assalamualaikum wbt...
alhamdulillah...hari jumaat yang sangat terisi. dari pagi kami disibukkan dengan program interbatch iaitu program antara tahun 4 sebagai yang memberi dan tahun 2 sebagai yang menerima. alhamdulillah, program lancar. seterusnya, petang jumaat diisi dengan study group mengenai normal labour. nasib baik ada study group, kalau tak...saya akan balik rumah untuk tidur dan melayan kepenatan saya.
***
ok, berbalik kepada tajuk di atas. From The Inside...Ishq.Pyar.Mohabbat.
Ishq.Pyar.Mohabbat. itulah nama program yang diadakan pagi tadi. seinfiniti terima kasih kepada yang membantu. walaupun kami yang memberi, tp personally dari dalam hati saya, saya juga menerima 'sesuatu'. Sesuatu yang sangat berharga utk saya.
jadi, di sini saya ingin kongsikan sedikit apa kata hati sepanjang program ni.
perancangan program ni lebih kurang 3 minggu. tapi, akibat bertangguh...kerja2 saya jadi last minute. kan saya ada cakap sebelum ni, asyik terlupa dan kurang fokus. bila masuk minggu terakhir, baru lah kalut segalanya. masih banyak yang belum diselesaikan. sehinggalah hari khamis menyaksikan kekalutan saya utk menyiapkan bahan modul.
bersengkang mata menyiapkan bahan modul akhirnya membuahkan hasil (dari sudut pandangan saya lah) apabila melihat perjalanan modul agak lancar. kenapa 'agak lancar' dan bukan 'lancar' je? sebab ada juga yang saya pening sikit2. =(. tapi, alhamdulillah....kerjasama dari semua pihak samada fasilitator2 dan adik2, cukup membuatkan hati ini senang melihatnya. alhamdulillah~
4 modul yang dilaksanakan di dalam kumpulan Smart Circle masing2. 'Love Letter', 'All For One, One For All', 'mimpi rupanya!' dan 'flip flap'.
saya bukanlah nak huraikan seluruhnya. tp sedikit perkongsian.
kami cuba masukkan unsur ukhwah, keyakinan diri dan mengenai nikmat untuk ibadah.
saat saya menyiapkan modul2 ni, saya sendiri mendapat refleksinya.
modul keyakinan diri. saya reflect diri saya sendiri. aku ni berkeyakinan ke? ooh...nak jawab soalan doktor pun tergagap-gagap rasanya. tapi, kita kena latih lah diri untuk ada sifat berkeyakinan tu. Life is a learning process. kan? dan kalau nak bandingkan diri saya sekarang dan yang dulu....saya sendiri merasai pengalaman melatih diri untuk lebih yakin dgn tindakan sendiri.
mereka yang pernah mengenali saya yang lama mungkin faham apa yang saya maksudkan.
banyak sebab kenapa saya kena yakin dengan diri saya. dan yang penting, utk kerjaya saya kelak insyaAllah.
bila berbicara mengenai ukhwah....ada yang bertanya "ukhwah tu apa?"dan ''macam mana ukhwah kerana Allah?" terlalu panjang huraiannya. bukan dgn sekadar 2@3 ayat , maksud ukhwah itu akan menjadi jelas, apatah lagi ukhwah kerana Allah. panjang untuk saya huraikan. yang saya jawab utk satu ayat...'kalau kita baik, kita nak kawan2 pun jadi baik'. kita nak syurga, biarlah kita masuk bersama mereka.
bila masuk ke modul 5, adik2 dikehendaki memegang tangan sahabatnya di sebelah. kami dari kalangan ajk pelaksana dan fasi2 terus 'tumbuh tanduk' utk robohkan 'ikatan' tangan mereka. mak aiii...saya jugak yang tersepit sampai nak terbalik ke belakang. kuat. semoga pegangan tangan tu bukan kuat dari segi tenaga sahaja, tp kuat di hati. ikatan hati tu, hanya Allah yang boleh bagi. jadi, hubungan dengan Allah yang perlu kuat andai ingin merasai manisnya ukhwah keranaNya. dan saat kamu merasainya, kamu akan sedar.....indahnya ukhwah keranaNya!
dan saat sahabat saya sarah menyebut, 'kita nak ke syurga ni. pegang tangan kawan kuat2'...yup, kita nak ke syurga. tp, sanggupkah utk meninggalkan mereka di belakang?
seterusnya Hanun menyambung, 'tangan inilah yang akan kamu pegang selama-lamanya'.
sebak. takut.
itu yang saya rasa. sekiranya tangan ini membawa mereka ke syurga, alhamdulillah. kita sama2 ke syurga. tp sekiranya tangan ini yang menghumban mereka ke neraka? Allah....aku yang bersalah. saya risau, saya takut andai tanpa sedar saya sedang melepaskan pegangan tangan saya dan dia akhirnya tergelincir ke lubang jahanam itu. wa naudzubillah min dzalik!
jom masuk syurga sama2=).
saya sayang kamu KERANA ALLAH.
~hari ni, saya juga belajar untuk senyum pada semua keadaan. minta maaf andai ada yang saya tersilap cakap pagi tadi. terutama sekali fasilitator2. seronok bekerja dengan kamu semua=). Syukran Jazilan Kathiraa diucapkan.
No comments:
Post a Comment