halwa telinga

Monday, February 7, 2011

Allah sebaik-baik perancang.

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, syukur sangat2 sebab dah selamat sampai ke kampung halaman di sisi ma ayah, meninggalkan bumi barakah Mesir yang rakyatnya tak pernah berputus asa memperjuangkan yang hak. semoga kemenangan milik anda wahai pejuang2 kebenaran! dan juga semoga kami dapat meneruskan pelajaran kami semula. insyaAllah.

siapa sangka ya akan berada di sebuah negara yang bergolak. negara yang diisytihar darurat. terasa macam cerita zaman perang dulu2 pulak.

sebelum exam

-sc
-maaradh kutub

selepas exam

-ada rancangan istimewa utk cuti 10 hr nanti;p
-selesaikan kerja2 yang patut

tapi...itu semua rancangan saya. sebaik-baik perancang adalah Allah jua. dek kejadian yang tak disangka ini, semuanya terpaksa saya lepaskan. exam pun turut tertunda sekali. semoga semuanya yang terbaik utk kita.

semoga kawan2 saya yang masih di jeddah selamat sampai ke tanah air.

exam menanti di depan.

sedih nak tinggalkan bumi Alex hari tu. rindu kehidupan yang normal sebelum ni.
pegi kuliah, masuk hospital, sc, ziarah, pegi beli barang, masak2 kat rumah.....

sekarang dapat rasakan kehidupan di Iskandariah tidak seperti sebelum ni. bukan rusuhan yang kami bimbangkan, tapi jenayah rompakan yang sedang berleluasa di sana. semoga semuanya pulih seperti sedia kala. insyaAllah.



No comments: