halwa telinga

Monday, June 20, 2011

saat tiba masanya..

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...terasa nikmatnya kehidupan yang Allah kurniakan selama 23 tahun ini. sungguh, alhamdulillah....aku sempurna. kamu sempurna. dan kita masih mampu menghirup udara dunia ini.

kenikmatan hidup, tak dapat nak disangkal lagi. nikmat kesihatan...ya Allah, sungguh itu satu nikmat yang besar. tambah lagi, kami yang belajar mengenai ciptaanMu ini. dan ia bukanlah sesuatu yang mudah. sungguh terkesan, kerana saya masih hidup hingga ke hari ini. mendapat kasih sayang dari mereka...itu semua nikmat.

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" Ar-Rahmaan. diulang berkali-kali.

hari ini, 2 kes malnutrition (kekurangan nutrisi) di'hidang'kan di dalam kelas. semasa menolong orang ambil serba sedikit history mengenai pesakit kecil ni, saya hanya nampak kepalanya saja. tapi bila doktor kami tiba di kelas...doktor meminta si ibu meletakkan bayinya di atas katil, untuk kami belajar. bila dibuka bungkusannya...astagfirullah al-'azhim, terkejut kami melihat adik kecil ni. dan betul2 KECIL. lebih kurus dari gambar di bawah ni dan muka memang macam orang tua.



walaupun usianya sudah 7 bulan, namun saiz badannya sangat kecil. berat badan 2.75kg.
dari kepala sampai ke kaki....sangat kasihan. semuanya hanya tinggal TULANG. betul2 tulang. tulang yang hanya dilitupi kulit. muka dah kecut. (old man appearance). si ibu mengatakan bayinya mengalami penyakit kuning (jaundice), cirit dan muntah yang berterusan sehinggakan berat badan menurun ke tahap yang tak normal. oleh kerana mereka berasal dari Damanhur, iaitu satu muhafazah lain di Mesir yang jaraknya lebih kurang 75 km dr tempat kami (mengikut apa yang doktor beritahu kami la), maka konklusinya mungkin ada sesuatu yang serius pada adik ni. jadi, bila ditanya...rupanya si ibu diarahkan oleh pihak hospital di Damanhur utk bawa bayinya ke sini selepas melakukan liver biopsy. (ujian pada tisu hati)

bila ditanya lagi...bayi ni bila buang air besar, warna kuning pucat dan air kencing warna gelap. jadi, kemungkinan besar itu adalah disebabkan oleh pengaliran cecair hempedu dari hati ke salur hempedu dan ke usus kecil tersekat. dan disebabkan keadaan ni sebenarnya sejak dia dilahirkan lagi, dan ibunya pula berkahwin dengan saudaranya (+ve consanguinity)...dan dua orang adik beradiknya bayi ni sebelum ni juga telah meniggal dunia disebabkan penyakit yang sama....jadi, kemungkinan besar diagnosisnya adalah biliary atresia atau neonatal hepatitis yang mana penyebab utama adalah kekurangan alpha-1-antitrypsin. alpha-1-antitrypsin deficiency is an autosomal recessive. (saya rasa dia ni alpha-1-antitrypsin deficiency)

kadar utk biliary atresia berlaku adalah 1/14000 dan 1/2000. kata doktor, kalau keadaan bayi ni di ketahui lebih awal, dan dirawat lebih awal..insyaAllah masih boleh diselamatkan. tapi....dengan keadaan bayi ini sekarang, peluang untuk hidup dah sangat tipis. hati dah mengecut. dan kalau nak dibuat pembedahan untuk pemindahan hati pun, masih tak mampu utk jamin dia boleh hidup dengan lebih baik atau tak....T.T...

jadi, kenapa tak rawat lebih awal? sebab si ibu dah berulang alik ke hospital sejak dari bayi tu dilahirkan lagi. dan hanya pemeriksaan biasa sahaja yang dijalankan.

katanya....."because this is a rare disease. so, there are so many common cases to be treated, and to treat the rare cases..the government doesn't have the budget.."

BUDGET. sebab yang sangat menyedihkan....bila melihat pak husni kaya raya membelanjakan wang, sakitnya hati.

bila tiba masanya....Allah juga yang akan membalasnya.

apabila melihat pada si ibu, dari tadi saya tengok dia menangis.....mungkin sedih melihat anaknya yang .... ya Allah, saya tak tahu nak cakap, macam mana dia boleh hidup sampai sekarang, sedangkan adik beradiknya yang sebelum ni cuma mampu hidup selama 50 hari! tp, dia sudah berusia 7 bulan. dan keadaannya sudah tak macam manusia hidup!...derita,derita,derita...

saya rasakan...seolah si ibu ni, menuggu masa saja utk melihat anaknya pergi...sedih

bila tiba masanya...kamu akan tahu betapa Allah sayangkan kamu, Dia ingin jadikan anak-anakmu sebagai anak-anak yang menunggu ibubapanya di pintu syurga....

Allah....alhamdulillah, bersyukur lah kita yang sihat ni.


**

kadang2, bila kurang bersyukur...buat diri jadi kurang sabar. masalah datang sikit, dah mengeluh bermacam-macam. tak dapat apa yang didoakan...mula putus asa.

bila bercakap pasal berdoa ni, semalam saya cuma terfikir....macam mana nak bezakan yang kita ni sedang berdoa bersungguh-sungguh atau kita ni sebenarnya sedang memaksa Allah kabulkan doa?

bila difikir-fikirkan, kaitkan sabar , syukur dan doa kita tu. dan sebenarnya hati yang berdoa itu sendiri tahu yang dia sedang memaksa Allah atau tak...(ini cuma pandangan peribadi)

bila kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah bagi pada kita, apa saja yang kurang...kita akan sabar. dan tidak akan putus dalam berdoa.

seorang sahabat pernah pesan..."takpa, Allah nak bagi yang lebih baik la tu"

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

“Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku menerima doa kamu.” – Ghafir : 60

maka, yakinlah...doa kamu sentiasa dijawab. cuma kadang2 kita yang tak perasan. sebab apa yang Allah kurniakan kepada kita apa yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia sangat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kalian tidak mengetahui"

sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

dan kalau lah kita renungkan kembali doa-doa yang pernah dipanjatkan sebelum ni, insyaAllah ada yang mana itu merupakan jawapan daripada Allah.=)

Diriwayatkan lagi daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Tuhan kami ‘Azza wa Jalla turun setiap malam ke langit dunia tatkala tinggal lagi sepertiga malam yang akhir, lalu berfirman : ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku nescaya Aku akan menerima doanya. Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan. Siapakah yang mahu memohon kepada-Ku, nescaya Aku mengampunkannya.’” – HR. Bukhari


jadi, doakan lah untuk yang TERBAIK! hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita. pohon ditetapkan iman semoga redha dengan apa yang diberi nanti.

'takpe lah tak dapat cemerlang pun, mungkin Allah nak jaga hati kita...<3'...dan itu lah yang terbaik dari-Nya.

saat tiba masanya...kamu akan sedar betapa Allah menyayangi dirimu. maka bersabar lah ~~/~@

]

tertarik dengan kata2nya.

tajuk artikel tahun 4 : pengaruh cinta kerana Allah dalam kehidupan.

*p/s : sedikit pencerahan :
1) biliary atresia : satu penyakit yang mana saluran hempedu tak terbuka semasa proses pembentukan di dalam rahim.

2) alpha-1-antitrypsin deficiency : penyakit genetik yang melibatkan hati bagi kanak-kanak dan peparu bg orang dewasa.

~~saya sedang belajar dan berlatih utk mengalih istilah medik kepada istilah yang masyarakat luar boleh faham. minta maaf lah, diri masih cuba mencuba. agak keling la kott sikit ayat kat atas...huu

wallahu a'alam. robbuna yusahhil kpd yang ber'exam'=).

*betulkan saya kalau saya silap.

2 comments:

kucIngbUnge said...

see,pediatrics pon best,kan?

apa2 pn,klu kite lihat dgn mata hati,pasti ketemu ibrahnya..inshaAllah..;)

tuan rumah said...

aah...bru nk develop. sbb bru stat study btol2!..huhu~ pengajaran,bca b4 kelas...bru kes tu jd best n ingt.

yup, lihatlah dgn mata hati...mcm2 Allah nk tunjuk sbnanye=)