halwa telinga

Tuesday, May 31, 2011

yakin.memahami



assalamualaikum wbt...


alhamdulillah, selesai exam MCQ utk subjek orthopedic dan presentation utk assignmentnya hari ini. ala kulli hal, kullu tamam insyaAllah. doa la banyak2. insyaAllah kheir. esok, exam OSCE pula. apa cerita OSCE esok? tunggu dan lihat je.

bila berbicara mengenai assignment, yang paling cuak adalah pembentangnya. sampaikan semua orang kalau boleh ingin menolak tugas sebagai pembentang. saya pun. hee~ tapi, kalau dah ditaklifkan secara undian atau dipilih oleh doktor atau prof, tidak dapat tidak tugas itu tidak dapat dielakkan. mesti dijalankan juga.


kenapa ye semua orang tak nak? saya bertanya diri saya sendiri.

"risau doktor tanya nanti, gelabah nak jawab."
"malu,segan. English dah la teruk."
"err....tak boleh laa. sebab? rahsia..."


itulah ayat2 yang pernah saya dan juga beberapa rakan2 saya tuturkan suatu ketika dahulu. risau, takut, panik, gelabah...dan paling tak tahan...rahsia. alasan tak diterima lah!


risau doktor tanya dan tak tahu jawapannya? ~ saya jawab je saya tak tahu.

"i'm sorry doctor. i don't know" sambil senyum seikhlas mungkin. =)

potong markah? opsss..saya pun risau tentang perkara sama. tapi , keyakinan diri itu lebih penting pada masa tu sebab keyakinan diri akan refleks ekspresi wajah kita di hadapan penilai. kadang2 , profesor2 dan doktor2 ni bukan nakkan jawapan kita sangat, tp mereka nak tengok cara kita menjawab soalan. dia nak tengok kita konfiden atau tak je. manner kita dihadapan doktor mesti dijaga. keberkatan dalam menuntut ilmu salah satunya cara kita menghormati dan berbicara dengan guru kita,kan?


takut? segan? english teruk?

takut apa lagi? ini kan proses pembelajaran. salah sekarang takpa. salah nanti dah jadi HO atau doktor nanti, mangsanya pesakit.

segan? hai laa..kalau bercakap bab segan. saya rasa, saya ni ..................(err..mereka yang mengenali saya boleh letak apa yang korang rasa, huhu~).

pengalaman belajar di sekolah menengah yang semuanya terdiri daripada pelajar perempuan selama 6 tahun sudah cukup membuatkan saya terasa asing dengan mereka yang digelar lelaki (haha). tapi, it's a fact,ok? yang saya jumpa cuma ayah,abang2 saya, saudara mara, ustaz2, dan pakcik2 pemandu bas.

dan perkara yang merisaukan saya sebelum saya melangkah ke univerisiti adalah macam mana nak menghadapi kaum Adam ni? risau juga dengan pelbagai kejutan nanti. tapi...kita kena profesional lah, kan? dan juga kena pandai menjaga diri. memanglah ikhtilat untuk belajar tu dibolehkan, tp batas2nya tetap perlu dijaga juga. dan mujahadah itu bukanlah senang.

buat apa nak fikir apa yang depa fikir? just be yourself! ok? bukan depa pun yang masukkan markah.


seterusnya, English teruk? english saya pun bukanlah bagus sangat. saya tak tahu nak bezakan yang mana english UK @ US. asal pronouncation tu betul, saya tak kisah saya sekarang berada di dalam english UK @ US. cakap je. disebabkan english yang teruk dulu, saya digelakkan oleh interviewer MARA dulu. haih..~ memang teruk pun. but, when i see other peoples can speak English fluently, and confidently...what about me? mereka pun belajar juga. bukannya lahir ke dunia dengan kebolehan fasih berbahasa inggeris. jadi, cuba belajar. dan belajar. paling kurang, betulkan pronouncation tu. slang tu..mungkin boleh belajar kemudian.

grammar? kantoi kang tak pandai grammar..


orang lain yang cakap fluently, dan sangat konfidennya...dan yang selalu blogging in english tu...ada je yang salah dalam grammarnya. kadang2, bila guna perkataan 'to' pun masih letakkan 'woke up' (contoh). itu benda basic kot. tapi kenapa mereka masih setia dengan penulisan blog in English and speaking in English? sebab mereka YAKIN. yakin dengan diri mereka sendiri.


sebenarnya, semua alasan2 di atas adalah sebab kurang rasa keyakinan pada diri sendiri. setuju tak dengan saya?


sampai bila kita nak mengharapkan orang lain?

"takpe...dia ada,"

saya pun pernah cakap macam ni. tapi, sampai bila? dia akan bersama kita selama-lamanya kah? sampai masanya nanti, semasa jadi HO, kita mungkin tercampak seorang diri di hospital berasingan dari geng2 kita yang selalu tolong kita tu.


kalau bukan sekarang kita melatih diri kita untuk menjadi yakin dengan diri sendiri, bila lagi? you'll handle your patient by your own. jadi, kena yakinlah. tapi, kalau betul2 tak tahu...sila consult mereka yang lebih pakar.

"..maka tanyakanlah pada mereka yang berilmu jika kamu tidak mengetahui" surah Al-Anbiya' ayat 7.

apa yang penting....cuba tanya diri kita balik. sampai bila kita nak terus bergantung atau mengharapkan orang lain. cuba untuk jadi penggerak atau perintis dalam sesuatu perkara. bukanlah mencipta satu perkara baru, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk bertanya pada yang tahu. cukup2 sudah menjadi pasif. banyak tanya takpa. ~saya pesan pada diri sendiri juga.


~Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ~ Ar-Ra'd ayat 11.


*bila baca semula apa yang saya dah tulis kat atas terasa seolah membebel pula. tp, yang saya cuba sampaikan adalah Yakinlah dengan diri anda sendiri. jangan terlalu menerima diri yang kurang yakin tu. itu bukanlah kelemahan yang kekal selama-lamanya. tapi boleh diubah dan perubahan itu pada diri kita sendiri sebagaimana kalam Allah di atas=).



saya minta maaf andai mengguris hati sesiapa. ini untuk peringatan kita bersama. sudah dipesan face-to-face tidak berkesan, saya cuba menulis pula. paling kurang, saya cuba sampaikan pada orang lain yang self-confidence itu sangat penting. saya sendiri pun masih dalam cuba meningkatkan keyakinan diri. masih banyak yang perlu diasah.

**bila menyentuh perubahan diri, teringat bicara saya dengan seorang sahabat mengenai pengurusan masa. ramai yang gagal menguruskan masa dengan betul. bila ditegur, macam mana nanti dia sudah berumahtangga, katanya 'takpa, suami faham lah nanti'. ramai yang terlalu mencari yang memahami sampaikan selalu mengajukan soalan, yang mana lebih baik : doktor-doktor @ doktor-bukan doktor?


sejauh mana pun dia itu memahami kerjaya kita nanti, sesibuk mana pun kita nanti....tanggungjawab tetap tanggungjawab. no excuse.

sibuk bukan alasan. Rasulullah SAW jauh lebih sibuk.









Friday, May 27, 2011

from the inside..Ishq.Pyar.Mohabbat


assalamualaikum wbt...

alhamdulillah...hari jumaat yang sangat terisi. dari pagi kami disibukkan dengan program interbatch iaitu program antara tahun 4 sebagai yang memberi dan tahun 2 sebagai yang menerima. alhamdulillah, program lancar. seterusnya, petang jumaat diisi dengan study group mengenai normal labour. nasib baik ada study group, kalau tak...saya akan balik rumah untuk tidur dan melayan kepenatan saya.


***

ok, berbalik kepada tajuk di atas. From The Inside...Ishq.Pyar.Mohabbat.


Ishq.Pyar.Mohabbat. itulah nama program yang diadakan pagi tadi. seinfiniti terima kasih kepada yang membantu. walaupun kami yang memberi, tp personally dari dalam hati saya, saya juga menerima 'sesuatu'. Sesuatu yang sangat berharga utk saya.


jadi, di sini saya ingin kongsikan sedikit apa kata hati sepanjang program ni.


perancangan program ni lebih kurang 3 minggu. tapi, akibat bertangguh...kerja2 saya jadi last minute. kan saya ada cakap sebelum ni, asyik terlupa dan kurang fokus. bila masuk minggu terakhir, baru lah kalut segalanya. masih banyak yang belum diselesaikan. sehinggalah hari khamis menyaksikan kekalutan saya utk menyiapkan bahan modul.


bersengkang mata menyiapkan bahan modul akhirnya membuahkan hasil (dari sudut pandangan saya lah) apabila melihat perjalanan modul agak lancar. kenapa 'agak lancar' dan bukan 'lancar' je? sebab ada juga yang saya pening sikit2. =(. tapi, alhamdulillah....kerjasama dari semua pihak samada fasilitator2 dan adik2, cukup membuatkan hati ini senang melihatnya. alhamdulillah~


4 modul yang dilaksanakan di dalam kumpulan Smart Circle masing2. 'Love Letter', 'All For One, One For All', 'mimpi rupanya!' dan 'flip flap'.


saya bukanlah nak huraikan seluruhnya. tp sedikit perkongsian.

kami cuba masukkan unsur ukhwah, keyakinan diri dan mengenai nikmat untuk ibadah.


saat saya menyiapkan modul2 ni, saya sendiri mendapat refleksinya.

modul keyakinan diri. saya reflect diri saya sendiri. aku ni berkeyakinan ke? ooh...nak jawab soalan doktor pun tergagap-gagap rasanya. tapi, kita kena latih lah diri untuk ada sifat berkeyakinan tu. Life is a learning process. kan? dan kalau nak bandingkan diri saya sekarang dan yang dulu....saya sendiri merasai pengalaman melatih diri untuk lebih yakin dgn tindakan sendiri.

mereka yang pernah mengenali saya yang lama mungkin faham apa yang saya maksudkan.
banyak sebab kenapa saya kena yakin dengan diri saya. dan yang penting, utk kerjaya saya kelak insyaAllah.



bila berbicara mengenai ukhwah....ada yang bertanya "ukhwah tu apa?"dan ''macam mana ukhwah kerana Allah?" terlalu panjang huraiannya. bukan dgn sekadar 2@3 ayat , maksud ukhwah itu akan menjadi jelas, apatah lagi ukhwah kerana Allah. panjang untuk saya huraikan. yang saya jawab utk satu ayat...'kalau kita baik, kita nak kawan2 pun jadi baik'. kita nak syurga, biarlah kita masuk bersama mereka.


bila masuk ke modul 5, adik2 dikehendaki memegang tangan sahabatnya di sebelah. kami dari kalangan ajk pelaksana dan fasi2 terus 'tumbuh tanduk' utk robohkan 'ikatan' tangan mereka. mak aiii...saya jugak yang tersepit sampai nak terbalik ke belakang. kuat. semoga pegangan tangan tu bukan kuat dari segi tenaga sahaja, tp kuat di hati. ikatan hati tu, hanya Allah yang boleh bagi. jadi, hubungan dengan Allah yang perlu kuat andai ingin merasai manisnya ukhwah keranaNya. dan saat kamu merasainya, kamu akan sedar.....indahnya ukhwah keranaNya!


dan saat sahabat saya sarah menyebut, 'kita nak ke syurga ni. pegang tangan kawan kuat2'...yup, kita nak ke syurga. tp, sanggupkah utk meninggalkan mereka di belakang?

seterusnya Hanun menyambung, 'tangan inilah yang akan kamu pegang selama-lamanya'.

sebak. takut.

itu yang saya rasa. sekiranya tangan ini membawa mereka ke syurga, alhamdulillah. kita sama2 ke syurga. tp sekiranya tangan ini yang menghumban mereka ke neraka? Allah....aku yang bersalah. saya risau, saya takut andai tanpa sedar saya sedang melepaskan pegangan tangan saya dan dia akhirnya tergelincir ke lubang jahanam itu. wa naudzubillah min dzalik!

jom masuk syurga sama2=).

saya sayang kamu KERANA ALLAH.


~hari ni, saya juga belajar untuk senyum pada semua keadaan. minta maaf andai ada yang saya tersilap cakap pagi tadi. terutama sekali fasilitator2. seronok bekerja dengan kamu semua=). Syukran Jazilan Kathiraa diucapkan.





Sunday, May 22, 2011

mujahid muda lahir ke dunia

assalamualaikum wbt...


alhamdulillah alhamdulilla alhamdulillah. akhirnya penantian kami sekeluarga akan kelahiran seorang putera berakhir sudah. pada 20 mei 2011, dia telah selamat dilahirkan. lama betul kami tunggu kamu keluar.


apa nama diberi? entah lah. saya pun kurang pasti. katanya ikut cadangan saya sebelum ni. Uwais. (sebab tertarik sangat akan kisah Uwais Al-Qarni).

apa pula gelaran kepada abang dan kakak saya? saya pun tak tau. belum habis temuramah semalam. nak mesej, line etisalat ni bermasalah pula. sabo je la..


semoga kamu menjadi mujahid agama. hero. hero agama. anak soleh. semoga berjaya seperti ibuayah kamu ye.

opss...tak boleh lupa pada Naufal dan Iman. semoga jadi anak-anak yang soleh. sayangi umi abi .
........setiap tahun tambah orang baru. tahun depan berapa pulak? :D

wah..tak sabar nak balik. tapi tiket dah semakin mahal. semoga ada rezeki untuk berjumpa kalian semua.


~taksabar tunggu hari khamis. T.T

Wednesday, May 18, 2011

kun fa yakun

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni hari pertama di orthopedics. agak tak terkata sebab dah lupa anatomy skeletal muscle yg kami belajar masa di tahun 1 dulu. jadi, sila lah revise ye.


hari ni berjaya telefon rumah untuk kali kedua bg minggu ini. saya mengaku, sekarang kerap sangat telefon rumah. asal teringat je, saya terus call saja. hilang semua yang difikirkan dalam kepala.


Ma saya ada ceritakan sedikit mengenai seorang 'kawan' baru Ma Ayah. semasa kali pertama mereka kenal Pak cik tu, saya ada aja kat rumah. masa cuti evakuasi hari tu lah. nak katanya kalau Allah kata 'jadi, maka jadilah ia'.


pak cik ni sebenarnya nak tanam ubi kayu @ ubi keledek (saya pun dah lupa). jarak kampungnya dan kampung kami lebih kurang 7km. saya pun tak pasti, tp mengambil masa sekitar 20 minit dari rumah kami. dan ma ayah memang tak pernah kenal pun pak cik ni. rupanya imam masjid di kampungnya.

nak dijadikan cerita, sebaik ayah pulang dari kerja, ayah terus bonceng motor atas sebab punya sedikit urusan di luar. masa tengah nak lintas jalan di depan rumah tu, tiba2 sebuah kereta berhenti depan ayah.


"assalamualaikum...tahu ke mana2 tempat yang jual baja? ambo nak tanam ubi kayu ni."

"waalaikumussalam. kalau betul nak, kita ada."

terus ayah patah balik masuk ke halaman rumah. tunjukkan stok baja yang ada. ayah saya ni selain kerja rasminya di Lembaga Pertubuhan PELADANG, pulang saja dari kerja akan terus bertani. ini sudah jadi pekerjaan kedua. tapi sekarang dah berhenti atas masalah kesihatan.


pak imam tu ambil la baja apa yang beliau perlukan. Ma menjenguk ke luar tingkap. menyapa ayah dan pak imam. saya di dalam rumah hanya mendengar bicara mereka bertiga.


selesai memuatkan baja2 yg diperlukan, pak imam ni tanya berapa harganya.

"eh..takpa lah. kira sedekah,"

"eh, mana boleh...tak sedaplah kita."

"takpa...boleh pahala ke kita jugak," ( ayah suka membahasakan dirinya 'kita')
selepas banyak kali duk main 'tolak tarik', akhirnya pak imam mengalah. :D

"terima kasih banyak2 lah"

~sungguh saya sangat sukakan scene ni. sejuk hati =)

selepas pak imam tu pulang, ayah ceritakan hal sebenar.

katanya....pak imam ni tadi solat di masjid Naim (1km dr rumah kami). usai solat, duduk termenung berfikir mana nak cari baja. Dia terus turun dari masjid, pandu kereta ikut gerak hati saja. dan Allah takdirkan dia bertemu ayah yang sememangnya mempunyai bekalan baja.



dan tadi, ma bercerita tentang pak imam tu sekali lagi. ooh..pak imam kembali lagi=).
kali ni menghadiahkan hasil tanamannya kepada ma ayah. daah...bagi saya, itu ibarat satu talian persahabatan telah terbentuk.


mungkin ini cerita biasa2 saja. tapi, cukup istimewa pada pandangan saya. sebab semua berlaku secara kebetulan kata adat. tetapi sebenarnya itu adalah perancangan dan ketentuan Allah. 'pak imam akan bertemu ayah'. dan saya seronok melihat sikap mereka bertiga. mungkin itulah salah satu cara ibubapa menunjukkan kepada anak2 adab2 sesama muslim yang si anak patut contohi.


berbudi. berbahasa.


kun fa yakun...prof yang mengajar tadi selalu ulang ayat yang sama. semuanya bi iznillah. kita belajar teori satu persatu. cthnya, C berlaku disebabkan B. B pula berlaku setelah melalui proses pengoksidaan(cth saja) dengan kehadiran A. selepas mengundur banyak proses...kita dapat tahu di mana puncanya. tapi, apakah pula punca bagi si 'punca' ini? akhir sekali, semuanya dari Allah. dan semua proses normal yang berlaku, boleh jadi akan menjadi tak normal.....dengan izinNya.


Ya...dengan IzinNya. Allahu Akbar..~

kadang2 ada yang terlupa mengucapkan 'InsyaAllah' . dengan izin Allah. semoga kita selalu ingat bahawa semuanya dengan izin Allah. lazimi ucapan Insya Allah. semoga kita tidak menjadi seperti kisah dalam surah al-Qalam dari ayat 17.


wallahu a'alam.

Tuesday, May 17, 2011

Patah Hati



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, genap sudah 5 minggu kami di department OnG. hari ni buat makan2 sikit dengan kawan2 satu kumpulan. kalau ada rezeki, nak makan dengan doktor MK. tp, hari ni doktor MK sangat sibuk. extremely busy katanya. alahai...hari terakhir ni jugak yang kami tak dapat jumpa doktor. rupanya hari sabtu lepas, itulah kali terakhir dia mengajar kami. tak sempat nak ucap terima kasih. nasib baik dapat telefon doktor td, ucapan melalui tele
fon je lah.


esok, insyaAllah akan ke bahagian orthopedic pula. apa pula kisahnya di sana nanti? harap semuanya ok saja insyaAllah~

******


patah hati. teringat lagu saujana Patah Hati. sampai sekarang saya tak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui lagu tu. tapi saya suka part yang last tu dan lagunya saja.

Bukankah tuhan ciptakan malam Untuk beradu menanti siang Bukankah tuhan titiskan hujan Menanti limpah kemarau panjang


err...apa kaitan post ni dengan 'patah hati'? saya patah hati ke?


nak kata tak patah hati, patah lah juga sedikit sebanyak.

PATAH HATI....bila saya mendapat berita kurang enak mengenai kawan saya dari orang lain. saya tahu yang memaklumkan tu berniat baik. dan saya sangat berterima kasih pada yang memberitahu. saya akan cuba sedaya upaya untuk dia yang saya sayang tu. insyaAllah...~


PATAH HATI...bila saya melihat mereka yang ada di sekeliling saya seolah sudah berputus asa untuk berukhuwah. nasib baik ada kempen biah solehah atau diberi nama special untuk kempen ini dengan We Are Real Muslims (WARM). fokus fasa pertama ini adalah The Sandwich Of Ukhuwwah. untuk merapatkan ukhuwah.

sayang...andaikata satu ikatan persahabatan menjadi longgar hanya kerana perkara kecil, remeh temeh..yg kadang2 saya terfikir itu gaya berdebat si kecil sekolah rendah. kita dah besar...jom musyawarah yuk! (bincang elok2)


PATAH HATI...bila ada satu soalan sampai ke telinga...

"syimah, ada orang kahwin ye kawasan ni? hari tu saya nampak perempuan tu pakai jubah. yang lelaki rambut kerinting. gaya macam rapat je. A pun pernah nampak sebelum ni"

agak terperanjat juga. sejak bila ada padam-madam di kawasan ni? ke ada yang kahwin rahsia? haisy...kalau betullah mereka itu suami isteri, saya tak kisah. tapi, andaikata bukan....apa tanggapan orang lain melihat si tudung labuh, berjubah...berjalan dengan seorang teruna?


hai kamu yang bertudung labuh, tolonglah jaga maruah mereka yang sama penampilan dengan kamu. kalau saya kata akhawat bertudung labuh ni diperhatikan...percaya tak? tambah2 l
agi bila orang tahu dia tu sekolah agama. satu kesalahan dibuat, heboh dibicarakan.


saya bercakap berdasarkan pengalaman. ada yang pernah ingat saya ni ber'couple'. terkedu. tak terkata. mungkin ada bicara saya berbunyi ala2 orang ada pengalaman kah? adoi la....ingat2 balik peristiwa tu, rasa nak tergelak pun ada.


jadi...sahabat yang bertudung labuh, tolong lah jaga akhlak masing2. saya tahu antunna dari kalangan yang faham agama. tahu akhlak Islam. janganlah disebabkan buruk akhlak kita, itu menjadi hijab kepada penerimaan kawan2 yang lain terhadap nasihat antunna. pesanan ni bukan untuk yang bertudung labuh sahaja..tp, untuk semua. selagi anda rasa anda adalah da'ie...cubalah jaga akhlak. Kerana akhirnya, kita adalah Da'I. saya pun ada je yang tersasar sekali sekala...jadi, kita sama2 mengingatkan lah. kan? tegurlah saya kalau saya silap....sungguh, tak ada sapa pun yang sempurna.


sungguh lah PATAH HATI....kalau mereka yang faham ni 'buat perangai'. T.T


PATAH HATI....bila diri susah berkeputusan. hai lah diri, life is about making decision, huh?

PATAH HATI....bila betul2 patah hati...........tak sanggup melihatnya saat ini. mungkinkah perlukan satu tempoh masa? emm....mungkin juga.


"setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah" ~ Al-Hadiid ayat 22.

" agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepada mu. Dan Allah tidak suka orang sombong dan
membanggakan diri" ~ al-Hadiid ayat 23.


sahabat saya yang seorang ni pernah cakap, kadang2 kita kena pandai berlakon. bermuka dua. semuanya untuk mereka di sekeliling. BERLAKON UNTUK KEBAIKAN,OK?

tensen tu boleh berjangkit, ~teori saya. heee~


ok, jom jadi pelakon terbaek dikala sedih. dan penat. dan tertekan. SENYUMLAH UNTUK MEREKA=)


wallahu a'alam.

Saturday, May 14, 2011

we are sisters

assalamualaikum wbt...

" diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah ayat 216.

disaat ini, Allah ingatkan diri ini dengan kalamnya yang ini. Allah...sesungguhnya Engkau Maha Penyayang. Maha mengetahui, sedang aku tidak mengetahui sedikit pun.


alhamdulillah...Allah kurniakan kepada saya seorang adik yg memahami kakaknya ini. terima kasih kak cik. pagi2 lagi dah berjaya menyenangkan hati kak ngah. =). hari ni ke kuliah dgn hati yg berbunga-bunga. * sebab dia buat lawak pagi hari *.


i love you forever and ever! because....we are sisters=)

hurmm..mana pergi entry terakhir saya sebelum ni? hilang macam tu je. pelik....selepas blogger.com under maintainance hari tu, komen dari kakak dan entry 'engagement' tu hilang...hairan bin ajaib lah


Wednesday, May 11, 2011

nikmat yang jarang disyukuri....~ingatan~


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, alhamdulillah..alhamdulillah...Allah masih beri peluang untuk kita menggerakkan lidah untuk memujiNya. alhamdulillah...


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang" An-Nahl ayat 18.


kalam Allah, tiada sesiapa pun dapat menidakkannya. nikmat Allah. betapa banyak nikmat Allah..


nikmat INGATAN.

siapa sedar yang ingatan itu satu nikmat? manusia akan sedar akan harga sesuatu nikmat sebaik hilang nikmat itu.

saya mungkin salah seorang manusia itu.

hilang ingatan ke?

bukanlah sampai hilang ingatan. tapi, semakin hari jadi semakin pelupa. tak tahu kenapa.

"ujian Allah ni syimah...mungkin dulu mu dop sedar Allah bagi nikmat ingatan ni.." hati mula memujuk.

bila jadi pelupa...banyak perkara tak elok berlaku, benda yang dirancang tak menjadi, dan saya rasa macam otak ni dah macam disorganized. tak tersusun. Allah...rasa hilang satu nikmat.


banyak sangat ke lupa? belajar camana?


saya lupa apa yang saya kena buat hari tu. dah lama saya rasa yang sa
ya dah jadi pelupa. saya lupa kat mana saya simpan duit. urusan keperluan sendiri pun boleh lupa. hari ni, seorang sahabat ni telefon pagi tadi, bertanyakan pada saya sama ada sudah sampaikan ke belum barang yang dia kirim kepada seorang birthday girl.


dari majlis transisi hari tu (15 April 2011) lagi sebenarnya. lama saya nak recall pasal hadiah tu. "hadiah?" ~ada dapat hadiah ke pergi transisi?~ aduh, lambat betul. lama baru teringat yang hadiah tu saya tertinggal di majlis transisi di asrama MARA. Ya Allah...macam mana boleh lupa? bersalahnya dah hilangkan hadiah orang...~


kalau nak senaraikan perkara yang saya lupa...banyak dah kot.

bila belajar, alhamdulillah...takda la lupa sangat. cuma kalau dalam kelas tu tak boleh jawab sebab tak tahu. walaupun ada je yang saya lupa. ~T.T..lupa lagi~


macam mana boleh jadi pelupa? saya fikir sorang2.

mungkin sebab kurang bersyukur.

kurang fokus semasa buat sesuatu perkara tu pun mungkin juga. ya, FOKUS. nak latih fokus, cuba fokus masa solat. mukmin yang berjaya, khusyu' dalam solatnya.

mungkin juga selalu terlalai.


sebab tu kena selalu tajdid niat. ingat Allah. ingat Islam. Ingat umat Islam. ingat Ma Ayah. Ingat semua orang yang berkorban untuk kita....sebenarnya terlalu banyak perkara yang menjadi pembakar semangat untuk terus ke hadapan. ~ bila tulis macam ni, jadi semangat balik :D~

maka, hargai lah nikmat ingatan yang telah dikurniakan Allah tu. jangan bila sudah jadi 'pelupa' macam saya, rasa haru biru semacam. baru sedar erti syukur.

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ~ar-Rahmaan.


***

hari ni Ma cerita detik2 melahirkan anak2 ...

"ma, sakit dop beranok anak2 Ma?"

"Ma beranok nga tok bidan jah. doa banyak2, Allah wat mudoh laaa. baca surah Maryam"

"takutnyo ma beranok...sakit la tengok. masa ngandung tu pun mace2 buleh jadi,"

Ma gelak je dengar saya cakap macam tu. tapi betul...tengok video pun dah rasa ngeri. belum tengok yang live.

semoga Allah permudahkan kakak saya melahirkan anak sulung. hari ni sepatutnya dah due date. baby sepatutnya dah keluar. tapi, Allah dah tetapkan bila seorang hamba itu lahir ke dunia. insyaAllah sampai lah masanya nanti. waah..tak sabar nak tengok orang baru. rindu Iman dan Naufal juga.


doakan result exam surgery dan internal medicine minggu depan insyaAllah. doakan semuanya lulus.

"ma, kak ngah takut tunggu result,"
"laa..bakpo takut? insyaAllah tak dop gapo2 lah"
"tapi.."
"tak po...ore lain buleh, bakpo kito takleh? dalam 100, ada kita. dalam 10, ada kita. kalau satu, itu kita.."

kata2 last tu ayah pernah cakap pada saya masa di maahad dulu.

Saturday, May 7, 2011

walaupun kita dari planet yang sama....

assalamualaikum wbt..


alhamdulillah wa syukru lillah..hari ni walaupun agak penat sedikit, alhamdulillah waktu2 yang dilalui dipenuhi dengan kelas sahaja. kurang perkara lagha...kadang-kadang kesibukan itu menutup pintu kelalaian. apa pula akan jadi esok? doakan lah setiap hari bertambah baik.

umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam...

lirik lagu menuju wawasan dari UNIQUE. esok harapnya lebih baik dari hari ini. insyaAllah....


~~~~

dah lama pula buka dashboard blogger ni, tp asyik tekan 'backspace' saja dari tadi. ada sesuatu nak tulis, tp risau kalau tulisan itu nanti bakal mengguris hati mereka yang saya sayang. yup, kalau emosi kurang terkawal, jangan menulis. risau jadi terluah macam2 pula kat 'rumah' saya ni.


mungkin saya tak kan pergi spesifik pada apa yang bermain dalam fikiran sekarang. tp, sekadar untuk peringatan dan muhasabah kita bersama...


nak ikut jejak langkah orang lain tak salah selagi ianya ke arah kebaikan. tapi, kalau dah terang-terang sahabat kita buat salah, bukan sikap kita sebagai sahabat untuk jadi 'geng' , tp kita sepatutnya betulkan semula apa yang tak betul tu. walaupun 'yang tak betul' tu sangat indah pada pandangan kali pertama kita, kita lah tukang mujahadah. tukang ubah. bukan tumpang sekaki. "i nak join u lah!"


~tegur saya kalau saya buat silap, bukan join saya...boleh?

***

selamat hari ibu Ma! dan kak Tie juga...

~betul ke hari ni hari ibu? memang fail bab2 tarikh yang diraikan...

Thursday, May 5, 2011

tempat pertama


“…Saat Allah swt MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt melenyapkan segala rasa PUTUS ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU...''





~kata2 dalam YM yang junior saya forward


Tuesday, May 3, 2011

jom baca quran!


assalamualaikum wbt...





bagi yang biasa menonton rancangan TV9, pasti tahu akan ketiga-tiga slot di atas. kalau tidak menontonnya pun, mungkin saja melihat iklan mengenai rancangan2 ni di kaca tv. bagi yang menonton pula, mesti tahu kan trademark untuk setiap rancangan ni.

"ha adik2!" "na'am!" ..-rancangan adik dan al-quran.

"mariiii....bertarannum"...dengan gaya lentoknya seperti bertarannum jua.

untuk 'Mari Mengaji' saya pun dah lupa apa trademark nya. yang saya ingat ustaz Zamri selalunya kalau nak suruh adik2 tu jawab soalan atau baca apa2, mesti dia suruh buat benda2 pelik contohnya angkat dua tangan, tunjuk hidung, ..seronok pula jadinya melihat telatah adik2 si cilik tu mengikut saja kata ustaz.


apa yang mengagumkan dalam rancangan2 ni, pelajar-pelajar tu semua fasih membaca al-Quran.

"alah...kalau tak pandai, mesti la tak boleh masuk tv"


bukan itu yang saya ingin bicarakan. tapi, nak kita sama2 celik mata dan berfikir. ada ke orang yang lahir je terus pandai baca al-Quran? mesti lah tak,kan? mereka juga melalui proses pembelajaran.

ada diantara kita yang kurang bernasib baik, dilahirkan di dalam keluarga yang kurang menitikberatkan hal2 Islam. apatah lagi mengajar anak untuk membaca Al-Quran.


tapi, itu masih bukan satu alasan untuk kita malas membacanya. kerana terlalu banyak pahala yang dikurniakan sekiranya kita baca al-quran. di bawah sedikit 'copy-paste' mengenai pahala membaca al-Quran. sumber


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang be-lajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)

“Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “ (Muttafaq alaih)

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

“Siapa senang dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia membaca Mushhaf ini (Al Quran)“ (HR Bukhari)

“Dikatakan kepada orang yang suka membaca Al Quran : “Bacalah dan mendaki-lah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, karena sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca“ (HR Bukhari)

“Inginkah salah seorang diantara kalian yang kembali ke keluarganya membawa tiga ekor onta yang sedang hamil dan gemuk-gemuk?, kami berkata : Ya, maka beliau bersabda : tiga ayat yang kalian baca dalam shalat kalian itu lebih baik dari tiga ekor onta hamil yang gemuk”(Muslim)


sekiranya kita masih merangkak untuk membaca kalamullah ni, kita kena cuba juga untuk perbaiki bacaan tu.

satu analogi yang ramai orang gunakan.

andaikan al-Quran ni adalah surat cinta dari kekasih halal kita yang berada jauh nun di sana. hari hari buka surat nak baca. maklumlah boleh lepas rindu!. tapi, tak seronok la kalau asyik kena mengeja je bila nak baca. kurang penghayatan orang kata. lebih seronok kalau dapat baca dengan lancar.

begitu juga dengan ayat-ayat cinta Allah ni....kalau kita dapat baca dengan lebih lancar, lagi seronok. malah lebih2 lagi la rasa seronok tu. sebab Allah lah Kekasih yang sebenar-benarnya.

sambil2 tu boleh jeling makna kat sebelah kalau baca al-Quran terjemahan. dan kalau betul-betul nak penghayatan lagi, belajar lah bahasa Arab. bahasa Arab bahasa Quran. juga bahasa ahli Syurga. kita tak tahu kita ni pengakhirannya syurga atau neraka, tapi apakata kita ambil sikit2 sikap ahli syurga? bertutur dalam bahasa arab...(ok, iklan sekejap)

sangat sedih sebenarnya melihat masih ada dan masih ramai sebenarnya di kalangan kita yang sudah berusia 20,30, 40...atau mungkin 50? yang masih belum dapat membaca al-Quran dengan betul. makhraj nya masih tak kena. tajwid pun masih tunggang terbalik. tambah menyedihkan bila mereka gunakan alasan 'tak pandai' untuk 'tak baca'. habis tu, sampai bila nak improve bacaan kalau tak cuba untuk baca? practice makes perfect, right?

hidup sekarang dah ramai ustaz2 atau ustazah2 yang boleh tolong ajarkan. guru mengaji sangat ramai. jadi, alasan untuk mengatakan takde orang nak ajar tu dah tak boleh diterima. mungkin kita yang tak pandai ni perlu jatuhkan ego untuk dari darjat 'hebat-segala-aspek' dan buang perasaan malu untuk belajar.

yang boleh mengajar ni pula, mungkin dah tiba masanya cikgu cari anak murid. sebab zaman sekarang ni, Islam dah jadi asing. orang dah jadi malu nak belajar bab2 agama bila umur dah menjangkau puluhan. (belajar menari poco-poco takde pulak malunya...haih). takut nanti, yang boleh mengajar ni dipersalahkan sebab tak ajar. nak ke macam tu?

saya katakan di atas 'yang boleh mengajar' sebab hakikatnya tugas ni bukan saja terletak pada bahu guru2 agama malah pada semua. kalau tahu, ajar.

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang be-lajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)

medan dakwah sebenarnya luas. kadang2 da'ie tu sendiri yang berfikiran sempit. sebab apa? sebab dia rasa susah untuk betulkan orang. dakwah bukan sebab nak transform seorang manusia jadi manusia yang baru sebab hidayah tu macam mana pun milik Allah jua. tapi selaku khalifah, da'ie...menyampaikan itu sudah jadi wajib. amar maaruf nahi mungkar. beberapa kali diulang-ulang dalam al-Quran tu.

Rasulullah saw pesan, "katakanlah yang benar walaupun ianya pahit" ...

ni link satu video pasal seorang ayah ajar anak mengaji. kelakar je tengok. teringat ayah ajar kami mengaji masa kecik2 dulu. tp, bukan ajar macam tu la. :D. ada caranya yang tersendiri.

JOM BACA QURAN!


****

kenapa hari2 update blog? sebab banyak benda dalam kepala kot. rasa nak tulis segala benda yang ada dikepala. tp untuk dicurahkan di 'rumah' saya ni, kena tapis la jugak.

satu lagi, menulis dalam blog ni rasa macam bercakap dengan orang lain pun ada....

saya menulis untuk mengingatkan diri yang selalu lupa, menaikkan semangat yang lemah. sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik. proses perubahan itu proses yg berterusan. step by step


Monday, May 2, 2011

akhlak yang selalu dilupakan

Abu : Semalam aku ke manshiah, dapat jubah ni, harga 150genih je. Murah kan? Penat tau aku runding dengan ammu tu..terkeluar anak tekak segala..
Ahmad : oh tak hebat lah kau. Aku dapat 80genih je!

-----------------------------------------------------------------------

Dalam kesibukan kita mengejar keredhaan Allah dan mengumpul amal kebajikan untuk dibawa bekal ke akhirat nanti, kita sebenarnya sering terlepas sesuatu yang sama pentingnya, iaitu akhlak.

Sering saja kita bertanya pada diri sendiri,
‘Oh sudah berapa helai Quran yang aku baca hari ini?’
‘Berapa rakaat solat sunat dah aku dirikan hari ini?’
‘Apakah puasa aku hebat hari ini?’

Tapi kita sering lupa untuk bertanya tentang
‘Berapa banyak hati yang aku guris hari ini?’
‘Berapa ramai orang yang aku sakitkan hari ini?’
‘Adakah aku telah gembirakan sesiapa pada hari ini?’
‘Mungkinkah aku ada tersilap meninggi suara pada sesiapa hari ini?’

Kita kembali kepada situasi di atas. Sebagai seorang sahabat, seharusnya Ahmad meraikan kegembiraan Abu. Bukankah lebih baik jika dikatakan pada Abu, ‘Wahhh, murahnya. Ajarlah aku macammana nak runding macam tu!’ InsyAllah sahabatnya akan merasa lebih gembira sebegini. Raikanlah kegembiraan seseorang. Ramai antara kita suka ‘spoil’ kegembiraan orang, seolah-olah tak berpuas hati jka seseorang itu melebihi kita.

Terlalu banyak situasi sebegini berlaku dalam pergaulan seharian kita. Ah jangan lupa pula situasi ini.

A : Kamu tahu tak waktu malam di Manshiah lebih meriah dari waktu siang?
B : Memang pun. Kamu baru tahu ke?

Seharusnya Encik B buat-buat tak tahu sajalah. Berlakon lah tak tahu sedikit untuk menjaga hati kawan kamu itu. Sombong sangatkah untuk merendah diri sebentar? Malahan saya sendiri malu jika dikatakan informasi saya sudah lapuk, niat di hati cuma mahu berkongsi bersama.

Suka untuk saya berkongsi sesuatu dari Imam Ata ibn Abi Rabah ‘Seorang pemuda mungkin datang kepadaku dan memberitahuku tentang sesuatu yang mungkin sahaja aku sudah sedia maklum. Malah mungkin sahaja aku sudah tahu cerita itu sebelum kelahirannya lagi. Namun, aku akan mendengar ceritanya seolah-olah aku tak pernah mendengarnya sebelum ini’

MashAllah! Nampak tak kehalusan akhlak beliau? Dalam mendengar pun masih dijaga adabnya.

Malangnya ramai antara kita pada hari ini yang suka memandang rendah pada kepentingan akhlak. Lebih sibuk menjaga puasa Isnin dan Khamis, tapi lupa untuk mengilatkan akhlak yang semakin pudar dari hari ke hari.

‘Yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik akhlaknya’ (Hadis)


* * *

sekadar berkongsi satu entry dalam blog UPI PCI.

sangat tertarik dan menarik. dan sangat2 setuju dengan kata penulis.

kadang2, kita perlu berlakon dan menyembunyikan apa yang ada di dalam hati, apa yang dialami....tanpa sedar, kita sedang menggembirakan hati seorang sahabat yang mungkin saja saat dia bercerita itu dia sekadar ingin melupakan kekusutan di kepalanya. tapi, kalau kerana ego kita lancang membalas ucapannya, tanpa sedar juga kita sebenarnya sedang menambah satu lagi luka.