halwa telinga

Tuesday, January 31, 2012

setahun setengah

assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. hari ni tamat elective course untuk subjek pulmonary medicine. esok akan mulakan course baru iaitu NICU. esok boleh jalan kaki aja ke kuliah :D.

setahun setengah. apa yang setahun setengah? kalau rakan2 di sini amat faham lah rasanya. dalam masa setahun setengah lagi, kami akan berkhidmat sebagai seorang doktor. mungkin ini anggaran kasar sebab kalau ikut senior, majlis konvokeseyen depa pada bulan 10 tahun ni. aduuuh...kadang2 stress juga kalau duk fikir2. tambah2 tadi sebelum exam untuk course pulmonary medicine, doktor kami tanya soalan mengenai bronchial asthma...terkebil-kebil saya rasa diri saya duk fikir jawapan.

sebenarnya, pesakit asma ni antara yang biasa seorang doktor akan berdepan. tapi....bila duk fikir dengan keadaan tadi,

"mati dulu agaknya patient nanti!" ...itu yang terdeetik di hati ni.

***

setahun setengah lagi!

kadang2 rasa macam tak percaya sudah berada di tahun 5. rasa baaaaaru sangat masuk ke tahun pertama. ooh..itu kisah di tahun 2007. sekarang sudah 2012. kalau dulu tiba di sini umur masih belasan tahun, sekarang bukan lagi belasan.

rasa cepat sangat masa berlalu.

rasa takut untuk bekerja nanti. (duk takut ja, study tak sehebat rasa takut..hadoi!)

bila saya mengadu pada dia yang sweet :)...yang saya banyak buang masa, dia hadiahkan ayat ini kepada saya :

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" Ar-Ra'd ayat 11.

terkesan.

terima kasih!

itu yang saya nak, kalau saya silap...tolong tegur.



***
final exam : 19 hari lagi.

robbuna yusahhil.

doakan kami=).

***

tiba2 rasa terkilan kepada sesuatu. sedikit cemburu mungkin. aish....memang tak patut. dan buat saya teringat kepada satu artikel di ILuvIslam ni.

Jangan tangisi apa yang bukan milikmu

sekali lagi, motivated. terkesan. biarpun saya dah pernah baca artikel ni, pernah share juga....tapi kali ni impak lebih besar kepada diri saya.

ya, saya tak punya hak untuk ada perasaan itu.

***

macam2 akan berlaku dalam masa setahun setengah akan datang. Kan?

Sunday, January 29, 2012

hati itu Allah punya=)

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

hari ni sambil makan nasi berlauk kibdah (hati) yang diberi oleh adik2 junior yang belajar di Misturk kepada ustazah Marwa. (kott)...kami bersembang mengenai hati (kibdah). 

"berapa harga hati?" saya bertanya sahabat2 sekelas ni.

"hati saya mahal"
"oh, tak ternilai.."

masa tu mungkin nada berseloroh. tapi, kami betul2 maksudkan kata2 kami tu.

hati ini mahal.

***
saya berulang kali cuba menulis status mengenai hati. tapi, akan jadi panjang pula. sebab terlalu banyak explaination mengenai hati yang saya nak tulis. bukan pasal cintan cintun, tapi hati para da'ie dan mad'u.

ya, hati para da'ie dan mad'u.

sabda Rasulullah saw "sampaikan daripada ku walau satu ayat". saya pun dah banyak kali catitkan hadis ini di 'rumah' ni. WALAU SATU AYAT. maka dengan itu, kita semua adalah da'ie. iaitu yang menyeru kepada kebaikan dan yang mencegah kemungkaran. apa yang kita tahu, perlu kita sampaikan. walaupun hanya perkara kecil seperti 'senyum itu sedekah'.

bila kesedaran itu ada pada diri setiap orang, Alhamdulillah, dan apabila dia bertindak mengikut kesedaran yang ada, maka itu adalah yang terbaik. tapi, kerana kita semua mempunyai hati...berbagai perasaan yang hadir dalam menghadapi mad'u. 

jika respon positif yang kita dapat daripada mad'u, contohnya perubahan si dia ke arah yang lebih baik...alangkah gembiranya hati. sekali lagi, kerana hati itu bukan milik kita, senang sekali dibolak balik, akhirnya datang pula perasaan yang tak sepatutnya...

"dia berubah selepas aku tegur,dia berubah atas nasihat aku".....mungkin sekali tengok, 'apa yang tak eloknya?'...tapi itu lah ujub,kan? kalau saya salah tolong betul kan.

situasi lain pula, jika respon negatif yang da'ie dapat contohnya, si mad'u ni tetap tak berubah. berpuluh kali ditegur, diberi nasihat....tak juga berubah. kalau bahasa Kelantan, "tok ddegih!" ....si da'ie ni mula kecewa. dengan bergeraknya masa, si da'ie mula meninggalkan mad'u ini membawa hati yang kecewa, dan mencari mad'u2 lain yang senang menerima.

tambah kecewa lagi apabila tiba suatu saat, mad'u ni berubah, tapi atas teguran orang lain.

kenapa perlu kecewa?

tugas sebenar adalah menyampaikan. dia terima atau tidak, itu bukan kuasa kita. 

jangan mengharapkan respon positif yang cepat. perubahan mad'u itu bagi saya umpama sebuah hadiah daripada Allah swt atas usaha2 yang telah dilakukan.

kerana hidayah itu daripada Allah swt.
hati juga milik Allah swt. Dia yang memegang hati manusia.

kita yang perlu kembali kepada Allah swt. pohon lah, rayu lah kepada Allah moga hati si dia terbuka kembali ke jalan asal.

maka, sabar lah. saya suka gambar kat bawah ni. betapa pentingnya sabar tu.


semat dalam hati elok2, jalan dakwah bukan jalan mudah. jalan ni tak pernah dihamparkan dengan karpet merah, atau menyusuri jalan yang mudah. ujian2 yang Allah swt bagi  terlalu banyak salah satunya menghadapi mad'u yang payah 'ddegih' ni. senang la kerja kalau menyampaikan kepada orang yang nak. tapi, apa pula nasib mereka yang belum nak ni?

usaha dan terus usaha. kerana SYURGA ITU MAHAL, maka ujian yang diterima juga mesti hebat!

bila kata hidayah ni daripada Allah swt, ada pula yang kata..."belum dapat hidayah", sambil diri duk goyang kaki macam tunggu hidayah jatuh atas riba. rezeki pun Allah kata kena usaha, sama juga dengan hidayah.

kalau inginkan hidayah, minta lah kepada Pemberi hidayah tu; Allah swt. 

senang cerita, proses dakwah ni merupakan interaksi antara da'ie, mad'u dan Allah swt.

Da'ie tak boleh berputus asa, mad'u pula jangan menunggu bulan jatuh ke riba.

***

saya menulis untuk peringatan diri saya yang pernah rasa kecewa, yang pernah juga punya rasa 'ujub.

bila duk fikir sorang2, baru lah teringat....'hati ni Allah pegang"

kalau Allah swt tak buka hati kita, sampai bila2 hati ni akan tertutup.

"Sesungguhnya orang2 kafir sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat" ~Al-Baqarah ayat 6-7.

saya juga pernah menjadi mad'u yang degil!.

walaupun belajar di sekolah agama, walau setiap hari disumbat subjek agama...apa yang saya ada sekarang tak sebanyak yang saya dapat dulu. kerana dulu hati saya tak terbuka untuk menghayati ilmu2 itu. saya hanya tahu menghafal. dan saya cuma memegang asas agama yang wajib. boleh kata, saya ni tak lebih pun daripada orang lain.

apatah lagi nak faham kepentingan dakwah,  walaupun setiap tahun menghadiri tamrin (program tarbiyah). tapi, setelah keluar dari zon selesa di sekolah, dijentik oleh Allah swt dengan sedikit ujian, mata saya seolah baru celik. seolah tersedar daripada tidur yang panjang, dan mula lah nak mencari semula ilmu2 yang pernah dituntut dulu.

itu lah nak kata, walau sebanyak mana diberi  ilmu agama, diberi tarbiyah...kalau Allah tak nak buka hati kita, tetap juga tiada kesannya. tapi usaha dakwah tetap perlu diteruskan juga. =). jangan berputus asa.

***

saya tak reti nak keluarkan dalil al-quran @ hadis banyak2...tapi saya cuba sampaikan yang terbaik walaupun saya tahu saya bukan lah yang terbaik. the points are : sabar, jangan gelojoh, berusaha..dan HATI ITU ALLAH PUNYA=)

saya tengok drama 'Dingin Lavenda'. sebuah adaptasi novel 'dingin salju indiana' kalau tak silap. drama ni tak fokuskan sangat mengenai cinta biasa tu, tapi mengenai persahabatan......setakat episod sekarang, macam tu lah.

saya cuma belajar dari watak Jannah yang tak pernah putus asa untuk mengubah sahabat2 baiknya Nana dan Murni. kesabarannya menghadapai Nana, Alhamdulillah akhirnya Nana mula berubah. mula bertudung.

saya nak jadi sabar macam Jannah. =).

***
wallahu a'alam. mintak maaf kalau tersilap kata. tegur kalau saya silap, ok?

dari Imam Hasan Al-Basri

"sesungguhnya aku sedang menasihati bukan bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikit lah orang yang memberi peringatan"

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Wednesday, January 25, 2012

bicara hati

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

bersyukur...sangat2 berterima kasih dengan Allah swt sebab masih memanjangkan umur sehingga ke waktu ini, detik ini. sebulan sudah waktu berlalu dari tarikh entry terakhir. sebelum ni, semua kisah dan coretan di 'rumah' saya ni ditulis di rumah Sporting, tapi sekarang di rumah baru kami, di kawasan Gamaah, yang sangat terkenal dengan kawasan Melayu. ye la...kebanyakan pelajar Malaysia tinggal di kawasan ni, lebih dekat dengan universiti. jadi, asal keluar rumah, mesti jumpa orang Melayu!

di sini lah tempat meluahkan idea yang ada. apa saja yang terlintas di fikiran, yang dirasakan bermanfaat kepada orang lain, akan saya kongsikan. saya sangat2 rindu pada 'rumah' ni. dah laaaaama sangat tak menulis di sini..

***

sekarang kami sedang dalam elective course. saya memilih advance in pulmonary medicine. walaupun saya ni paling tak suka chest auscultation, tapi bila fikir2 balik itu salah skill penting untuk dipelajari. itu salah satu sebab saya memilih course ni, lainnya sebab course yang saya pilih pada awalnya dibatalkan. jadi, kena pilih course lain and Alhamdulillah, ini sudah pilihan yang betul.

***

tahun ni bertambah lagi satu tugas terpundak di atas bahu ini. dalam ayat mudah, diamanahkan untuk menjaga batch tahun 5. oh ya, tahun ni, perkataan 'mahasiswa/mahasiswi' akan dititikberatkan penggunaannya. takde lagi la istilah 'budak tahun 5', 'budak medik', 'budak dentist'. hehe. jangan terkejut, itu lah bahasa kami selama ni. 'kuliah' selalu saja kami sebut 'sekolah'. 'doktor' pula kami sebut 'cikgu'. (tapi kalau depan doktor, kami panggil depa doktor laaa). kena buat transisi bahasa nampaknya :D.

teringat kepada satu persoalan, setakat manakah skop bidang tugas ketua dan timbalan ketua batch ni? adakah sekadar mengenai study, kebajikan....atau termasuk sosial sekali?


jawapannya, ada disebut di dalam hadis Rasulullah saw yang menyatakan setiap seorang daripada kita adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai setiap apa yang  dipimpinnya. maka, aspek sosial juga tidak terlepas dari bidang tugas. atas sebab itu juga lah, beberapa ciri2 pemimpin telah digariskan antaranya menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai panduan. al-quran dan hadis keduanya ada menyebut mengenai amar maaruf dan nahi mungkar. menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh ke    arah kebaikan, dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Surah Ali ‘Imraan ayat ke-104.

Dari Abu Sa’id AlKhudri Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam:Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman (Dikeluarkan oleh Imam Muslim Rahimahullahu)

kesimpulannya, aspek sosial juga berada di bawah tanggungjawab pemimpin. jadi, pemimpin perlu sentiasa berusaha untuk membentuk satu suasana islamik atau biasa kita dengar bi'ah solehah di dalam komuniti masing2. dan saya tahu, tugas itu bukanlah senang. 

amanah tetap amanah.

tanggungjawab tetap tanggungjawab.



mengenai amanah ini, saya terimanya dengan hati terbuka. walau pada awalnya agak terkejut dan 'mengacau' sikit misi tahun ni, sebab perancangannya, tahun ni tak mau dah terlibat dengan apa2 jawatan kecuali mentor smart circle dan mahu tumpukan sepenuhnya perhatian kepada study tambah2 lagi tinggal tak sampai 2 tahun saja lagi, tapi ...apa2 pun, saya akan cuba sesuaikan diri. mungkin tugas ini akan membantu saya pada masa akan datang. insyaAllah. semoga Allah swt akan permudahkan segala urusan ini nanti.

***
terlalu banyak yang saya nak tulis. sebab telah memendam idea terlalu lama. mungkin ini saja bicara hati, dan lontaran idea saya kali ini.

hari ni, 25 januari. cuti. =). sebab ulangtahun pertama revolusi Mesir. sudah setahun rupanya. setiap peristiwa masih segar di ingatan masing2, saya kira.

20 februari nanti dah mula final exam untuk semester ni. doakan kami.

selamat study=).

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

***