alhamdulillah...masih diberi peluang menghirup udara hari jumaat, sayyidul ayyam. hari yang tenang, alhamdulillah.
hari ini 3 JUN 2011. hari bahagia bagi salah seorang sahabat saya. kisah mengenainya ada saya ceritakan sedikit di entry ini dan ini juga. barakallahu fik ya ukhti.
saya pun hairan macam mana persahabatan di zaman kanak-kanak dulu boleh mengikat hati kami sehingga lebih 10 tahun. kalau nak disebut mengenai ukhwah fillah pada zaman hingusan tu...rasanya kami tak faham. tapi, kami saling menjejaki antara satu sama lain.
kalau sebut mengenai keluarganya...sampai adik bongsunya saya ingat. umi nya yang setiap hari datang ke sekolah menjemput mereka adik beradik untuk pulang ke rumah..pun saya ingat sampai sekarang.
bila difikir-fikirkan semula, mungkin kerana kami bersahabat suatu ketika dahulu tanpa mengharapkan apa pun dari persahabatan tu. kami cuma ingin berkawan. dan walau kami tak tahu apa itu ukhwah fillah pada masa itu, tp itulah sebenarnya yang kami rasa sampai sekarang...kami sedang bersahabat kerana Allah.
saya cemburu dengannya. sahabat saya ini kuat orangnya. cabaran tak perlu lah saya nak ungkapkan di sini. tp...dia istimewa bg saya. mujahadah mempertahankan niqobnya...........
itu yg saya cemburu. mungkin saya tidak mampu sampai ke tahap itu. tapi, saya harap saya mampu menjadi yg 'berharga' sepertinya. ~~Ja, saya betul2 kagum tau dengan Ja.
semasa pulang untuk cuti evakuasi hari tu, ada la dia hantar nombor telefonnya kepada saya. tp, dek kerana beberapa masalah dalam urusan untuk pulang ke sini....saya tak sempat untuk menghubunginya. agak terkilan juga sebenarnya. padahal dia ada je di kelantan masa tu.
tp, sebelum berangkat...semasa tengah tunggu untuk masuk gate sebelum berlepas, saya ambil keputusan untuk hubunginya walau sekejap. alhamdulillah...lama tak dengar suaranya. dan cara bicaranya sudah tentulah berbeza dari dulu.=). "Ja, macam umi la.." saya teringat cara uminya bercakap. begitulah bicaranya masa tu.
ya Allah...rindunya saya.
tp, hari ini...dia sudah dimiliki oleh seorang insan yang telah dipilih oleh Allah untuknya. sekali lagi, tahniah! ~ pernah saja saya terfikir, belum sempat saya bertemunya...dia sudah dimiliki orang lain. tapi....semuanya takkan terhenti di sini,kan?
semoga pintu penghubung antara kita sentiasa terbuka. insyaAllah, raya nanti saya akan pulang ke kelantan. semoga kita jumpa insyaAllah.
*sekali lagi...hanya untuk Ukhti, Tuan Fariza bt Tuan Roslli.
semoga rumah tangga yang dibina menjadi baitulmuslim yang Islam cita-citakan. semoga bahagia ke syurga Ja!
*minta maaf la....entry yang tak seberapa ni juga jadi hadiah. nanti kita bagi hadiah real
punya,ya.
1 comment:
assalamu'alaikum ya sadiqati...
syukran jazilan...
Ya Allah..terharu sangat-sangat...baru-baru ni lagi baca sebenarnya...cuma tak sempat untuk tinggalkan komen di sini...
Alhamdulillah...selamat sudah bergelar isteri kepada seorang suami...
Syimah...nanti balik Kelantan bagitahu saya ya...insyaAllah kita jumpa..jemputlah datang rumah nanti...
rindu syimah sangat-sangat...
semoga Allah pertemukan kita...semoga Allah permudahkan urusan kamu....ameen...
Post a Comment