halwa telinga

Thursday, January 27, 2011

mujahadah meraih cinta Allah

assalamualaikum WBT..




study leave dah mula. salam mujahadah.
exam dah nak tiba. salam mujahadah

selamat berimtihan semua warga tahun 4 dan 5 kuliah perubatan Iskandariah. ikhlaskan niat hanya untukNya.

~mujahadah meraih cinta Allah.

Robbuna Ma'akum Jami'an=)

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Monday, January 24, 2011

detik-detik hati

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, hari ni masih diberi peluang utk ke kelas. dan semua orang nampaknya ok wlwpun peristiwa semalam masih bermain di fikiran saya. hope jd lebih tenang. mungkin threshold kemarahan rendah, atau diri dibelenggu emosi melampau. mungkin dah sampai limit, letupan berupa air keluar. haru je rasa. T.T

lupakan hal semalam. cuma ingin kongsikan sesuatu.

*
bismillahirrahmanirrahim.

apakah ikhlas?

maksud yg senang adalah melakukan sesuatu krn Allah Taala. bila bercakap tentang perumpamaan ikhlas, ikhlas itu diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. komfem tak nampak!

"aku ikhlas nak tolong ni,"

tapi bila sesuatu masalah berlaku,

"dulu aku tolong dia. tapi, bila dia yang susah...sikit pun tak tanya khabar,"

berkata pula orang lain,

"kata ikhlas, jadi tak payah lah nk mengungkit,"

judging.

manusia suka menilai. menilai perbuatan orang.

pesan seorang ukhti, ikhlas itu terletak di dalam hati. hati itu milik Allah. hanya Allah saja yang tahu, ikhlas atau tidak seorang hamba itu. kita yang juga seorang hamba, tak perlu menilai sahabat kita tu ikhlas atau tak. serahkan saja penilaian itu pada Allah. kerana Allah sahaja yang berhak menentukan ke syurga atau ke neraka kah kita. pahala atau dosa yang menjadi milik kita. amalan diterima atau tidak. hanya Allah yang berkuasa. itu urusan dia dengan Allah.

3 keadaan ikhlas itu boleh terbatal.

1- ketika permulaan untuk melakukan sesuatu. cthnya, kalau nak sampaikan ceramah, timbul di dalam hatinya "wah, hebatnya aku. dalam ramai2 orang yang hebat...aku yang dipilih"

2- ketika pertengahan kepada perbuatan tersebut. tiba2 ketika menyampaikan ceramah, ada orang tiba-tiba terharu atau tersentuh sampai menangis-nangis. "hebat kata-kata aku rupanya. sampai menangis-nangis mak cik tu"

3- ketika pengakhiran kepada perbuatan tersebut. seseorang itu merasa puas,atau bangga kerana dapat menyampaikan ceramah dengan jayanya.

cuba tukarkan situasi ceramah itu kepada perkara lain. study contohnya.

kawan2 sedang bising dalam kelas buka kelab, si A pun buka buku surgery Bailey and Love. buku seberat 2.5 kg lbih kurang. "tebal seh buku. aku je sanggup bawak. nak ilmu, kena la sanggup berkorban," detik hati si A. ayat yang bagus. tapi, tanpa sedar itu adalah penghapus ikhlas kepada perbuatan belajar itu.

bila tengah baca tu, ada kawan datang tegur. "A, rajen nye study. aku studo je kat rumah,"
'ish, studo pulak. studi la. kita kan student. bagus la aku banding orang lain yg suka studo tu,'

bila di dalam kelas. doktor tanya soalan. baru saja si A baca tadi. si A berjaya jawab dengan baik sekali. 'tu la korang, studi. jgn studo. kan dah takleh jawab. hummm'

situasi di atas hanya contoh. tak berkait dengan sesiapa pun. insyaAllah.

detik-detik hati. detik-detik hati! halus sungguh masuk ke dalam diri. tanpa sedar.

“Katakanlah, “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama”. (QS. Az-Zumar : 11)

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus”. (QS. Al-Bayyinah : 5)

saya pun tak pandai nak bercakap mengenai ikhlas. saya sendiri pun punya hati yang rapuh.
tapi, sama2 la kita kongsi apa yang kita tahu,kan?

jom koreksi diri. sama berusaha dan berdoa utk ikhlas dalam ibadah (ibadah itu apa2 amalan yg diniatkan krn Allah)

kalau dalam telemovie 'kiamat sudah dekat', Fandi nak belajar ilmu ikhlas selepas di suruh Pak Aji sebagai syarat utk mendapatkan Sarah...yuk kita belajar ilmu ikhlas!

*

ma : gano loni? studi beres blako?
kak ngah : humm..ok la jgk. tapi, kt sekoloh dlu lg rajen.
ma : bakpo plk gitu? loni la hok kna lbih rajen. bkn ke loni lg berat?
kak ngah : meme lg berat hok ni. tapi....tak tau lah. dop serajin dlu.
ma : takleh la. belajar rajen2.

BAIK!

kalau tak faham boleh mtk mana2 kamus klate yang available di kawasan anda. terima kasih:D

Saturday, January 22, 2011

lagu kanak-kanak;p

assalamualaikum WBT..

teringat lagu zaman2 kecik. kumpulan Huda. mungkin ramai dah lupa. tp, nak share lagu ni.

sayang sayang Allah, sayang sayang Rasul...




teringat PASTI (Pusat Asuhan Tunas2 Islam) walaupun itu kisah lebih kurang 17 thn yg lalu.
riadah pagi2 dengan ustzah. 10 jenis gaya. saya siap balik berlatih kat rumah and rakam dalam tape. bila dengar balik, tergelak sorang2. sebut perkataan arab haru je. langsung tak betul rupanya!

waah! rindunya zaman kanak-kanak. seribu satu kenangan manis dan mungkin juga ada yang tak berapa manis.:D

bila saya sudah meninggalkan zaman belajar ini, adakah saya akan rindukannya juga?

colours of my life...~ semestinya tak selalu seindah pelangi. tapi, wajib SYUKUR.

semoga dalam rahmat Allah^^V ~peace!

Monday, January 17, 2011

semoga jumpa di syurga~

assalamualaikum WBT...


semalam, seorang junior kami dari tahun 3 meninggal dunia disebabkan carbon monoxide poisoning. mengejut. sebaik dapat berita tu, seakan tak percaya.

carbon monoxide poisoning itu cuma sebab kepada kematian. tarikh, masa untuk malaikat mencabut nyawa kita telah ditetapkan.

"Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan ataupun disegerakan walau sesaatpun" (al-'Aaraf:34)

selamat jalan Iman. macam kata ayah Iman, "jumpa kat syurga..".

perjalanan Iman sudah selesai. bagaimana dengan kita?

nak kata perjalanan masih jauh...betul ke jauh? hanya Allah yang tahu. semoga kita semua mati dalam husnul khatimah.

teringat doa yang dibacakan oleh walid semalam, ..."Ya Allah, dia mati ketika dalam menuntut ilmu MU ya Allah...jadikanlah matinya adalah mati syahid" ayat betulnya tak lah ingat sangat. tapi maksudnya itulah.

mati ketika menuntut ilmu adalah mati syahid. tapi, bersungguh kah aku dalam menuntut ilmu ini? maka layakkah aku andai aku mati di sini untuk mendapat darjat mati syahid? Astaghfirullah!

semoga jumpa di syurga...tapi layakkah aku untuk syurga Mu ya Allah?

sama2 muhasabah diri kita balik. bagaimanakah keadaan kita di saat malaikat datang menjemput??

~wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu. ampunkan dosaku, terimalah taubatku. seungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar~


semoga roh Iman bahagia di sana. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Wednesday, January 12, 2011

ya, aku betul!

assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, selesai sudah pembentangan dr kumpulan kami colorectal unit berkenaan colorectal cancer. walaupun suara sangat 'best' td, alhamdulillah dpt jugak bentang. esok pula bentang pasal tracheal intubation. isnin pula pasal anal fistula. ni la nasib kumpulan last...dr dulu lagi, org lain dah mula struggle utk exam, kami baru nak stat buat segala assignment.

mengeluh? syukur la...Allah aturkan yang terbaik,kan?

emm..., demam pun ade monthly cycle ke? ^-*

sakit itu kafarah dosa. alhamdulillah.

***

orang kate saya ni observer. mata liar? mata tajam? haha...suka hati la nak kate apa. tp, saya belajar banyak dari perkara yang terjadi di sekeliling saya. saya tak banyak masa nak buka kitab, baca buku motivasi atau pegi kelas2 agama yang ada dekat kawasan Mandarah (kwsn yg ramai ustazah2 kuliah islam)...so, saya memerhati alam sekeliling saya. saya banyak belajar drpd nya. melihat, mentafsir, muhasabah diri sendiri.

selaku observer....banyak cerita2 yg saya dengar dr orang2 di sekeliling saya.

"akak, nk pindah rumah! ahli beit saya ni teruk. tak pernah nak faham saya!" keluh seorang adik. situasi yg SANGAT2 biasa bagi adik2 junior yang baru belajar duduk serumah dgn org yang baru dikenali.

nak orang lain faham? kita faham sangat ke pasal dia? bagi saya, untuk memahami orang lain, diri kita perlu sentiasa cuba meletakkan diri kita di tempatnya. orang kate letak dlm kasut? (put us in another shoes;p). sama juga bila nak buat sesuatu kat orang lain. cuba fikir kalau kita jadi dia? it's a common sense la.

saya lihat macam2 jenis orang dgn macam2 jenis masalah dan juga macam2 jenis cara mereka handle masalah. antaranya....

makan
tido
jalan2....(waa, seronok kat sini ade pantai!)
marah
main game

macam2 ada...tp, amat jarang sekali saya jumpa orang yang kalau ada masalah, terus mengadu kepada Allah. di mana air mata itu tertumpah? buah hati? kawan2? mak ayah?

di mana Allah di hati mu?


T.T...muhasabah diri saya juga.

teringat seorang sahabat menulis note dalam facebook bercerita pasal manusia yang selalu sangat mencipta alasan. 1001 alasan!

alasan untuk membebaskan diri. untuk mengatakan yang "ya, aku betul!"

tp, kena selalu ingat...walaupun sejuta alasan sekali pun yang terpacul dari mulut kita, Allah tetap mengetahui apa yang ada dalam hati kita. kita kan sentiasa diperhatikan oleh Allah.
sepertimana yang sahabat saya katakan, cipta lah banyak2 alasan sekarang. sila. tapi, ingat lah di akhirat nanti apa alasan kita di depan Allah atas kelalaian kita.

jangan pula seperti orang yang ingkar yang memohon kpd Allah untuk turunkannya kembali ke dunia. nak buat amalan. apekah? menyesal tak sudah.

"sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" as-Saff ayat 3.

alasan. saya pun selalu beralasan. tegurlah saya kalau saya terlalai. semoga saya dan kita semua tak termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan dalam ayat di atas, hanya berkata-kata tetapi tak buat apa-apa. cakap tak serupa bikin!

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

wallahu a'alam.

Monday, January 10, 2011

sampai syurga

assalamualaikum WBT..

"bercinta sampai ke syurga". tajuk sebuah buku karangan Ustaz Hasrizal (saifulislam.com). rata-rata mengatakan buku ini sangat menarik.

"bukan buku cinta, tapi buku motivasi laa"..itulah kata-kata Hani dalam drama slot lestary 'Hani'.

saya bukanlah ingin mengulas buku ini, atau mengulas tentang drama Hani ini. tapi sekadar melontarkan pandangan apa yang selalu disebut-sebut ramai orang terutama insan yang berumur lingkungan 20-30 an ini.

apa maksud bercinta sampai ke syurga ya?

begin with the end mind

cuba renungkan salah satu habit yang disebut dalam buku 'the 7habits of highly effective people' karya Stephen R.Covey iaitu begin with the end in mind.

jadi, harus jelas lah apakah 'end' bagi diri kita.

MATI. kan? tapi, apa yang akan jadi selepas mati itu?

alam akhirat. alam akhirat yang kekal abadi selamanya. tidak seperti dunia yang hanya sementara ini.

jadi, apakah persediaan kita untuk hidup di tempat yang kekal itu? adakah sekadar pahala sebesar beg pakaian 40 kilo? nak balik malaysia pun lebih 40 kilo!

semestinya kita akan cuba kumpul sebanyak mungkin mata wang pahala , kan? ye lah, harga syurga semestinya sangat MAHAL. tapi macam mana?

dengan memilih cabang-cabang yang Allah bentangkan kepada kita di dunia ni. adakah cabang itu akan membawa kita ke syurga atau tidak? pedomannya adalah alquran dan assunnah.

perjalanan ke syurga

perjalanan ke syurga itu, adakah seorang diri? sudah tentu membosankan. sepertimana Adam AS yang juga memerlukan teman walaupun hidup di syurga. maka Allah ciptakan Hawa untuknya.

jadi, sepanjang perjalanan itu...kita bawa bersama insan2 di sekeliling kita. ke arah yang Allah suka. kan nak pegi syurga...tapi ingat, bukan si dia seorang ye. kawan2, masyarakat setempat, pesakit (bagi kawan2 yang dalam pembikinan utk menjadi doktor)..dan sesiapa sahaja.

apa yang Allah suka?

Allah suka kalau hambaNya mengamalkan Islam itu sendiri. hanya Islam agama yang diredhai Allah. Amar Maaruf Nahi Mungkar. mengajak orang lain untuk turut sama beramal dan juga menghalang atau melarang orang lain dari melakukan sesuatu yang Allah murka. alangkah indahnya kalau seluruh dunia ini mengamalkan Islam,kan?

jadi, selaku hamba yang sedia terpundak amanah khalifah itu...cuba tengok balik 7 maratib amal.

  1. peribadi Islam (fardhu muslim)
  2. keluarga Islam (bait Muslim)
  3. masyarakat Islam
  4. kerajaan Islam
  5. negara Islam
  6. khilafah Islam
  7. memimpin alam sejagat (ustaziyatul 'alam) - terus membimbingnya (alam) dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.
membentuk keluarga Islam merupakan salah satu tangga untuk ke arah meraih syurga Allah. apabila faham 'end' itu, insyaAllah niat untuk membentuk satu institusi kekeluargaan itu akan semakin jelas. insyaAllah. itulah yang saya faham tentang ungkapan 'bercinta sampai ke syurga' ni.

seterusnya akan lebih jelas bagaimana perjalanan bait muslim itu nanti. insyaAllah anak2 yang bakal dilahirkan akan dididik untuk menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW iaitu berdakwah untuk memastikan Islam tetap utuh di muka bumi ini. begitulah seterusnya. kalau sekadar melihat perkahwinan itu adalah salah satu adat yang kebiasaannya manusia lalui dalam hidupnya, maka, mempunyai anak juga pasti akan dianggap sebagai satu kebiasaan.

"alah, lepas kawen, dapat la anak." tapi, apa kisah anak tu? adakah kain putih yang perlu dicorak secantik-cantiknya bakal terconteng arang atau abu yang akan terbang ke muka mak ayah sendiri? naudzubillah!

oleh itu, didik lah mereka sebaik-baiknya. ingat, ibubapa contoh pertama dalam hidup mereka.

oh ya, satu lagi...kalau sahabat baca sekali lagi berkenaan 7 maratib amal tu, insyaAllah faham apa itu tujuan hidup seorang hamba.



*

peringatan, saya cuma mengutarakan apa yang saya fikir. untuk sama2 kongsi. kalau ade pendapat lain,ahlan.

sebab saya tengok ramai sangat yang berkahwin di usia muda, dan tak kurang juga ramai yang asyik cakap pasal nak kahwin. so saya terfikir...adakah mereka faham apa tujuan sebuah perkahwinan itu? bukanlah nak kata saya ni faham, saya pun masih cuba untuk lebih faham supaya tak tersilap langkah nanti. tp, cuba jelas dulu apa tujuannya yang sebenar. adakah sekadar utk menghalalkan perhubungan yang dahulunya haram kata hukum? fikir2 kan...~

kenapa saya tiba2 nak mengulas pasal 'bercinta sampai ke syurga' ni? sebab drama 'Hani' yang menampilkan buku tu salah satunya, dan juga sebab baru je wish kawan saya.. 'mabruk alaiki ya sohbati, semoga bahagia hingga ke syurga'. so, terfikirla jugak, ramai doa semoga bahagia sampai ke syurga, tp...apa usaha nya setelah melalui alam perkahwinan?

sekali lagi...untuk sahabat saya yang jauh nun di bumi Irbid sana, mabruk alaiki ^^. tak sangka ye, takde angin takde ribut..tup tup dah nak jadi zaujah org kan? ke saya yang tak terasa angin dari jordan sana? hihi:D. semoga bahagia hingga ke syurga.




abang saya pulak dah mintak saya cari nama baby boy utk anak dia yang bakal lahir. baby boy rupenye..:D..tunggu lah dulu, tengah survey nama. hehe~

Saturday, January 8, 2011

untuk ukhti

assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, masih bernafas sehingga tarikh 8 hb 1 ni.

tarikh ini sudah lama saya tak take note. tarikh lahir seorang sahabat nun jauh di tanah air sana.

sudah cukup 10 tahun kami berpisah. tapi, Allah temukan kami sekali lagi walaupun sekadar di alam maya. =).

masih segar lagi dalam ingatan saya, dia lah yang lahir paling awal dalam kalangan kami satu kelas. 8 januari 1988. sampaikan dia suruh kami yang lahir lambat ni panggil dia kakak.


ukhti, hari tu...ukhti ada tanya,

"syimah, apa benda masa kat sekolah dulu yang syimah paling ingat?"

"ntah lah. banyak je sebenarnya..."

"apa?"

saya tak dapat bagitau kan?

entahlah....saya pun tak tahu apa yang saya ingat. tapi, saya rindu sangat dengan kehidupan kanak-kanak kat sekolah dulu. sangat. saya rindu kawan2 saya. kisah kita semua. tapi, untuk menyatakan part mana satu, susah. tapi, part yang ukhti nak dipanggil 'kakak' tu memang saya sangat2 ingat. sebab saya antara yang refused tuk panggil macam tu. ~

ukhti, selamat hari lahir. semoga umur yang dikurniakan oleh Allah digunakan hanya untuk ibadah kepadaNya. semoga kembara hidup mu dicucuri rahmat Allah. kasih sayang Allah, siapa yang tidak mendambakannya,kan? syurga itu ganjaran untuk hambaNya. tapi, kita sebagai hamba, apa yang penting adalah kita dapat berjumpa Allah dalam keadaan sebaik-baik , secantik-cantik, seelok-elok hamba. amiiin.

semoga menjadi wanita solehah.doakan saya sekuat Ja.



akhir sekali, mungkin ini je la hadiah untuk ukhti. rasanya tak pernah saya bagi hadiah kan sepanjang perkenalan kita dari darjah 4 kan? entry yang kurang menarik ini juga jadi hadiah. :D

salam dari kejauhan. doakan saya di sini.

kak ja (sekali ni je saya panggil dengan panggilan ni tau;p), saya rindu untuk bertemu kamu. semoga ada rezeki nanti ye. ^^

Allah Ma'aki fi kullil waqt.

Wednesday, January 5, 2011

Rasulullah SAW pernah berpesan..

"Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Saturday, January 1, 2011

antara dua

assalamualaikum wbt..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

34~Maka apabila malapetaka besar (hari kiamat) telah datang,

35~yaitu pada hari (ketika) manusia teringat apa yang telah dikerjakannya,

36~dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.

37~Maka adapun orang yang melampaui batas,

38~dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

39~maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.

40~Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan sentiasa menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya,

41~maka sungguh, syurga lah tempat tinggalnya.

....An-Nazi'at ayat 34-41.

renung2kan. pilihlah yang betul.

life is about making decision,kan?

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.