halwa telinga

Tuesday, December 1, 2009

tahu tapi buat tak tahu




assalamualaikum WBT..

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda

:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ.

Tidaklah aku

tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


---klik----

ramai yang dah pernah dengar dan pernah dengar syara

h hadis ini. tahu apa yang ingin disampaikan oleh Rasululllah habibina Shallallahu 'alaihi wa sallam. tapi...


berapa ramai yang beramal? buktinya..

masih ramai bahkan makin ramai yang suka bersolek bila keluar rumah. ( blusher, eyeshadow dsb )

masih ramai bahkan makin ramai yang suka berhias, pakaian menarik perhatian di luar, warna yang terang, lip lap lip lap berlian, labuci sana sini. ( trend sekarang )

masih ramai bahkan makin ramai yang berpakaian tetapi bertelanjang. (mmg jelas)

masih ramai bahkan makin ramai yang terlibat dala

m ikhtilat. ( pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan )

masih ramai bahkan makin ramai yang tidak menjaga suara mereka (penyanyi cthnya)


gembira apabila dipuji si lelaki

gembira apabila ada peminat...secret admire

gembira apabila si lelaki melayannya dengan baik

gembira apabila dipandang lelaki

gembira apabila dikenali lelaki

gembira apabila si lelaki menaruh harapan padanya..

..

fenomena facebook, friendster, twitter, ym pula...

bila ada lelaki tanya ' sapa nama?' ' leh kenal? '

terus balas...x fikir pro and cons nya

friend request....main approved je...tak tengok dia tu laki ke pompuan, ape kepentingannya terhadap kita?


terasa sudah semakin membebel...so stop menunjuk bukti. semua orang boleh fikir sbenarnya. dan tahu. tapi masih melakukannya sebab PUJUKAN SYAITAN mengatakan "takpe"...jadi teruk men'takpe'kan semua2 tu.


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah...


Ya Allah jauhkan lah aku dari fitnah..

Ya Allah jgnlah jdkan aku fitnah bg lelaki..

Ya Allah tutuplah pandangan lelaki di kala aku terpaksa melewati mereka

Ya Allah jauhkanlah aku dari FITNAH...


harap semua faham apa yang dimaksudkan dengan fitnah itu. bagaimana kita boleh jadi fitnah. apa kesan bila menjadi fitnah.

---klik lagi---

sedih lah jika ada yang memandangmu

sedihlah jika ada yang memerhatikanmu

sedihlah jika ada yang meminatimu (secret admire)

sedihlah jika ada yang mencintaimu sedang kamu buka sesiapa baginya.......



ingat siapa kamu sebenarnya..



Friday, November 13, 2009

.:CiNtA sEmPurNa:.


assalamualaikum WBT..

'cinta sempurna'...sebuah drama karya ustaz hasrizal ..
mungkin ramai yang telah menontonnya. saya pula baru sahaja menontonnya bila saya dengar ramai yang bercakap tentang drama ni. katanya banyak pengajaran. jadi, saya ambil keputusan utk melihat sendiri apa yang boleh saya petik.

benar kata mereka, memang banyak pengajaran. the main point is..cinta kerana Allah.
bagi saya, watak dan jalan ceritanya sangat berkait rapat dengan situasi kita zaman sekarang. cabaran para da'ie dlm menghadapi mad'u yang bijak, su
ka bertanya, dan pandai memutar belitkan da'ie itu semula.

soalan mereka mungkin soalan yang sangat senang, tapi apa yang penting utk seorang da'ie ialah cara menjawab soalan2 tersebut. supaya diterima oleh mad'u tersebut. maklumlah mad'u tak semua yang senang menerima. manusia mempunyai pelbagai ragam. jadi, sebagai seorang da'ie, anda perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi mad'u2 anda.

antara soalan yang ditanya : kenapa perempuan perlu pakai tudung? kenapa perlu solat? kenapa tak boleh pegang anjing? kalau seorang da'ie tu jawab wajib pakai tudung sebab tu perintah Allah,Allah suruh tutup aurat...solat tu kan tiang agama, terus k
eluarkan dalil...anjing tak boleh pegang sebab tu najis mughallazah...and so so so....kalau seorang da'ie terus jawab macam ni kepada seorang mad'u yang zero about Islam, mesti mad'u tersebut merasakan yang Islam itu mengongkong, menyusahkan...sedangkan, dalam Islam tak de pun...jadi, untuk memastikan mad'u tu tertarik dan akan terus bersama Islam, adalah sangat perlu untuk berhikmah dalam menyampaikan sesuatu dakwah.

saya tertarik dengan kata-kata ustaz nazir ( lakonan asyraf muslim) , kita pukul bola golf supaya masuk lubang. buat apa masuk lubang? shila jawab, nak menang lah!
ustaz tu pun balas, jadi ada tujuan kita pukul bola. hidup kita pun
macam tu jugak. kena ada tujuan.kalau tak de tujuan sama lah macam lembu. and shila mula terasa sebab mb dia pun tak tahu apa tujuan hidup dia. so, naik berang la shila tu sebab dia ingat ustaz kata dia tu macam lembu....hehe

bila shila dah sejuk, shila tanya ustaz nazir, so, what is the purpose of life?
ustaz nazir jawab, ALLAH...

Allah is our purpose of life. kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah. dalam setiap benda, setiap urusan hidup, kita perlu memastikan agar semuanya diredhai Allah.

makan, tidur, belajar, jual beli, bercuti, bercakap, dan macam2 lagilah....semua nya mengikut apa yang dikehendaki Allah. kadang-kadang kita tak sedar akan tindak tanduk kita...

contohnya, meniru time exam..of course la time pengawas tak tengok kan? so, selamat lah. bukannya dia tengok pun. tapi, Allah tengok kan? dan lepas tu kita bawak result hasil meniru tu untuk naik tahun dan akhirnya tamat belajar. dan lepas tu kerja.
mungkin sekali je meniru, tapi tetap direkod dalam buku amalan kita...jadi, adakah pekerjaan kita diredhai Allah? dan apakah akibatnya jika kita tak mendapat keredhaan Allah?

dah...apa2 pun, saya sangat menyarankan kawan2 tengok drama ni. maybe ada yang tak minat drama melayu. but this time, it's different. banyak sangat2 pengajaran untuk anda, sama ada anda seorang da'ie atau mad'u. semua orang boleh ambik pengajaran. nak senarai kat sini memang tak tertulis rasanya...okey..untuk sahabat alex, tengok lepas
exam ek, 21 hb ni exam...pastikan usaha kita diiringi mardhotillah.insyaAllah...doakan kejayaan bersama=)

Wednesday, November 4, 2009

dari ibu



assalamualaikum WBT..

hari ni memandangkan kuliah kami hanya sejam, jadi pukul 9 pagi dah habis...freeeeee

saya mengambil keputusan utk call rumah. dah lama rasanya tak dengar suara mak ngan ayah.

alhamdulillah, hari ni line clear je...x perlu nak teriak2 ( biasanya line x clear, delay n kurang dengar, so..kena teriak ).. gembira je dengar sua
ra mak. ayah tak de kat rumah, masih belum pulang dari tempat kerja.

banyak jugak yang dibualkan..saya cerita la serba sedikit pasal kawan2 saya yang dia kenal...
ada yang adik mereka turut sama berjuang di sini dalam bidang ni,dengan biaya pama mereka...

ma cakap "tak po lah..mak ayah demo tu kaya2 belaka"...saya tersenyum di hujung talian.
saya balas, "ma dulu anak duk maahad dua org pun penat dah..kan ma?"
ma balas "Tuhan Maha Adil, kan?"
saya : em..(sambil mengangguk )

saya mula terimbau kisah lama, slps dapat keputusan SPM...biasa lah, semua org sibuk apply sana sini. matrik? universiti? kolej? biasiswa mara?jpa? sampaikan tawaran belajar ke mesir oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) juga di' apply'...saya pun tak terlepas. tapi, saya pohon melalui YIK separuh jalan. bila dapat tahu yang YIK hanya menguruskan kemasukan, tapi biaya sendiri. 'biaya sendiri'? saya lebih rela belajar di Malaysia dalam course yang saya tak suka daripada tengok mak ayah susah nak cari duit...saya tahu diorang tak mampu, belajar di maahad dulu pun, mata saya dah penat tengok mereka susah..tapi, alhamdulillah, Allah bagi rezeki dapat tawaran MARA....betul la kata ma, Tuhan Maha Adil

bila dah lama bercakap tu, last2 sekali ma pesan

--jangan malas2 la kak ngah...
--belajar rajin2
--kuatkan semangat

tak pernah mak pesan macam ni..biasanya dia hanya cakap " ma doa sokmo ko kak ngah,"

~mula rindukan mereka di Malaysia~

semoga menjadi tabibah mukminah solehah...amiin...

GEMURUH by Faizal Tahir

Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti


cuba lah dengar=)
semangat memang perlu sentiasa diperbaharui...salah satunya dengan call mak ayah..kan? sekurang-kurangnya, kita tahu mereka merestui perjuangan kita ni..

jadiiiii?????


BERUSAHA!!!!!!

Saturday, October 31, 2009

bila kamu sudah dewasa



assalamualaikum WBT...

bila kamu sudah dewasa....

orang kata, bila masuk umur 20-an ni, kira dah dewasa la. hmm..dewasakah kita wahai insan-insan yang berumur 20-an?

alhamdulillah, 29 0ktober yang lepas, genaplah umur saya 21 tahun. syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur untuk hidup sampai waktu ini. alhamdulillah...

semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya, supaya umur yang panjang yang dikurniaNya, digunakan sepenuhnya untuk mengabdikan diri kepadaNya, berbakti kepada agama, ibu bapa dan semua insan di sekeliling saya..Amiin...

bercakap pasal berbakti kepada ibu bapa ni, buat saya mula rasa bersalah. pagi tadi exam midterm. boleh jawab ke tak tu, lain cerita. yang buat rasa bersalah ni sebab usaha yang saaaangat ala kadar...Ya Allah, rasa tanggungjawab yang terletak di bahu, tak dijaga dengan betul. banyak main-main. ada yang kata "alah..relek la, midterm je pon,"...relek tak relek, amanah duk atas bahu tu.

ok lah, apa-apa pun, thanx a lot to my friends for your presents and wishes...dan ucapan yang paling saya ingat ialah ucapan dari keluarga tercinta di Malaysia. walaupun hanya ucapan yang ringkas, ia cukup bermakna bagi saya sebagai anak di perantauan..

dan dari dulu sampai sekarang, saya masih ingat lagi hadiah hari lahir yang pertama yang saya terima ialah hadiah sempena hari lahir yang ke-9, iaitu kain sembahyang daripada ma...

terima kasih ayah, ma, adik2 dan abang2..=)


MySpace




p/s : adeh..kejap lagi masuk 22!

Wednesday, October 21, 2009

my turn



assalamualaikum WBT

now, it's my turn

turn apa pulak ni..??

biarlah rahsia

dulu hanya dengar cerita dan tengok orang sekeliling menghadapinya. sekarang, giliran yang selama ini hanya melihat untuk menghadapinya.

benarlah kata pepatah : berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kini baru terasa beban itu.

dulu pernah terfikir, mustahil benda tu akan berlaku ke atas aku.kalau jadipun, aku mesti boleh handle..tapi sekarang?terbuktilah ayat Allah

"Sungguh, Allah MAha kuasa atas segala sesuatu" - Al Baqarah ayat 20



~cukup bagiku Allah~
Cukup Bagiku
Album : Istighfar
Munsyid : Opick feat Gito Rolis
http://liriknasyid.com


penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh


cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabiMuhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah

hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah





Wednesday, September 23, 2009

dulu lain sekarang lain


assalamualaikum WBT

31 ogos 2007

7 orang

aidilfitri 2008
7+1 = 8.....kami 8 orang

aidilfitri 2009
tambah lagi sorang = 9


setiap tahun bertambah seorang ahli keluarga....tahun depan??? tak tahu lagi.....
1 @ 2 @ 3?????

selamat hari raya maaf zahir dan batin=)


Saturday, August 1, 2009

terjun kolam piranha

assalamualaikum WBT

sedar tak sedar, tinggal lagi 3 hari saya akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia...insyaAllah dalam keadaan masih bisa menghirup udara ciptaan Allah dan sihat walafiat

sejak akhir-akhir ni, memang la rasa nak balik...tak sabar2...tapi, dalam masa yang sama saya selalu fikir, 'aku balik nanti dalam keadaan macam mana ya? hidup ke tidak?' ..arwah Ammar; pelajar universiti Cairo, balik jugak ke malaysia, tapi, hanya jasad...hmm...tu la kita kena sentiasa fikir, maut tak kenal erti usia...nampak sihat, tapi tahu2, sudah tiada roh di jasadnya...Astaghfirullah...moga Allah mengekalkan perasaan ini.

sekarang dah habis exam. apa yang saya takutkan bila habis exam ni, istiqamah dalam amalan.

masa musim exam, kebanyakannya akan solat di awal waktu, banyak solat sunat, puasa sunat, berbuat baik.....saya takut, diri saya dan sahabat2 saya, terlupa atau tertinggal perkara2 ni.

kalau dulu, masuk je waktu, terus solat...tapi, bila habis exam tangguh2...

saya sendiri, pernah tangguh2,
' eh, kejap lagilah...10 minit lagi '...sayang sangat nak tinggal laptop.
pastu terfikir,' kalau Allah dah tandakan aku mati 5 minit lagi? tak sempat solat lah aku,'...tiba2 rasa takut...saya pun berharap sangat Allah kekalkan perasaan tu.

ni, dah nak balik Malaysia, hmm...takut jugak. kalau ikut pengalaman tahun lepas,
solat sangatlah suka bertangguh sebab sayang nak tinggal tv...quran tak ulang pun, padahal baru je berapa surah, dah naik malas,nak kata takde masa,yang saya boleh cakap cuti hari tu sangat2lah memboringkan..so, tak de sebab lain tak lain tak bukan, mim- alif- lam- sin...puasa sunat, lagilah...entah ke mana semua tu...tahun ni , harap2 dah tak jadi macam tahun lepas...doakan ye=)

bila fikir2 balik, aku ni macam pergi terjun dalam kolam penuh piranha...kenapa?

H1N1 menggila di Malaysia, di Mesir, tak de. tapi, alih2, nak balik Malaysia...haih,memang terjun lah.

H1N1...makin lama makin banyak kes yang dilaporkan. lepas tu dengar kata, Malaysia sangat panas sekarang....dan banyak lagi benda berlaku di Malaysia...terfikirkah kita, ini semua mungkin salah satu bentuk kafarah dosa. Masalah sosial, judi, hiburan, perniagaan, dan segala bentuk aktiviti harian yang semakin menjauhi syariat Allah...

Agama, makin jauh ditinggalkan...dari setiap genap penjuru, agama semakin ditolak ke tepi.

tapi, siapa yang sedar?

dan bila yang sedar bersuara, apa yang akan dibidas?

Malaysia oh tanah airku,
tempat tumpahnya darahku,
negeri elok amat ku cinta...

ramai yang berbangga jadi rakyat Malaysia...tambah2 bila hidup sebagai perantau seperti saya.

ya, saya bangga jadi rakyat Malaysia.

bila naik teksi, ada je orang arab puji, 'Malizi ahsan nas'. tentulah saya gembira apabila rakyat Malaysia dipuji, tapi saya juga malu nak mengaku bahawa, 'Malizi ahsan nas'... sebaik-baik manusia? saya pun tak tahu, macam manalah pak cik teksi boleh cakap kita ni ahsan nas...

''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia'' - Ar-Ra'd 11


fahami betul2 ayat ni, semoga beroleh manfaat.

ini mungkin post terakhir sebelum balik. dah sampai Malaysia, kurang sikit update blog ni sebab rumah tak de internet. so, mungkin sekali sekala sahaja...dan saya pun tak tahu bila blog ni akan di'update'. Wallahua'lam=)

doakan kami semua selamat sampai ke destinasi..bertemu keluarga tercinta.
semoga Allah permudahkan segala urusan..ok, jumpa lagi Alex...insyaAllah.

wassalam.....