halwa telinga

Tuesday, July 26, 2011

it's a miracle!

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yg Allah swt berikan pada hari ini dan sebelumnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis hari ni.

dari tadi nak menulis di sini, tp terpaksa tahan diri. paksa juga untuk baca OnG ke target hari ni. usaha perlu diteruskan sedaya mampu. lepas tu, apa yang jadi....serahkan saja kepada Allah

tawakkal kepada Allah swt.

kadang2, kita selalu saja sebut 'tawakkal je la'. saya selalu juga guna ayat macam tu walaupun pendapat peribadi saya ayat tu bunyinya seolah saya tak sepenuhnya bertawakkal.

pernah dulu suatu masa, semasa bersembang dengan sepupu saya mengenai peperiksaan, dia katakan "aku tawakkal je".

huh?

tawakkal?

bukan saya tak pernah dengar, tapi masa tu terfikir dalam benak saya...'macam mana nak tawakkal?'

itu lah kisah ketika saya berusia 15 tahun. masih tak faham bagaimana cara nak bertawakkal. dan kini sudah jauh masa berlalu. susah juga nak faham...bukan tak faham sebenarnya, tp dek kerana usaha tak pernah cukup. jadi, rasa susahnya nak letakkan dan tetapkan hati untuk bertawakkal. ada saja yang membolak balikkan hati.

tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.

bekerja sebagaimana mestinya. macam mana tu? contohnya ada satu kisah di zaman Rasulullah saw,

ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.

Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?"

dia menjawab: "Saya sudah bertawakkal kepada Allah."

Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:

ertinya:

"Ikatlah dulu lalu bertawakkallah."

Rasulullah saw mengarahkan sahabat itu untuk mengikat tali unta itu terlebih dahulu (usaha) kemudian bertawakkal.

usaha dan tawakkal itu seiring.

contohnya kita yang bakal menghadapi imtihan ni, 'bekerja sebagaimana mestinya' pada kita adalah belajar bersungguh-sungguh. itu usaha kita.

saya nak kongsikan satu video : tawakkal adalah keajaiban hidup. mungkin penjelasannya lebih bagus.

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka bertawakkallah kepada
Allah." (ali-lmran: 159)

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia pasti mencukupi untuknya." (at-
Thalaq: 3)

ada satu doa yang Rasulullah saw ajarkan kepada saidatina fatimah RA yang disebut di dalam sebuah hadis :

"Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri. Dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan. Baikilah urusanku semua sekali. Jangan Engkau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata"

satu lagi link

satu doa yang menyentuh hati saya di dalam video ni,

"Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku kerna aku tak mampu mengurusnya. dan jangan Engkau serahkan aku kepada orang lain kerana mereka akan sia-sia kan aku"


sungguh, seandainya kita betul2 yakin bahawa Allah swt Yang Berkuasa ke atas kita, Allah swt mampu lakukan apa saja...nescaya sedikit pun kita tak kan rasa resah andai ujian menimpa, atau alpa andai nikmat hidup mencurah-curah. kerana kita yakin, Allah swt ADA.


"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan, menjadi gentarlah
hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan, maka bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah jualah mereka bertawakkal." (al-Anfal: 2)

***

hari ni jumpa gambar ni. saya ambil dari facebook abe Mi. selamat hari lahir Iman. dah umur setahun=). semoga jadi anak yang soleh.


serius...Iman sangat comot!

robbuna yusahhil!

No comments: