halwa telinga

Friday, June 24, 2011

engagement

assalamualaikum wbt...

~sebelum ni saya ada bagitau yang entry 'engagement' saya hilang di sini hari tu dah tengok kt draft, takda pun. tapi tadi bila tengok balik koleksi-koleksi entri dan draf, ada pula entry ni. alhamdulillah=). sebab sedih bila entry yang berkaitan OnG hilang! jadi, saya saja ingin postkan sekali lagi. tetapi, entry ni dah lapuk la sikit. maklumlah....sekarang dah selesai exam OnG dah pun.jadi sudah sebulan lebih la jawabnya ia tersimpan di situ. =). *for my friends from OnG department, betulkan kalau saya silap ye.

***

masih berbaki seminggu kami di jabatan perbidanan dan sakit puan a.k.a Obstetric N Gynaecology. rasa sekejap sangat. kami sepatutnya berada di department ni selama 5 minggu dan hari ini berakhir sudah minggu keempat. maka tinggal lagi seminggu.

rasa sedih pula nak tinggalkan department ni. semestinya sebab saya suka OnG. dan satu lagi doktor yang mengajar sangat hebat. penuh kasih sayang bila mengajar. hee~

selepas ni, mungkin dah tak jumpa lagi dengan doktor MK @ Muhamad Kamal @ maya karin. dipanggil Maya Karin oleh saya dan farhana sebab nampak muka dia macam Asian, biar la langsung tak serupa kedua-dua MK ni. seorang lagi doktor yang kami panggil doktor Tinggi sebab dia sangat tinggi dan kurus. mengajar pula punya la laju. penat nak mengejar apa yang diajar. tp, TETAP BEST!...they always make us to think as a physician, not as a student.


oowh..tajuk 'engagement' tu takde kaitan dengan sapa2 pun yang bertunang. ada kisah disebalik perkataan engagement dalam OnG ni. kali pertama dengar perkataan ni dari doktor Tinggi masa beliau ajar pasal fetal position and presentation. masa tu, bila dia terang pasal engagement tu, ok..kami terima proses tu namanya engagement.

then, bila belajar pasal normal labour...akhirnya kami jumpa sekali lagi perkataan ni.

engagement ni salah satu proses @ keadaan semasa bayi dalam kandungan turun ke bawah di dalam kaviti tulang punggung. engagement ni mungkin floating, engaging, engaged, and deeply engaged. proses ni berlaku semasa 2@3 minggu terakhir untuk kandungan pertama dan lambat sikit kalau yang dah pernah bersalin sebelum ni.



kalau berdasarkan gambar di atas, tanda (-) tu merujuk kepada sebelum engagement. -5 ke -3 lebih kurang tu masih floating head. semakin ke bawah -2 @ -1 tu engaging. bila sampai ke level of ischial spine (Sp), then now the fetal head is engaged. turun ke bawah lagi, tanda (+) dalam rajah, fetal head is deeply engaged.

kenapa proses kat sini namanya engagement? sebab cara kepala masuk ke dalam kaviti tu sama dengan cara jari masuk ke dalam cincin. itu la kata doktor MK. kaviti di bentuk oleh tulang yang menghasilkan bentuk bulat lebih kurang. cincin pun bulat. kepala bayi tu jadi jarinya.



maka 'oooooooooo' yang panjang bunyi dalam kelas. patut la dipanggil engagement...adoi la.
kenapa tak nama marriage je? heee~:D


semalam, bila saya telefon Ma, Ma kata kepala baby belum masuk dalam sarung. Nurse yang cakap macam tu. masa tu saya ni duk fikir.."sarung?"...engagement agaknya. itulah bahasa nak menerangkan kepada ibu2 di luar sana nanti. kalau tak jadi Obstetrician pun, kerja nanti bermula sebagai doktor biasa jugak,kan? memang tak dapat tidak lah untuk hadapi ibu2 mengandung. jadi, kena tahu semua. jangan pilih mana yang nak kena baca.


semasa melalui proses kelahiran, kita melalui proses 'pertunangan' ni. dan sebenarnya kita sudah bertunang dengan sesuatu yang pasti, iaitu...KEMATIAN.

setakat ini dulu...wallahu a'alam.

**

syukran jazilan katheera kerana sudi membaca entry lapuk. :D

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

2 comments:

kak zarith said...

salam.baca entry ni,teringat masa uwais masih dalam perut.waktu tu dah minggu ke40, Dr bagitahu masih floating lagi si uwais ni.bila si kecik ni dah keluar,ma gurau; besar kepala uwais.patut la dop masuk molek ke 'sarung' uminya.hee

tuan rumah said...

hee..tu la. hr tu duk update pasal OnG masa akak pregnant, lps tu msuk paediatrik time uwais dh lahir. dlm kls tu asyik correlate je apa yg blaja ngn uwais n 2 org lg hero tu.