halwa telinga

Wednesday, August 28, 2013

Tak Terhitung Nikmat Dari-Nya

assalamualaikum wbt

alhamdulillah...thumma Alhamdulillah!

ALHAMDULILLAH. kalimah yang sangat penuh dengan makna. sangat mendalam. tiada perkataan yang mampu menggantikannya sebagai lafaz kesyukuran atas nikmat yang diberikan Allah swt, Pencipta Yang Maha Agung, Maha Penyayang.

Alhamdulillah. pada 2 Syawal 1434 H yang lepas bersamaan 9 Ogos 2013, saya telah selamat dinikahkan oleh ayah saya sendiri dengan dia yang Allah takdirkan untuk menjadi pasangan hidup saya. bila difikirkan balik, rasa tak percaya. tapi itulah hakikatnya....tanpa sedar, masa berjalan...selepas lebih kurang 10 bulan bertunang, akhirnya kami disatukan, dan hari ini sudah 20 hari ye? Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah!

sedikit coretan mengenai saya dan dia. kisah kami mungkin tak seperti kebanyakan pasangan zaman sekarang. saya kata " macam orang dulu2". senang cerita, ibubapa yang mulakan langkah. =). walaupun kampung kami bersebelahan sahaja, tapi tak pernah pula kami berjumpa, apatah lagi kenal. punya jauh saya terbang ke mesir, akhirnya jodoh ada di kampung sebelah. :p

kisahnya bermula pada hari raya aidilfitri yang ke-2, pada tahun lepas, di mana saya tidak pulang beraya di kampung pada tahun itu. Dia bersama ibunya berkunjung ke rumah kami dan menyampaikan hajat mereka. Ma dan Ayah agak terkejut. Ma akhirnya tunjukkan gambar saya yang sudah berusia 5 tahun! (gambar tahun satu haaa ). kemudian adik saya menghantar mesej mengatakan ada seseorang bertanyakan saya.

apa perasaan saya? : tak nak percaya. sebab bab pasangan hidup ni bukan boleh main2. disebabkan saya ni tak nak percaya, adik saya minta saya call Ma. dan bila saya telefon Ma, Ma mengiakan cerita adik saya tu. Ma minta saya istikharah dan fikir betul2. Ma dan Ayah menyerahkan segala keputusan di tangan saya. kalau positif, mereka akan datang lagi raya haji nanti.

aduh......ini serius rupa2nya. haih...maka saya bertindak secara serius. istikharah dan berbincang dengan senior dan beberapa sahabat2 yang sudah berkahwin.

orang yang saya tak pernah kenal, boleh ke saya terima? selepas seminggu, Ma tanya dah ada jawapan ke belum. saya cakap tunggu hari jumaat, nak ambik berkat jumaat. akhirnya pada hari jumaat saya maklumkan kepada Ma yang mereka boleh datang pada cuti raya haji nanti.

cuti raya haji, saya pulang ke malaysia. ada yang kata saya memang merancang untuk bertunang. sebenarnya....perancangan untuk pulang sudah ada dari awal, tapi bukan untuk bertunang. saya pulang untuk ganti 'hutang' raya dengan Ma dan Ayah sebab tidak pulang pada aidilfitri.

pada 9 zulhijjah, keluarga sebelah sana datang untuk jumpa saya. orang panggil merisik ke?
10 zulhijjah, hari raya la.
11 zulhijjah, bertunang. 

.......dalam masa 3 hari ok? O_o

masa berjalan. tempoh pertunangan dijaga. sesekali ada terlintas di fikiran saya "betul ke aku pilih dia ni?". tak kurang juga soalan daripada teman2 yang tahu saya sudah bertunang "awak tak takut ke kahwin dengan orang yang awak tak kenal?"

di sini lah gunanya tawakkal. percaya dengan janji Allah. sesiapa yang beristikharah, takkan Allah sia2 kannya.

mulakan sesuatu perhubungan dengan baik, jaga hubungan pertunangan. bertunang tak semestinya kita boleh berhubung sesuka hati.bercinta selepas nikah itu berganda-ganda manisnya ^_^

akhirnya tiba lah waktunya. kami disatukan dengan satu ikatan yang kukuh yang disebut di dalam al-quran sebagai mithaqan ghalizhaa.  betul lah dikatakan berkahwin itu salah satu nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. sebak hati bila memikirkan saya ini telah diserahkan kepada orang lain. orang asing bagi saya. (menangis la daku di sebelah ibu T.T)

siapa sangka orang yang saaaaangat asing dalam hidup saya, kini menjadi suami saya. orang yang perlu saya utamakan. dia lah pasangan hidup. dia lah teman. kehidupan baru semestinya berbeza daripada kehidupan dulu. dulu i'm single, sekarang kena fikir untuk maslahat keduanya. yang pasti, hati ini lebih tenang. ^_^

tidak dinafikan di hadapan sana banyak cabaran yang menunggu. mohon doa daripada semua orang agar rumahtangga yang dibina ini dilimpahi kasih sayang Allah, sentiasa diiringi sakinah, mawaddah dan rahmah. 

benarlah kalam Allah di dalam surah Ar-rum ayat 21 itu. <3 p="">

*tak lama selepas itu keluarga kami diserikan lagi dengan kehadiran orang baru yang kedua iaitu baby Sumayyah. anak abang saya yang ke-2. Alhamdulillah!
*seterusnya pada hari yang sama dengan kelahiran Sumayyah, keputusan final exam saya diumumkan. Alhamdulillah syukur nikmat, lulus semua paper!

Allah...Allah...tak terhitung rasanya nikmat yang Engkau berikan kepada kami

"ya Allah, Tuhan yang menciptakan kami, Tuhan yang menciptakan cinta untuk kami nikmati....peliharalah kami. Limpahkan lah kepada kami kasih sayang Mu. Bantulah kami untuk terus mencintai-Mu"

**doakan kami yang berada di malaysia ni dapat pulang ke mesir semula. banyak urusan yang perlu diselesaikan **