AHLAN (program sambutan mahasiswa baru). tahun lepas saya hanya bertindak sebagai fasilitator. sekarang Alex sudah didatangi adik2 dari beberapa agensi dan KPT. dan kami pun dalam gerak kerja membersihkan asrama MARA untuk pelajar MARA yang bakal datang nanti. kalau tak silap 13 haribulan 9 nanti mereka akan tiba ke bumi penuh tarbiyah ini.

persiapan menyambut kedatangan adik2 kami nanti membawa saya ke kisah 5 tahun yang lepas. ye, saat saya menjadi 'adik' di sini.

*
semasa saya menyatakan hasrat untuk belajar di Mesir, Ma dan Ayah menyambut baik pilihan saya. depa cool ja. hehe. tapi, sepupu sepapat, pak cik dan mak cik agak terkejut. almaklumlah....saya mungkin dilabel sebagai pendiam, lemah, tambah pula tidak pernah berpisah dari Ma dan Ayah dan TAK PERNAH belajar di luar Kelantan, alih2 nak belajar di Mesir?

"biar betul?"
"boleh ke dia tu?"

kata2 sebegitu agak menggugat hati saya tika itu. tapi, apabila melihat Ma dan Ayah yang senang dan cool dengan keputusan saya, dan selepas beristikharah akhirnya saya bulatkan tekad di hati "ma ayah, kak ngah nak gi Mesir" =)

Alhamdulillah, Allah bagi peluang ini untuk saya. akhirnya saya menjejak ke bumi yang penuh kisah2 nabi dan rasul kita.

*
sebaik tiba di lapangan terbang Cairo yang pada waktu itu sangat  kalut bagi saya. rupanya itu standard suasana di Mesir...yang kalut, yang ribut, yang bising, yang serabut...itu lah Mesir. kelihatan di balai ketibaan, wajah2 Melayu sedang menunggu kami. Itu lah senior2 yang datang menyambut kedatangan kami si budak baru nak belajar ini.

kemudian kami dibawa ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) atau lebih famous dengan panggilan ARMA. kakak2 dan abang2 sudah bersedia untuk berprogram bersama kami.

"ooohhh....kat sini pun ada orientasi ek?"

kerana waktu itu sudah malam, dan waktu Malaysia pula sudah pukul 2@3 pagi, maka kami saaaangat lah mengantuk! huhu...sori abang2, kakak2...adik2 dah tak mampu nak buka mata. T.T ---> itu lah hari pertama ketibaan kami.

hari seterusnya, kami meneruskan orientasi dengan baik selama seminggu. sepanjang program, kemunculan senior2 yang hebat cukup menarik minat pada masa itu. mereka aktif berpersatuan, tapi mereka mampu mumtaz dalam pelajaran. sampai sekarang saya masih ingat akan perkongsian seorang senior yang ketika itu sudah di tahun 6 dan telah mendirikan rumah tangga ketika beliau di tahun 4. study maintain gu!

tapi ingat, lain orang lain ujiannya. bak kata Ma saya, orang lain mampu tak semestinya kita mampu. dan Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-Nya. jadi, jangan buat kesimpulan perkahwinan boleh men-cemerlang-kan anda.

pengisian sepanjang program cukup bermanfaat sekiranya kita fokus. bagi saya, ia berjaya menyuntik semangat saya yang separuhnya masih berada di benua Asia sana (ketika itu) untuk memulakan perjalanan di perlembahan Nil ini. saya paling suka slot 7 habits.

*
selepas seminggu, kami dibawa ke medan kami iaitu Iskandariah. seronoknya! :))

apabila masuk ke kawasan utama penempatan pelajar Malaysia, senior yang menaiki bas bersama kami memperkenalkan tram! hehe. masa tu saya tak pernah terfikir saya akan naik tram tu. rupanya, itu lah pengankutan utama kami. hari-hari naik tram. tambang 25 sen untuk ke mana2 destinasi. tak kira jauh atau dekat. best kan?
ini tram =)
kemudian kami masuk ke kawasan Syatbi, tempat terletaknya asrama universiti yang bakal menjadi tempat tinggal kami selama setahun. saya selalu dipesan oleh sepupu saya, di Mesir nanti ...just expect the worst. jadi, saya bayangkan asrama kami nanti macam nak runtuh. alih2................

Alhamdulillah, luarannya ok saja.

masuk dalam? pun baik2 aja.

masuk bilik? ok la.

paling kurang, it is better than my expectation. ^_^

oh ya, ini bukan asrama MARA...tapi asrama universiti yang juga didiami oleh pelajar Arab.

setiap hari dihidangkan nasi arab. nasi yang digaul bersama minyak sapi. setiap orang diberi 1/4 ekor ayam. kalau hari bukan ayam, kami makan daging. cara masaknya....always the same. tapi syukur je la kan? dan akhirnya kebanyakan daripada kami berjaya 'membina' badan selepas setahun makan makanan2 yang sangat sihat itu. hoho! -->kenangan yang tak dapat dilupakan.

kadang2, datang juga rasa teringin untuk menjamah lauk melayu. inisiatifnya ialah MASAK SENDIRI lah. humm....masa tu, masing2 nak tunjuk skill. saya yang cuma tahu tolong Ma di dapur rumah di Malaysia, agak kerdil di situ melihat kawan2 lain hebat memasak. maka, di sini lah saya belajar memasak. rupanya, masak memasak ni idok le susah benor....campak je! menu yang sering kami masak adalah tom yam. Masa tu, tom yam menjadi makanan yang sangat istimewa, kawannya telur dadar....cukup sekadar dua menu ini, kerinduan kami kepada masakan ibu terubat. tapi sekarang, tom yam dah duduk di carta bawah......banyak menu lain yang telah mendahuluinya.

*
humm....itu kisah asrama dan makanan.

kisah keluarga pula...

kawan2 dan senior2 lah keluarga kami di sini.

mungkin kelihatan sama saja dengan universiti di Malaysia, tapi apabila berada di luar negara dan sudah berlainan benua ni...kami menjadi lebih rapat. ada masalah terus refer senior. ada masalah boleh kongsi dengan kawan. kebetulan masa tu susah nak berhubung dengan keluarga. nak call, kena pegi CC. CC arab bisingnya kadang2 boleh sampai tahap kelab malam. berdentum-dentum lagu dipasang. akhirnya banyak kali kalau call rumah berakhir dengan "hello? hello? dengar tak?" - sekarang dah senang. kebanyak rumah dah ada wifi. kalau bukan wifi pun depa guna broadband. alhamdulillah...dah boleh bergayut panjang, dan boleh call bila2 masa. =)

dan saya takkan lupakan mereka yang terlalu banyak mengajar saya di sini. Allah swt berikan kekuatan berwasilahkan mereka. akhirnya, sedikit demi sedikit.....saya mula mengenal dunia lain selain dunia belajar. rupanya terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain daripada mengejar cita2 dunia. rupanya ada tanggungjawab lain yang kita perlu lakukkan selain daripada semata-mata belajar. rupanya belajar itu tugas yang entah ke berapa. tugas pertama adalah sebagai hamba-Nya, dan tugas ke-2 adalah menjadi khalifah.

kadang2 kita lupa, kan? ye, saya sendiri pernah lupa.

*
akhirnya, 5 tahun sudah kisah di tahun satu tu. kejap je. junior yang bakal datang tahun ni beza umur kami dah 5@6 tahun. dah tua rupanya 

dan sudah terlalu banyak kisah yang terukir di sini. ukhuwah, tarbiyah, kepimpinan, doktor muslim...saya mula mengenali semua ini di sini.

ahlibeit saya. Alhamdulillah masih bersama walau sudah 5 tahun. <3 td="td">
kalam2 taujihat daripada sahabat2 dan kakak2 yang disayangi. banyak lagi ni...tak cukup nak masuk gambar. :D

*
untuk adik2 yang bakal datang (macam lah ade adik yang akan baca..huh!)

dunia universiti takkan sama dengan dunia sekolah menengah. dan universiti di bumi Malaya itu takkan sama dengan universiti di bumi kinanah ini.

berdikari. berdikari. berdikari. nak hidup, berusaha sendiri.

jaga lah hubungan dengan manusia dan paling penting hubungan dengan Allah swt. seorang ustazah semasa kami mengikuti kursus bahasa Arab di UKM pernah berpesan, jaga lah solat dhuha. kalau boleh lakukan setiap hari. dan seorang ustazah lagi pesan, jangan tinggal doa untuk kedua ibubapa. sebelum minta yang lain, minta Allah memberi kesejahteraan kepada ibubapa dulu.

hubungan manusia sangat perlu dititikberatkan. jaga lidah, jaga hati. serendah-rendah level ukhuwah adalah berlapang dada, setinggi-tinggi levelnya pula adalah ithar iaitu mendahulukan orang lain lebih daripada kita. (kecuali bab ibadah, kita kena berebut nak buat dulu ^_^)

nak cari kawan ramai. tak payah risau. tapi, pandai2 lah berkawan...dan sayangi kawan anda. sekali berkawan, biar lah sampai ke syurga ^_~ .

*

saya tahu, akhirnya saya syok sendiri kalau tulis panjang2. jadi, setakat ini saja.

tajuk entry kali ni : "jadi ustazah la nanti ye?"....kenapa tajuk ni?

sebab masa nak datang dulu, semua orang ingat saya datang nak belajar kuliah pengajian Islam. ye la, dari Maahad Muhammadi kemudian ke Mesir...."belajar agama la tu!"

hehe. rupanya ramai lagi yang belum tahu yang negara arab ini ada kuliah perubatan. pergigian, farmasi pun ada.=).

***
                                            
AHLAN wa SAHLAN adik2! cuba lah mengutip mutiara ilmu di sini. ayat yang famous juga, 'kutip lah permata di sebalik debu-debu Mesir ini'.

***
masih setia menunggu result tahun 5. doakan ya!



Sunday, August 12, 2012

graduan madrasah Ramadhan?

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

hari ni 12 ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433 H..dan sebaik masuk waktu maghrib hari ini, sekarang sudah pun 25 Ramadhan. cepat kan? ramadhan kali ini terasa sangat pendek. awal ramadhan tahun ini kami berperang dengan imtihan akhir tahun 5. alhamdulillah...sebaik tamat imtihan, ramadhan sudah di suku ketiga yang terakhir iaitu 10 hari terakhir.

apabila kita sebut 10 hari terakhir, automatik fikiran kita akan terbawa kepada malam al-qadr (lailatulqadr), yang mana amalan pada malam al-qadr dijanjikan pahala oleh Allah swt dengan pahala 1000 bulan. fuh! cer bahagi....1000 bulan bersamaan berapa tahun? lebih kurang 83 tahun. agak2 sempat ke kita hidup sampai umur 83 tahun? wallahu a'alam. jadi, apa lagi? move move move! bergerak sekarang! dah tinggal beberapa hari sahaja lagi kan? tahun depan belum tentu dapat bertemu ramadhan sekali lagi.

pada awal ramadhan baru2 ni, seorang ukhti ada memberi sedikit tazkirah kepada kami sambil sembang2. katanya, bulan ramadhan ini ibarat sebuah madrasah atau sekolah. apabila disebut mengenai sekolah, apa yang kita harapkan ialah jika kita nak tuntut ilmu, kita nak ilmu tu bertambah. di dalam madrasah ramadhan ini pula, apa yang kita harapkan adalah diri yang lebih baik daripada sebelum menempuh ramadhan. kita cuba renungkan sekejap pada firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 183 :

 Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

apa tujuan puasa? Allah swt sebutkan di situ ' supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa'. 

kita pun tanya, "macam mana sifat orang bertakwa?"

meh kita extract isi2 dalam ayat Allah swt di bawah ni =).

awal surah al-baqarah, dalam ayat 2, disebutkan bahawa Al-quran tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang BERTAKWA. 

.....siapakah?

disambung di dalam ayat ketiga hingga 5 : 

3 : iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat , dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,

4: dan mereka yang beriman kepada al-quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab2) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat.

5: Mereka lah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


di dalam ayat lain pun ada lagi yang Allah swt ceritakan mengenai sifat- al-muttaqeen ni. antaranya di dalam surah Aali Imraan ayat 133-135.

133 : Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,

134 : iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.

135 : dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah swt? dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.


dan ada baaaanyak lagi kalam Allah swt di dalam al-quran yang menyebut  mengenai sifat2 orang bertaqwa. nanti2 kena korek2 lagi lah. 

dan semestinya siapa yang disifatkan sebagai al-muttaqeen ini Allah swt dah janji ganjaran yang istimewa. salah satunya di dalam surah aali Imraan juga dalam ayat 136 :

" Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."

AMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. 

jadi.....melalui madrasah ramadhan ni, goal utama kita adalah menjadi orang bertaqwa. sekarang pun sudah tinggal dalam 4 atau 5 hari saja lagi, keadaan diri kita sekarang macam mana? saya pun menilik diri sendiri. adakah masih sama seperti sebelum ramadhan 1433 Hijrah ini tiba? 

teringat semasa dalam perjalanan pulang dari iftar di rumah ustazah Syaima' baru2 ni, sepanjang perjalanan di highway pantai atau kami panggil jalan 'ala bahr, terutama di kawasan Miami (hot spot family arab berpicnic), manusia penuh di pantai. aik? bulan puasa pun ada yang datang mandi pantai. galak bersuka ria.  dah la malam. sedang waktu itu sepatutnya sama2 bertaraweeh. atau paling kurang, hormati lah bulan ramadhan ni. mungkin ini antara yang disebut oleh Rasulullah saw di dalam salah satu hadis yang mafhumnya lebih kurang, amat rugi bagi orang berpuasa pada bulan ramadhan ni yang mana mereka tak dapat apa2 kecuali lapar dan dahaga. kita sendiri? semoga tak termasuk dalam golongan yang rugi.

**

ramadhan bulan tarbiyah. bulan mendidik jiwa. kalau yang panas baran, bulan ni dididik untuk lebih bersabar. untuk yang susah bersyukur, bulan ini diri diajar untuk lebih bersyukur. dan ramadhan kali ini banyak mentarbiyah diri ini. cukup ke tarbiyah ramadhan ni untuk saya? wallahu a'alam. namun, ramadhan kali ni banyak mengajar diri, jiwa dan hati saya. sungguh segala tindak tanduk kena ikut apa yang Allah swt ajar. Allah swt turunkan Al-Quran, Rasulullah saw tinggalkan sunnahnya. 

keputusan berasaskan nafsu.....harap dijauhkan. MESTI dijauhi. 

semoga kita semua menjadi graduan ramadhan yang terbaik! semoga kita sama2 tergolong dalam golongan al-muttaqeen. 

**

saya ada tengok filem 'di bawah lindungan kaabah'. ini pun selepas saya tengok status adik saya mengenai filem ni. Subhanallah! sangat terkesan di hati. mesej yang saya dapat adalah bertindak ikut redha Allah. cinta kerana Allah swt. kata ibu Hamid (watak utama aka hero) "di saat kamu merasakan kamu tidak punya siapa-siapa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih dari cukup"....walaupun kata2 ini sudah banyak kali dibaca dan didengar, tapi...saat ibunya ungkapkan kata2 ini, entah kenapa air mata tiba2 tak dapat dibendung. kenapa? tengok lah sendiri =)

**

sekarang semua ahli beit saya sudah pulang ke malaysia. tinggal lah sorang2 dalam rumah ni. tak semangat nak beraya. =(. insyaAllah sahabat saya selama 5 tahun di sini bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. malangnya, saya tak dapat hadir. sodih tak? sempat jugak ambil gambar terakhir semasa dia bujang ^^.
semoga berbahagia hingga ke syurga. 5 tahun. kalau 5 tahun 5 bulan, dah boleh jadi macam Ana dalam 5 tahun 5 bulan. 

**

ok lah. panjang2 tulis pun macam syok sendiri juge. setakat ini saja. wallahu a'alam. doakan segala urusan dipermudahkan!





     

Monday, July 9, 2012

..hamba lemah..

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

semenjak dua menjak ni, apabila bertemu mana-mana pelajar Malaysia di sini....soalan wajib,

"balik Malaysia tak?"
"syimah balik berapa haribulan?"

dan jawapan saya semestinya "insyaAllah saya tak balik,"

dan respon mereka :

"haaaah?! biar betul syimah tak balik?" -- betul la ni. insyaAllah tak balik.

"waaa....bagusnya tak balik," -- bagus? saya pun tak nampak apa yang depa nampak bagus tu, KECUALI menghabiskan Ramadhan di sini ^^. itu yang paling indah bagi saya. :)

"kenapa tak balik?" -- saja. tapi saya balik raya haji insyaAllah.

respon mereka lagi :

"balik raya haji? kenapa? bukan tahun depan dah balik malaysia for good ke? ke ada pape?" -- kena balik juga raya haji nanti. dapat kebenaran tak balik raya puasa ni pun sebab saya janji akan balik raya haji. lagi pun, dah lama tak merasai suasana raya haji di Malaysia...rindu. dan setakat ni tak ada apa2 yang lebih istimewa selain berjumpa keluarga tercinta =).

itu lah antara dialog2 rutin saya sekarang. ayat sama saja.

dan dalam masa yang sama......tak dapat nak dinafikan, walaupun di bibir mengatakan TIDAK, hati kecil ini tetap mengatakan "saya rindu mereka". jadi, tipu lah kalau kata tak ada rasa nak balik =). *jadi minta tolong jangan banyak sangat status countdown.hehe.--padan muka mekngoh la, dulu selalu sangat counting days to go back to Malaysia.nah! ambik kau*

ok, tutup kisah ini. kita pergi kepada tajuk.

***

hamba lemah. bukan lemah sebab homesick :D.

firman Allah swt di dalam surah al-ankabut ayat 2 :

"apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman'', dan mereka tidak diuji?"

ayat ini biasa ditadabburkan, disebar luaskan, antaranya untuk mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan terlepas daripada diuji. begitu juga lah keadaan saya di sini. kononnnya difikirkan bisa diuruskan, akhirnya...temui jalan buntu.

dan di saat kita mula menemui jalan buntu, ke mana hala tuju seterusnya?


mengadu kepada manusia pula akan timbul masalah lain pula. maklumlah zaman cyber. zaman jari semakin laju menulis, lidah semakin petah berkata-kata. sampaikan dalam tidak sedar, cerita yang tidak enak tersebar luas.


ada pula yang kalau diadukan masalah, dia bandingkan dengan masalah dirinya yang lebih besar. alahai..pelik sungguh lah. ok, saya nampak cakap2 mengatakan dia ditimpa ujian yang lebih besar berbanding orang lain tu sudah menjadi normalisasi. semakin sebati dalam hidup. saya sendiri pun pernah. tapi, sekali orang buat macam tu pada kita...apa kita rasa? fikir2kan~


yang terbaik, dan takkan ada jalan lain yang lebih baik  selainnya iaitu kembali kepada Allah swt.

....manusia memang lemah kan? tapi, yang peliknya manusia ni lupa mereka lemah. sebelum ditimpa ujian, bukan main seronok hidupnya. sekali dia diuji...akhirnya tersungkur ke bumi. kalau yang sedar akan dirinya makhluk yang diciptakan, dia akan kembali kepada penciptanya. tapi, sekiranya dia lupa akan dirinya itu adalah ciptaan yang hina dina, tempat untuk dia melepaskan segala kekusutan itu akhirnya kepada perkara yang tidak kekal malah ada yang sanggup membinasakan diri sendiri. hai manusia...


"...dan jangan lah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri..." al-baqarah ayat 195.

ilmu manusia terbatas. hanya mengetahui apa yang dia ketahui. tapi Allah swt ilmu-Nya luas. dan Allah swt Maha Mengetahui. samada yang jelas atau yang tersembunyi. dan Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. banyak kali saya terbaca kata2 ini, 

"Allah swt beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan''

yup. apa yang kita mahukan tak semestinya baik untuk kita. apa yang kita dapat, itu lah yang terbaik. sepertimana kalam Allah swt yang berbunyi :

"..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" - Al-Baqarah 216. ini ubat hati yang entah ke berapa untuk hari ini.

jadi apa yang perlu didoakan dan diminta adalah apa yang TERBAIK untuk diri kita. bukan menyenaraikan spesifikasi perkara yang kita mahukan tu, contohnya dulu masa SPM doa nak dapat 12A1, akhirnya tak dapat pun tapi Allah swt bagi keputusan yang terbaik untuk kita.

dan sepertimana yang disebut di atas, ilmu kita terbatas. maka, 'tanya' lah Allah swt. mintalah daripada Allah swt untuk menjaga setiap langkah, dan setiap keputusan dalam hidup agar semuanya tidak lari daripada redha-Nya.

apa lagi yang kita mahukan selain daripada redha dan rahmat Allah swt?

"maka ingat lah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu ingar kepada-Ku" Al-Baqarah 152.

ada satu lagu daripada Mestica - rahmat ujian.

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


*
tetapi, jangan lupa. ujian kita bukan lah sehebat ujian RAsulullah sallallahu alaihi wa sallam, para rasul sebelumnya, para sahabat, umat Islam di negara2 yang bergolak seperti Palestin,Syria, Burma dan lain2. oleh sebab itu, jangan cepat mengeluh! awak punya ujian tak hebat pun.
*

***

mungkin setakat ini saja entry kali ni. entry ubat hati =). tak ada lah 'sakit' mana pun sebenarnya. sekadar berkongsi beberapa ubat hati yang terlintas di kepala saya. Alhamdulillah.

"...Katakanlah "Al-Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman.." surah Fussilat ayat 44.

wallahu a'alam =)


ramadhan is coming!
Allahumma ballighna ramadhan...amiin.