halwa telinga

Friday, December 31, 2010

janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat

assalamualaikum WBT..

insyaAllah, beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru. ikut waktu mesir la, bukan waktu malaysia. kalau Malaysia, sudah melangkah ke tahun 2011.

melangkah ke tahun baru, unofficially sudah melangkah ke umur baru. bertambah dan bertambah. kadang2 terfikir, "dah lama aku hidup, dosa pun makin banyak...dan makin dekat dengan mati"

sekali ingat mati...gugup terasa. tapi, adakah tindakan sebaik terasa kegugupan itu?

tepuk dada , tanya iman di hati kamu.

kalau Allah berikan peluang utk kita melihat buku catatan dosa kita, adakah reaksinya sama dengan kita melihat keputusan peperiksaan? terfikir-fikir juga. kalau lah setiap kali buat perkara yang Allah larang itu akan keluar satu tanda di muka atau mana anggota badan, sudah tentu manusia itu serik. MALU. manusia kan selalu mendahulukan malu kepada manusia berbanding malu kepada Allah?

tapi, apa pula reaksi kita kalau setiap amalan kebaikan yg dilakukan tu Allah tunjuk dalam bentuk ganjaran yang jelas? bukan dalam bentuk pahala yang tidak kita nampak itu? adakah RIYA' lebih menguasai diri kita nanti? atau adakah kita akan jadikannya bukti bahawa Allah itu menepati janji?

wallahu A'alam ~

yang pasti setiap perkara ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di langit dan di bumi. perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

dan kita kena yakin bahawa janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat.

apa maksudnya?

cthnya...

bila Allah katakan perempuan yang baik adalah utk lelaki yang baik, manakala lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik,,

maka seseorang itu kena jadi lelaki/perempuan yang baik itu utk mendapat perempuan/lelaki yang baik.

bila mana Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 29, bahawa Allah akan mengurniakan ampunan dan ganjaran pahala kepada mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan. oleh sebab itu, untuk mendapat apa yang Allah sebutkan itu, manusia perlulah beriman denganNya dengan aqidah yang benar dan juga melakukan kebajikan.

janji Allah itu pasti, tetapi bersyarat.

teringat pula mengenai doa. ingin saya kongsikan sedikit.

6 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

* MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
* MALAM HARI RAYA AIDIL FIT
RI
* MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA

* MALAM 10 MUHAMRRAM

* MALAM NISFU SYA’ABAN

* MALAM ‘LAILATUL QADAR’

* MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR

* KETIKA HENDAK BERBUKA

* ANTARA AZAN DAN IQAMAH

* PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH

* SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU

* ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR

* SELEPAS KHATAM AL-QURAN

* KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU

* SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH

* SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN


16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

* KETIKA MELIHAT KAA’BAH
* DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF

* DISISI MULTAZAM
* DIBAWAH PANCURAN EMAS
* DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI

* DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
* DIATAS BUKIT SOLAT

* DIATAS BUKIT MARWAH

* DITEMPAT SA’I

* DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK

* DI MUZDALIFAH

*
DI MINA
* DISISI JAMRAH AL-ULA
* DISISI JAMRAH AL-WUSTO

* DISISI JAMRAH AL-’AQABAH

* DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)


di petik dari sini

rindunya tanah haram. masih teringat lagi doa2 yg kawan2 saya kirimkan utk di baca di depan kaabah. alhamdulillah, satu persatu saya melihat apa yang mereka hajatkan itu termakbul. Allah itu tak memungkiri janji. dan Maha Penyayang. kalau doa kita belum termakbul tu, ada lah yang Allah telah tetapkan yang terbaik dimasa hadapan. jadi, tak perlulah sedih atau mempersoalkan kenapa doa itu tak dimakbulkan.

wa akhiiran...ini entry terakhir tahun ini. 2010 melabuhkan tirai. 2011 membuka lembaran. azam semasa masuk ke tahun hijrah yang baru hari tu, setakat ini masih cuba di kekalkan semangat dan usaha. semoga istiqamah.

ok, apa azam tahun baru ini pula???

~ semoga kita semua tak terlepas pandang mengenai amar maaruf nahi mungkar.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah

wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

tomar el tiempo~

assalamualaikum WBT..

tomar el tiempo~ frasa ni saya dapat masa pegi motivational talk yg disampaikan oleh Prof. Dr Ayman. profesor kat department head and neck.

tomar el tiempo = take the time. ambil masa.

bagi saya 'ambil masa' ni merangkumi banyak aspek.

take your time to study. =D

take your time to learn by your heart.

take your time to learn about life

take your time to understand your friends




tapi ramai terlupa....to take a time to know Allah.

to read Quran....

to zikr...



saya tak kata orang lain, saya sendiri pun...banyak kelemahan. kadang2, terlupa jugak nak baca quran dalam sehari tu. beralasankan sibuk, buat saya geram dengan diri sendiri. sibuk ke? ke banyak terlalai? T.T

"owh..tak sempat nak baca quran la. meeting dah nak stat,"

"banyak lagi tak study, lepas study la".

kalau asyik layan je alasan ni, bila tak ada kekangan nanti pun kita akan rasa malas nak baca. orang kata, dah jadi tabiat.



so, selalu cek balik. mutaba'ah amal seharian. complete atau hampir complete atau jauh sangat lagi ke arah complete itu.

sebenarnya dah lama tiada pengisian rohani dengan adik beradik sc saya. kalau nak, pegi la kelas tafakuh yang sekali seminggu tu.

adik beradik sc ( hajar, oggy, sarahsu,aindah, ika, lina, nadzirah, alliah,fatin, ainul,hanun )...walaupun ada antara kita duduk dalam kumpulan sc yang lain, ...ukhuwwah kita tetap sama macam dulu kan? rindu la nak wat sc macam dulu. malam isnin mesti occupied. kan?

sebelum penutup, satu pesanan...take your time to change. berusaha untuk berubah. mujahadah. jangan menunggu hidayah datang bergolek atau jatuh atas riba, tapi usaha dr kita juga diperlukan. bak kata peribahasa, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

bukan mudah melukis pelangi di langit tertinggi.
tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yg mengiringi...
bukan mudah memiliki mutiara ksih,
tnpa diselami lubuk hati nurani
ke dasar rsa yg plg dlm...~
ini adalah serangkap lirik lagu eksplorasi dari kumpulan fareast feat in-team.

berubah la. kita dah besar. bukan di zaman yang boleh main2 lagi.

Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.

wallahu a'alam=)

sama2 muhasabah..

semoga sentiasa dalam rahmat Allah

Thursday, December 23, 2010

cakap banyak

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, sudah 2 minggu sy di surgery department. alhamdulillah, ok lagi setakat ni. yang penting kena selalu baca buku. tp, hari sabtu lepas...doktor ada ingatkan kami ttg satu quote dlm buku Bailey and Love's short parctice of surgery.

"to study the phenomenon of disease without books is to sail an uncharted sea, while to study books without patients is not to go to sea at all"

termenung sekejap. hemm...itu lah pentingnya clinical round. to meet a patient, at least.
kepakaran seorang doktor tu akan semakin hebat kalau dia praktis banyak2 kali. especially, for a surgeon. kan2?

dan doktor Yahya juga ada pesan, "try to get something from the round. don't just sit and hear"

brain storm tuk diagnose patient tu sakit apa memang best. tapi, akan jadi tak best kalau kita tak study dulu sebelum tu. so, sile lah study utk menjadikan clinical round tu best. untuk kite jugak.

kalau dulu masa pre-clinical kami ada belajar pasal communication skill dalam subjek community medicine, sekarang pula adalah masanya untuk kita apply semua tu.

bercakap banyak tak bermaksud dia hebat dlm communication skill. communication skill bukan setakat bercakap, tapi...ia lebih kepada bagaimana kita memenangi hati seorang pesakit. senyum, nada bercakap, ekspresi muka dan tindak tanduk.

tapi kita ada masalah language barrier di sini, kan? nak cakap ammiyah pun masih merangkak. macam mana nak dapatkan history yang paling bagus?

language barrier tu sebenarnya tak menjadi masalah kalau kita jatuhkan ego kita saat berbicara dengan pesakit. apa maksud jatuhkan ego tu?

kalau tak faham apa yang patient tu cakap, cakap je tak faham. and senyum. mintak dia terangkan slow2. kalau tak boleh jugak, cuba lah cari solution lain, cthnya tukar kpd soalan lain. yang tadi tu simpan tuk mintak doktor yang tanyakan. yang penting kena selalu senyum. jangan pulak bila tak faham, terus berkerut-kerut and bercakap-cakap dalam bahasa kita. kalau kita dengar orang arab cakap dlm bahasa dia dan kita tahu dia tengah cakap pasal kita (cuma tak faham isi percakapan), kita pun rasa nak marah. so, begitu juga deme. mereka juga manusia, punya hati dan perasaan.

kerja kita bukan setakat nak ambik history, tapi lepas ni nak buat examination juga. so, kita sangat memerlukan kerjasama pesakit2 tu. cubalah menangi hati mereka. supaya mereka rasa selesa dengan kita dan akan willing tuk bagi kita buat further examination lepas ni. kita sedang belajar dari mereka sekarang.



saya perasan pelajar2 Malaysia ni selalu sangat kutuk arab2 kat sini. tanpa sedar, saya melihat di kalangan kita seolah menganggap mereka tu takde perasaan. robot ke?

tentu sekali tidak, kan?

mereka juga manusia. manusia. seperti kita. memang tak nafikan, mereka ni banyak kerenahnya. menyakitkan hati. tapi, tentu sekali kita tak berhak tuk kutuk sesuka hati.

kalau pesakit tu refuse, kita kena hormat. siapa yang nak tunjuk her breast? siapa yg nak tunjuk scrotum and penis? of course ada perasaan malu dia. or even nak tengok abdomen je, tak mustahil tuk dia rasa malu. mungkin kita kata, "alah, abdomen je pun. bukan nak tengok breast ke ape.."

biar la dia. kalau dia segan. itu hak dia. kalau kita, agak2 macam mana?

so, macam mana nak asah kemahiran berkomunikasi ni? banyakkan bergaul dengan orang lain. kalau kita asyik dengan kumpulan kita saja, kita akn sentiasa rasa selesa. cuba keluar dari zon selesa. untuk latihan masa depan jugak. posting nanti , insyaAllah kita tak lagi dalam geng kita. akan jumpa orang baru. dan pesakit berganti-ganti setiap hari. so, biasakanlah diri jumpa orang baru.

saya cuma mengutarakan pendapat. kalau orang lain, mungkin fikir lain.



ok, dah panjang. wassalam~

tukar lagi

assalamualaikum WBT..

aktiviti malam jumaat. tukar background lagi. tukar mood mungkin?

nanti kite tulis benda lain lagi ye.

ada sesuatu dalam kepala saat ni. tp, sile study!

robbuna yusahhil semua!

esok malam kembara ukhwah batch tahun 4. semoga Allah permudahkan urusan kalian yg kendalikan program ni. robbuna ma'akum.^^

Thursday, December 16, 2010

kenali diri


assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, masih berpeluang untuk update blog di malam jumaat ni. insyaAllah esok merupakan hari penutup program unit akademik PCI; BOOM II (Blooming Out Of Mediocrity).

pada BOOM I yang lepas, saya merupakan salah seorang peserta tetapi untuk BOOM II ni, saya ditaklifkan untuk menjadi fasilitator. saat ditawarkan taklifan ini, rasa berat hati sangat nak terima. sebab, sejak buka sem baru hari tu, saya diberi jawatan sebagai AJK pelaksana pelancaran SC, dan program seminar Perubatan dan ibadah pesakit. cadangnya ingin berehat seketika dari mana2 program. nak tumpukan study yang masih banyak belum sempat di 'cover'. kalau terlibat pun, sekadar yang memenuhkan majlis.

tapi, Allah sebaik-baik perancang. panggilan dari sahabat saya untuk menawarkan taklifan Fasi membuat saya berfikir sejenak. memang sejenak. nak jawapan on the spot! hai laa~

"seorang da'ie kena kreatif. perlu cuba benda baru. Da'ie takkan menolak taklifan"

saya pun dah tak ingat exact ayat dia. tapi itulah serba sedikit yang disampaikan. Da'ie?
"ok, terima kalau kau mengaku kau tu da'ie". maka, taklifan itu diterima. terima kasih sebab bagi kepercayaan pada saya. thanx kak teh ^^.

alhamdulillah, pengalaman ni sangat bermakna rupanya. seronok bila kita dapat menyampaikan sesuatu kat orang lain. dari ldk 1 ke ldk 3, banyak perubahan yang saya nampak pada diri ahli kumpulan yang saya pegang. ada yang cuba untuk menyerlahkan potensi diri dia. mencuba itu yang penting. lebih baik dari tak buat langsung. kan?

paling menarik, ldk ke 3. ada 3 aktiviti.

1- lukis satu objek yang melambangkan keperibadian diri anda.

macam2 adik2 ni lukis. awan, bulan, bintang, burung, jam tangan, pokok, cermin mata, orang lidi, pokok kelapa, garisan lurus, conteng2 serabut, garisan bengkang bengkok, starfish dan yang satu ni, tak tahu lah apa objek tu pada realitinya, tapi saya sangat tertarik bila lukisan dia sebenarnya bermaksud, hidup ni satu jalan lurus tapi ada banyak garisan di sepanjang garisan tu iaitu ujian. di hujung garisan ada huruf H iaitu heaven. dan tafsirannya, itu adalah matlamat hidup kita. iaitu syurga. nice!

2- lukis peta dunia di atas sehelai kertas mahjong. tandakan negara-negara orang Islam yang bergolak. kemudian lukis di belakang nya seorang yang perfect.

apa yang nak disampaikan? siapakah orang yang perfect di sebalik negara yang bergolak tu? siapa yang perfect?
...........kami menunggu jawapan dari peserta.
"nabi Muhammad,"
"tapi kita tak boleh jadi perfect macam nabi Muhammad"
"khalifah" that's it!
"siapa khalifah"
"imam mahdi?"
"ok, siapa khalifah?"
.........diam.
"kita semua" alhamdulillah..~ lega, ada yang berfikir. tak lah kami cakap kosong!

kita semua adalah khalifah. siapakah khalifah? merekalah yang akan menjaga agama Allah kat muka bumi ni.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman,"sungguh, Aku tahu apa yang tidak kamu ketahui" surah al-Baqarah ayat 30.

seterusnya...

"Kamu adalah umat terbaik, dibangkitkan demi kebaikan umat manusia; kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah….." ali- Imran ayat 111.

kalau diingatkan proses persenyawaan, dalam berjuta-juta sperma tu,hanya satu yang berjaya sampai kepada ovum. yang lain, terus terkorban. mati. jadi, sperma yang berjaya tu sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi yang terbaik! berbaloi untuk yang lain mati.

jadi, tak dapat tidak, tanggungjawab tu sedia terpundak di bahu setiap umat islam. melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. seiring sejalan keduanya. titik permulaan utk melaksanakan tugas khalifah ini adalah dengan memperbaiki diri sendiri. membentuk sifat seorang muslim (fardu muslim)





3- pass kan sehelai kertas tulis nama. lepas tu peserta lain akan tulis pujian pada pemilik kertas tu. dan bagi peluang pada peserta utk 'terbang'. melalui aktiviti ni, peserta dapat tahu apa kelebihan yang dia ada. dan gunakan kelebihan atau potensi utk menjadi seorang yang perfect di atas. menjadi khalifah. potensi2 yang ada itulah yang perlu digunakan.

kesimpulannya, kita kena kenal diri kita. siapakah kita. apakah tugas kita. kenapa kita diciptakan.

think and think.

sekadar berkongsi.

~semoga semua dalam rahmat Allah.




Tuesday, December 14, 2010

lagu kehidupan

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 di colorectal unit. cerita dlm entry yang lepas macam mana? alhamdulillah, doktor2 dah berjaga-jaga. dah kurang keluaq bahasa arabnya. jadi, selesai masalah! colorectal unit memang BEST..^^...tp, sebelum ni orang kata masuk surgery relax. tak macam internal medicine. setelah 4 hari, saya tak rasa ada perubahan pun. sama je dengan internalmed dulu. sama penuh. dan sama banyak yang nak kena cover. malahan lagi banyak kott~ kan2?

*

negara timur tengah mengalami cuaca yang teruk sehari dua ni. Alex dilanda ribut katanya halajunya adalah 60 km/j. patut la rasa nak terbang je bila jalan ke arah pantai. terumbang-ambing dibuatnya. hujan ais pun ada. sakit rupanya bila kena muka. jadi, jangan excited. T.T
ada bangunan yang runtuh, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, bumbung nafak (terowong) tercabut. menakutkan je rasanya. family di Malaysia pun sibuk tanya khabar. insyaAllah kami selamat. jangan risau.

alhamdulillah, cuaca dah kembali tenang. winter yang sejuk! dah nama pun winter;p


*

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu... Seharum setanggi syurga

>> lirik nasyid setanggi syurga. walaupun lagu ni dah lama jiddan, saya tetap suka. dan sekarang baru faham apa yang cuba disampaikan.

dunia itu tidak kekal, dan janji Allah itu pasti. semoga keharuman bau syurga itu yang menyambut kita di akhirat kelak, bukan belati yang kuat pukulannya.

lagu kehidupan, ada naik turunnya. semalam berduka, tapi, cahaya gembira terbit di hari ini. kenapa Allah datangkan hujan? rupanya Allah nak hadiahkan pelangi...bersyukurlah dgn ujian Allah dlm kehidupan ni.

~ semoga sentiasa dalam rahmat Allah.


kenapa perlunya rahmat Allah? fikir2 kan~

Saturday, December 11, 2010

redha?

assalamualaikum wbt..

hari ni, hari pertama masuk ke department surgery, di unit colorectal. unit yang best, kata kawan2 yg pernah berada di unit tu la. jadi, sayang sangat utk minta tukar ke unit lain. kenapa nak tukar?

benda yang saya tak sangka akan berlaku. kali ni ditakdirkan sekelas dengan pelajar2 arab ( egyptian n saudi arabian)...mereka 9 org,kami pelajar malaysia 8 org.

kenapa tak suka?

bukan tak suka kawan2 arab ni. masalah timbul bila diorang ni berinteraksi dengan doktor dalam bahasa Arab yang kami tak faham. doktor pulak terus respon dalam bahasa arab. berapa kali nak mintak doktor translate into english? lepas tu jadi lagi. dan lagi. penat!

kawan2 dari unit lain cakap

"kena insist la. suruh doktor cakap dalam bahasa inggeris."... sekali mintak, sekali doktor translate. bila ada interruption from those egyptians, he talked in egyptian language ..AGAIN.

"takpe2...ak dulu pun rasa nak nangis jugak masa masuk surgery" ... tp,tekanan kami lain.

"takpe la. ada kelebihannya jugak sekelas ngn diorang" . i'm waiting for that kelebihan. ada 2 bulan untuk kami merasainya.

"ada hikmah la tu"...i hope so. ya Allah, berilah kekuatan untukku terus berada di jalan ni.

emo???!!

sikit2. kalau tak, tak tertulis kat blog ni. kan2??

betul kata ustaz Aqli, manusia akan sentiasa kata ujian yang dia hadapi adalah lebih berat daripada ujian yang orang lain hadapi. apa2 pun, utk hadapi ujian ni, hanya perlu SABAR. sila bersabar ye syimah..

saya akan cuba kutip seberapa banyak mutiara ilmu dalam surgery kali ni. biar berbaloi dengan apa yg bakal terjadi utk 2 bulan ni. caiyyok2!
~bagi semangat kat diri sendiri~

being a GOOD doctor isn't easy. ok?



ma,ayah...doakan kak ngah!

Tuesday, December 7, 2010

banggakah bercinta?

"oit..makwe eh?"

si dia sengih segaris. si cantik manis pula senyum malu2 kucing.

seiring majunya dunia sekarang, bercinta pun ada majunya. di facebook, in relationship with....
wah, bangga sekali dia mengiklankan statusnya yang sedang in relationship! walhal, kalau sudah bertunang sekali pun, kita tak boleh hebah-hebah kan. inikan pula masih dalam perhubungan yang masih belum tentu akan di bawa ke jinjang pelamin atau tidak. ye lah, kalau umur baru form 2, form 3...mustahil sekali nak kahwin dalam masa terdekat itu. jadi di mana titik pengakhiran perhubungan itu?

masa terus berputar. cinta kampus mengetuk hati. teringat iklan sunsilk kat tv.

"lama tak nampak kat perpustakaan,"
"tak dapat tumpu studi la kat situ,"

sekali tengok, sweetnye! dua kali fikir..." sekelip mata je seseorang itu boleh terjebak dalam panahan syaitan!"

kenapa saya bangkitkan pasal bercinta ni? tajuk common. dah berapa banyak artikel membincangkan soal bercinta sebelum akad ni. so, saya nak tambah satu lagi artikel ke?

betul. dah terlalu banyak artikel berkenaan kapel ni. artikel ni kata haram. artikel ni menolak dengan cara cerpen, sajak, puisi,...dan macam-macam lagi. sampaikan artikel2 itu semua sudah dipandang sebelah mata saja oleh remaja2 kita di luar sana. sampaikan mereka yang menolak sekeras-kerasnya kapel suatu masa dahulu turut terlibat dalam 'serkap syaitan' ini.

kenapa ya?

kenapa dulu, kamu yang selalu mengatakan bahawa,

'epal yang dah jatuh ke bawah sudah tak dipandang berbanding epal yang masih di tangkai'

"kuih yang ditutup akan lebih dipilih berbanding kuih yang didedahkan"

"wanita solehah utk lelaki soleh"

"kena jadi baik utk dapat yang baik,"

tapi sekarang....hanya dengan satu kata-kata manis dari si dia kamu sudah masuk perangkap syaitan?

seronok rasa disayangi? seronok ada orang yang take care? bangga sangat ke?

"at least ade pengalaman,"

oh, bangga sungguh kata-kata itu. bangga ada pengalaman bercinta! bangga?

orang yang tahu hukum...orang yang tahu bercinta sebelum akad itu haram, patut kah kalian berkata demikian?


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

percaya dengan kata-kata Allah. janji-janji Allah. semoga kita tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya tak akan berhenti menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat nanti.

bercinta lah untuk ke syurga. kebahagiaan yang abadi. jangan dikejar kebahagiaan yang sementara ini.

sesungguhnya saya menegur kerana sayang. serahkan hatimu hanya untuk Allah, pasti Dia akan temukan dengan pemilik terbaik!

Ya Allah, iringilah kami dengan rahmat Mu.

selamat berusaha untuk syurgaNya~

hijrah

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, semalam tamat sudah perjalanan kami di department internal medicine. banyak betul kenangan kat sana. kumpulan kami selalu je kena komen ngan doktor, kumpulan tak aktif la, kedatangan tak penuh, malu2 nak tanya doktor. dan pengalaman dgn patient yang bijak2, tp annoying pun ade sampai buat kami doa2 taknak jumpa patient tu lagi lepas ni. kalau nak cerita satu2 kisah kat sana..panjang la entry ni nanti.

seperti biasa entry ni sbg tanda. saya dah habis posting di internalmed dan akan berpindah ke surgery. cuak jugak rasanya. kawan2 yang masuk ke surgery terlebih dahulu kata, surgery relax je tp bila time exam...banyak dan berganda2 susah dari internal med. huh! apa pun, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua nanti insyaAllah.

salam maal hijrah.

ye, dah masuk 1432H. dah jauh rupanya kita ni dari zaman Rasulullah. dan semakin jauh juga antara kita yang telah melupakan perjuangan baginda.

hijrah lah! hijrah kembali kpd Allah dan RasulNya.

semoga sempena tahun baru ni, azam baru tertanam dan disuburkan dengan usaha2 supaya membuahkan hasil di suatu masa.

semoga hijrah saya ke surgery lepas ni buat saya jadi lebih baik^^. semoga lebih rajin.

Thursday, December 2, 2010

demam pilihanraya?

assalamualaikum WBT..

hari ni, insyaAllah tahun 4 dan 5 akan keluar untuk mengundi utk pemilihan AJKT PCI yg baru. jom2, keluar mengundi semua!

parti tepung.

hehe...unik betul nama parti ni. apa pun, semoga usaha kempen itu berbuah hasilnya ye parti tepung.=).

ok, peralihan musim barangkali, setiap tahun akan demam jugak sikit. semoga ini sebagai kafarah dosa sebelum ni. insyaAllah. bukan demam pilihanraya ye. dan pilihanraya Alex sangat hambar tahun ni. mungkin ada titik kelemahan yang perlu dibaiki lagi selepas ni. supaya ahli tahu dan faham kepentingan berada di bawah PERUBATAN. bukan sekadar persatuan.

jangan lupa keluar mengundi!

Wednesday, November 24, 2010

pintu kebaikan

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, semalam kursus mentor telah selamat diadakan. kursus selama 2 hari cukup bermakna bagi saya selaku salah seorang yang ditaklifkan sebagai seorang mentor.


terngiang-ngiang ditelinga ayat 'fastabiqul khairaat'. berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan.

pintu kebaikan sangat banyak. cuma terletak pada kita selaku hambaNya untuk mencari,merebut, dan melakukan kebaikan-kebaikan itu. jika kita cuba kaitkan 'fastabiqul khairat' dengan hadis Rasulullah SAW mengenai suruhan untuk mencegah kemungkaran, amat jelas di situ bahawa kebaikan itu boleh dibuat dengan pelbagai cara.

sabda Rasulullah SAW,

"jika daripada kamu melihat suatu kemungkaran, maka dia hendaklah merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah merubah dengan lisannya. jika tidak mampu, hendaklah dia merubah dengan hatinya. dan itulah selemah-lemah iman"

membenci dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. kalau sebelum ni, kita boleh beralasan,

"macam mana nak tegur, aku ni sapa...."...tanpa kuasa?

nah, sekarang pintu untuk ada 'kuasa' itu sedia terbuka. tawaran untuk menjadi mentor terbuka kepada anda. pihak Mentor Council Alex adakan program The Apps. untuk mencungkil bakat2 baru untuk menjadi mentor kepada adik2 kita. tak kurang juga, pihak mentor council sibuk mentakdim anda untuk menjadi mentor. inilah perkaitan antara 'fastabiqul khairat' tadi dengan hadis Rasulullah SAW td. pintu kebaikan sudah terbuka. tinggal untuk kita rebut saja.

'kuasa' sebagai mentor.

"alah, adik2 SC je la yang boleh kite tegur. berapa ramai kat lua sana yang wat maksiat. takde kesan pun jadi mentor ke tak..."

anda diberi peluang untuk memegang satu kumpulan SC. apa yang ingin dicapai dari SC adalah menghasilkan muslim/muslimah yang terbaik. ini adalah salah satu method penyampaian yang pihak pimpinan telah fikirkan. ini adalah satu permulaan. kita cuba menyampaikan kepada satu kumpulan kecil. melalui pemahaman itu, mereka boleh sebar luaskan pada sahabat2 mereka yg lain wlwpun sahabat di Malaysia. permulaan itu sangat penting. tak kan lah terus nak berceramah pada satu kelompok besar andai kita tak menjanjikan api yang bakal terkeluar dari mulut kita. :D. memimpin kelompok kecil ini latihan utk kita memimpin kelompok besar kelak.

kita kena cuba fikir jauh. jangan restrict pemikiran kita yang hanya adik2 SC shj yang boleh kita bimbing. kawan2 dia yang kita kenal pun boleh turut sama. jadi, sebenarnya SC ni satu pintu kebaikan yang telah dibuka untuk kita. tinggal untuk kita rebut dan lakukan apa yang kita nak buat sebelum ni.

oleh sebab itu, kalau ada yang mengatakan menjadi seorang mentor ni satu taklifan yang berat, tiba terasa terbeban.. cuba ubah balik pemikiran tu. bagi saya, ditaklifkan sebagai mentor itu satu anugerah dari Allah. salah satu sebabnya, yang pasti taklifan itu datang dari Allah. kedua, macam yang saya kata tadi, ini pintu kebaikan. sampai bila nak terus berada pada tahap 'selemah-lemah iman' tu? apa kata cuba up sikit. merubah kemungkaran dengan tangan.

bagi yang sudah menjadi mentor, kenapa nak berhenti?

sangat sedih bila ramai dikalangan sahabat2 yang menarik diri dari menjadi seorang mentor. tanpa sedar, kita telah menolak satu pintu yang Allah buka untuk kita.

"die ade problem. tak sempat nak fikir pasal orang lain,''

"aku sibuk. takde masa nak buat sc,"

macam-macam yang saya dengar. ada masalah, sibuk, takut, serabut, takde ilmu, dsb.

cuba kita singkap kembali sirah Nabi Muhammad SAW, permulaan dakwahnya. bermula dengan usrah. pemula kepada dakwah Islam, sudah pasti sangat berat. tambah2 lagi, wahyu yang diterima itu wajib baginda sampaikan. sangat berat kan? dan lagi, keadaan kota Mekah pada masa tu sangat tak diterima akal untuk penduduknya menerima satu agama baru. menyembah berhala tu kan memang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka lagi. kalau Rasulullah SAW rasa terbeban, dan nak lepaskan tanggungjawab tu, agak2....Islam ke kita sekarang?

saat Rasulullah SAW kehilangan 2 orang yang baginda sayang; saiyidatina Khadijah Ra dan bapa saudaranya, tidak sedikit pun membantutkan usaha dakwahnya. kerja dakwah tetap diteruskan. padahal saat itu, baginda sangat sedih. sehingga tahun itu digelarkan sebagai tahun kesedihan.

seterusnya, sebaik selepas kewafatan Rasulullah SAW, kaum muslimin pada masa tu tidak 'bercuti' panjang. mereka terus melantik ketua @ pemimpin baru untuk mereka. mereka tidak mahu, kaum muslimin terkapai-kapai hidup tanpa pemimpin. lalu, saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik untuk menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Saidina Umar al-Khattab. kalau nak ikutkan, betapa sedihnya mereka pada masa tu. Rasulullah SAW yang tercinta telah tiada. betapa terasa kehilangan baginda. tapi, mereka tidak melayan perasaan sedih tu untuk berdiam seketika. kerja-kerja islam tetap diteruskan.

sebelum kewafatan Saidina Abu Bakar, Saidina Abu Bakar telah berpesan kepada Saidina Umar dengan mengatakan :

"Dengarlah hai Umar apa yang kukatakan ini dan laksanakanlah! aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya mengirim bala bantuan kpd Al-Muthanna. janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimanapun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah SAW wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana sebesar itu. demi Allah,andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat seksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi lautan api,"

Saidina meninggalkan pesan supaya tetap menghantar bala tentera membantu Muthanna yang sedang bertempur di medan perang di Iraq walaupun pada hari itu,pada saat itu, pada ketika itu dia wafat. jangan hiraukan jenazahnya. tapi, teruskan apa yang baginda wasiatkan itu.

apa yang saya cuba sampaikan, kalau kita nak kata ujian yang Allah timpakan kepada kita tu berat, berat lagi ujian yang Rasulullah SAW dan sahabat2 rasakan.

"sedap la cakap, ko tak rasa apa yang kami rasa,"

ye, saya tak tahu berapa berat, sejauh mana masalah yang anda hadapi tu membebankan anda. tapi, ujian Allah kan datang dalam pelbagai bentuk. dan tak sama antara seorang hamba itu.

cuba positif, masalah yang Allah timpakan itu sebagai tanda untuk menguji hambaNya sama ada mereka akan terus thabat atau tidak. jangan disebabkan masalah yang dihadapi, kita memilih untuk meninggalkan atau melepaskan salah satu tanggungjawab kita.

"saya tinggalkan untuk jadi mentor je. dakwah boleh lagi disampaikan dengan cara lain,"

ok, terpulang. sebab tu, saya tak mengkritik sepenuhnya bagi yang menolak atau melepaskan taklifan ini. mana tahu, mereka nampak ada satu method lain utk menyampaikan dakwah?

apa-apa pun, taklifan itu satu anugerah. yang memilihnya adalah Allah. tak kisah lah taklifan sebagai mentor, Ajk pelaksana program, AJKT, pengerusi persatuan dan sebagainya. jadi, cuba terima dengan hati terbuka. dan laksanakan sebaik mungkin.

"taklifan tu amanah kotttt..."

ye, amanah. tapi, perlu ingat amanah sebagai khalifatullah itu telah ditaklifkan sejak azali. taklifan2 yang disebut di atas pula adalah salah satu jalan untuk melaksanakan tugas khalifatullah itu. sebab tu saya kata itu adalah 'pintu'.

jadi, masuklah 'ruang' yang telah dibuka melalui 'pintu' itu. semoga menjadi khalifatullah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

akhir sekali, minta maaf kalau ada kata-kata saya mengguris hati sesiapa. jumpa kat luar nanti biasa2 sudah eh. jangan attack secara zahir atau batin pulak. kita cakap elok2 naa. hehe~ :D



"sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa jika kamu tidak melakukan" As-Saff ayat 3.

semoga terus dikuatkan hati.

Monday, November 22, 2010

sepanjang perjalanan itu

assalamualaikum WBT..

tengah scroll gambar-gambar lama, terjumpa folder yang penuh kenangan. gambar kelas je pun. tapi, itulah kenangan berharga sepanjang 6 tahun menuntut di sana. terima kasih ma sebab tolong simpankan gambar ni elok-elok. siap ikut turutan lagi!


tingkatan peralihan. muka2 innocent. ;p



form 1. masih dikekalkan untuk duduk di kerusi depan. "yang rendah duk depan sekali!" . huh! kurang tinggi la.


form 2. tempat sama lagi. nampak sangat tinggi tak berubah. T.T



form 3. teacher aida sangat best! dibawah kepimpinan masturah rosli dan nadia abdullah.
time ni, saya sudah dibenarkan untuk berdiri di barisan ke-3. ada improvement.^^



form 4. masturah jadi naibah pulak kali ni. husna raidah yang rajin. cikgu haizan yang suka tanam bunga. kelas kami je ade pokok bunga. unik2~;p



form 5. yeay! dah nak habis belajar di Maahad!

happy?

TAK.

kami sayang maahad. kami rindu maahad.

balik hari tu pun tak jejak sekolah. bila nak ada peluang? peluang perlu dicari. jangan beralasan utk melawat tempat kamu menimba ilmu dunia akhirat itu.

semoga adik2 maahad terus berjaya dunia akhirat. kamu yang akan membawa Islam nanti. jadi, belajar betul2.

****


Saturday, November 20, 2010

cikgu saya kata....

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, hari ni sudah mula kelas semula selepas seminggu cuti berhari raya. cuti tak terasa pun sebenarnya. T.T..

sesekali saya rasa nak tergelak bila teringatkan apa yang Dr.Amani cakap masa round td. Die expect kami akan datang dengan muka bersemangat! tapi, alih2...muka2 mengantuk ini juga yg kelihatan. huhu! sori doc=(...mood tertinggal di rumah barangkali.

belajar tentang diabetes. doktor tanya. boring ke?
"a little boring," jwb salah seorang dr kami.
"no," " for me, diabetes is SO MUCH boring!"

erk! perli ke ape ni? tatau lah.

masa round td, doktor ade tunjukkan satu sign ni kat kaki patient hari ni.


necrobiosis lipoidica diabeticorum.

salah satu sign yg mungkin akan kita jumpa kat diabetic patient. kenapa saya nak tulis kat sini? sebab hari ni baru saya dapat tangkap nama die yang panjang nih. since last 2 weeks, before cuti lagi doktor dah sebut. tapi, namanya saya tak leh tangkap. pending ke???? faham2 lah slang di sini macam mana. nak salahkan slang pulak.;p

dan lagi, doktor ada pesan. kenapa kita belajar sangat pasal examination dengan detail, percussion dengan betul, cek vital sign satu2, general look tu betul2 perhatikan, blood pressure pulak belajar cara palpatory and auscultatory method walhal kite dah ada teknologi yg ukur pakai meter sj. kenapa?

kata doktor Amani td, sebab kite tak tahu yg kita akan berkhidmat di mana nanti. Aci kena campak ke pedalaman yg tak ada teknologi, X-ray pun susah nak buat...dengan buat IPPA (inspection, palpation, percussion, Auscultation) dengan betul kite dah dapat diagnose penyakit tu. tak perlu lah nak tunggu teknologi yg hebat2 di bandar. jadi, kena bersedialah. mana tahu, anda bakal bertugas di pusat kesihatan di kawasan pedalaman nanti? mana tahu kan??? tambah2 yg macam hospital kat sini ni, sphegmo pun ada satu je kat satu department. haih!

doktor cakap, tak guna kalau kita ada teknologi tinggi dalam perubatan tapi clinical skill yg kurang. "so, please show me some interest!"

nah, cth hospital di pedalaman di Chicuque. kat mana ntah ni.

tak tau la kat malaysia ada ke tak hospital macam ni. tapi, kalau lah ada di antara bakal doktor sekalian yang nak pegi misi bantuan kemanusiaan ke, peralatan sudah tentu tak lengkap sebagaimana hospital,kan? so, rajin2 lah studi clinical betul2. pelbagai kemungkinan akan berlaku nanti.


“Barangsiapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga.” (HR. Muslim).



semoga terus thabat. insyaAllah.

THANX DOC!

Thursday, November 18, 2010

takut

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah hari ni berjaya memenuhi undangan rumah terbuka di Alex. non-stop working @ walking? ahaa~ dari pg semalam ke cairo, balik pada pukul 6 petang dan tiba di Alex 8.15 mlm dan terus pegi tolong orang wat kueh untuk open house-nya hari ni. selesai jd 'jong kako' pada pukul 1, balik ke rumah untuk solat zuhur dan terus melanjutkan langkah ke rumah2 yg menjemput kami. total hari ni, 6 buah rumah! hari ni hari makan sedunia? boleh la nak dikatakan begitu.

walaupun perut dah penuh...paling kurang, kita perlu pegi ke semua rumah sekadar memenuhi jemputan mereka. kan?

ok, dah lama blog ni tak terisi dengan bahan ilmiah. bukan takde idea. tapi, masa tak cukup.

untuk sape2 yg baca blog ni, terima kasih diucapkan. blog ni tak seberapa. isi entry pun tak cukup hebat. blog yang biasa2 ni sekadar ingin berkongsi apa yang saya ada. mungkin ada yang bermanfaat.

tolong betulkan saya andai saya silap.


jgn dipandang orang yg berkata-kata, tp pandanglah kata-katanya itu.

wassalam~

Monday, November 15, 2010

raya

assalamualaikum WBT..

esok, seperti yg saya pernah cakap sebelum ni, adalah hari raya aidiladha. mesir awal sehari dari MAlaysia.

kullu sanah wa entum toyyibiin.

untuk sahabat di tanah air yg bakal menghadapi exam selepas raya ni, robbuna yusahhil! kamu berdua boleh buat. ja dan mariana...selamat berhari raya di bumi USM=) jangan sedih2 naa. orang di sini lagi sedih sepatutnya. tapi, takde lah sedih sangat tahun ni, sebab ni dah kali ke-4 sambut raya haji di bumi barakah ini. alhamdulillah

asalnya plan untuk ke Cairo. tp, entah dapat entah tidak...sebab tiket sampai sekarang belum beli. al-wajibatu aktharu minal auqaat...T.T. sabaq naa hanun. takde rezeki nak balik 'kampung' kot tahun ni.

dan petang tadi, selamat sudah menghantar tuan haji Othman dan isteri, yg kami panggil abuya dan ibu. minta maaf sebab sampai ke asrama saja kami dapat hantar. tak dapat ikut sama ke airport Cairo. terkilan~ semoga jumpa lagi,insyaAllah.

kami satu rumah sedang bersiap untuk hari raya esok! masak sama2. kalau nak tahu, inilah tahun pertama kami beraya bersama satu rumah. biasanya sentiasa tak cukup korum. ada je salah sorg dr kami yang beraya di tempat lain.

semoga kita semua dapat mengahayati sepenuhnya erti pengorbanan di bulan Zulhijjah ini.

sekali lagi, kullu sanah wa entum toyyibiin.

EID MUBARAK

Saturday, November 13, 2010

sakit puan

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, semalam tamat sudah Seminar Ibadah Pesakit kali ke-2 di Iskandariah ini. bertemakan perbidanan dan sakit puan, seminar ini mendapat sambutan yang positif dari warga PCI, sampaikan kami dari pihak Ajk pelaksana terpaksa hadkan penyertaan hanya kepada pelajar tahun 3,4 dan 5 sahaja. penyertaan untuk tahun 1 dan 2 pula, hanya sebilangan dari mereka saja yang dapat turut serta. ala kulli hal, semoga semua peserta dapat manfaat dari seminar kali ni.



selaku ajk pelaksana, banyak yang saya terlepas untuk dengar. tapi, alhamdulillah, setiap kali masuk ke dewan, telinga saya dapat dengar input yang 'mahal' dari pembentang. alhamdulillah. tapi, kalau dapat cd rakaman, lagi best!=D

sudah sediakah untuk jadi doktor? kalau sebelum masuk ke bidang ni, menuntut bidang perubatan adalah fardhu kifayah. tapi, setelah kita buat keputusan untuk pilih jalan ini, fardhu ain ke atas kita untuk menuntut nya betul2.

pengkhususan dalam bidang O&g? itu cita2 dari bangku sekolah dulu lagi. tapi, sekarang, tak sampai 2 bulan masuk klinikal, sudah beberapa kali hati ni mencetuskan untuk jadi doktor di klinik biasa sahaja. tak payah lah jadi pakar O&G. semangat dah luntur kah? set balik cita2 dan niat kamu dulu,syimah! kamu perempuan, maruah mereka kamu perlu jaga.

teringat masa interview utk memohon biasiswa dari MARA ni dulu, jawapan saya untuk jadi pakar sakit puan utk lindungi maruah wanita digelak-gelak oleh interviewer. tapi, sebab cuak sangat masa tu...marah tak terasa. dan satu lagi, takkan nak marah. tak lulus karang! and masa keluar bilik interview, rasa malu sangat2. terfikir-fikir, salah ke aku kata nak lindungi maruah perempuan. daripada seorang doktor lelaki yang melihat tempat yang paling rahsia untuk seorang perempuan, kan lebih elok doktor perempuan yang menguruskan masalah istimewa kaum hawa.

sampailah bila saya dengar kata-kata dari penceramah jemputan yang diterbangkan khas dari Malaysia; Dr. Ariza dan Dr. Fatimah, jawapan saya dulu takdelah salah. sebab doktor2 juga ada bagitau macam tu dalam ceramah mereka. *tak puas hati kenapa kena gelak dulu. haisy!

semalam doktor fatimah juga ada menyebut mengenai sumber kekuatan untuk terus berjuang dalam bidang ni, terutama sebagai pakar sakit puan,~~Supportive system. katanya, tak semestinya doktor yang akan faham kerja doktor sebab ada jugak yang tak faham. so, kena cari yang faham la. tp, kena sentiasa ingat, kekuatan itu dari Allah. kalau kita jauh dari Allah, macam mana kekuatan itu nak datang.kan?

doktor Abdul Aziz, ketua department O&G University Alex...sangat kagum bila dia sentiasa tetap dengan pendiriannya utk melaksanakan tugas2 yang diamanahkan mengikut acuan Islam. walaupun ditanya oleh doktor bukan Islam mengenai egg donation (kalau tak silap la), dia tetap menegaskan bahawa dia tak setuju sebab percampuran nasab akan berlaku. IVF dibolehkan dalam Islam tp dengan syarat telur dan sperma itu adalah hak milik suami isteri tersebut dan akan dikandungkan oleh si isteri itu juga.

fiqh awlawiyat...apa yang perlu dibuat bila kita berhadapan dengan 2 benda dalam satu masa. untuk seorang doktor, keputusan yang cepat dan tepat itu sangat penting.

kalau nak ulas satu2, memang tak terulas orang kata. saya yang dengar sikit2 ni pun rasa seronok, apatah lagi peserta yang sentiasa ada dalam dewan tu. dengan syarat tak tido lah. =)

extra knowledge pun dapat, pasal pelaburan emas=). boleh tengok kat sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal pelaburan emas ni. kalau kita ikut apa yang Islam ajar, insyaAllah selamat, dan kita akan jadi orang yang beruntung.

lusa kami akan menyambut hari raya AidilAdha. saya pun tak faham kenapa Mesir awal sehari dari Malaysia. padahal sebelum ni masa di Malaysia lagi cepat. sape2 tau?


haa...cuti ni pun ramai sahabat2 saya bakal menamatkan zaman bujang mereka. asifah jiddan sahabat2 sekalian, kome di Malaysia, saya di sini. tak dapat lah nak pegi. tahniah! semoga cinta anda semua membawa kalian ke syurga Allah yang indah itu=). tak lupa juga kawan saya yang baru menimang cahaya mata 12 Nov hari tu. walaupun perkenalan kami takdelah lama, cuma masa minggu orientasi di Maahad dulu,tp akhirnya ukhwah terjalin kembali di bumi Mesir ini. anak kamu sangat comel! moga jadi anak solehah=)


akhir kalam, salam eiduladha...kullu sanah wa entum bikhair. insyaAllah=)

cuti, tp jadual dah penuh! =(

Tuesday, November 2, 2010

makan epal

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, hari tu dah selesai exam midterm. mggu depan exam clinical pathology pulak. tahap kerajinan masih di tahap minima. aduih la. otak serabut? dah semakin ok. kott~

dah berapa hari rasa nak mencoret sesuatu dlm blog ni. nak tulis pasal exam osce hari tu. tp, tak jadi. kisah exam dah diceritakan pada ibu tercinta. memang sangat homesick sejak akhir2 ni. tak tau kenapa. baru 2-3 hari call sebelum ni. lps habis exam, call lg. jadinya, anak ma yg duk jauh ni lagi banyak call rumah berbanding anak2 ma yg duk kat malaysia. faktor line clear? yup! lg semangat nak bersembang.

entry kali ni tak de ape pun. nak kongsi sebuah kisah yg saya tahu dah ramai yang pernah dengar kisah ni. kerana sebiji epal. kalau pernah dengar lagu 'cari pasangan' dari kumpulan rabbani, berkisar tentang kisah ni lah jugak.

kisah nye begini.....

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

siapa Sheikh Abdul Kadir Jailani ni? saya pun kali pertama dengar nama ni masa duk kat matrik dulu. kisah baliau nanti akan disambung in the next entry insyaAllah. kalau rajin :D



wallhu A'alam.

p/s : tertunai hasrat nak menconteng di sini. =)

Monday, October 25, 2010

tafsirlah sendiri

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah.

masih berusaha untuk tekad hari tu :D..semoga bertambah baik insyaAllah.

sungguh...entry sebelum ni menyebabkan macam2 orang tanya, dan macam2 jugak yang sampai ke telinga ni.

"apa jadi syimah?"...err...not ready yet nak cerita2, saba neh..

"saya tahu tak pasal apa?"...owh..tak tahu.

"mengapekah?"...blh jawab ma fisy musykilah sj. cerita tutup.

"syimah ni pelik la, dalam blog sedih2..kat luar gelak2 elok je,"
"itulah cara orang matang handle masalah..."....ceh! pandai je korang.

minta maaf pada empunya dialog di atas. nak tulis jugak kat sini. hehe.

apa2 pun, tak kisah lah apa tafsiran orang pada entry tu. segala kata2 semangat, tanya khabar tu...sangat2 dihargai. saya sayang anda semua.^^. rasa dekat dengan anda.

bila hati dan otak tengah serabut, terus bawa hati dan otak saya kepada kenangan di tanah suci Ramadhan lepas. subhanallah. saya tak pernah rasa hati saya setenang itu. bila ayah saya tanya apa perasaan saya bila ada di Mekah...saya cakap saya rasa tenang. sangat tenang.masa tu tak perlu fikir pasal study, tension dengan masalah lain ke... rutin yang sangat damai dan boleh kata menyejukkan hati. (",).

tambah2 lagi, kita kan di rumah Allah. tenangnya lihat kaabah. kadang2, saya hanya termenung melihat kaabah. orang kata, doa la banyak2 bila dah ada kat depan Kaabah. tapi, itulah yang jadi pada saya. hanya hati saya berkata-kata. boleh kata seolah berdoa utk diri sendiri sj. dah lama di depan kaabah baru teringat pasal doa2 yang family dan kawan2 kirimkan. mungkin perasaan 'rasa tak caya' sangat tebal masa tu. dan sekarang pun sama jugak. masih rasa macam mimpi.
mintak maaf lah describe mcm teroverexcited.hehe...

tapi, sungguh, rindu sangat. rindu nak jejak lagi kaki ke sana. insyaAllah. kalau ada rezeki.

dan satu lagi, wlwpun macam2 masalah yg kami hadapi sebelum kami selamat sampai ke tanah suci...semua masalah tu buatkan saya faham apa itu 'tetamu Allah'. orang yang dijemput. selagi mana betul2 berusaha untuk menjadi tetamunya, Allah akan permudahkan segala urusan. berdoalah banyak2 moga cepat menjadi tetamu di rumah Allah.

nak selit jugak kat sini. saranan ikhlas lah dari saya kpd sahabat2 yg masih ada kat Mesir ni...duit yg kadang2 kome spend tuk jalan2 masa cuti or beli baju baru, beg baru, handset baru dan macam2 lagi yang selalu bertukar ganti tu, apa kata simpan utk ke sana. sungguh tak rugi. insyaAllah. yg dapat elaun setiap bulan tu, elaun tu lebih dari cukup kott...pandai2 lah berjimat cermat.

hai laaa...dah meleret rasanya nih. ma3lisy andai tersalah kata.

doakan kami dari internal medicine dapat jawab OSCE dgn baik. insyaAllah.

Friday, October 22, 2010

cahaya esok


menunggu hari esok,
semoga dengan terbitnya mentari di esok hari,
aku menjadi yang baru...


aku sudah penat.
penat fikir.
cukup setakat ini.
i'm off now.

kawan2 saya, tolong saya ya?
saya perlukan kalian di sisi saya =(





Tuesday, October 19, 2010

hak milik

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah. baru balik kelas.

semangat on & off. sekejap rajin, sekejap malas. bila terasa banyak yang kena baca,yang perlu dirujuk semula...rasa nak tinggalkan semua pulak..memang masalah kalau macam ni.

saya adukan kepada Ma saya sebentar td.

"jangan gitu. studi la. sikit lg."

ayat sama saja. tp, tak kisah lah. kata-kata drpd seorang ibu boleh membakar semangat si anak yang malas macam saya ni. huhu!

kekuatan itu daripada Allah. dan dapat dirasai diri ni banyak terlalai sejak akhir2 ni. banyak yang difikirkan. jd, tak hairanlah bila kekuatan itu hilang.

apa yg difikirkan?

satu tanda tanya di hujung soalan.

soalan. satu persoalan. yang sampai kini masih belum terungkai. simpulan yang kemas. satu rahsia. hanya Allah yang Maha Mengetahui.



*******

‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (At-Taghabun:11)



segalanya di tangan Allah SWT.

ilmu.
kekuatan.
ganjaran.
ujian.
nyawa.

semuanya bertitik tolak kepada seteguh mana iman kita untuk menghadapi setiap apa yang didatangkan kepada kita. kalau iman itu lemah, diberi harta setinggi gunung pun boleh membuatkan tuannya rebah di lembah neraka juga.

bila kita akan kembalikan semua yang ada ni kepada Pemiliknya? empunya badan kita. empunya dunia ini. hidup perlu sentiasa bersedia untuk saat itu.

"sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa jika kamu tidak lakukan"
as-Saff 3

*******



entry yg x berisi. asif jiddan! =(






Friday, October 15, 2010

nak menangis boleh?

assalamualaikum WBT..

tiba-tiba rasa sebak. rasa sesak. seakan ada seketul benda dalam dada ni. kalau lah boleh dilempar ke luar, dah lama saya baling jauh-jauh. biar tidak melekat di hati ini lagi. haah..kenapa hari ni terasa sesuatu yang pelik? sedih. titik.

apa yang disedihkan?
entah lah. kalau diri sendiri tak mengerti apa yang difikirkan, apatah orang lain,kan?

diri ini hendak menangis. seboleh-bolehnya. sepuas-puasnya. tapi, seakan ada yang menyekat diri ini dari menitiskan air mata. ya Allah, biarlah perasaan sedih ini terpadam.

usai solat maghrib, al-quran itu saya belek perlahan-lahan. moga hati ini menjadi lebih tenang selepas ni.

"ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang." ar-Ra'du 28

saat menulis entry ni, tiba-tiba seseorang menegur saya melalui ym.

"syimah?"...

sapa ni? detik hati saya.

"ja"

hanya seorang ' Ja ' yang saya kenal. dia. dan memang dia.

ya Allah, siapa sangka..gerangan itu adalah sahabat yang sangat saya rindu. 10 tahun kami terpisah. aduh..tiba2 hati berbunga-bunga. rasa sedih tadi hilang serta merta. Ya Allah, kuasa Mu sangat hebat!

terima kasih kawan,..walau jauh di mata, tp kita tetap di hati.

Wednesday, October 13, 2010

Nur Muhammad



assalamualaikum WBT...

Nur Muhammad. bukan nama orang yang pasti. inilah album baru dr inteam dan unique. unique yg mna dulunya dikenali sebagai UNIC kini tampil dgn album baru bersama senior nasyid mereka;inteam. dah mula rasa macam album promoter pulak.:D

apa2 pun, Nur Muhammad ni memang best. selawat yang biasa kita dengar dari kecik2 dulu tu dialunkan dengan irama yang sangat unik dan menarik. perasaan yang saya rasa bila dengar semua alunan selawat tu...indahnya selawat pada Nabi ni. mula terasa rindu dengan Rasulullah SAW, terbayang-bayang saat melawat makam baginda di Madinah dulu. semoga Allah berikan peluang seterusnya untuk ke sana lagi selepas ni. amiin.

ingin kongsikan sedikit hikmah selawat ke atas nabi,

daripada Ubai bin Ka'ab, katanya: "Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka." Aku berkata: "Aku hendak peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku." Rasulullah bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku." Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan." Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan dosamu... "

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi."

seronokkan? pahala yang bakal kita dapat atas sebab selawat. tak perlu ambil masa yang lama pun. sambil naik tram, sambil study , time prof takde dalam kelas mungkin. ini saranan untuk diri saya juga yang kadang-kadang ataupun boleh kata selalu buat benda2 lagha ni.

"sollu..sollu..sollu...Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad..."






Monday, October 11, 2010

saya tak sibuk

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah,alhamdulillah dan alhamdulillah...masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini. niat nak update blog dah lama. cuma masa yang tak mengizinkan. sudah masuk fatrah yang sangat sibuk...sibukkah saya?

malu sungguh nak kata saya sibuk. ramai lagi yang lebih sibuk dari saya. jauh sekali. jauh lebih sibuk. sibuk untuk apa? macam2. saya boleh katakan diri saya tak lah sesibuk mana sekarang ni, selagi mana hari-hari yang saya lalui hanya dipenuhi kelas sahaja.

"syimah, kul 8-4 kot. tak sibuk lagi ke macam tu?"

Tak.

berapa ramai orang yang masih ada tanggungjawab luar daripada tanggungjawab study ni.

meeting. program sana sini. wah! adik baru datang lagi...lagi sibuk. musyrifah, kakak sc...tak tahu apa lagi nak dilistkan. memang sibuk. perkara yang tak tercapai akal anda nak fikir pun terpundak atas bahu mereka.

jujur saya katakan, saya rasa malu untuk katakan 'saya sibuk, penat, tak de tenaga'. kerana saya tahu mereka lagi sibuk.

siapa?

*

belum sampai seminggu kami masuk ke tahun 4. penat. serius penat. berdiri masa clinical round 4 jam. dah rasa macam nenek tua, sakit belakang. penat bab ni kira ok, yang paling penat adalah otak yang nak ingat vocab arab ammi dan benda2 yang dah belajar 3 tahun lepas. puas diperah-perah otaknya.

"kak, dah 3 tahun duk mesir tak pandai cakap arab lagi ke?"....itulah hakikatnya.
"kan sekolah arab dulu, tak kan dah lupa?".... masalahnya itu fushah. sekarang ini ammi. jauh sekali perbezaannya.

sedih. sedih. sedih. history taking yang kaku. "apa aku nak tanya?"

palpitation?

dyspnea?

sputum?

haa...ape dalam amminya? itulah kisah di hari pertama.. sangat tercengang. terus rasa nak balik malaysia. sakit jiwa.

tapi, sekarang dah ok dah sikit2. sikit je lah. untuk history taking tu walaupun tergagap-gagap, kira ok daripada yang tak tahu sepatah haram sebelum ni. huh!

kami yang di tempat kan di bahagian geriatric (sakit org tua), banyak bekerjasama dengan pak cik- pakcik yang sangat cooperative. terima kasih pakcik sekalian.

sakit jiwa masa clinical round dah semakin berkurang. alhamdulillah.

cuma pening bila banyak sangat input yang kami dapat sehari-hari. penat otak. penat nak rewind balik apa yang kami belajar masa pre-clinical dulu. anatomy, physio....aduih laaa

kalau saya boleh mengeluh, dah beribu kali saya mengeluh. tapi, ingat Allah kata..jangan takut dan jangan sedih.

insyaAllah Allah bersama orang yang sabar.

kena selalu ingat, Allah akan mempermudahkan jalan ke syurga bagi orang yang menuntut ilmu ni. yang penting IKHLAS. niat yang ikhlas.

so, tak de keluh kesah, tak komen penat. tak de komen sibuk. ingatlah..berapa ramai lagi orang yang jauh lebih sibuk daripada kita.

lagipun, Allah kan tak kan bebani hambaNya perkara yang di luar apa yang mampu hambaNya tanggung kan?

pesanan terakhir, juga pesanan untuk diri saya juga : cuba bersikap lebih cakna tentang perkara sekeliling. Khalifatullah tak bercuti tau. dalam kesibukan harian, tugas utama itu perlu dijaga.

"opss...tambah satu lagi keje?"

tak. memang itu keje pertama kita sebaik kita lahir.

ok, setakat ni dulu. tak boleh ambik masa sangat. banyak lagi wajibat yang menunggu. salamun alaykum=)

Wednesday, October 6, 2010

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah semalam selamat tiba di Alex dalam pukul 11 pg. blog ni dah lama sangat tak update, biasalah...bila dah balik ke Malaysia, aktiviti blogging akan terhenti. sekarang ni walaupun dah ada kat alex, idea pulak yang takde. update ni pun sekadar untuk tukar mode. post terakhir hari tu masih berkisar pasal bulan Ramadhan. sekarang dah penghujung Syawal dah pun...tak kan tak de post baru.:)

esok saya akan memulakan kelas sebagai pelajar tahun 4.alhamdulillah. dan agak cuak sikit. ye lah, dah ponteng banyak hari. takut lost pulak nanti. doakan semuanya. semoga tahun 4 kali ni dihiasi seribu kenangan, pengajaran, pengalaman dan ilmu yang diperoleh itu nanti boleh di manfaatkan sepenuhnya insyaAllah.

Wednesday, August 25, 2010

merindukan Ramadhan

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah sekarang sedang transit di kuwait. cuba menyelit seketika untuk post satu entry di kala idea terbit.

sedar atau tak, hari ni sudah masuk 15 ramadhan. terasa baru semalam kita menjalani ibadah puasa. baki 15 hari yang masih ada, bakal cepat berlalu. jadi, cubalah rebut peluang yang diberi Allah ni dengan sebaik-baiknya.

tahun ni, saya rasakan ramadhan ini adalah yang paling istimewa. Ramadhan yang disambut di tiga tempat berbeza. menyambut Ramadhan sebagai tetamu Allah di Haramain, di mesir walaupun sekali saja sempat ber tarawih di Gami' Ibrahim, dan seterusnya Ramadhan diteruskan di tanah air tercinta di sisi ma ayah, dan adik beradik.

walaupun Ramadhan masih berbaki 15 hari, saya sudah seakan rindu kepada separuh yang pertama itu. saya sendiri masih belum pasti, istiqamah kah saya nanti utk separuh yang kedua ni. semoga Allah tetapkan hati.

daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW,

"siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu"

Yuk! bersama hargai kelebihan bulan mulia ni.


**tak sabar nak buka puasa kat rumah. laksa penang! ^^

Monday, August 23, 2010

memekarkan cinta di kota Mekah

assalamualaikum Wbt...

alhamdulillah sudah selamat sampai ke Alex. 2 minggu meninggalkan bumi mesir, banyak pulak yang berubah. jam tukar pun tak tahu. esok insyaAllah akan meninggalkan bumi ini sekali lagi. bakal berangkat ke tanah air=).

pengalaman lebih kurang 2 minggu di tanah suci, menimbulkan rasa rindu di hati ini. teringin untuk berpijak sekali lagi ke sana. kalau ada rezekinya, insyaAllah.

suasana berpuasa di masjidil haram cukup menyejukkan hati walaupun suhu mencecah 40-50 darjah celcius. 'fastabiqul khairat'...itu yang kami nampak. cukup dipraktikkan. amalan bersedekah diamalkan di mana-mana saja. walaupun di laluan sa'ie, ramai yang menghulurkan air zam zam dan kurma sebagai persediaan untuk berbuka. paling kurang, semasa tawaf ada yang sedekahkan tisu untuk lap peluh. saya mula terfikir, rupanya, pintu untuk buat kebaikan terbuka luas di mana saja. dan mereka pula, sekali Allah beri peluang untuk buat kebaikan, terus direbut. betullah, berlumba-lumba untuk buat kebaikan. semoga kita sama-sama praktikkan amalan ni. insyaAllah.

dek cuaca yang yang sangat panas,ramai pula yang jatuh sakit. mungkin itu kafarah dosa. kita pergi sana pun, dengan harapan Allah ampunkan dosa kita. semoga hati ini lahir sebagai hati yang baru.

pengalaman mendaki jabal nur untuk ke gua hira' sangatlah terkesan di hati. baru satu pengalaman Rasulullah SAW yang dirasai, itu pun sudah cukup susah. penat tak terkira. apa yang boleh saya cakap, "terasa nak pecah jantung". suasana jabal nur yang di sinari cahaya lampu dari kota mekah, dan TANGGA yang dibina, sedikit sebanyak membantu kami untuk menuju ke gua. itu pun rasa susah jugak . apatah lagi Rasulullah SAW, yang ketika tu cuma ada batu-batu dan tiada cahaya. bila sampai di puncak jabal nur, saya berfikir sejenak. padan lah Rasulullah SAW jadi takut bila baginda didatangi Jibril. maklumlah, dalam suasana yang gelap, tiba-tiba datang satu cahaya yang terang, dan berbicara dengannya.

masih ingat kata-kata ust haji saleh yang bawa kami untuk jaulah di Mekah,

katanya "kamu orang muda tak kan tak boleh panjat. Rasulullah dulu panjat laju. lepas jumpa Jibril tu pulak berlari-lari turun ke bawah." ...kami ni pulak, turun pun lambat. jauh sungguh dengan semangat Rasulullah. patut lah Rasulullah SAW boleh jadi kekasih Allah.

sayu hati untuk meninggalkan kota Mekah, diganti dengan hati yang berbunga tatkala pertama kali memandang masjid Nabi. "Assalamualaikum Ya Rasulallah, Assalamualaikum Ya Habiballah"... umatmu yang seorang ini terasa malu untuk bertemu mu Ya Rasulallah, di mana sumbangan ku untuk menyambung rantai perjuanganmu. sejauh mana aku telah amalkan sunnah mu.

semoga pengalaman 2 minggu itu melahirkan diri yang baru. semoga cinta kepada Allah , RAsulullah SAW dan ISlam semakin meningkat. bersama memekar kan cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, insyaAllah. semoga segala doa yang dipohon dikabulkan. amiin.



Thursday, August 5, 2010

sementara masih ada masa

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah plan cuti yang disebut dalam entry sebelum ni, insyaAllah..insyaAllah..insyaAllah, kalau tak ada aral melintang, akan berjalan seperti biasa. kena sama2 berdoa.

ramadhan yang menghampiri kurang seminggu saya kira, moga kalian sudah bersedia dari mental dan fizikal. perbanyakkan amalan sunat di bulan Syaaban ni, moga ia boleh dijadikan persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan. semoga kita sama-sama cepat adapt dengan bulan ramadhan. semoga kemanisan beribadat di bulan mulia tu, terasa. kelebihan bulan mulia yang belum tentu kita bakal jumpa atau tak di tahun hadapan.

lailatul qadr...moga kita kita dipanjangkan umur untuk tiba di malam itu, dan moga dikurniakan mental dan fizikal yang sihat untuk ibadah di malam istimewa itu. insyaAllah.

tak tahu bila blog ni akan diupdate selepas ni. mungkin akan bercuti panjang.

sebab tu dah tukar mode. lagu dah tukar. ^^. ucapan pun kena awal. dah tak punya masa ni. bermula esok, mungkin akan sibuk sikit.

bersama memaknakan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

YA Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.


untuk seniors yang masih ber'perang', perang la habis-habisan;p
robbuna ma'akum.

~selamat berpuasa~

Monday, August 2, 2010

cuba positif

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah masih gagah menghirup udara di bumi Tuhan ini. walau hari2 yang dilalui sangat membosankan, harus ditempuh jua. tarikh balik ke Malaysia masih jauh. 25 ogos. plan sebelum cuti saya dan beberapa orang rakan masih belum pasti jawapannya.

kita merancang, Allah yang tentukan. ini hanya sedikit ujian. yang mengurus kan tu pun sedang berusaha. jadi, apa salahnya kita yang sedang menunggu keputusan darinya berusaha berdoa kepada Allah agar semua dipermudahkan? hati ni mudah tergugat. tapi, dek cita2 yang sangat berharap untuk mengunjungi tempat mulia itu, dikuatkan juga.

cuba berpositif. mungkin kerana timing yang sangat cantik iaitu bulan ramadhan, kita perlu diuji lebih sikit.

positif lagi. ujian itu mungkin untuk menjadikan kita lebih menghargai harga sebuah ziarah itu.

positif lagi, dia sedang berusaha yang terbaik. kita kena doa.

positif lagi...rancangan Allah adalah yang terbaik.

ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa. dan memang tak perlu menyalahkan sesiapa pun. Allah kan sebaik perancang. Maha Kuasa atas segalanya. untuk berputus asa sebelum tamat masanya, itu sifat mukmin yang lemah.

masih ada 10 hari lagi. counting days memang meletihkan. tapi, perlu sabar, sabar, dan sabar.

ya Allah, ampunkan lah dosa kami andai dosa itu yang menjadi hijab kepada cita-cita kami.

yang penting jangan berhenti berdoa.

minta sahabat2 tolong doakan juga.

Allahumma yassir wa laa tu'assir

amiin ya Rabb

Saturday, July 31, 2010


hakikat hidup..
dunia luar yang tak boleh dijangka..
entahlah, mungkin sudah faham akan tujuan hidup, tp
kaki terasa lemah
air mata seakan tak mampu dibendung
hati sebak
sebaik memikirkan hakikat hidup yg sebenar
manusia oh manusia..
kamu bermacam ragam.

mampukah aku?

sentiasa berusaha mempersiapkan diri dan
bertawakkal kepadaNya Yang Maha Mengetahui
apa yang akan berlaku pada masa depan

yang pasti, mesti selalu ingat Tuhan
Allah itu Tuhan kami.

istajib du'aana Ya Allah..

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami sekiranya itu adalah hijab untuk menuju hasrat itu,
permudahkanlah segala urusan...tetapkanlah hati kami, ikhlas hanya kepadaMu
kami tahu, Kamu tidak akan membebani hambaMu diluar kemampuan mereka


Thursday, July 29, 2010

ini jalanku.

Andai diri mampu terbang melayang
Saat ini telah lama ku pulang
Hanya jasad masih ada di kota
Sedang hati telah tiba di desa

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah masih lagi menjalani hidup seperti biasa...err, biasa ke? saya dah boring tahap apa dah ni sebenarnya. kota alex semakin sunyi dari pelajar malaysia. beransur-ansur berangkat pulang ke tanah air. wah! saya pun dah tak sabar rasanya ingin terbang pulang. ibarat lirik lagu di atas, dari nasyid 'inang anak perantau' dendangan kumpulan saujana, kalau lah boleh terbang, dah lama saya terbang! tapi, sebulan lagi baru boleh balik. bakal mendarat di klia pada 26 hb 8 insyaAllah.

sekarang tengah baca novel 'denyut kasih medik'. berkisarkan perjuangan seorang doktor muslim memperjuangkan agama di hospital. cuba melaksanakan tugasnya sebagai seorang khalifah, da'ie kepada pesakit2 nya, rakan sekerja dan juga waris pesakit. berkira-kira juga saya, aku juga bakal doktor muslim, mampukah nak laksanakan sebagaimana Dr.Muslih lakukan? oh, cabarannya pasti hebat. tapi, itulah realiti.

teringat artikel terbaru ustaz hasrizal dalam blog beliau Saifulislam.com, berkenaan seorang doktor mencabul kehormatan seorang pesakit. saat membaca artikel tu, apa yang saya rasa adalah 'malu'. Ya Allah, malu...marah..geram pun ada. sebelum ni sudah ada beberapa di mana doktor lelaki mengambil kesempatan ke atas pesakit wanita. 'beberapa' di situ maksudnya bukan 'semua'. golongan yang mengambil kesempatan itu sikit saja berbanding dengan bilangan doktor yang ada. tapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. inilah akibatnya bila nafsu merajai diri. fikiran yang waras kalah macam tu saja.

drop

yang menyedihkannya apabila pesakit tu tak sedar yang dirinya dicabul. persoalan yang cuma bermain difikirannya adalah, 'adakah perbuatan doktor tu tak berlawanan dengan etika kedoktoran?'. anda boleh baca sendiri kot dalam blog ustaz alkisah selanjutnya.

ada satu link ni. mungkin anda boleh buka sendiri.


salah satunya ada menyebut bila sesuatu masalah tu penyelesaian tu adalah berbalik kepada Islam, ramai yang menolak. itulah hakikat sekarang.

banyak masalah yang berlaku seperti rogol, rasuah, zina, buang bayi, menagih dadah, bah kan penyakit seperti yang berkaitan dengan jantung, penyakit berjangkit atau pun berkaitan dengan teknik pencegahan kehamilan, Islam ada penyelesaiannya.

ingin dikongsikan di sini, semasa saya baca 'denyut kasih medik' ni...ada lah penulis bercerita berkenaan teknik mencegah kehamilan. dengan teknologi yang ada sekarang, sememangnya terlalu banyak teknik yang ada. IUCD (intauterine contraceptive devices), oral contraceptive sendiri dan banyak lagi sebenarnya. mungkin dah ramai yang tahu. tapi, nak tulis jugak, moga2 saya ingat fakta ni.

si ibu boleh mencegah dengan cara menyusukan bayi nya yang baru lahir selama 2 tahun. biar sampai kenyang setiap kali menyusu. teknik di panggil Lactational amenorrhea method (LAM). dan didapati sangat efektif. 90-95% kes berjaya. ibu2 dapat mencegah kehamilan dengan teknik itu. pencegahan kehamilan ni pendekatan bagi untuk merancang keluarga. bimbang kalau2 anak kerap sangat contohnya tiap2 tahun ada je lahir anak baru... dan keluarga pun didapati tak mampu dari segi ekonomi untuk sara hidup anak2. tapi, sekiranya keluarga mampu untuk mengatasi masalah2 berikut, seelok-eloknya, tak perlulah dicegah kehamilan tu. itukan rezeki dari Allah.

dan rupanya Allah ada menyebut di dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 233.

"Al- Baqarah Surah 2, ayat 233 Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu ....."

mungkin anda boleh baca maksud ayat seterusnya. ternyata, apa yang Allah ajar, bukan sesuatu yang sia-sia.

saya pun terfikir-fikir macam mana menyusu boleh mencegah kehamilan?

memandangkan hari tu belajar pasal hormon, faham lah sikit2.

hormon yang hasilkan susu adalah prolactin. paras prolactin akan tinggi apabil berlakunya suckling reflex.( bayi menyusu ). ini cuma salah satu sebab kenapa prolactin meningkat,ada lagi faktor lain sebenarnya. apabila prolactin meningkat, ia akan mencegah ovulasi daripada berlaku. so, tak de lah ovum (telur) baru akan terhasil. jadi, memberi stimulus supaya prolactin meningkat dengan cara suckling reflex oleh baby tu...secara tak langsung, atau kita kata naturally, kehamilan tu dapat dicegah. tak perlulah guna alat atau ubat pencegah kehamilan yang banyak kesan buruknya tu. melainkan, sudah terlalu memudaratkan si ibu.

err...mungkin boleh rujuk dengan yang lebih pakar kot. ni fikiran budak tahun 3 je. huhu!

Islam dah ajar, jangan minum arak. bukan saja2 Allah haramkan. tapi, untuk maslahah hambaNya jugak. banyak penyakit2 contohnya liver diseases, berlaku disebabkan alkohol yang berlebihan.

itulah manusia. disuruh kembali kepada Tuhan, diputar belit pula faktanya. semuanya kerana syaitan menguasai diri. saya juga manusia, jadi...bila2 masa saya mungkin tersungkur. na'udzubillah! Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara itu.

insyaAllah kalau result exam ok, semua lulus...naik lah tahun 4 bila buka semester baru nanti. dengar cerita senior2, tahun 4 ni mencabar. uh! sangat menakutkan. tapi, tak kan lah tak nak naik kan? ini baru belajar, bukan lagi kerja betol2...cabarannya nanti, kita sedia maklum. sebagai doktor muslim, lagi lah. banyak yang perlu diperbetulkan. dari pesakit yang tak solat, doktor yang qada' solat , masalah haid dsb. dengan menghidupakan suasan agama di hospital2, pusat kesihatan dan klinik, moga2, tak de lah kes cabul seperti di atas andai doktor2 ada kesedaran dia berTuhan iaitu Allah.



jalan ini yang dipilih. jadi, untuk berundur, sama sekali tidak. asal niat yang betul, Allah akan tolong kita. itu yang saya pegang.

oleh itu, perlu persiapkan diri sebaiknya. ilmu duniawi dan ukhrawi. seimbangkan.


panjang la pulak. ingat nak tulis sikit2. sebab takde idea pun sebenarnya. saja2 nak tulis, rindukan blog. penangan novel lah ni. ok, selamat bercuti warga Alex!
salah silap dalam sebarang fakta harap diperbetulkan. tegur2 la eh.