halwa telinga

Saturday, July 30, 2011

puasa dulu baru raya

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni selesai sudah paper OnG. alhamdulillah.

masa berjalan ke universiti tadi, dalam hati ni asyik cakap,

"takut.takut. takut "

ada yang memujuk. seperti entry2 yang lain, entry lepas juga adalah untuk peringatan diri saya sendiri. berkisarkan TAWAKKAL.

"Ya Hayyu, Ya Qayyum...dengan rahmatMu aku mohon pertolongan. baiki lah urusanku semua sekali. dan jangan Engkau serahkan aku kepada diri ku walau sekelip mata"

kalau kita terlupa atau tak tahu, itu lah tanda kita ni hambaNya yang kerdil lagi lemah. nak dibandingkan dengan ilmu Allah, ibarat setitis air yang diambil dari lautan. betapa sikitnya ilmu kita.

jadi, serahkan semuanya kepada Nya. Dia Maha Mengetahui. Maha Mengetahui.

yuk tutup kisah paper hari ni. apa pun, bersyukur atas ilham yang Allah swt kurniakan hari ni adalah satu nikmat. Alhamdulillah.

***

puasa lusa, ke? ikut countdown, lusa lah kita akan mula berpuasa.

bertuahnya kita, diberi peluang untuk 'berperang' di bulan Ramadhan. bulan di mana Ghazwah Badar berlaku. Rasulullah saw dan sahabat2 baginda yang lain, berperang dengan senjata di padang pasir yang panas. kita yang cuma 'berperang' di depan buku, di bawah bumbung rumah masing2 dan medan perangnya pula di bilik berhawa dingin.

syukur lah!

hari tu Ma ada pesan,

'takpo, tambah berkat di bulan puasa'.

~

untuk melalui tempoh satu bulan tu bukanlah lama. sekejap je.

Berpuasa Ramadhan menghilangkan dosa-dosa yang lalu

Dari Abu Hurairah R.A bahwa Nabi SAW bersabda:

ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ikhlas, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari )

puasa dulu, baru raya! lagu baru untuk blog ni. comel.

selamat berusaha untuk paper paediatrics.

robbuna yusahhil.


selamat menyambut Ramadhan. dari saya dan keluarga.=D.

Tuesday, July 26, 2011

it's a miracle!

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yg Allah swt berikan pada hari ini dan sebelumnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis hari ni.

dari tadi nak menulis di sini, tp terpaksa tahan diri. paksa juga untuk baca OnG ke target hari ni. usaha perlu diteruskan sedaya mampu. lepas tu, apa yang jadi....serahkan saja kepada Allah

tawakkal kepada Allah swt.

kadang2, kita selalu saja sebut 'tawakkal je la'. saya selalu juga guna ayat macam tu walaupun pendapat peribadi saya ayat tu bunyinya seolah saya tak sepenuhnya bertawakkal.

pernah dulu suatu masa, semasa bersembang dengan sepupu saya mengenai peperiksaan, dia katakan "aku tawakkal je".

huh?

tawakkal?

bukan saya tak pernah dengar, tapi masa tu terfikir dalam benak saya...'macam mana nak tawakkal?'

itu lah kisah ketika saya berusia 15 tahun. masih tak faham bagaimana cara nak bertawakkal. dan kini sudah jauh masa berlalu. susah juga nak faham...bukan tak faham sebenarnya, tp dek kerana usaha tak pernah cukup. jadi, rasa susahnya nak letakkan dan tetapkan hati untuk bertawakkal. ada saja yang membolak balikkan hati.

tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.

bekerja sebagaimana mestinya. macam mana tu? contohnya ada satu kisah di zaman Rasulullah saw,

ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.

Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?"

dia menjawab: "Saya sudah bertawakkal kepada Allah."

Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:

ertinya:

"Ikatlah dulu lalu bertawakkallah."

Rasulullah saw mengarahkan sahabat itu untuk mengikat tali unta itu terlebih dahulu (usaha) kemudian bertawakkal.

usaha dan tawakkal itu seiring.

contohnya kita yang bakal menghadapi imtihan ni, 'bekerja sebagaimana mestinya' pada kita adalah belajar bersungguh-sungguh. itu usaha kita.

saya nak kongsikan satu video : tawakkal adalah keajaiban hidup. mungkin penjelasannya lebih bagus.

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka bertawakkallah kepada
Allah." (ali-lmran: 159)

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia pasti mencukupi untuknya." (at-
Thalaq: 3)

ada satu doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada saidatina fatimah RA yang disebut di dalam sebuah hadis :

"Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri. Dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan. Baikilah urusanku semua sekali. Jangan Engkau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata"

satu lagi link

satu doa yang menyentuh hati saya di dalam video ni,

"Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku kerna aku tak mampu mengurusnya. dan jangan Engkau serahkan aku kepada orang lain kerana mereka akan sia-sia kan aku"


sungguh, seandainya kita betul2 yakin bahawa Allah swt Yang Berkuasa ke atas kita, Allah swt mampu lakukan apa saja...nescaya sedikit pun kita tak kan rasa resah andai ujian menimpa, atau alpa andai nikmat hidup mencurah-curah. kerana kita yakin, Allah swt ADA.


"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan, menjadi gentarlah
hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan, maka bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah jualah mereka bertawakkal." (al-Anfal: 2)

***

hari ni jumpa gambar ni. saya ambil dari facebook abe Mi. selamat hari lahir Iman. dah umur setahun=). semoga jadi anak yang soleh.


serius...Iman sangat comot!

robbuna yusahhil!

Saturday, July 23, 2011

hari ni penutup

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni satu hari lagi hari telah berlalu. bila sudah masuk waktu maghrib, buat saya termenung seketika. bermanfaat kah hari ini..?

tak tahu lah kenapa risau sangat dengan exam final kali ni. mungkin kerana paper OnG? maklumlah, subjek favourite...sayang kalau ada masalah. saya takut akan kecewa. na'udzubillah!

insyaAllah...tugas sekarang berusaha sehabis boleh.

'Aku adalah mengikut sangkaan hambaKu' itu janji Allah dalam sebuah hadis Qudsi.

jadi bersangka baik lah dengan Allah. percaya dengan janji-janjiNya. dan Dia tidak pernah memungkiri janji.

Ustazah Syaima' selalu keluarkan satu dalil yang katanya Allah swt akan beri ganjaran mengikut apa yang diusahakan. kalau banyak usaha, besar lah ganjarannya. kalau sedikit, kecil lah ganjarannya. tapi, saya pun tak dapat tangkap macam mana bunyi ayat yang sebenar. kalau ada yang tahu...mungkin boleh bagi pencerahan=).

**

alhamdulillah, hari ni Smart Circle terakhir untuk semester ni berjaya diadakan. tahun depan...entah siapa lah akan jadi mentor kami. Kak Syu dah nak graduate...

dan hari ni ulangtahun kelahiran 2 orang sahabat saya. Hasmah yang sweet ^^ dan dia yang paling dekat dengan saya cik Sarah Suraya Zaman. sama2 meraikan mereka berdua tadi.

semoga kamu berdua sentiasa dirahmati Allah swt. semoga segala yang Allah berikan adalah yang terbaik untuk dunia dan akhiratmu.


lagu ni macam tengah sedih pun ada. tapi, itu lah hakikat persahabatan. ada naik turunnya. ada senang, ada susah.


apa2 pun, terima kasih sudi menjadi sahabat dan teman saya. semoga bersahabat hingga ke syurgaNya. amiin. semoga najah imtihan kali ni.

***

*update blog takkan cuti walaupun tengah study leave...malah makin menjadi-jadi pula nak menulis. aiyook @ @

Thursday, July 21, 2011

sedapnya air sejuk..!

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni, tamat juga exam OSCE utk semester ini. sekarang, dah boleh start pulun exam written pula =).

tahukah anda, MALAS ITU SATU DOSA? cuba dengar di sini *klik* --ustaz Pahrol Mohd Juoi.
baru sedar yang malas tu satu dosa Astaghfirullah..T.T. dah la suka bermalas-malasan sebelum ni. itu lah, bila yang sesuatu perkara buruk dibiasakan dalam diri. lama2 boleh jadi tabiat.

Ibnu Hajar al-Asqalalani dalam Fathul Bari, mendefinisikan sifat malas,

اْلكَسْلُ تَرْكُ الشَّيْءِ مَعَ اْلقُدْرَةِ عَلَى اْلأَخْذِ فِي عَمَلِهِ
“Malas adalah meninggalkan sesuatu (yang baik) padahal ia mampu melakukannya.”

cuba baca kat sini pula mengenai buruknya sifat malas ni.

ada beberapa contoh tokoh yang sangat rajin dalam menuntut ilmu. contohnya Imam Waqi' iaitu guru kepada Imam Syafiee. beliau tidak hanya menggunakan waktu siangnya untuk mencari ilmu atau bekerja, malah pada waktu malamnya beliau tidak akan tidur selagi belum menghabiskan sepertiga al-Quran pada hari itu. kemudian, beliau akan tidur sejenak dan bangun semula pada waktu malam untuk solat malam, dan disambung dengan istighfar sehingga waktu subuh dan seterusnya terus solat.

kita? emm..kalau bukan kita pun, saya katakan diri saya sendiri. macam langit dan bumi agaknya. sama2 bermuhasabah lah.

yuk sama2 rajin! kalau nampak saya banyak melagha atau malas...tegur lah saya ye=).

***

hari ni sudah 21 Julai, bersamaan 20 Syaaban. proses mengira hari pun dah mula. rajin sungguh pangkah kotak kat kalendar sekarang. 10 hari menuju ramadhan. 33 hari menuju Kelate. =).

hari ni sekali lagi call Ma, dan sudah mengusulkan sesuatu kepada Ma. Alhamdulillah...usul diluluskan. saya cuma nak berbuka puasa bersama abang2 dan keluarga mereka. adik2 pun cuti masa tu. biasanya, kalau deme berkumpul, yang tak ada tu adalah saya. rindu nak berkumpul ramai2. walaupun keluarga kami tak ada lah sampai berpuluh-puluh, tapi ini lah masanya untuk cuba berkumpul selagi boleh. keluarga Ma Ayah kan bakal 'membesar', jadi nanti akan lebih susah kalau nak kumpul.

maaf lah, semangat kekeluargaan ni menebal sikit. huhu!

***

Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud ]

Syaaban masih berbaki 10 hari, dan saya ada terjumpa website ni. sebagai satu guide untuk menuju ramadhan. ramadanprep.com. insyaAllah bermanfaat.

dah mula panas sekarang. sedapnya air sejuk...! air kosong letak ais pun jadi sedap.

~entry ABC (air batu campur). macam2 ada.
~betulkan saya kalau saya buat silap. ok?

ok, selamat berusaha Alexandrians. adik2 habis exam, kami kakak2 ni baru nak mula. robbuna yusahhil. robbuna yunajjah. semoga Allah mengurniakan keputusan yang terbaik untuk kita.=)

wallahu a'alam.


Monday, July 18, 2011

laa fatan illa 'Aliyyan!


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah hari ni selesai sudah exam OSCE tropical medicine. 3 stesen. 3 macam doktor. semoga Allah memberi yang terbaik. insyaAllah.

kali ni nak kongsikan sebuah kisah yang bagi saya 'mahal', kerana tak ramai yang mampu menjadi seperti mereka dalam kisah ni. tokoh2 itu adalah puteri Rasulullah saw; Saidatina Fatimah RA dan Sayyidina 'Ali KWJ. dah banyak kali saya baca dalam link2 yang orang letak di FB dan sebagainya. tapi, hari ni Allah gerakkan hati untuk kongsikan di 'rumah' saya ni.

jadi, selamat membaca. panjang la sikit kisahnya. harap sabar, cuba baca sampai habis.




Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang,
namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut
agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita
Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta

Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut
disekitar kita saat ini
Walaupun bukan tidak ada..
barangkali, kita saja yang tidak mengetahui saking rapatnya dikendalikan

Tapi,
kebanyakan justru yang tampak ke permukaan adalah yang justru seharusnya tidak kita contoh
Kekurangan teladan?
Mungkin..

Dan inilah fragmen dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullahtentang membingkai perasaan dan
Bertanggung jawab akan perasaan tersebut
“Bukan janj-janji”



Kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A.Fillah
chapter aslinya berjudul “Mencintai sejantan ‘Ali”

Ada rahasia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah.
Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya.

Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta.
Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta.
Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.
Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercayatak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya!
Maka gadis cilik itu bangkit.
Gagah ia berjalan menuju Ka’bah.
Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.
Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.
Mengagumkan!
‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta.

Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar kabar yang mengejutkan.
Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi.
Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah.
Lelaki yang iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr.
Kedudukan di sisi Nabi?
Abu Bakr lebih utama,
mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali,
namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya...
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab..
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud..
Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.


Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.
Lamaran Abu Bakr ditolak.
Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.
Setelah Abu Bakr mundur,
datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa,seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka,
seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut.
’Umar ibn Al Khaththab.
Ya, Al Faruq,
sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah.
’Umar memang masuk Islam belakangan,
sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr.
Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya?
Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman?
Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin?
Dan lebih dari itu,
’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,
”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah.Lalu coba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya.
’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.
Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam.
Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir.
Menanti dan bersembunyi.
’Umar telah berangkat sebelumnya.
Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.
”Wahai Quraisy”, katanya.
”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah.
Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!”
’Umar adalah lelaki pemberani.
’Ali, sekali lagi sadar.
Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah.
Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak.
’Umar jauh lebih layak.
Dan ’Ali ridha..

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan..
Itulah keberanian.
Atau mempersilakan.Yang ini pengorbanan.


Maka ’Ali bingung ketika kabar itu meruyak.
Lamaran ’Umar juga ditolak.
Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi?
Yang seperti ’Utsman sang miliarder kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah?
Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’ kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah?
Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.
Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka.
Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka?
Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu?
Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

”Mengapa bukan engkau yang mencoba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan.
”Mengapa engkau tak mencoba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..”
”Aku?”, tanyanya tak yakin.
”Ya. Engkau wahai saudaraku!”
”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”
”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”

’Ali pun menghadap Sang Nabi.Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah.
Ya, menikahi.
Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya.
Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya.
Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap?
Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap?
Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.
”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.
Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya.
Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihan-pilihannya.
Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!”
Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.
Dan ia pun bingung.
Apa maksudnya?
Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan.
Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab.
Mungkin tidak sekarang.
Tapi ia siap ditolak.
Itu resiko.
Dan kejelasan jauh lebih riDan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab.
Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.
Ah, itu menyakitkan.

”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”
”Entahlah..”
”Apa maksudmu?”
”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”
”Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,
”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua!
Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya!”

Dan ’Ali pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya.
Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya.
Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah..
Dengan keberanian untuk menikah.
Sekarang.
Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah gentleman sejati.
Tidak heran kalau pemuda Arab memiliki yel,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakanAtau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,

dalam suatu riwayat dikisahkan

bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)

Fathimah berkata kepada ‘Ali,

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”

Kisah ini disampaikan disini,bukan untuk membuat kita menjadi mendayu-dayu atau romantis-romantis-an

Kisah ini disampaikan

agar kita bisa belajar lebih jauh dari ‘Ali dan Fathimah

bahwa ternyata keduanya telah memiliki perasaan yang sama semenjak mereka belum menikah tetapi

dengan rapat keduanya menjaga perasaan itu

Perasaan yang insyaAllah akan indah ketika waktunya tiba..

***
baca sampai habis tak?

'laa fatan illa 'Aliyyan'.

link2 yang nak di'share' :




bukan senang nak membenteng diri. bak kata seorang yang membaca blog ni di dalam komennya...

"bila kita dh jadi fitnah.....dugaan amat berat.....walau sekuatmana cuba bertahan......hanya Allah yang tahu......kekiri dan kekanan seperti api yg marak menyala."

dan sekali lagi, saya tanya diri saya..."macam mana kita tahu yang diri kita dah menjadi satu fitnah? sebab, ujian itu datang dari arah yang tak kita ketahui".

Ya Allah, hindari lah kami dari menjadi fitnah di dunia ini.

***

saya bukanlah 'Fatimah'. malah jauh sekali jika dibandingkan dengan Fatimah RA.

jauh. jauuuh sangat. betul, jauh.

tapi sesiapa pun boleh berusaha menjadi seperti Fatimah RA, puteri Rasulullah SAW, termasuk saya dan kamu yang membaca.

kalau lelaki, jadilah seperti Sayyidina 'Ali..kan? dan sebaik-baik teladan adalah Rasulullah SAW jua.

harap tercapai maksud yang cuba disampaikan.

**

wallahu a'alam. harap betulkan kalau saya silap.

semoga sentiasa di dalam rahmat Allah swt.

doakan imtihan kali ni berjaya dengan jayanya :D. insyaAllah. Allah swt akan beri mengikut apa yang diusahakan.

**

p/s: ~ entry macam ni termasuk kategori entry sensitif di musim exam tak?

Saturday, July 16, 2011

ditelan pahit, diluah sayang

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. Allah memberi peluang menghirup udara 15 Syaaban. betul kan hari ni 16 Julai bersamaan 15 Syaaban? tiba2 ter-ragu2 (minta maaf merosakkan tatabahasa) bila tengok status salah seorang sahabat menyatakan 15 Syaaban pada 17 Julai iaitu esok. kalau Malaysia, esok lah nisfu Syaaban.

countdown di 'rumah' saya ni menunjukkan berbaki 15 hari menuju Ramadhan. Allah...sungguh cepat masa berlalu. esok pula saya ada exam paper Tropical Medicine. MCQ. banyak lagi yang belum habis dipulun sebenarnya. cuma nak rehat sekejap je, boleh ke?

hari terakhir kuliah tahun 4. tak terasa, rupanya sudah sampai hari terakhir kuliah tahun 4! esok sudah mula imtihan akhir. dimulakan dengan MCQ. Semoga Allah permudahkan.

sehingga hari terkahir ni, terlalu banyak yang dilalui dan dirasai. 'suka-duka-pahit-manis' orang kata. kadang2 buat saya tersenyum bila teringatkan setiap detik bersama-sama rakan2 sekuliah. kadang2...buat hati ni rasa sayu. sedih.

kenapa?

ini mungkin small matter bagi kita. ya, saya pun rasa small matter. bab terasa dengan kawan, itu cerita anak-anak kecil saya kira. kita sudah dewasa. dah 22 kan? semoga fikiran juga berkadar dengan umur. saya masih anggap itu masalah kecil antara mereka. sebab masing2 masih pendam. tapi, yang melihat ni. dalam hati hanya boleh kata "alahai kawan2 aku,". =)

yang ni kata begini, yang tu kata begitu.

masing2 nak pertahankan hujah masing2.

lumrah, tak semua orang sudi mengalah. tak semua orang sanggup mengatakan :

"it's ok" sebagai tanda mengalah.
"entah" bila tidak tahu.
"minta maaf" kalau salah.
"terima kasih" sebagai adab menerima.

saya mengaku semua orang berprinsip. tapi, suka saya bertanya..."apa asas prinsip kita tu?"
tahu apa maksud saya, kan?

persahabatan itu ada tiga peringkat :

berlapang dada ( salamatus sodri)

berfikiran positif (husnu zhon)

mengutamakan orang lain (ithar)

hari tu, dalam kelas Hanun tak sempat habiskan tazkirah mengenai husnu zhon. (hee..mokteh, request entry lepas exam boleh?)

saya pun tak pandai nak buat ayat. ini entry untuk mereka, juga peringatan untuk saya kerana saya pun ada kekurangannya. cuba berlapang dada, boleh? jangan tambah perisa yang tak best pada hati tu=). berlapang dada tu tahap paling rendah dalam persahabatan. kalau itu pun kita tak mampu, susah lah nak jaga hubungan antara kita dengan mereka.


Rasullullah S.A.W. pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah,ada manusia yg bukan para nabi dan bukan pula para syuhada,tetapi para nabi dan syuhada cemburu kpd mereka di Hari Kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah.


Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasulallah,beritahulah kpd kami siapakah mereka itu?”

Rasulallah pun menjawab,
“Merekalah kumpulan manusia yg saling berkasih sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yg saling mereka berikan.Demi Allah,sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya.Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita.”



kalau sekali berkawan, biar lah sampai ke syurga=).

tahun depan, semester depan..kalau boleh kita jadi lebih BAIK. malah, setiap detik yang berlalu kalau boleh kita sentiasa ke arah lebih baik.

ok, minta maaf salah silap sepanjang menjadi sahabat kamu semua.

semoga Allah berikan kejayaan kepada kita dalam peperiksaan kali ni.

robbuna yusahhil ya akhawati.

inni uhibbukunna jami'an lillah. dan semoga selamanya kerana Allah.

Thursday, July 14, 2011

percayalah dengan janjiNya

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni sudah 13 Syaaban. 2 hari lagi 15 Syaaban. Nisfu Syaaban. cepat sangat masa berlalu. dan tarikh peperiksaan final pun dah semakin dekat. orang kata "exam is around the corner!".

dah semakin terasa bahangnya. takut. risau. mungkin sebab ini tahun pertama di tahun klinikal, saya masih samar-samar mengenai cara nak score markah. dan saya bukan lah antara yang berjaya score markah hebat2, jadi kerisauan tu mesti lah lebih dari orang lain. agaknya lah.


sekadar ingin berkongsi sebuah hadis dari hadis 40,

Rasulullah saw bersabda , maksudnya :

"sesiapa melepaskan kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari Kiamat padanya.

sesiapa memudahkan orang tengah dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

sesiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

Allah menolong hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Sesiapa menempuh satu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.

tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah, dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya,

dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya" ~Riwayat Muslim.


saya sengaja pecahkan kepada beberapa rangkap sebab biasa lah, nak baca satu rangkap yang penuh perkataan ni buat kita jadi berpinar atau....kurang rajin sikit. (merujuk kepada diri sendiri sebenarnya)

setiap rangkap itu menunjukkan satu isi. dan sekali baca, sudah jelas apa yang Rasulullah saw cuba sampaikan kepada kita.

pada point mengenai kaum yang berkumpul utk mempelajari kitab Allah tu, ada sedikit huraian. kalau boleh rujuk kitab tu sendiri, perkataan 'kaum' tu disebut dengan bentuk nakirah (umum). jadi, Rasulullah saw tak fokuskan kat sini untuk mana-mana kaum seperti orang2 yang zuhud, ulama', atau orang ada kedudukan isitimewa. tapi, sesiapa sahaja yang berkumpul untuk belajar mengenai agama Allah, belajar baca quran dan sebagainya...akan diberi ketenteraman oleh Allah swt ke atas mereka dan majlis ilmu itu di naungi para malaikat.

katanya dinaungi itu maksudnya dikelilingi para malaikat sehinggakan tak ada ruang utk syaitan duduk di tengah utk kacau kita.

jadi, sama lah kiranya jika kita adakan smart circle atau apa2 medium untuk menuntut ilmu Allah ni...akan dinaungi para malaikat dan diberi ketenteraman oleh Allah swt. subhanallah! senang je kan?


sikit tambahan mengenai point menutup aib saudara tadi. kadang2, kita tak sedar dalam gurauan kita dengan sahabat2 kita, kita sedang mengaibkan diri sahabat kita. niatnya mungkin saja nak berseloroh, tapi ter'over' gurau pula.

emm...tak boleh bergurau ke? :D. jemput baca di sini=) ADAB BERGURAU

jangan ingat saya tak suka orang bergurau dengan saya pulak. ok je nak bergurau atau buat lawak dengan saya. tapi, kita ada adab bergurau,kan? ~nak selit sikit, We Are Real Muslims, right? dan Rasulullah sudah tinggalkan kepada kita panduan2nya.


kalau diperhatikan dalam setiap baris ayat dalam hadis tu, Allah menjanjikan balasan bagi sesuatu amalan atau perbuatan manusia.

kalau kita betul2 percaya dan yakin dengan janji-janji itu...sudah pasti lah kita akan ikut apa yang dipesan tu. kan?

sekadar itu perkongsian hadis. kalau saya silap, harap tolong betulkan. saya budak baru belajar =).

***

hari dah 14 julai. 8 julai lepas, hari lahir ayah. selamat hari lahir ke-56 ayah. dan secara rasminya juga ayah dah jadi pesara sekarang. dah pencen. semoga ayah terus berjaya dunia akhirat. semoga Allah merahmati ayah. kak ngah doakan ayah bahagia dan sihat sokmo.

***

kelmarin alhamdulillah berjaya adakan SC bersama-sama adik2 tersayang. ye la adik2,kakak kamu ni rindu kamu semua..heee~ selamat berimtihan adik2 sekalian. ampun dan maaf akak pohon atas sebarang kekurangan sepanjang pengendalian SC kita tahun ni. minta maaf SC terakhir ni tak sempat nak siapkan cenderahati yang comel2 khas utk adik2. banyak lagi benda yang nak dilaksanakan dalam SC kita ni, tapi masa tak mengizinkan. insyaAllah, nanti kita sambung tahun depan ya!

doakan kejayaan bersama.=).

***


Sunday, July 10, 2011

kasih tak bersyarat

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni selesai juga assignment utk tropical medicine. walaupun bukanlah saya yang mewakili kumpulan kali ni, tapi saya turut merasa lega kerana semuanya lancar. Alhamdulillah.

cuba mencuri masa sedikit sebelum buka buku tropMed malam ni. *semoga berjaya buka buku hari ni..hoho!* sila mujahadah lah!

tergerak hati ingin menulis mengenai tajuk kali ni. 'Kasih tak bersyarat'.

pengalaman di OnG dan Paediatrics baru2 ni cukup buat diri ini semakin sayaaang pada dia yang bernama 'ibu'. Subhanallah...sangat susah untuk menjadi seorang ibu. kebetulan saya belajar di OnG terlebih dahulu, maka saya belajar mengenai keadaan ibu semasa mengandung dan melahirkan. seterusnya saya masuk ke posting paediatrics. nah, sekarang anak yang dikandung sudah dilahirkan. macam-macam pula ceritanya.

dan kebetulan juga, semasa saya di OnG, kakak saya sedang mengandung si Uwais. jadi, apa2 yang saya belajar, buat saya teringatkan kakak. jadi selalu lah saya telefon Ma di rumah, bertanyakan khabar kandungan. cuba nak 'relate'kan dengan apa yang saya belajar lah kononnya.

bila saya masuk ke paediatrics, Uwais sudah selamat melihat dunia=). sama juga, saya update proses tumbesaran Uwais. berapa berat Uwais. apa Uwais dah boleh buat. ada apa-apa masalah tak pada Uwais. sebab terlalu banyak masalah yang bayi seusia Uwais boleh ada. tapi, Alhamdulillah...Uwais sihat. *tak sabar nak jumpa!*

syok Uwais tidur=)


oh, apa kaitan dengan tajuk sebenarnya ni?

ibu dan anak. ikatan kasih sayang tu secara naturalnya terbentuk. tak perlu di ajar semasa si anak lahir "ini ibu kamu" dan anak tu akan sayang. tapi secara automatiknya, saat bayi itu dilahirkan, si ibu itulah yang dicarinya.

semasa belajar mengenai Breast Feeding , perkara pertama yang perlu dibuat adalah skin-to-skin contact antara ibu dan anak. tujuannya, supaya bayi tu dapat menyusu. tapi, susu ibu ini ada mekanismanya pula untuk keluar. dan salah satu faktornya adalah emosi si ibu. kalau mama stress atau tertekan atau tak sayang pun pada bayinya, susu tak dapat keluar. tapi, jika mama tenang, dan memandang bayinya dengan PENUH kasih sayang....susu akan keluar.

Subhanallah..menarik, kan? (mekanisma nya secara detail rasanya tak perlulah saya cerita kat sini, secara ringkas..ianya berkaitan dengan hormon )

jadi, kasih sayang antara mereka tu, memang Allah yang beri. saat melihat bayi di lahirkan, terus tak terasa sakitnya proses bersalin tadi.

kasih sayang ibu ni...entah lah. memang susah nak diceritakan. Wallahu a'alam.

apa perasaan mereka saat melihat anak yang dikandung selama 9 bulan 7 hari akhirnya berada di depan mata? kegembiraan mereka pada masa tu mungkin sebab pertama kali melihat anak. mungkin. sebab sebenar? entah. Wallahu a'alam.

apa pula sebabnya bila ibu masih tetap dengan kasih sayangnya walaupun anak selalu saja menghempas pintu bilik, bergetar lantai kayu rumah, tarik muka, menjawab.....kenapa ibu masih sayang pada kami si anak? kenapa ya ibu?

pabila anaknya sudah dewasa, ada yang sudah pandai buat kepala sendiri. kononnya keputusannya lah yang terbaik. ibu kolot. ada pula membiarkan ibu di rumah usang. tak kurang juga 'menyimpan' ibu di rumah orang-orang tua. TAPI,KENAPA IBU MASIH SAYANG?

dari kecil sampai lah usia sekarang...terlalu banyak dosa pada ibu. terlalu banyak. dan kasih sayang ibu juga TERLALU BANYAK. tak terhitung.

kenapa ya? kenapa ibu tetap sayang?

entah. sebab belum jadi ibu.

KERANA KASIH IBU TAK BERSYARAT!


ibu saya atau yang saya panggil Ma, kak ngah sayang Ma. ramai je yang jadi segan nak cakap kita sayang pada ibu kita secara depan2. saya pun. then, cuba lah bertindak tanduk tanda kita saaaaaayang pada mereka. contohnya dengan belajar betul2! *so, tak boleh malas2*

hargai lah mereka selagi kita masih punya mereka di sisi. tanpa mereka, tiadalah kita.

~saya tak pandai pun nak mengulas mengenai kasih sayang ibu ni. sebab terlalu sukar untuk dihuraikan. ayat kat atas tu pun dah pening nak dibaca. asiif jiddan.

kasih sayang itu daripada Allah swt. alangkah terbatasnya akal manusia ini untuk memikirkannya.~

link yang ingin di share :


baru pertama kali dengar. itu pun tengok kak zarith postkan di wall fb nya. inilah sebab tergerak hati ingin menulis hari ni. kak zarith rindu mak akak ye? semoga Allah merahmatinya.

al-fatihah.



me too, want to be a good mother for them. semua orang nak jadi ibu yang baik, kan? membesarkan seorang khalifatullah utk menjadi sebaik-baik khalifatullah bukan lah mudah.

terima kasih ibu!

Naufal, Iman, Uwais...jadi anak soleh utk umi dan abi ya! amiin.

kita pun (adik beradik saya)

Wednesday, July 6, 2011

berikan daku bahagia

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni hari ke-2 round tropical medicine. apa kata hati? apa kata minda? wallahu a'alam. kepada mereka yang baru mengalami situasi ini...harap sabar deh. insyaAllah ada sesuatu yang akan di'bayar' kepada kamu semua. :). 'Tabah itu akhlak mulia'. suka quote ini. datangnya dari sini. klik!

alhamdulillah, sudah masuk minggu ke-3 kempen WARM ~ We Are Real Muslims. hari ni, ada tazkirah di dalam kelas. 'mengalirkan bahagia'. itu sebenarnya tema untuk tahun 4 bagi minggu ke-3 ni.

'Mengalirkan bahagia'

saya mula bertanya pada diri saya sendiri. 'Apa itu bahagia?'.

Ya, apa itu bahagia? apa erti bahagia yang hakiki?


The Merriam Webster online dictionary defines happiness as a state of well being or contentment, a pleasurable or satisfying experience. Philosophers often define happiness in terms of living a good life. Happiness has also been defined as a state of well-being, characterized by emotions ranging from contentment to intense joy. ~sumber

bahagia itu bila hati tenang? itu ke maksudnya?

adakah bahagia itu dengan mempunyai harta benda yang bertimbun-timbun? rumah tangga yang lengkap? atau kecantikan rupa?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” H.R Bukhari.

kalau dikatakan harta itu membahagiakan, berapa ramai manusia yang kaya raya punya masalah dalam rumah tangganya, masalah kesihatan, dan mereka tak pernah rasa cukup. macam dalam drama melayu, scenes yang sama...~berebut share syarikat, tender, dan bila syarikat dah besar..datang konflik keluarga, sakit jantung..alih2 cardiac arrest sebab anak derhaka...adoi la~boring sungguh! tapi, rupa-rupanya...scenes berikut ada di dunia nyata.

kalau dikatakan bahagia itu dengan adanya suami/isteri dan anak-anak, kenapa banyak rumah tangga yang bergolak? anak terabai? dan ada pula anak-anak yang kononnya cari hidup sendiri dek kerana ibubapa yang sibuk mencari harta.

kalau dengan punya kecantikan itu membahagiakan...kenapa ramai yang cantik, sengsara. sibuk mencari produk-produk untuk mendapatkan hasil yang tip top.

mencari dan terus mencari. mencari bahagia? mencipta bahagia?

kita selalu menempuh jalan yang susah untuk mendapatkan bahagia. mencari harta yang bertimbun, mengejar kecantikan, dan mencari kemewahan yang tak pernah cukup. tanpa henti mencari.

sedangkan Islam dah ajarkan cara yang paling mudah. iaitu....dekat dengan Allah. kerana Dia lah yang mengurniakan bahagia. cari lah harta bertimbun-timbun...kalau Allah tak nak bagi, tak dapat juga bahagia tu.

alirkan bahagia...~



apa-apa yang berlaku disekeliling saya membuat saya berfikir sejenak. pernah juga ber'kalau'.

"kalau 'itu' tak jadi..mesti 'ini' takkan terjadi"

...siapa saya nak kata itu sepatutnya jadi. ini sepatutnya tak jadi?

andai sedar hakikat sebenar yang semuanya adalah daripada Allah...sedikit pun kita takkan mengeluh, takkan resah, tetap SYUKUR dan SABAR. seperti yang pernah saya katakan di dalam entry lepas....SABAR itu sangat susah nak dicapai. saya anggap itu satu subjek di sekolah yang takkan habis sampai bila-bila untuk kita kekal tetapkan hati untuk sabar. sebab kita akan berkata 'aku akan sabar', 'sabar je la' selagi bukan kita sendiri yang hadapi ujian itu. betul tak?

“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” ~surah al-Ankabut ayat 2.



saya namakan gambar ni sebagai 'mencari sakinah'. Sakinah bermaksud ketenangan. ya, ketenangan hati. di mana ingin cari ketenangan hati? minta lah denganNya!

kata al-Imam ibn Qayyim Al-Jauziyah :

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

sangat terkesan dengan kata2 ini. ye hanya dengan mengadapnya. hanya dengan dekat denganNya.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Allah Azzawajalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu
dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, niscayalah Allah itu lebih
gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang
menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.

Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya
dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku
mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka
Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Muttafaq 'alaih)

~jikalau hambaKu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas~ subhanallah...yuk, berjalan ke arah Allah=)


***

link2 yang nak di share :




**

wallahu a'alam. sekadar berkongsi.

Ya Allah...berikanlah daku bahagia.

betulkan saya kalau saya silap.

Saturday, July 2, 2011

ahlan ya Sya'aban!



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni 2 julai 2011 , bersamaan 1 Syaaban 1432H. alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk kita sampai ke bulan Syaaban ini. semoga Allah panjangkan umur kita ke bulan Ramadhan, semoga sihat untuk memanfaatkan bulan mulia itu. insyaAllah.

hari ni saya terbaca satu kertas pengisian Smart Circle sahabat saya.

kenapa puasa boleh naikkan berat badan?'

di situ ada penjelasan secara saintifiknya iaitu disebabkan kadar 'output' badan kita yang sangat kurang. maka tenaga yang ada di dalam badan tidak digunakan. tak ada pembakaran lemak dan sebagainya. ye lah....rata-rata bila sudah berpuasa, akan kurang beraktiviti. malas untuk bergerak secara aktif. nak simpan energy katanya.

dan apabila berbuka , 'input' yang berlebihan pula. ketidakseimbangan antara input dan output ini bakal mempengaruhi berat badan.

tanpa sedar, hikmah puasa pada asalnya salah satunya boleh menjaga berat badan, menjaga sistem pencernaan, BERTUKAR menjadi masalah kesihatan. semuanya gara-gara tersilap faham konsep sebenar.

jadi, teruskan saja aktiviti harian jika kita berpuasa. tolak ke tepi alasan penat, letih, panas...maklumlah, kita bakal berpuasa di sini tahun ni. di tengah musim panas! tapi, cuba kita fikir balik, perang Badar dulu di zaman Rasulullah saw berlaku pada bulan ramadhan juga. jauh sungguh situasinya dengan kita yang sekadar berulang alik ke kelas. kan?

ok, berbalik kepada tajuk. ahlan ya Syaaban! tak sangka, cepat sungguh masa berlalu. Syaaban sudah membuka tirai. 29 hari dari sekarang...Ramadhan pula menjengah.

saya ada baca email daripada UPI-PCI mengenai bulan Syaaban. sedikit sahaja yang ingin dipetik.

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh daribulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.


saya pernah dengar kita disarankan agar mempersiapkan diri untuk menghadapi ramadhan semasa kita masih di bulan Syaaban lg. kalau kami belajar perubatan ni, ada istilah 'adaptation' untuk beberapa perkara. contohnya bila kita mula-mula pakai jam tangan, pergelangan tangan kita dapat rasa akan kewujudan jam tu. tapi, lama-kelamaan kita sendiri pun tak sedar yang kita sedang pakai jam. ini kerana saraf yang ada pada kulit kita sudah terbiasa dengan input 'sentuh' oleh jam.

alah bisa, tegal biasa. biasanya hari pertama berpuasa, kita akan rasa lapaaarr sangat. ini sebab sistem pencernaan masih bekerja ikut jadualnya. walaupun tak ada makanan yang melalui saluran pencernaan, ia tetap bekerja. itu yang jadi sakit perut dan lapar amat tu.

mula lah kita asyik berehat, tak nak bergerak , malahan sampaikan bangun untuk solat wajib sahaja. katanya tak ada tenaga. huu~ maka output kita akan kurang. instead of berat badan berkurang bila puasa, akhirnya ia bertambah pula.

jadi, kalau kita dah biasakan sistem pencernaan kita akan situasi 'perut sedang puasa',...maka di bulan ramadhan nanti, insyaAllah tak lah terasa teruk sangat. dan yang penting, dapat tumpukan diri kepada ibadah-ibadah lain di bulan mulia itu.

dan dari aspek rohani yang lain pula, konsep sama juga. alah bisa tegal biasa. cuba untuk membiasakan diri dari sekarang. istiqamah itu penting walaupun sedikit.

Aisyah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah ditanya,

"Amal perbuatan mana yang disukai Allah?"Baginda menjawab,"Yang istiqamah walaupun sedikit"(hadis riwayat bukhari dan muslim)

ini pesanan untuk diri saya sendiri terutamanya. maklumlah...selalu rasa 'berat', selalu bertangguh-tangguh, terlalu manjakan diri sangat!

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

betulkan saya andai saya silap dalam tulisan ini.

wallahu a'alam.

****

semalam Jumaat yang seharian duduk di rumah. dah lama tak duduk rumah lama-lama macam semalam. pagi lagi main masak-masak dengan sahabat yang bermalam di rumah. SUSHI..=). ramai sangat yang bercakap pasal sushi, apa rasanya yang sebenar pun saya tak tahu. tapi, semalam berjaya hasilkan sushi sendiri. alhamdulillah.=)

sushi 29 rajab=)

kak cik, jangan jeles!