halwa telinga

Thursday, July 14, 2011

percayalah dengan janjiNya

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni sudah 13 Syaaban. 2 hari lagi 15 Syaaban. Nisfu Syaaban. cepat sangat masa berlalu. dan tarikh peperiksaan final pun dah semakin dekat. orang kata "exam is around the corner!".

dah semakin terasa bahangnya. takut. risau. mungkin sebab ini tahun pertama di tahun klinikal, saya masih samar-samar mengenai cara nak score markah. dan saya bukan lah antara yang berjaya score markah hebat2, jadi kerisauan tu mesti lah lebih dari orang lain. agaknya lah.


sekadar ingin berkongsi sebuah hadis dari hadis 40,

Rasulullah saw bersabda , maksudnya :

"sesiapa melepaskan kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari Kiamat padanya.

sesiapa memudahkan orang tengah dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

sesiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

Allah menolong hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya.

Sesiapa menempuh satu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.

tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah, dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNya,

dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya" ~Riwayat Muslim.


saya sengaja pecahkan kepada beberapa rangkap sebab biasa lah, nak baca satu rangkap yang penuh perkataan ni buat kita jadi berpinar atau....kurang rajin sikit. (merujuk kepada diri sendiri sebenarnya)

setiap rangkap itu menunjukkan satu isi. dan sekali baca, sudah jelas apa yang Rasulullah saw cuba sampaikan kepada kita.

pada point mengenai kaum yang berkumpul utk mempelajari kitab Allah tu, ada sedikit huraian. kalau boleh rujuk kitab tu sendiri, perkataan 'kaum' tu disebut dengan bentuk nakirah (umum). jadi, Rasulullah saw tak fokuskan kat sini untuk mana-mana kaum seperti orang2 yang zuhud, ulama', atau orang ada kedudukan isitimewa. tapi, sesiapa sahaja yang berkumpul untuk belajar mengenai agama Allah, belajar baca quran dan sebagainya...akan diberi ketenteraman oleh Allah swt ke atas mereka dan majlis ilmu itu di naungi para malaikat.

katanya dinaungi itu maksudnya dikelilingi para malaikat sehinggakan tak ada ruang utk syaitan duduk di tengah utk kacau kita.

jadi, sama lah kiranya jika kita adakan smart circle atau apa2 medium untuk menuntut ilmu Allah ni...akan dinaungi para malaikat dan diberi ketenteraman oleh Allah swt. subhanallah! senang je kan?


sikit tambahan mengenai point menutup aib saudara tadi. kadang2, kita tak sedar dalam gurauan kita dengan sahabat2 kita, kita sedang mengaibkan diri sahabat kita. niatnya mungkin saja nak berseloroh, tapi ter'over' gurau pula.

emm...tak boleh bergurau ke? :D. jemput baca di sini=) ADAB BERGURAU

jangan ingat saya tak suka orang bergurau dengan saya pulak. ok je nak bergurau atau buat lawak dengan saya. tapi, kita ada adab bergurau,kan? ~nak selit sikit, We Are Real Muslims, right? dan Rasulullah sudah tinggalkan kepada kita panduan2nya.


kalau diperhatikan dalam setiap baris ayat dalam hadis tu, Allah menjanjikan balasan bagi sesuatu amalan atau perbuatan manusia.

kalau kita betul2 percaya dan yakin dengan janji-janji itu...sudah pasti lah kita akan ikut apa yang dipesan tu. kan?

sekadar itu perkongsian hadis. kalau saya silap, harap tolong betulkan. saya budak baru belajar =).

***

hari dah 14 julai. 8 julai lepas, hari lahir ayah. selamat hari lahir ke-56 ayah. dan secara rasminya juga ayah dah jadi pesara sekarang. dah pencen. semoga ayah terus berjaya dunia akhirat. semoga Allah merahmati ayah. kak ngah doakan ayah bahagia dan sihat sokmo.

***

kelmarin alhamdulillah berjaya adakan SC bersama-sama adik2 tersayang. ye la adik2,kakak kamu ni rindu kamu semua..heee~ selamat berimtihan adik2 sekalian. ampun dan maaf akak pohon atas sebarang kekurangan sepanjang pengendalian SC kita tahun ni. minta maaf SC terakhir ni tak sempat nak siapkan cenderahati yang comel2 khas utk adik2. banyak lagi benda yang nak dilaksanakan dalam SC kita ni, tapi masa tak mengizinkan. insyaAllah, nanti kita sambung tahun depan ya!

doakan kejayaan bersama.=).

***


No comments: