halwa telinga

Wednesday, June 15, 2011

bahagiakan diri

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. syukur atas nikmat yg Allah dah berikan sehari-hari. kadang-kadang, kita seakan lupa nikmat yang sedia dikurniakan olehNya...sehingga kan terasa berat untuk bibir menuturkan 'alhamdulillah'. Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kami.


alhamdulillah, hari ahad baru2 ini...result exam untuk subjek internal medicine yang kami ambil sebaik pulang dari 'cuti' evakuasi dulu dah diumumkan. alhamdulillah...lulus. ya, lulus. itu yang kami sama2 doakan.

"lulus pun dah ok, harap2 lulus la.." itu lah kata2 yang selalu kami doakan sebelum keputusan diumumkan. sebaik keputusan diumumkan...cuma 3 orang yang gagal dan selebihnya lulus. dan ramai juga lulus dengan cemerlang..deme dapat EXCELLENCE!

bila tengok ramai dapat excellence..mula lah diri ini rasa inferior. rasa rendah diri. rasa 'teruknya result aku'. sampai kan bila ada yang bertanya macam mana result saya...terasa berat untuk mengucapkan 'alhamdulillah'. ya Allah...hamba ini tidak redha kah? betapa banyak sudah mengeluh sepanjang hari. sehingga lah...niat sebenar di dalam hati datang mengetuk pintu hati sekali lagi.

kalau betul lah niatnya belajar kerana Allah.....kamu akan redha saja! kamu tidak akan mengeluh. kan?

andai Allah tak datangkan keputusan yang sebegini, entah macam mana hati kamu sekarang...

dan sekali lagi...kalam Allah memujuk ""Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." Al-Baqarah ayat 286.

"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).


alhamdulillah..hati kembali tenang dengan kalam Allah yg terlintas di dalam kepala saat hati sedang bersedih tu. Alhamdulillah. bersyukur lah hasyimah! Allah boleh je nak buat kamu gagal. ingat tu.


bila ada sahabat yang juga punya perasaan yang sama dengan saya...suka utk saya kongsikan dengannya..tip yg sangat ringkas dan senang iaitu betulkan semula niat di hati. kalau betul kita nak dapat redha Allah dalam setiap gerak kita..kita tak akan berasa sedih, mengeluh atau benci dengan apa yang ditakdirkan. dan kita juga akan redha dan bersabar atas apa yang diberikan. baik kesusahan atau kenikmatan.

memetik hikmah2 disebalik ketentuan Allah, sungguh membuat hati ini kembali kepada tujuan asal.

cuba positif. dan saya akan teringat pesan abang sekiranya saya menemui satu kegagalan, walaupun kata2 abang yang ni saya dengar masa saya berumur 12 tahun, ia tetap segar dalam kepala ni. katanya, "mungkin sebab kurang doa". ya, kita takkan rasa cukup dengan doa. begitu juga usaha. tak kan pernah cukup. jadi, usaha lah selagi ada masa. usahalah selagi ada tenaga. dan BERDOALAH...kerana semuanya adalah dari-NYA. bukan yang lain.


ok, mungkin akan tamatkan di sini kisah result internal medicine. sabar menunggu result surgery yang ditangguh pengumumannya. DOA lah bersungguh-sungguh semoga kita semua lulus. dan semoga hati kita kuat untuk menerima apa jua keputusan.

*syukur. dan bersyukur lah.

*saat yang macam ni jugak lah kita boleh jumpa sahabat sejati.


***

bahagiakan diri sendiri. teringat semasa belajar psychology tahun lepas (tahun 3). kalau kita sedih, dan kita cuba menggembirakan hati kita, cuba buat lawak untuk diri sendiri. contohnya...senyum depan cermin. senyum lah sorang2. senyum sambil pandang diri sendiri. lama kelamaan, kita akan tergelak dengan diri sendiri. hurmm...ada betulnya juga. hehe...tapi saya tak de lah senyum depan cermin tengok diri sendiri.


status 'berbunga-bunga..' di yahoo messenger...dah buat adik saya pelik. 'bakpo kangoh berbunga? hepi ko gapo?...tak putus asa bertanya.

mungkin ada sesuatu yang buat hati kakngah berbunga-bunga. dan tujuan lainnya...untuk menggembirakan diri sendiri. dan sebab lain lagi adalah sebab nak bunga.=). semalam dah berjaya beli bunga kat kedai bawah selepas berapa kali cubaan nak beli. bukan apa, ada je penghalang untuk saya beli. sebenarnya Allah nak bagi saya perasaan gembira dapat bunga tu semalam...Allah sebaik-baik Perancang.



tak tahu pun apa nama bunga ni. cuma suka dengan warna putihnya.

dan yang di bawah ni bunga mawar yang pakcik kedai tu bagi.


sungguh, mawar itu kerana durinya...manusia takkan rakus memegangnya.


~suka bunga, tipikal perempuan kah? entah lah...senang hati bila tengok bunga=)

bahagia itu pilihan. terpulang pada orang tu sendiri. tak semestinya kesenangan menghadirkan kebahagiaan hati dan tak semestinya kesusahan itu mendatangkan duka di hati....kerana kesusahan kadang2 lebih membahagiakan, Allah itu dekat.

"...dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya," surah Qaf ayat 16.


*bahagiakan diri anda=)

"Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan di akhirat"

*kalau banyak hafal kalam Allah, mesti lebih banyak yang terlintas,kan? dan hati juga insyaAllah akan lebih tenang. dan saya bukanlah seorang hafizhah...masih merangkak di sini. ma kata "takpo, nanti didiklah anak2 jadi hafizh hafizhah"

ma pernah bercita-cita nak hantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz walaupun seorang, tp semua dah masuk sekolah yang bukan dikhaskan untuk menghafal al-quran. sebab tu lah ma cakap macam tu. paling kurang, biarlah ada anak cucunya yang menghafal al-quran.


No comments: