halwa telinga

Tuesday, March 27, 2012

bidadari dunia

assalamualaikum wbt...

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.QS. ar-Rahman (55) : 74



BIDADARI merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-Nya yang soleh. seorang lelaki yang soleh akan dikurniakan bidadari. berapa orang....itu saya pun tak tahu. Wallahu a'alam. meneliti ayat2 Allah di atas, cukup menggambarkan betapa caaantiknya bidadari-bidadari syurga ni. Subhanallah! 


bila difikir-fikir....sekali, dua kali, sepuluh kali, malah seribu kali sekali pun, saya bertanya diri saya sendiri, "layakkah aku menjadi penghuni syurga Allah swt nanti? apatah lagi bergelar ketua bidadari".


sungguh diri ini punya khilaf yang saaangat banyak. seribu satu kesilapan yang telah dilakukan. memang manusia selalu melakukan kesilapan, namun setiap kesalahan atau kesilapan sewajarnya diubah. sikap perlu diubah. ya, saya..kita kena berubah.


'sayonara jahiliyyah'.


setiap hari cuba menjadi lebih baik dari semalam. walaupun saya tahu saya takkan berjaya menjadi yang terbaik.  tapi, berusaha itu yang paling penting,kan?
***

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Allahu Akbar.

WANITA SOLEHAH DI DUNIA LEBIH BAIK DARIPADA BIDADARI SYURGA.

***

di Malaysia ada Konvensyen Bidadari Dunia anjuran I Luv Islam. kalau lah dapat pergi. tajuk2 menarik yang dikupaskan. tapi, apa kan daya T.T. kalau saya berada di Malaysia sekali pun pada saat ini, belum tentu jugak dapat ikut program tu. tak pa lah. hopefully ada la video yang diupload nanti. =)

dua perkataan 'Bidadari Dunia' itu cukup buat saya merasakan ketinggian nilai seorang perempuan. they are appreciating us. to make us the better muslim womans.


 “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


***


pernah suatu ketika, saya pernah terfikir untuk tidak menulis mengenai 'nak jadi wanita solehah', 'aurat',' jaga pandangan', 'ikhtilat' dan sebagainya. entah lah, tiba2 saya rasa tajuk2 sedemikian memang tajuk feveret remaja2, jadi apabila sudah menjejak kaki di usia dewasa (@@)...saya rasa tak perlu kot saya nak tulis tajuk2 berkisarkan tema2 tersebut. bajet2...itu tajuk budak2. 


tapi, ternyata saya silap. peringatan perlu sentiasa diberi, kan? kerana kita selalu lupa. dan pastinya proses menjadi lebih baik, untuk menjadi wanita solehah, bukan lah proses yang berlaku di usia remaja sahaja. ia nya proses yang berterusan.  cabaran muamalat seharian tetap perlu kita hadapi tanpa mengira faktor usia kita. hatta sudah tua pun, semuanya masih wajib dijaga. 


maka, jangan pernah berhenti untuk berubah.  dan jangan pernah berhenti untuk memberi peringatan. =)


JADI LAH BIDADARI DUNIA! ^^


wallahu a'alam.

Monday, March 19, 2012

jalan masih panjang

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

minggu kedua untuk Ophthalmology. susah T.T


tarik nafas panjang setiap kali keluar dari lecture hall. mungkin ada kekhilafan yang dilakukan sampai rasa tak boleh masuk pun apa yang doktor ajarkan. susah nak faham. kalau dah faham masa doktor ajar, cepat pula lupa nya. apa2 pun dalam proses belajar ni, keberkatan itu yang paling penting.

Astaghfirullah al-'adzhim. T.T

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami. Jauhkan lah kami daripada maksiat. berikanlah semangat untuk terus mengulangkaji, untuk tumpukan perhatian di dalam kuliah, permudahkan lah untuk kami faham apa yang diajar, berikanlah kami kefahaman dan ingatan yang baik. amiin. amiin. amiin.

***


Oh Jalan masih panjang terbentang dihadapan
Tak hanya sekedar dunia
Lihatlah kedepan yang lalu biar berlalu
Jadikan pemicu kalbu

Jalan hidup takkan pernah lurus
Pasti ada salah lewati segalanya
Tapi Tuhan tak pernah berhenti
Membuka jendela maaf untuk kita


***
usaha.
sabar.
usaha.
dan terus berusaha...
kerana sesungguhnya jalan ini masih panjang, walau tahun depan dah nak grad! 
kerana kerjaya yang bakal ditempuhi, cabarannya takkan sama dengan waktu belajar sekarang. 
***

sekarang memang perlu banyak bersabar. banyak sebab untuk bersabar. untuk menghadapi keadaan semasa, hari mendatang dan sebagainya. amarah itu perlu ditahan. DIAM itu yang terbaik. 


„Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.“ [Ali Imran:133-134]                                                                                                

Saturday, March 3, 2012

hidup cuma sekali

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

masih juga berpeluang hirup udara hari ini. 2-3 hari ni Alex saangat lah sejuk. sebagai penutup tirai winter kali ini mungkin, sebab bunga2 dah mula kembang sekarang. cantek!

Alhamdulillah, baru saja pulang dari Kaherah menghantar si dia pulang ke Malaysia. semoga Sarah selamat sampai ke kapong durian burong :D. ~tetiba rasa sunyi plak kan..? ;p

InsyaAllah esok, bersamaan 4 Mac 2012, akan ke Kaherah lagi. kali ni berjaulah ke Sinai pula. Penat memang penat, 2 hari berturut-turut ulang alik Alex-Cairo. semalam ke MAT PERUBATAN. hari ni ke airport, esok pula menjelajahi Sinai. semoga Allah swt permudahkan.

***

dalam kesibukan urusan harian, tiba kini waktu untuk bercuti. ramai sangat yang mengambil keputusan untuk keluar daripada Mesir menuju UK,Ireland, Spain. kadang2, datang juga perasaan cemburu di hati ni. tambah2 Spain yang pernah menjadi tempat Islam tertegak suatu ketika dahulu. tapi, tak pa lah..banyak lagi benda yang boleh saya buat dengan elaun yang kami dapat setiap bulan.

kata orang, kehidupan di usia muda ni sangat lah seronok. apa yang tak pernah dicapai semasa zaman kanak-kanak dulu, cuba untuk dirasai di zaman dewasa ni, bimbang juga andai tidak dapat merasa apabila tua nanti.

enjoy, jangan tak enjoy.

apabila saya bertanya kepada adik2 yang saya kenali...apa tujuan hidup awak?

soalan yang agak skema orang kata...tapi, saya betul2 nak tahu apa yang mereka nampak dalam hidup mereka. kehidupan ini mengarah ke mana?

rata2 mereka akan jawab "nak dapat keredhaan Allah,"

bila ditanya, macam mana?

"buat apa yang Allah suka,"

apa pula yang Allah suka?

rata2nya juga akan terdiam. "banyak.." ada yang jawab banyak.

ya, memang banyak. tapi, hakikatnya kita akan nampak kebaikan yang perlu ada pada diri kita sahaja. tak ramai yang sedar akan manfaat mereka kepada orang lain. dan ramai juga yang pemikiran kita tak pernah sampai ke tahap sumbangan kepada negara.

Oh, jauh sangat ke untuk kita fikir sampai ke permasalahan negara?

*

pernah suatu ketika, saat perang khandak bakal tercetus, tersebarlah berita sesiapa sahaja pemuda yang berusia 15 tahun ke atas, berhak untuk turut berjihad. maka, datang lah seorang pemuda masih muda berusia 15 tahun untuk turut sama turun ke medan jihad bersama Rasulullah saw yang tercinta. beliau adalah Abdullah bin 'Umar atau dikenali sebagai ibnu 'Umar. ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah , Ibnu Umar merupakan salah seorang yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.

cuba singkap kembali sejarah pembukaan kota konstantinopel. kisah yang cukup terkenal. Al-Fateh. itu lah gelaran yang diberi kepada seorang pemuda yang berjaya membebaskan kota konstantinopel daripada kerajaan Kristian Ortodok di bawah pimpinan raja Bizantin. beliau lah lelaki terkenal Sultan Muhammad Al-Fateh. kisahnya disebut di dalam hadis Rasulullah saw sebagai sebaik-baik raja.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


cuba ingat pula riwayat hidup Saidina Ali KWJ. kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. dari saat  itu hidupnya hanya untuk Islam. nak cerita kisah Saidina Ali, saya sendiri pun agak buta sejarah. T.T..mungkin kita boleh buat homework sendiri kot kan? :)

banyak kisah2 perjuangan pejuang yang terdahulu yang boleh kita ambil pengajaran dan ikutan. zaman muda mereka hanya lah untuk Islam. mana ada nak enjoy menikmati hidup.

saya tak kata tak boleh berjalan-jalan keliling dunia, tapi biar lah setiap langkah perjalanan kita tu Allah swt redha. biar lah kita mendapat pengajaran sepanjang jaulah kita.

kalau betul lah hidup nak dapat redha Allah...segala-galanya, semua sekali aspek kehidupan tak dapat tidak mesti sentiasa berpaut kepada syariat yang telah ditetapkan.


*

bila melihat usia diri ini, terfikir-fikir...ke mana kah hidup sebelum ni dihabiskan? ikut jalan Allah redha ke tidak ye?...persoalan yang macam2 buat diri rasa malu kepada pejuang terdahulu. humm...kadang2 ujian yang sedikit sahaja sudah merungut.

hari ini genap sudah 88 tahun kejatuhan kerajaan Islam.

kejatuhan.

ye, sebuah kejatuhan. tapi, hidup ada jatuh-bangun nya kan?

siapa nak bangkitkan kembali kerajaan Islam tu?

KITA LAH

PEMUDA PEMUDI LAH

kerana hidup cuma sekali. sooo.....kita enjoy!  BERGERAK LAH!

kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan kita, siapa lagi?
kan?

***
tetiba semangat. terbawa-bawa selepas pegi MAT semalam kott.

apa2 pun..beberapa link yang saya nak share.

1) Sultan Muhammad Al-Fateh 
2) tanggungjawab pemuda Islam hari ini  -- klik dan dowload.
3) sejarah kejatuhan Khilafah Islamiyyah

entah siapa yang baca entry nih. tapi tak kisah lah. sekadar berkongsi :D

***

wallahu a'alam =)