halwa telinga

Tuesday, August 23, 2011

ambo kelik dulu


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hari ni, secara rasminya kami telah menamatkan tahun 4. semasa berjalan keluar dari perkarangan hospital Syatbi tadi, sempat berbual-bual sekejap.

"macam2 jadi tahun ni," kata seorang sahabat.

ya. macam2 dah berlaku tahun ni.

yang terlekat dalam kepala :

kisah arwah Iman. walaupun kami tak serapat seperti yang lain, tapi kehilangannya turut dirasai, terutamanya bila melihat sahabat baiknya Amirah, yang biasanya 'di mana ada Amirah, di situ ada Iman'. masih teringat-ingat perbualan terakhir kami di library 5 hari sebelum tu. "kak syimah tak sihat ke?"

tahun ni ditakdirkan sekumpulan dengan pelajar arab. macam2 juga kisahnya. kadang2, rasa nak tergelak. cepatnya saya melenting kalau dengan depa ni. tapi, akhir sekali betul2 jumpa hikmahnya...'aku perlu lebih sabar'. tak nak dah jadi macam satu hari tu, menangis sebab sangat marah. hoho!

bila study leave untuk exam semester pertama bermula, riot pun nak mula juga. hai laa...ini cerita best. tiba2 kami boleh tercongok kat malaysia. ayah dan Ma pun terkejut bila saya cakap kami kena balik. sebulan juga cutinya..hehe.

bila datang sini, terus exam. exam yang tertangguh. duk malaysia, bukannya nak pulun walaupun cuti sebulan. jawabnya, exam agak haru. tapi, Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk lulus.

seterusnya, semester kedua bermula dengan pecutan pantas. tup tup...dah final exam. dan sekarang dah berakhir kelas elektif. maka, officially, tamat tahun 4. Alhamdulillah!

dan esok, insyaAllah....akan berangkat pulang ke Malaysia. Oman Air, 4.25 petang, Cairo Airport. doakan kami selamat sampai ke rumah masing2. kali ni saya tak naik penerbangan domestik untuk pulang ke kelantan. bakal balik kampung bersama abe se, kak zarith dan uwais. ok, kali ni betul2 'o.. o.. balik kampung'. biasanya saya yang tunggu orang di rumah.

akhir kalam, sebelum berangkat pulang dan sebagai post terakhir dari bumi Iskandariah, saya memohon maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa, terbuat salah, terbuat hati2 anda terguris dan segala macam kesalahan lagi. sungguh, banyak khilafnya pada diri ini.

kalau ada hutang yang belum saya jelaskan, tolong bagitau ye.

minta maaf sekali lagi.

"ambo kelik dulu deh"

Thursday, August 11, 2011

if the beloved were among us

assalamualaikum wbt..

daripada Abbas r.a..Rasulullah saw bersabda

"Orang pertama yang akan dibangkitkan daripada kubur di hari kiamat nanti ialah Muhammad saw.

Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara "wahai roh yang baik! kembalilah kepada tubuh yang baik. Maka
kubur terbelah dua.

Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.

Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah saw berdiri, baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda. Baginda s.a.w melihat ke kanan dan ke kiri. Baginda seolah dapati tiada lagi bangunan. baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda "Kekasihku Jibril a.s, gembirakanlah aku!"

Jibril a.s berkata "apakah yang kamu lihat di hadapan mu?"

Baginda s.a.w bersabda "bukan seperti itu pertanyaan aku"

Jibril a.s berkata "tidakkah kamu melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda s.a.w bersabda "bukan itu maksud pertanyaan ku"

Baginda s.a.w bersabda "aku bertanyakan kepadamu akan umatku. dimana perjanjian mereka?"


baginda s.a.w bersabda "nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku"

Jibril a.s menyeru "wahai sekalian makhluk, datanglah ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Ta'ala" Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat , baginda s.a.w akan bertanya, "di mana umatku?"

Jibril a.s akan berkata "wahai Muhammad! umat mu adalah umat yang terakhir"
Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru "Tempatmu!". Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad s.a.w berkata, "mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata "bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad s.a.w bertanya "di mana umatku?"
Jibril a.s berkata "mereka telah datang. mereka berjalan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya.

"Wahai Jibril! bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata "lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w"

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas kepala mereka sambil menyeru

"Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad s.a.w berkata "wahai umatku".
mereka berkumpul di sisinya. umat-umatnya menangis.

Allah ta'ala berfirman dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi.
"di mana umat Muhammad s.a.w?"
Jibril a.s berkata, "mereka adalah sebaik umat"
Allah ta'ala berkata "Wahai Jibril! katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang ditayangkan di hadapanKu".

Jibril a.s datang semula dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad s.a.w, umatmu telah datang untuk ditayangkan di hadapan Allah s.w.t".

Nabi Muhammad s.a.w berpaling kepada umatnya lalu berkata "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah ta'ala"

Allah Ta'ala berfirman "hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad s.a.w menyeru
"Tuhanku..Penguasa Penghulu ku...!" "aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu"

Ketika itu juga neraka jahanam berseru
"Siapakan yang memberi syafaat kepada umatnya?"

neraka pula berseru ,

"Wahai Tuhanku..! Penguasaku dan Penghuluku..! selamatkanlah Muhammad s.a.w dan umatnya dari seksaannya! selamatkan mereka dari kepanasanku. bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan"

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, Baginda s.a.w telah sujud di hadapan Arsy Allah swt. dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. mereka berkata "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah ta'ala ini, begitu mengambil berat hal keadaan umatnya"

Fatimah R.A bertanya "di mana aku bakal mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?" Baginda s.a.w menjawab "kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi umatku minum"

Tatkala umat Nabi Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w , dia berkata

" ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka"
Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w
"Ini umatmu wahai Muhammad! mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah ta'ala."
Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda
"Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku, aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah ta'ala untukmu!"
Umat Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya.

ketika di atas sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik
"Wahai Malik! dengan kebenaran Allah ta'ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihat wajahmu"

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali . Nabi Muhammad s.a.w berkata

" Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"

assalamualaikum wbt..

tulisan di atas dipetik dari klip video 'Rasulullah saw menangis di padang mahsyar' . kasihnya Rasulullah saw kepada kita selaku umatnya. cintanya baginda kepada kita. sayangnya baginda saw kepada kita.

kita? sayangkah, cintakah, kasihkah kita kepada kekasih Allah swt ini?

satu rancangan 'lau kaana bainana' @ seandainya baginda bersama kita@ if the beloved were among us. Rancangan yang menarik. mempamerkan atau cuba menghidupkan semula akhlak2 Rasulullah saw di dalam kehidupan masyarakay zaman moden ini. saya pun baru berkesempatan menonton beberapa video berkenaan rancangan tersebut.


if the beloved were among us,
those from far and near will come to Him,
hoping to see the sun of goodness before it sets,
desiring to be near Him,
in his company the souls fell great,
if He prays, Allah will surely answer,
the light of Taha will not cease to exist,
Oh You who answers the prayers,
please fulfill our hope to meet Him,
I'm willing to sacrifice my life for You ,
Oh beloved,
Muhammad honor of strangers,
In your company the souls feel great,
O' Mercy of the world,

**

tilik diri sendiri. dah cukup sempurnakah aku untuk bertemu Allah swt nanti? untuk bertemu Rasulullah saw? golongan manakah aku di 'sana' nanti?

Ya Allah, tempatkan lah kami di kalangan hambaMu yang soleh.

***

alhamdulillah, hari ni hari merdeka. bukan 31 ogos, tp merdeka exam tahun 4. officially, we're done with our 4th year! Alhamdulillah. insyaAllah bakal melangkah ke tahun 5 pada 8 Oktober 2011 nanti. insyaAllah. semoga Allah permudahkan semua urusan.

selamat menjalani kelas elektif ye kawan2 =).

oh ye, sanah helwah untuk tolibah mujtahidah. hari jadi di hari 'merdeka'^^. semoga panjang umur, murah rezeki. yang paling penting, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah swt. May Allah guide you to a better life.

***
~ kita memberi sayap kepada seseorang untuk terbang menyentuh langit,lalu kita mematahkan sayap itu sebelum dia sempat menyentuh langit. itu lebih menyakitkannya berbanding sekiranya dia tidak pernah mendapat sayap itu atau tidak pernah melihatnya dan tidak pernah terbang walau seinci ~

uh..hasyimah sedang mengarut

Monday, August 8, 2011

smile!


assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. tropmed sudah lepas. macam2 cerita yang boleh dengar sebaik keluar dewan tadi. apa2 pun, bersyukur dengan ilham yang diberikan. tanpa ilham dari Allah swt, takkan ada secalit dakwat pun di atas kertas tadi.


bagi saya, tak perlu salahkan soalan kalau kita tak mampu nak jawab. tak ada alasan tak belajar tajuk tu, sebab memang ada belajar. tapi, biasa lah kalau nak exam mesti kita akan tekankan soalan2 spot, atau tajuk2 yang doktor tekankan di dalam kelas. kita mungkin boleh habiskan baca semua tajuk dalam buku tapi ada beberapa tajuk yang perlu ditekankan. dan akhirnya, jadi lah macam soalan hari ni. UNEXPECTED questions. sangat jelas dalam kepala, doktor hanya ajar sepintas lalu sahaja.

jawapan satu perenggan untuk 10 markah. cukup2 buat saya rasa nak garu kepala. 'ape lah yang aku nak goreng lagi bagi cukup 10 markah?'

ahaiii...inilah pengajaran. full-stop=).

***

"Ayat yang Kami batalkan atau Kami hilangkan dari ingatan, pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau sebanding dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?" Al-Baqarah ayat 106.

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak akan bersedih hati" al-Baqarah ayat 112.

mari mentadabbur. lebih elok kalau buka mana2 kitab tafsir untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayat2 ini. di sini, saya cuma ingin berkongsi rasa bila terjumpa ayat ini tengah hari tadi.

cukup menenangkan hati. hilang segala rasa terkilan, rasa sedih, celaru dengan soalan TropMed pagi tadi.=).

Alhamdulillah. dan terus buat saya lena qada' tidur semalam .

senyum lah!

senyum itik? ehee..=D

just smile from your heart. to brighten up your day, and others...maybe?

*satu paper lagi. Orthopedics. selamat study!

*apesal euphoric rasanya hari ni?

tambah lagi lepas call Ma. hari ni mereka berbuka bertiga sbb abe Mi balik rumah. takde la Ma berdua dengan ayah je.

16 hari lagi menuju Kelate =). saba deh.

Thursday, August 4, 2011

kaf.ba.ra.ka.ta.nun.

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. semalam akhirnya tamat sudah exam paper paediatrics. alhamdulillah, wa syukrun lillah kerana Allah swt memberikan hati yang tenang selepas jawab exam. tiada perasaan resah atau gelisah walaupun saya tahu ada jawapan yang salah. Alhamdulillah=)

memandangkan saya adalah pelajar bernombor ke-2 terakhir dalam senarai nama batch (151/152) , kedudukan semasa exam selalu nya di tempat paling atas. daripada tahun 1 hingga sekarang, sentiasa di puncak dewan. makanya, saya boleh nampak apa sahaja yang berlaku di bawah ni. pen jatuh, angkat tangan nak tanya soalan kpd doktor, bangun nak pergi toilet, dan tak kurang juga aktiviti 'ta-ya-ro-wau' = TIRU.

daripada tahun satu lagi saya nampak aktiviti ni. hanya melihat. LEMAHNYA IMAN. hanya sekadar membenci di dalam hati. dan saya bukan saja nampak, malah mendengar sekali perbincangan segelintir daripada mereka semasa menjawab exam. kalau bincang sebelum dapat kertas soalan, itu lain lah ceritanya. tapi, yang saya maksudkan ini adalah semasa proses menjawab soalan.

T.T

kadang2, terfikir juga saya yang melihat selama 4 tahun ini dikira bersubahat juga kah? sebab tak pernah nak menegur.

"Dan ingatlah pada hari ketika musuh2 Allah digiring ke neraka lalu mereka dipisah-pisahkan. (19). Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan (20). Dan mereka berkata kepada kulit merek, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (kulit) mereka menjawab, " Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah swt yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan" (21). Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan. (22) Dan itulah dugaanmu yang telah kamu sangkakakn terhadap Tuhanmu, dugaan itu telah membinasakan kamu, sehingga jadilah kamu termasuk orang yang rugi (23)." ~ surah Fussilat ayat 19-23.


kalau pengawas tak nampak pun, Allah swt nampak.

apa yang paling kita nak dalam menuntut ilmu pastinya keberkatan. macam kata 'mak si muhamad adiff' dalam Dunia Baru "kaf.ba.ra. katan ya Muhamad Adiff ".

apa tanda ilmu yang kita dapat itu berkat? jawapannya, kita INGAT apa yang kita belajar (teringat tazkirah Oggy hari tu ^^).

kejayaan yang diperoleh sehingga ke hari ini mungkin satu nikmat, anugerah atau juga suatu ujian kepada hambaNya. jangan sampai suatu masa nanti, Allah menarik nikmat2 itu dari arah yang kita tidak sedari.

terasa juga malas untuk menulis mengenai meniru dalam exam ni, sebab semua dah besar. dah tahun 4 dah pun! 22 tahun. secara logiknya, dah boleh fikir mana yang betul, dan mana yang salah. tapi, peringatan itu kan bermanfaat untuk orang Mukmin.=). jadi, ini untuk kita sama2 berpesan-pesan.

kata sahabat saya , "husnuzhon". depa tengah sembang benda lain kot. hehe. apa2 aje lah. yang penting, Allah swt Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu.


apa2 pun, ma'assalamah Paediatrics Part I. kita berjumpa di part II pula di semester depan. by the way, tak pernah dengar lagi antara sahabat tahun 4 ni yang nak jadi Paediatrician (pakar kanak-kanak).

beliau di bawah ini, kenal kan?



Dr.Abdul Aziz Rantissi. sebelum ni, saya hanya tahu yang beliau merupakan bekas doktor keluaran universiti Iskandariah, doktor yang bertugas di hospital universiti dan tak pernah tahu bahawa beliau adalah PAEDIATRICIAN di hospital Shatby,Iskandariah.

*terbayang-bayang, mesti beliau seorang yang penyayang,kan? macam doktor2 yang ajar kita =) ..tak hairan lah, beliau seorang pejuang agama. Mujahid agama. kerana beliau SAYANGkan Islam! sayangkan umat Islam. dan syahid telah menjadi miliknya.

kita?


next : Tropical Medicine. setiap kali baca pasal cacing2 ni, rasa geli. memang tak boleh tengok benda lembik-melentok-riuk nih. padahal baca je pun, tapi bila terbayang rupa cacing2 tu......-_-.

**robbuna yusahhil semua. doakan kejayaan bersama. 2 subjek lagi. caiyyok2!

Tuesday, August 2, 2011

memori Ramadhan

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, melangkah sudah ke bulan Ramadhan. Ramadhan di sini jauh bezanya dengan puasa di Malaysia. suasana yang sangat meraikan Ramadhan. tempat yang paling menjadi tumpuan utk solat tarawih, Gami' Ibrahim @ Qa'id Ibrahim @ masjid Ibrahim. belum ada peluang untuk ke sana. insyaAllah bakal sampai masanya nanti.

teringin...


teringat Ramadhan yang lepas. 1 Ramadhan di Tanah Haram. memori Ramadhan, bukan memori daun pisang.

kalau mainkan bacaan Syeikh Sudais dan Syuraym di laptop....teringat terus kpd suasana di sana.

*diari retrograde (malam ke pagi)

pada malam hari, tingkat 2 masjidilharam menjadi port kami untuk solat tarawih. melihat kaabah dari atas. hakikatnya, tingkat 2 tu sangat panas. berpeluh-peluh! tapi, 'sejuk'nya hati tatkala mendengar bacaan 2 orang syeikh ni. tenang je. kadang2, kalau rasa dahaga pergi saja minum air zamzam di belakang saff. sejuuuk. dan sedap=).

pada waktu pagi, bangun sahur dan bersiap untuk pergi solat subuh. usai solat subuh, stay lah kat masjid seberapa lama yang kita nak. kalau waktu pagi ni, salah satu benda yang buat saya kagum, sangat kagum, bila melihat petugas2 yang membersihkan lantai masjid. cekap, tangkas, dan LICIN berkilat. sekelip mata. hoho!

petang, sementara tunggu asar kami selalu duduk berhampiran bukit safaa. sebab kat situ sejuk. hee:D.

lebih kurang dah nak masuk waktu berbuka, kami masuk je ke kawasan berbuka puasa yang telah disediakan. makanan yang dihidangkan adalah makanan yang disedekahkan oleh individu yang sangat bermurah hati. macam saya pernah beritahu dulu dalam entry 'memekarkan cinta di kota Mekah', ."Fastabiqul Khairat" sangat dipraktikkan. dan sesiapa yang nak bersedekah, peluangnya dibuka di sini.

suasan sementara menunggu waktu berbuka.

seterusnya selepas berbuka, solat maghrib di masjidilharam, dan pulang ke hotel. bila nak masuk waktu Isya', kami kembali ke masjidilharam semula dan pergi ke port waktu malam; tingkat 2. =).

***

untuk sahabat2 yang bakal pergi menunaikan umrah cuti musim panas ni insyaAllah...sehari itu dirasakan sangat singkat. sekejap sahaja, sudah masuk waktu berbuka. jadi, apa yang penting, manfaatkan keberadaan di sana semaksima yang mungkin. memandangkan sahabat2 ke sana di minggu terakhir Ramadhan, maka rebut lah keberkatan dan pahala sempena bulan mulia ini.

apabila saya ditanya, "ada tak nasihat2 sebelum saya pergi sana?"

~doa lah banyak2 supaya hajat untuk menjadi tetamu Allah swt menjadi kenyataan. apa2 pun boleh jadi selagi kita tak tiba di sana. dan bila tiba di sana, doakanlah semuanya berjalan tanpa masalah.

~betulkan niat semula. Ikhlaskan hati. ziarah ini bukan sebab ramai kawan2 yang dah pergi ke sana. tapi, semata-mata kerana Allah swt. dambakan kasih sayangNya. untuk mendapatkan cinta yang sebenar-benarnya iaitu Cinta Allah swt. dan semoga cinta kepada Rasulullah saw dan Islam yang diperjuangkan baginda saw semakin bertambah.

bagi saya...ini lah yang paling penting. Niat.

~mungkin ada di antara kita yang ingin ke sana untuk memulakan satu titik perubahan dalam hidup. Alhamdulillah. namun, apa2 pun...cuba perbaiki diri dari sini lagi. kerana hidayah drpd Allah swt tu hanya milikNya. kita yang berusaha untuk meraihnya. sama juga, kena ikhlas.

~ seterusnya, cuba manfaatkan peluang yang diberi semaksima mungkin.

saya tak pandai nak bagi tips atau nasihat untuk persediaan menjadi tetamu Allah swt di sana kerana saya bukanlah yang selayaknya. cuma bagi saya, persediaan spiritual atau hati itulah yang PALING penting. sangat2 penting.

***

bagi sahabat2 yang belum berpeluang ke sana, jangan sedih naa. saya yang menulis ni pun rasa risau juga kalau buat sahabat2 saya ni sedih =(. Anggap lah cerita2 saya yang duk kata rindukan Ramadhan di sana, sebagai pembakar semangat untuk memulakan langkah menuju ke sana (kumpul duit,perbaiki diri dan hati). akan sampai masanya nanti. InsyaAllah. apa yang Allah swt beri tu kan yang terbaik. =)...mana la tau, Allah swt nak bagi peluang pegi dengan mahram betul..ngee;p

***

kalau ada peluang, saya pun nak jejakkan kaki ke sana lagi. InsyaAllah. dan kami ada cita2 for the next visit^^.

***

robbuna yusahhil untuk paper paediatrics. semoga Allah permudahkan.

~hasyimah, sila rajin, okeh? -_-

doakan!

Saturday, July 30, 2011

puasa dulu baru raya

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni selesai sudah paper OnG. alhamdulillah.

masa berjalan ke universiti tadi, dalam hati ni asyik cakap,

"takut.takut. takut "

ada yang memujuk. seperti entry2 yang lain, entry lepas juga adalah untuk peringatan diri saya sendiri. berkisarkan TAWAKKAL.

"Ya Hayyu, Ya Qayyum...dengan rahmatMu aku mohon pertolongan. baiki lah urusanku semua sekali. dan jangan Engkau serahkan aku kepada diri ku walau sekelip mata"

kalau kita terlupa atau tak tahu, itu lah tanda kita ni hambaNya yang kerdil lagi lemah. nak dibandingkan dengan ilmu Allah, ibarat setitis air yang diambil dari lautan. betapa sikitnya ilmu kita.

jadi, serahkan semuanya kepada Nya. Dia Maha Mengetahui. Maha Mengetahui.

yuk tutup kisah paper hari ni. apa pun, bersyukur atas ilham yang Allah swt kurniakan hari ni adalah satu nikmat. Alhamdulillah.

***

puasa lusa, ke? ikut countdown, lusa lah kita akan mula berpuasa.

bertuahnya kita, diberi peluang untuk 'berperang' di bulan Ramadhan. bulan di mana Ghazwah Badar berlaku. Rasulullah saw dan sahabat2 baginda yang lain, berperang dengan senjata di padang pasir yang panas. kita yang cuma 'berperang' di depan buku, di bawah bumbung rumah masing2 dan medan perangnya pula di bilik berhawa dingin.

syukur lah!

hari tu Ma ada pesan,

'takpo, tambah berkat di bulan puasa'.

~

untuk melalui tempoh satu bulan tu bukanlah lama. sekejap je.

Berpuasa Ramadhan menghilangkan dosa-dosa yang lalu

Dari Abu Hurairah R.A bahwa Nabi SAW bersabda:

ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ikhlas, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari )

puasa dulu, baru raya! lagu baru untuk blog ni. comel.

selamat berusaha untuk paper paediatrics.

robbuna yusahhil.


selamat menyambut Ramadhan. dari saya dan keluarga.=D.

Tuesday, July 26, 2011

it's a miracle!

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yg Allah swt berikan pada hari ini dan sebelumnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis hari ni.

dari tadi nak menulis di sini, tp terpaksa tahan diri. paksa juga untuk baca OnG ke target hari ni. usaha perlu diteruskan sedaya mampu. lepas tu, apa yang jadi....serahkan saja kepada Allah

tawakkal kepada Allah swt.

kadang2, kita selalu saja sebut 'tawakkal je la'. saya selalu juga guna ayat macam tu walaupun pendapat peribadi saya ayat tu bunyinya seolah saya tak sepenuhnya bertawakkal.

pernah dulu suatu masa, semasa bersembang dengan sepupu saya mengenai peperiksaan, dia katakan "aku tawakkal je".

huh?

tawakkal?

bukan saya tak pernah dengar, tapi masa tu terfikir dalam benak saya...'macam mana nak tawakkal?'

itu lah kisah ketika saya berusia 15 tahun. masih tak faham bagaimana cara nak bertawakkal. dan kini sudah jauh masa berlalu. susah juga nak faham...bukan tak faham sebenarnya, tp dek kerana usaha tak pernah cukup. jadi, rasa susahnya nak letakkan dan tetapkan hati untuk bertawakkal. ada saja yang membolak balikkan hati.

tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.

bekerja sebagaimana mestinya. macam mana tu? contohnya ada satu kisah di zaman Rasulullah saw,

ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.

Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?"

dia menjawab: "Saya sudah bertawakkal kepada Allah."

Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:

ertinya:

"Ikatlah dulu lalu bertawakkallah."

Rasulullah saw mengarahkan sahabat itu untuk mengikat tali unta itu terlebih dahulu (usaha) kemudian bertawakkal.

usaha dan tawakkal itu seiring.

contohnya kita yang bakal menghadapi imtihan ni, 'bekerja sebagaimana mestinya' pada kita adalah belajar bersungguh-sungguh. itu usaha kita.

saya nak kongsikan satu video : tawakkal adalah keajaiban hidup. mungkin penjelasannya lebih bagus.

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka bertawakkallah kepada
Allah." (ali-lmran: 159)

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia pasti mencukupi untuknya." (at-
Thalaq: 3)

ada satu doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada saidatina fatimah RA yang disebut di dalam sebuah hadis :

"Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri. Dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan. Baikilah urusanku semua sekali. Jangan Engkau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata"

satu lagi link

satu doa yang menyentuh hati saya di dalam video ni,

"Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku kerna aku tak mampu mengurusnya. dan jangan Engkau serahkan aku kepada orang lain kerana mereka akan sia-sia kan aku"


sungguh, seandainya kita betul2 yakin bahawa Allah swt Yang Berkuasa ke atas kita, Allah swt mampu lakukan apa saja...nescaya sedikit pun kita tak kan rasa resah andai ujian menimpa, atau alpa andai nikmat hidup mencurah-curah. kerana kita yakin, Allah swt ADA.


"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan, menjadi gentarlah
hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan, maka bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah jualah mereka bertawakkal." (al-Anfal: 2)

***

hari ni jumpa gambar ni. saya ambil dari facebook abe Mi. selamat hari lahir Iman. dah umur setahun=). semoga jadi anak yang soleh.


serius...Iman sangat comot!

robbuna yusahhil!