halwa telinga

Monday, July 27, 2009

wahai hati

assalamualaikum

post ini tiada kaitan dengan subjek anatomy...harap maklum

hati kita satu
tapi, dibahagi dua oleh tiga benda ni
dari depan dan atasnya ada falciform ligament,
dari bawahnya ada fissure for ligamentum
venosum,
dari belakangnya ada fissure for ligamentum teres,





dengan kehadiran benda ni jadilah hati kita terbahagi kepada dua;
kanan dan kiri.

saya menganalogikan dua bahagian hati ni sebagai dua orang manusia yang bernama Hati Kanan dan Hati Kiri...nak kata kembar pun, boleh laaa...

bermulalah kisah 2 bahagian hati ni.


walaupun bahagian sebelah kiri lagi kecik, tapi, dia cukup sensitif.
dan yang kanan ni, mungkin disebabkan sudah besar, kurang sensitif..tapi, dia sedih melihat bahagian kiri selalu sangat merajuk, marah, sedih,...so, kerja dia, pujuk la si bahagian kiri ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

hati kiri :

hish! fed up aku dengan diorang ni. tak reti nak hidup dengan masyarakat ke? kalau dah tahu hidup beramai-ramai, berlagak la hidup dalam ramai...ni tak, buat macam dia hidup sorang je kat dunia ni. tak pandai jaga hati orang ke?! ingat aku tak sakit hati ke?!

hati kanan :

sabar la...jangan kita letak kesalahan pada orang. ye, mungkin dia tak beradab. kurang ajar. tak pandai jaga hati dan perasaan orang. tapi, kau tak boleh marah dia. semua orang tak perfect...setiap orang ada kelemahan, pernah buat silap.

hati kiri : tapi, ni bukan sekali,kanan. dah banyak kali. aku dah habis sabar dah dengan kerenah dia. asyik aku je mengalah. penat tau, kanan.

hati kanan : kiri2...jangan nampak kesalahan orang je. kalau aku suruh kau senarai kebaikan dia pada kau, mesti tak boleh kan? sebab, kau selalu pandang salah dia. memang macam tu manusia, titik hitam atas kertas putih tu jugak yang dia nampak.

dah banyak kali? kau tegur la elok2. cakap apa yang tak kena. kau marah2 belakang dia, umpat pasal dia, macam la boleh selesai... MySpace

jangan lah marah wahai hati......
MySpace
-------------------------------------------------------------------------------------------------

hati kanan : kiri, kenapa kau nangis?

hati kiri : aku sedih. MySpace kenapa banyak musibah menimpa aku ni? masalah tu la, ni la...penat,kanan. kalau aku ada masalah, tak de sapa yang tahu. tapi, kalau kawan2 aku ada masalah, aku selalu ada di sisi diorang. kenapa? susah sangat ke nak faham aku ni? aku cuba faham orang sekeliling aku, tapi mereka? tak boleh ke nak faham?

hati kanan :

betul ke kamu dah cukup memahami mereka? kau pasti, kiri? kalau begitu, mesti kamu tak buat mereka sakit hati pada kamu, kan? dan mesti diorang sayang sangat kat kamu. ye lah, kamu kan faham diorang, mesti semua tindak tanduk kamu, selari dengan kehendak diorang, betul tak?

hati kiri : mesti lah

hati kanan : hahaha ( hati kanan gelak ). perasan sungguh kamu ni ye. kalau kamu tak buat orang sakit hati, orang tak akan sakiti hati kamu. give and take. kalau kamu pernah buat kat orang, kamu akan dapat 'habuan' yang sama. kamu patut bersyukur, sebab Allah bagi kamu balasan direct semasa hidup kamu, sebab Dia nak kamu sedar, dan cepat2 bertaubat. pintu taubat sentiasa terbuka. cuba kamu fikir, kalau Allah tak tunjuk kepada kamu atas dunia ni, kamu rasa , kamu akan sedar tak ?

jangan bersedih wahai hati, setiap ujian tu, tanda kasih sayang Allah kepada kamu.
MySpace
-------------------------------------------------------------------------------------------------

hati kanan : eh, kiri. kenapa nampak berkerut je ni? MySpace

hati kiri : tak, aku tengah fikir. mesti diorang ingat aku ni bodoh, kan?

hati kanan : kenapa?

hati kiri : tadi, aku tanya soalan bapak senang kat diorang.

hati kanan : pastu?

hati kiri : mesti diorang cakap, 'apa la kiri tu, soalan senang macam tu pun tak tahu. bodoh betul'

hati kanan : astaghfirullah...tak baik bersangka buruk. kau tak patut fikir macam tu. diorang ikhlas tolong kau tadi.

hati kiri : mana kau tahu?

hati kanan : walaupun aku tak tahu apa yang diorang fikir sebenanya, lebih baik aku bersangka baik dengan diorang. Allah pun tak suka sikap bersangka buruk ni.

jangan berprasangka buruk wahai hati...... MySpace
------------------------------------------------------------------------------------------------- MySpace

hati kiri : ke hadapan.... ( hati kiri tengah tulis surat )

hati kanan : hai kiri, kau buat apa tu?

hati kiri : aku tulis surat cinta.

hati kanan : hah? kau mana ada hak untuk tulis surat cinta kepada yang bukan mahram.

hati kiri : alah...kalau aku tak buat macam ni, nanti aku melepas tau.

hati kanan : kiri, kalau itu jodoh kau, macam2 mana sekalipun, akan jadi milik kau jugak. tak perlu tulis2 surat semua ni.

hati kiri : alah...tulis surat je pun. just meluahkan perasaan hati aku. bukan kapel ke ape. cop je.

hati kanan : ingat firman Allah : jangan lah kamu mendekati zina.
jangan dekat, kiri. sekali kamu memulakan langkah, macam2 benda akan berlaku nanti. kau mungkin SMS, pastu keluar, itu semua tak boleh.

sabar lah wahai hati...ingat janji2 Allah, yang baik utk yang baik, yang jahat utk yang jahat. jangan mencari yang baik. tapi kamu mesti jadi yang baik utk mendapat yang baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------- MySpace

hati kanan : kiri, apa yang kau fikir tu?

hati kiri : nak p tukar tiket la...( hati kiri nak balik Malaysia )

hati kanan : alah..tinggal berapa hari je lagi.

hati kiri : tapi aku rindukan mak.

hati kanan : sabar sabar...sabar itu separuh daripada iman

hati kiri : huwaaaaaa! aku nak balik!!!!!!!

hati kanan hanya tersenyum

-------------------------------------------------------------------------------------------------

begitulah kisahnya kehidupan Hati Kanan dan Hati Kiri. scene yg last tu hanya selingan. hihi...

begitulah kisah hati kita juga.

marah...pastu sejuk

sedih....pastu gembira

hati remaja nak bercinta...padahal haram sebelum kahwin

macam-macam kisah hati kita.

sebab itulah pentingnya muhasabah balik...

harap sampai apa yang cuba disampaikan...



MySpace


Wednesday, July 22, 2009

nak tulis semua

assalamualaikum....

dari semalam sampai sekarang, tepat jam 12.58 tgh...saya berusaha untuk tukar balik template blog, letak ape yang nak diletak, sekarang baru siap

kali ni blog saya dah ada cahaya..!! kalau dulu asyik bergelap je, blackout barangkali....

harap, penampilan baru...buat mata sahabat pembaca cerah, tak yah sakit2 mata baca yang gelap..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

alhamdulillah, semalam tamat lah tahun 2 saya secara rasmi...sayonara tahun 2!!! semoga kita tak jumpe lagi...=) amiin

harap2, result untuk sem 4 , semua lulus....semoga kami bahagia di Malaysia nanti...insyaAllah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bercakap nak balik Malaysia, 4 hb ni, insyaAllah...Egypt air akan jadi pesawat yang akan membawa kami pulang, insyaAllah dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya....untuk kembali bertemu ayahanda dan bonda tercinta....tak sabar nya, sabar2..

rindu nak bercerita dengan ma ngn Dah...ni la bestfrens saya...mak ngn adik, dengar je apa yang anak dia nak cerita even dia dah ngantuk sekalipun, dan adik saya ni pulak, suka dengar cerita and suka sangat cerita pasal dia sekali....rindu nye saat itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------

nak balik, macam biasa lah, kena cari barang tuk keluarga dan makcik2 ku sekalian....and sepupu2 kecil...sepupu besar?? hmm...kalau cukup fulusnyaa, ade la rezeki korang...hehe

tahun ni nampak gaya banyak barang berasaskan Habbatus sauda' yang saya kena bawak balik..ayah nak minyak habbatussauda', bi iznillah...harap2 ayah sembuh,

nabi Muhammad SAW bersabda, habbatussauda' ni ubat bagi segala penyakit.

pastu mak cik2 dah kirim pil habbatussauda'....30 kotak nak bawak balik, harap2 selamat je kat airport nanti...

pastu si anak kecil naufal, nanti ade hadiah juga untuk kamu...tak sabar nya jumpe dia

so, memandangkan tahun ni semangat nak balik lagi berkobar-kobar berbandig tahun lepas, tak tahu apa sebabnya, wlwpun malas nk meredah panas Cairo, saya rajinkan jugak untuk menjejaknya nanti , nak pegi cari buah tangan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

cuti kali ni, ramai jugak yang tak balik.. ade yang pegi buat umrah, nak ambik kls arab, nak gi blajar agama...alhamdulillah...

dan saya dah mintak khidmat orang yang akan menunaikan umrah tu tuk baca doa depan kaabah....amin, insyaAllah dimakbulkan doa2 tu...terima kasih tukang baca doa=)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

setakat ni dulu....mode sekarang happy, alahmdulillah...dah tak de tensen2 lagi...semoga Allah sentiasa bagi ketenangan jiwa=)

selamat bercuti untuk sahabat2 alex u tahun 2 - 08/09....doa banyak2,semoga kita semua akan jumpe di tahun 3 nanti, ucap slmt tggl kat tahun 2....semoga tak de yang repeat tahun ni...0% repeat, itu target kita...

untuk senior2 sekalian, slmt menempuhi alam klinikal nnt...dah separuh jalan dah...semoga thabat dalam perjuangan kalian semua,

adik2 pulak, kejap je kan tahun 1? harap lebih bersedia untuk sesi depan

robbuna yunajjahna fil imtihan....amiiiiin....

-----------------------TAMAT------------- sempena habis exam-------------------------------

Sunday, July 12, 2009

permata yang dicari



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasi
h cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hatiMendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatikuJika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemuiTapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapankuKuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


lebih baik jadi yang dicari daripada yg mncari....

yg ssh didapati dripada yg sng didapati...

lidungilah diri mu wahai insan yg bergelar muslimah, jadi lah yang mahal...yang terlindung...yang ssh org nk dapat...yg penting, JADILAH YG TERBAIK!!!!


slmt berjuang smua=)


bagaimana kita?



assalamulaikum, salam ukhwah....

MARWA EL-SHERBENI...nama yg cukup tak asing lagi kebelakangan ni...shahid kerana mempertahankan hijab

some info abt the tragedy

kalau fikir sejenak, kalau kita ditempat beliau masa tu..apa kita akan buat?

beliau sedia mempertahankan hijabnya, auratnya, maruahnya, even di tuduh terrorist..

video

cuba kita lihat masyarakat kita, tak payah pegi jauh2, di Malaysia, ramai shj yg mengaku Islam, wanita Islam, tapi tanpa hijab...maruah pun melayang je...

itu yg dgn sewenang-wenangnya melepaskan pelindung maruah, tp bagi yg sdh menutup, rasa2nya sggup x membela diri,mempertahankan tudung yang dipakai ? ada orang, diugut tak dapat kerja kalau pakai tudung pun sggp melepaskan tudung semata-mata kerja yg diidamkan...hai la manusia, nipisnya iman..itu belum lagi nyawa jadi taruhan...

kalau nyawa, sggupkah kita?

sejujurnya, saya takut...hidup tak lama, amalan sikit, dosa2 yg dlm sedar atau tak, terbuat atau sengaja, besar ke kecik...apa nasib aku di akhirat nnt? bagaimana nak berhadapan dengan Allah nnt?...mcm2 kita akan fikir, dan yg pasti mati itu sakit....

tapi bila fikir balik, kita membela hijab kita tu, sama dengan kita membela agama kita, Islam. Allah dh janjikan orang yang membela agamaNya, dan mati
di jalan memperjuangkannya, kita dikira mati shahid.

shahid...janji Allah, syurga ganjarannya...

di sini adalah kata Nabi Muhammad SAW, kepada tentera2 Badar...

Demi Allah, yang nyawaku ini ditangannya, musuh-musuh kita sekarang akan menghadapi pahlawan-pahlawan yang sabar dan tangguh, serta akan memenangkan peperanagn. Jika satu diantaranya terbunuh maka Allah lah yang akan memasukkan ke syurga

hati lemah?...Allah Maha Berkuasa, sama2 lah doa moga Allah kuatkan hati kita
rasa iman lemah?...tingkatkan amalan, insyaAllah semakin dekat kita dengan Allah, semakin bertambah iman kita....amin


[image-43.gif]

berjuanglah...moga mati kita, dlm husnul khotimah....

p/s : semakin ramai umat Islam dibunuh, di tindas,
moga kita sentiasa peka dan ambil tahu.... ###pesan pada diri ini juga..huhu!


: setiap peristiwa ada pengajaran... jgn juz terima cerita, tp selidik dan nilai...

: exam ---- 5 papers more...berusaha!!! caiyyok... kata2 adik sy: "caiyyok kak ngah shii.." wlw ringkas, tp cukup memberi semangat...mklumlaa, rindu...

----JOM STUDY!!! Ya Allah jadi kanlah apa yg kami baca, belajar, menjadi ilmu yg berguna untuk kami,sepanjang hidup kami, mahupun selepas mati kami...tetapkan lah hati2 kami,berikan kejayaan kepada kami di dunia dan diakhirat...sesungguhnya Engkau Maha bijaksana, Maha Berkuasa, Tak pernah tidur, Tak pernah lupa----

jika kamu mengingati Allah, Allah pasti mengingati kamu...

kalau time exm tu mcm lost , tak leh nk fkir, relax kejap, ingt Allah...Dia Maha Mengetahui...Maha suci bagi Allah Yang Tak Pernah Tidur dan Tak Pernah Lupa....






Thursday, July 9, 2009

..::EnTry BuAt AyAh::..



assalamualaikum WBT...

hari ni baru je habis exam microb..blh jwb ke tak?? hmm..alhamdulillah,nus nus je ...biasa lah, ade blh ade x...yg pntg tetapkan niat.

dari semalam lagi tangan ni tak sabar2 nak tulis satu entry, BIRTHDAY AYAH!

semalam, birthday ayah yg ke.....???

saya selalu lupe umur ayah brp, terpaksa tambah dua tahu
n dari tahun kemerdekaan...kalau umur ma,tolak 2 tahun dari merdeka...

so, tahun ni merdeka ke 52, bermakna umur ayah dah 54...dush! apa punya anak neyh....

semalam, sebelum tidur, asyik teringat kat ayah je.
lepas je tutup buku microb, ingat nak tido dan esok nak bangun revise balik...tapi, mata ni macam tak leh lelap...

saya terfikir kenangan2 bersama ayah...walaupun tak rapat sangat dengan ayah
(sbb takut ngan ayah, n ayah tak suka kalau orang takut kat dia ), tapi banyak jugak kenangan terpahat di kotak ingatan ni.

kalau setengah orang, kenangan masa kecik, mesti bes2...manja ngan ayah,ayah beli mainan, tapi saya....

kalau saya merajuk dengan abang atau mak, ayah buat tak tahu je..dapat 'kata2 hikmat' ade la...ayah berdehem je, terus tak jadi nak buat masalah.

kalau bab2 kena marah ni tak yah cakap la..saya bukan la budak nakal, tapi budak yang suka nangis --hati mudah terguris kot---selalu sangat kena marah, sbb sllu sangat nangis.

tapi ade sekali ayah pujuk saya nangis, sbb die trkunci saya dalam bilik air...dia tak perasan saya pegi bilik air,tup tup..pintu terkunci lampu terpadam! lama jugak terkurung kat situ, panggil2 pun tak de sapa dengar

ingat masa ayah hantar masuk sekolah PASTI ( pusat asuhan tunas2 islam )...orang lain, 1st day mak ayah tggu smpai la kls hbs..tapi ayah, lps daftar.."ayah gi kijo dlu eh?"..saya yang masa tu rasa dalam hati "ayah...tggu la kak ngah," ... diam je. pastu angguk. ayah pun pegi.

teringat pesan2 ayah...banyak yang ayah saya nak sampaikan, dulu tak sedar, sekarang baru nampak....

ayah kata " kak ngah ni pok teh soh kato blh harap sbb dahi luas supo mok soh,keno bia jadi blh harap ngoti lah (kak ngah ni pak teh soh kata blh diharap, sbb dahi luas mcm mok soh,kena la betul2 jadi blh diharap) "... masa tu ingat tu semata- mata kata pok teh, tapi jauh di sudut hati dia, itulah harapan dia

kalau nampak kitorang malas belajar..banyak tengok tv terutamnya saya yang memang hantu tv, dia akan cakap..."kalu malas turun baruh, ngaji...kalu rasa nak main ngn pacat, litoh, main la kuat..ayoh mls tanggung doh besar seksok.."..sape la nak main pacat??

saya ni pegi la kat mana2, semua orang kata saya ni pendiam, mmg betul pun...even dalam rumah pun, saya tak banyak cakap, serius je ... ayah ta pernah tegur.. tapi bila dia nampak saya senyum or gelak2...ingat lagi ayat ni, " lama tak tengok kak ngah suko ( happy ) gitu"..

dulu lps SPM, sempat la pegi matrik kejap sebelum dapat offer datang mesir ni...masa tu mmg la sedih sbb tak dapat mana2 u, rasa macam cita2 asal sangat jauh nak dicapai...so, pegi matrik dlm keadaan sedih dan sangat depressed...rupa2nya, ayah lagi sedih dari saya, adik saya cakap, ...ayah sedih sbb tengok kak ngah sedih...

bila dapat tawaran datang mesir, dia la yg paling gembira...drive dari rumah ke kedah nak ambik saya dan balik hari yang sama,macam kedah tu sebelah rumah... muka dia tak nampak letih langsung...saya yang duduk kat belakang ni dah capek amat!

ayah cakap..."kjp ja ni kak ngoh,6 tahun jah...pastu dapat la jadi doktor, DR NUR HASYIMAH" senyum ayah meleret... penuh berharap tu...ingat lagi ekspresi muka dia masa tu..

yeah!!! jadikan ni kata2 semangat!

sebulan lepas, dapat berita ayah sakit...batu karang, orang cakap tak bahaya...dan apa yang saya belajar pun tak bahaya.

tapi, dapat tahu pulak, dia kena hepatitis B...dulu dah pernah kena tym muda2, ni dapat balik. doktor cakap hati ayah dah menggerutu... rasa macam cirrhosis ..

bila call, dia tak hbs2 cakap2 tak de pape, mak pun, jangan risau...tapi, RISAU laaa....

semoga ayah cepat sembuh, tunggu kak ngah balik.

doakan kak ngah blh jwb exam --ni la ayat bila call rumah---

ni lagu dari kumpulan aeman...pernah dengar lagu ni dengan ayah, dalam kereta..kitorang senyap je masa tu...saya tengah hayati lirik, ayah? tak tahu lah...tapi, lps dgr lagu ni la buat saya makin sedar erti kasih sayang seorang ayah

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

walau hatimu sering terluka

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Tuesday, July 7, 2009

baru perasan di tag nas


assalamualaikum...

orang tgk, eh? syimah update blog?? nak exam ke tak die ni??x study ke?

study2...jgn risau..hihi

td, rasa cam kepala penuh dgn facts of viruses, yg anak yatim pun ade ( entero cytopathogenic human orphan virus ) so, tgn ni mula la mencari bnde lain nk dibuat...BUKA BLOG!

saja2 jln blog org lain, trbukak blog nas yg comel ni...hihi.

nas menge'tag' eh??

so, kali ni nak jwb tag dr nas...thnx 4 tagging me =)


1- Copy this award and place it at your blog



2- Give 5 interesting facts about the giver..

....orangnya cute...

1st perasan kewujudan die dlm kls dlu sbb dia mengalami masalah dlm kls,kecoh kjp kls tu..doctor pun mcm trhnti2 mngajar...tulang lutut yg dislocated..sian die masa tu..

agak2 stkat knl ni...org yg cool la kot

suke wt lawak..ingt lagi die ckp, kakak die penyanyi nas adila, abang die suke trjah,nas ahmad melodi...haha!

salah seorang insan yg memnuhkan kawasan gama'ah..hai la, xde ke org nk jd rakyat sporting ramai2? gama'ah dh ramai laa....NAS, jom duk sporting,hehe =p

3- give 10 things about yourself

banyak jugak ni...wlwpon tuk diri sndiri..

-----rumah kat sporting..nak memajukan kwsn tu, n dh famos dh pun..hihi

-----ahli beit sarah suraya, fatehah, n norni

------suke sgt berangan bnde pelik2...xpe2, berangan tuk kebahagiaan diri..

-----pegi kls naik tram...bukan TRAMCO..dan dh ramai org tanya, xpnat ke naik tram? knp x naik tramco? bkn ke jauh ke sporting tu?....dah penat nak jawab, ade la sbb trsndiri, mmg x brp suke naik tramco yg kna sesak ngn laki tu, anti lelaki?oh, tidaklah smpai mcm tu.. takut?? ade la sikit..x kesah la org nak ckp ape, asal x menyusahkan insan di sekeliling

------dulu dh pnah jwb tag dr fatin, suke masak....skrg x de mood nk msk sbb x de resepi trbaru..

------mood skrg, rndu nak balik malaysia...rindu mak ayah, abang2,kak ti,naufal...walaupun x pnah jumpe, kak cik n din...

------sebenarnya, sy ni sng rasa marah, tp, org x nmpk kot sbb org still buat ape yg saya x suka...

------bila marah...tido

------tapi sbnrnya cepat marah, cepat reda...sbb rasa kesian duk memboikot orang tu...huhu

------baru dapat lesen keta...hehe...x sabar nk balik nk try bawak sndiri

------lebih satu ni, mcm nas jugak, SAYA SAYANG HOUSEMATES SAYA!!!

4-Give this award to 4 bloggers lain

harap mereka sudi mnjwb -- zigaki
-- khadira
-- az
--hasmah