halwa telinga

Tuesday, May 31, 2011

yakin.memahami



assalamualaikum wbt...


alhamdulillah, selesai exam MCQ utk subjek orthopedic dan presentation utk assignmentnya hari ini. ala kulli hal, kullu tamam insyaAllah. doa la banyak2. insyaAllah kheir. esok, exam OSCE pula. apa cerita OSCE esok? tunggu dan lihat je.

bila berbicara mengenai assignment, yang paling cuak adalah pembentangnya. sampaikan semua orang kalau boleh ingin menolak tugas sebagai pembentang. saya pun. hee~ tapi, kalau dah ditaklifkan secara undian atau dipilih oleh doktor atau prof, tidak dapat tidak tugas itu tidak dapat dielakkan. mesti dijalankan juga.


kenapa ye semua orang tak nak? saya bertanya diri saya sendiri.

"risau doktor tanya nanti, gelabah nak jawab."
"malu,segan. English dah la teruk."
"err....tak boleh laa. sebab? rahsia..."


itulah ayat2 yang pernah saya dan juga beberapa rakan2 saya tuturkan suatu ketika dahulu. risau, takut, panik, gelabah...dan paling tak tahan...rahsia. alasan tak diterima lah!


risau doktor tanya dan tak tahu jawapannya? ~ saya jawab je saya tak tahu.

"i'm sorry doctor. i don't know" sambil senyum seikhlas mungkin. =)

potong markah? opsss..saya pun risau tentang perkara sama. tapi , keyakinan diri itu lebih penting pada masa tu sebab keyakinan diri akan refleks ekspresi wajah kita di hadapan penilai. kadang2 , profesor2 dan doktor2 ni bukan nakkan jawapan kita sangat, tp mereka nak tengok cara kita menjawab soalan. dia nak tengok kita konfiden atau tak je. manner kita dihadapan doktor mesti dijaga. keberkatan dalam menuntut ilmu salah satunya cara kita menghormati dan berbicara dengan guru kita,kan?


takut? segan? english teruk?

takut apa lagi? ini kan proses pembelajaran. salah sekarang takpa. salah nanti dah jadi HO atau doktor nanti, mangsanya pesakit.

segan? hai laa..kalau bercakap bab segan. saya rasa, saya ni ..................(err..mereka yang mengenali saya boleh letak apa yang korang rasa, huhu~).

pengalaman belajar di sekolah menengah yang semuanya terdiri daripada pelajar perempuan selama 6 tahun sudah cukup membuatkan saya terasa asing dengan mereka yang digelar lelaki (haha). tapi, it's a fact,ok? yang saya jumpa cuma ayah,abang2 saya, saudara mara, ustaz2, dan pakcik2 pemandu bas.

dan perkara yang merisaukan saya sebelum saya melangkah ke univerisiti adalah macam mana nak menghadapi kaum Adam ni? risau juga dengan pelbagai kejutan nanti. tapi...kita kena profesional lah, kan? dan juga kena pandai menjaga diri. memanglah ikhtilat untuk belajar tu dibolehkan, tp batas2nya tetap perlu dijaga juga. dan mujahadah itu bukanlah senang.

buat apa nak fikir apa yang depa fikir? just be yourself! ok? bukan depa pun yang masukkan markah.


seterusnya, English teruk? english saya pun bukanlah bagus sangat. saya tak tahu nak bezakan yang mana english UK @ US. asal pronouncation tu betul, saya tak kisah saya sekarang berada di dalam english UK @ US. cakap je. disebabkan english yang teruk dulu, saya digelakkan oleh interviewer MARA dulu. haih..~ memang teruk pun. but, when i see other peoples can speak English fluently, and confidently...what about me? mereka pun belajar juga. bukannya lahir ke dunia dengan kebolehan fasih berbahasa inggeris. jadi, cuba belajar. dan belajar. paling kurang, betulkan pronouncation tu. slang tu..mungkin boleh belajar kemudian.

grammar? kantoi kang tak pandai grammar..


orang lain yang cakap fluently, dan sangat konfidennya...dan yang selalu blogging in english tu...ada je yang salah dalam grammarnya. kadang2, bila guna perkataan 'to' pun masih letakkan 'woke up' (contoh). itu benda basic kot. tapi kenapa mereka masih setia dengan penulisan blog in English and speaking in English? sebab mereka YAKIN. yakin dengan diri mereka sendiri.


sebenarnya, semua alasan2 di atas adalah sebab kurang rasa keyakinan pada diri sendiri. setuju tak dengan saya?


sampai bila kita nak mengharapkan orang lain?

"takpe...dia ada,"

saya pun pernah cakap macam ni. tapi, sampai bila? dia akan bersama kita selama-lamanya kah? sampai masanya nanti, semasa jadi HO, kita mungkin tercampak seorang diri di hospital berasingan dari geng2 kita yang selalu tolong kita tu.


kalau bukan sekarang kita melatih diri kita untuk menjadi yakin dengan diri sendiri, bila lagi? you'll handle your patient by your own. jadi, kena yakinlah. tapi, kalau betul2 tak tahu...sila consult mereka yang lebih pakar.

"..maka tanyakanlah pada mereka yang berilmu jika kamu tidak mengetahui" surah Al-Anbiya' ayat 7.

apa yang penting....cuba tanya diri kita balik. sampai bila kita nak terus bergantung atau mengharapkan orang lain. cuba untuk jadi penggerak atau perintis dalam sesuatu perkara. bukanlah mencipta satu perkara baru, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk bertanya pada yang tahu. cukup2 sudah menjadi pasif. banyak tanya takpa. ~saya pesan pada diri sendiri juga.


~Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ~ Ar-Ra'd ayat 11.


*bila baca semula apa yang saya dah tulis kat atas terasa seolah membebel pula. tp, yang saya cuba sampaikan adalah Yakinlah dengan diri anda sendiri. jangan terlalu menerima diri yang kurang yakin tu. itu bukanlah kelemahan yang kekal selama-lamanya. tapi boleh diubah dan perubahan itu pada diri kita sendiri sebagaimana kalam Allah di atas=).



saya minta maaf andai mengguris hati sesiapa. ini untuk peringatan kita bersama. sudah dipesan face-to-face tidak berkesan, saya cuba menulis pula. paling kurang, saya cuba sampaikan pada orang lain yang self-confidence itu sangat penting. saya sendiri pun masih dalam cuba meningkatkan keyakinan diri. masih banyak yang perlu diasah.

**bila menyentuh perubahan diri, teringat bicara saya dengan seorang sahabat mengenai pengurusan masa. ramai yang gagal menguruskan masa dengan betul. bila ditegur, macam mana nanti dia sudah berumahtangga, katanya 'takpa, suami faham lah nanti'. ramai yang terlalu mencari yang memahami sampaikan selalu mengajukan soalan, yang mana lebih baik : doktor-doktor @ doktor-bukan doktor?


sejauh mana pun dia itu memahami kerjaya kita nanti, sesibuk mana pun kita nanti....tanggungjawab tetap tanggungjawab. no excuse.

sibuk bukan alasan. Rasulullah SAW jauh lebih sibuk.









3 comments:

has's said...

hehe,nice one syimah.sy rasa kita slalu pikir mende yang sama-ada chemical btw kita maybe :)heheh/ukhwah fillah.

btw,betul3.mcm saya,sebenarnya english teruk je,macam tadi time present ntah ape2 je kan,tapi rasa seronok bila kita buat tanpa ragu,kan? sbb actually time present tu,kawan2 kita jugak,bukan org lain,time ni lah nak asah yakin tu.

dan saya pantang org kritik bukan nak tolong,, tapi syimah,u're great motivator,always dengan kritikan membina!keep good work.

let's be good muslim girls,sweetie :)

tuan rumah said...

hee..hasmah, btul kot ade chemical. sy hntr cas electric ke hasmah...*toing3*

rsa xyakin tu xleh dilayan sgt. lma2 menyusahkan diri sdiri jgk. sy pun ade je lg part yg lack of confidence..cthnya time msuk meeting. mmg failed, tp kena usaha utk improve la.


yeay! i got the sweetie title=). nk jd sweet2 lah. heehe:D

you too hasmah, let's be agood muslim girls and doctors.

al-faqirah said...

dushhh!!!*batu besaq jatuh tas kpala doi.

mokaseh!