halwa telinga

Sunday, February 27, 2011

convert bahasa

assalamualaikum wbt..

cuti, cuti juga. tapi, cuti lama2 boleh buat otak berkarat. bila fikir kuliah di buka dengan peperiksaan final sem yg trtangguh baru2 ni, rasa haru. benda yang senang pun dah semakin terlupa.

history taking. sequence utk melakukannya sedikit sebanyak dah mula hilang. tapi, satu benda yang buat saya terfikir. macam mana nak ambil history dalam bahasa melayu nanti. kebanyakan kita ada cakap, bahasa melayu mesti senang. tapi, kalau difikirkan nak tukar bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu itu susah. banyak nama2penyakit yang kita belajar rupanya penyakit common di sini (Malaysia)

salah satunya kayap. saya banyak kali dengar pasal kayap. dari dulu lagi. tapi, baru saya tahu rupanya kayap tu disebabkan virus herpes. padahal dah belajar pasal Herpes zoster masa tahun 3 hari tu. virus yang famous dengan sifat dormancy nya di dalam urat saraf (nerve). so, bila masyarakat kampung merawat penyakit kayap dengan cara perubatan kampung, rawatan selalunya bersifat symptomatic. (merawat symptom shj tnpa merawat penyebab kayap itu sendiri). so, walaupun kayap tu 'sembuh', herpes tu tetap ada.

bila tengok rancangan MHI, WHI, pastu satu lagi dekat rtm2 (entah la rncangan apa)...ada segmen bersama doktor. masa tu nampak la doktor2 mengalami kesukaran untuk mengalih bahasa istilah2 perubatan. susah sebenarnya.

jadi, bersiap la sekarang. belajar bahasa melayu. walaupun bunyinya pelik, kita dah kena stat cuba alih bahasa istilah2 yg kita belajar.

ascitis = busung
hydrocephalus = kepala berair
inflammation = radang
endometriosis = limpahan haid (doktor dlm tv td ckp mcm tu)
clavicle = tulang selangka? (berita kt PO)


banyak lagi sebenarnya yg saya dengar kt tv.

dalam masa 3 tahun, insyaAllah bakal digelar doktor semuanya. jadi, tak salah rasanya kita dah kena start cari vocab bahasa melayu.

ps :
>update terbaru, insyaAllah 19 hb 3 akan buka kuliah. exam? wallahu a'alam. doakan kami.
>post ni ditujukan utk kawan2 saya batch tahun 4. lebih kurang 3 tahun je lagi kan? semoga segalanya baik.


Wednesday, February 16, 2011

ini bukan cerita dongeng


assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, dah seminggu kaki ini menjejak bumi Kelantan. tahun ni berpeluang melihat sambutan Maulidur Rasul di sini. alhamdulillah. tapi cukupkah sekadar berarak dengan penuh semangat tapi sunnah baginda jauh sekali diamalkan? bukan sekadar bila masuk hal nikah kawen baru nak ikut sunnah.

untuk memperingati Islam dan juga mengagungkan baginda SAW bukanlah satu hari sahaja, tp sepatutnya setiap hari.

tiap hari sayangkan Allah.
tiap hari sayangkan Rasulullah SAW.
tiap hari sayangkan Islam.

bukanlah sehari.

teringat tazkirah dari ustaz Syed Noor Hisyam dlm radio IKIM jumaat lepas, katanya...mcm mana 'i love you' utk Rasulullah SAW?

caranya adalah selawat ke atas baginda. setiap masa kita boleh buat, kan? insyaAllah~
semalam di stadium Sultan Muhammad ke-4 di kota bharu, dengar kata penyokong2 yang hadir berselawat terlebih dahulu beramai-ramai sebelum perlawanan bermula ini pun saya tahu melalui facebook.

seterusnya...sepertimana seorang kekasih inginkan si jantung hatinya melakukan sesuatu untuk membuktikan cinta ,kasih dan sayangnya, begitu juga kita
selaku umat yang baginda sayangi ni, perlu lakukan apa yang telah baginda aja
r, yang baginda bawa selama hayat baginda dulu. menyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW utk menegakkan Islam. agar Islam terus hidup sehingga ke generasi yang akan datang.



seminggu berada di tanah air, ma dan ayah saya ada ceritakan mengenai seorang hamba Allah yang....entahlah, buat saya terfikir betul ke dia ni percaya dengan kekuasaan Allah?
dia sedang menghadapi masalah, dan sudah buntu. nasihat yang diberikan kepadanya adalah 'berdoa'. tapi, jawapan hamba ini pada masa tu 'takkan la nak doa sokmo?'.

Astaghfirullah al-'azhim...terkejut saya masa tu. apa yang dia nampak tentang kekuasaan Allah sebenarnya? padahal semua perkara yang berlaku di atas dunia ni, tak kira lah terang atau tersembunyi, dari sekecil zarah sehingga sebesar-besar ciptaanNya, semuanya di bawah pemerhatian Allah dan dikawal SEPENUHNYA oleh Allah.

~manisnya secawan air teh bukanlah kerana gula yang kita letak, tapi Allah yang jadikan ia manis.
~pedasnya sepinggan mee goreng, bukanlah disebabkan cili api. tapi Allah yang jadikan ia pedas.
~masin air laut, bukanlah disebabkan kayanya ia dengan garam, tp Allah yang jadikan.
~pintar seorang manusia bukan atas usahanya semata, tapi Allah.
~lajunya degupan jantung, bukan sekadar sympathetic activity yang mendominasi diri anda ketika itu, tp...itulah kuasa Allah.

habis tu?

kenapa Allah ciptakan semua benda 'penyebab' tu?

kalau Allah buat air tu terus manis...tak ke pelik? macam mana boleh manis? oh, aku taruk gula tadi. tp, perlu tetapkan dalam hati..itu adalah di bawah kekuasaanNya
mee goreng tiba2 pedas kaw2...''pedasnye!"..ye la, kecil2, cili padi. mestila berasap. tp, ingatkan dalam hati...Allah yang buat.

itulah pentingnya zikrullah, supaya kita sentiasa ingat pada Allah. setiap apa yang dilakukan kita sedar, ini di bawah penguasaan Allah. semoga Allah tetapkan hati kita, amiin.

keagungan Rasulullah SAW, bukanlah cerita dongeng.

kewujudan hamba Allah yang alpa di muka bumi itu juga bukan cerita dongeng.

akhirat juga bukan cerita dongeng.

akhir kata, kehidupan ini pentas dunia..kita ni hero ke watak sampingan? tak kisah lah. hero pun ada anugerah terbaik. watak sampingan pun ada juga. so, sama2 la berusaha merebut anugerah (syurga) itu. mahalnya syurga perlu dibayar dengan amal yang mahal.

peringatan utk diri sendiri juga.

wallhu a'alam.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.\

~kelas katanya stat 12 mac, tp..bila kerajaan nak bagi kami kembali ke Mesir?







Friday, February 11, 2011

ia satu kemenangan

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, wlwpun sy bukan rakyat mesir...but being a 'temporary' Egyptian, makes me feel proud of this victory. alhamdulillah!

tarikh 11022011 waktu mesir ataupun 12022011 waktu malaysia, Pak Husni disahkan meletakkan jawatannya sebagai presiden bumi Anbiya' itu. setelah 18 hari rakyat mesir berusaha, akhirnya kemenangan milik mereka.

tahniah Masriyyeen.

banyak soalan dalam kepala

bila exam?
bila balik alex?
ade flight free x? hehe~

pape pun, all the best for those who will sit for the final exam yg tarikhnya tatau bila. harap2 keputusan universiti adalah yg terbaikm utk semua orang.

~internalmedsurgeryclinicalpathologyanaesthesiaradiologyinstrument...banyak betol!

Monday, February 7, 2011

Allah sebaik-baik perancang.

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, syukur sangat2 sebab dah selamat sampai ke kampung halaman di sisi ma ayah, meninggalkan bumi barakah Mesir yang rakyatnya tak pernah berputus asa memperjuangkan yang hak. semoga kemenangan milik anda wahai pejuang2 kebenaran! dan juga semoga kami dapat meneruskan pelajaran kami semula. insyaAllah.

siapa sangka ya akan berada di sebuah negara yang bergolak. negara yang diisytihar darurat. terasa macam cerita zaman perang dulu2 pulak.

sebelum exam

-sc
-maaradh kutub

selepas exam

-ada rancangan istimewa utk cuti 10 hr nanti;p
-selesaikan kerja2 yang patut

tapi...itu semua rancangan saya. sebaik-baik perancang adalah Allah jua. dek kejadian yang tak disangka ini, semuanya terpaksa saya lepaskan. exam pun turut tertunda sekali. semoga semuanya yang terbaik utk kita.

semoga kawan2 saya yang masih di jeddah selamat sampai ke tanah air.

exam menanti di depan.

sedih nak tinggalkan bumi Alex hari tu. rindu kehidupan yang normal sebelum ni.
pegi kuliah, masuk hospital, sc, ziarah, pegi beli barang, masak2 kat rumah.....

sekarang dapat rasakan kehidupan di Iskandariah tidak seperti sebelum ni. bukan rusuhan yang kami bimbangkan, tapi jenayah rompakan yang sedang berleluasa di sana. semoga semuanya pulih seperti sedia kala. insyaAllah.