alhamdulillah, genap sudah 5 minggu kami di department OnG. hari ni buat makan2 sikit dengan kawan2 satu kumpulan. kalau ada rezeki, nak makan dengan doktor MK. tp, hari ni doktor MK sangat sibuk. extremely busy katanya. alahai...hari terakhir ni jugak yang kami tak dapat jumpa doktor. rupanya hari sabtu lepas, itulah kali terakhir dia mengajar kami. tak sempat nak ucap terima kasih. nasib baik dapat telefon doktor td, ucapan melalui tele
fon je lah.
esok, insyaAllah akan ke bahagian orthopedic pula. apa pula kisahnya di sana nanti? harap semuanya ok saja insyaAllah~
******
patah hati. teringat lagu saujana Patah Hati. sampai sekarang saya tak faham apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui lagu tu. tapi saya suka part yang last tu dan lagunya saja.
Bukankah tuhan ciptakan malam Untuk beradu menanti siang Bukankah tuhan titiskan hujan Menanti limpah kemarau panjang
err...apa kaitan post ni dengan 'patah hati'? saya patah hati ke?
nak kata tak patah hati, patah lah juga sedikit sebanyak.
PATAH HATI....bila saya mendapat berita kurang enak mengenai kawan saya dari orang lain. saya tahu yang memaklumkan tu berniat baik. dan saya sangat berterima kasih pada yang memberitahu. saya akan cuba sedaya upaya untuk dia yang saya sayang tu. insyaAllah...~
PATAH HATI...bila saya melihat mereka yang ada di sekeliling saya seolah sudah berputus asa untuk berukhuwah. nasib baik ada kempen biah solehah atau diberi nama special untuk kempen ini dengan We Are Real Muslims (WARM). fokus fasa pertama ini adalah The Sandwich Of Ukhuwwah. untuk merapatkan ukhuwah.
sayang...andaikata satu ikatan persahabatan menjadi longgar hanya kerana perkara kecil, remeh temeh..yg kadang2 saya terfikir itu gaya berdebat si kecil sekolah rendah. kita dah besar...jom musyawarah yuk! (bincang elok2)
PATAH HATI...bila ada satu soalan sampai ke telinga...
"syimah, ada orang kahwin ye kawasan ni? hari tu saya nampak perempuan tu pakai jubah. yang lelaki rambut kerinting. gaya macam rapat je. A pun pernah nampak sebelum ni"
agak terperanjat juga. sejak bila ada padam-madam di kawasan ni? ke ada yang kahwin rahsia? haisy...kalau betullah mereka itu suami isteri, saya tak kisah. tapi, andaikata bukan....apa tanggapan orang lain melihat si tudung labuh, berjubah...berjalan dengan seorang teruna?
hai kamu yang bertudung labuh, tolonglah jaga maruah mereka yang sama penampilan dengan kamu. kalau saya kata akhawat bertudung labuh ni diperhatikan...percaya tak? tambah2 l
agi bila orang tahu dia tu sekolah agama. satu kesalahan dibuat, heboh dibicarakan.
saya bercakap berdasarkan pengalaman. ada yang pernah ingat saya ni ber'couple'. terkedu. tak terkata. mungkin ada bicara saya berbunyi ala2 orang ada pengalaman kah? adoi la....ingat2 balik peristiwa tu, rasa nak tergelak pun ada.
jadi...sahabat yang bertudung labuh, tolong lah jaga akhlak masing2. saya tahu antunna dari kalangan yang faham agama. tahu akhlak Islam. janganlah disebabkan buruk akhlak kita, itu menjadi hijab kepada penerimaan kawan2 yang lain terhadap nasihat antunna. pesanan ni bukan untuk yang bertudung labuh sahaja..tp, untuk semua. selagi anda rasa anda adalah da'ie...cubalah jaga akhlak. Kerana akhirnya, kita adalah Da'I. saya pun ada je yang tersasar sekali sekala...jadi, kita sama2 mengingatkan lah. kan? tegurlah saya kalau saya silap....sungguh, tak ada sapa pun yang sempurna.
sungguh lah PATAH HATI....kalau mereka yang faham ni 'buat perangai'. T.T
PATAH HATI....bila diri susah berkeputusan. hai lah diri, life is about making decision, huh?
PATAH HATI....bila betul2 patah hati...........tak sanggup melihatnya saat ini. mungkinkah perlukan satu tempoh masa? emm....mungkin juga.
"setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah" ~ Al-Hadiid ayat 22.
" agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepada mu. Dan Allah tidak suka orang sombong dan
membanggakan diri" ~ al-Hadiid ayat 23.
sahabat saya yang seorang ni pernah cakap, kadang2 kita kena pandai berlakon. bermuka dua. semuanya untuk mereka di sekeliling. BERLAKON UNTUK KEBAIKAN,OK?
tensen tu boleh berjangkit, ~teori saya. heee~
ok, jom jadi pelakon terbaek dikala sedih. dan penat. dan tertekan. SENYUMLAH UNTUK MEREKA=)
wallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment