halwa telinga

Wednesday, January 25, 2012

bicara hati

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

bersyukur...sangat2 berterima kasih dengan Allah swt sebab masih memanjangkan umur sehingga ke waktu ini, detik ini. sebulan sudah waktu berlalu dari tarikh entry terakhir. sebelum ni, semua kisah dan coretan di 'rumah' saya ni ditulis di rumah Sporting, tapi sekarang di rumah baru kami, di kawasan Gamaah, yang sangat terkenal dengan kawasan Melayu. ye la...kebanyakan pelajar Malaysia tinggal di kawasan ni, lebih dekat dengan universiti. jadi, asal keluar rumah, mesti jumpa orang Melayu!

di sini lah tempat meluahkan idea yang ada. apa saja yang terlintas di fikiran, yang dirasakan bermanfaat kepada orang lain, akan saya kongsikan. saya sangat2 rindu pada 'rumah' ni. dah laaaaama sangat tak menulis di sini..

***

sekarang kami sedang dalam elective course. saya memilih advance in pulmonary medicine. walaupun saya ni paling tak suka chest auscultation, tapi bila fikir2 balik itu salah skill penting untuk dipelajari. itu salah satu sebab saya memilih course ni, lainnya sebab course yang saya pilih pada awalnya dibatalkan. jadi, kena pilih course lain and Alhamdulillah, ini sudah pilihan yang betul.

***

tahun ni bertambah lagi satu tugas terpundak di atas bahu ini. dalam ayat mudah, diamanahkan untuk menjaga batch tahun 5. oh ya, tahun ni, perkataan 'mahasiswa/mahasiswi' akan dititikberatkan penggunaannya. takde lagi la istilah 'budak tahun 5', 'budak medik', 'budak dentist'. hehe. jangan terkejut, itu lah bahasa kami selama ni. 'kuliah' selalu saja kami sebut 'sekolah'. 'doktor' pula kami sebut 'cikgu'. (tapi kalau depan doktor, kami panggil depa doktor laaa). kena buat transisi bahasa nampaknya :D.

teringat kepada satu persoalan, setakat manakah skop bidang tugas ketua dan timbalan ketua batch ni? adakah sekadar mengenai study, kebajikan....atau termasuk sosial sekali?


jawapannya, ada disebut di dalam hadis Rasulullah saw yang menyatakan setiap seorang daripada kita adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai setiap apa yang  dipimpinnya. maka, aspek sosial juga tidak terlepas dari bidang tugas. atas sebab itu juga lah, beberapa ciri2 pemimpin telah digariskan antaranya menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai panduan. al-quran dan hadis keduanya ada menyebut mengenai amar maaruf dan nahi mungkar. menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh ke    arah kebaikan, dan mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Surah Ali ‘Imraan ayat ke-104.

Dari Abu Sa’id AlKhudri Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam:Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman (Dikeluarkan oleh Imam Muslim Rahimahullahu)

kesimpulannya, aspek sosial juga berada di bawah tanggungjawab pemimpin. jadi, pemimpin perlu sentiasa berusaha untuk membentuk satu suasana islamik atau biasa kita dengar bi'ah solehah di dalam komuniti masing2. dan saya tahu, tugas itu bukanlah senang. 

amanah tetap amanah.

tanggungjawab tetap tanggungjawab.



mengenai amanah ini, saya terimanya dengan hati terbuka. walau pada awalnya agak terkejut dan 'mengacau' sikit misi tahun ni, sebab perancangannya, tahun ni tak mau dah terlibat dengan apa2 jawatan kecuali mentor smart circle dan mahu tumpukan sepenuhnya perhatian kepada study tambah2 lagi tinggal tak sampai 2 tahun saja lagi, tapi ...apa2 pun, saya akan cuba sesuaikan diri. mungkin tugas ini akan membantu saya pada masa akan datang. insyaAllah. semoga Allah swt akan permudahkan segala urusan ini nanti.

***
terlalu banyak yang saya nak tulis. sebab telah memendam idea terlalu lama. mungkin ini saja bicara hati, dan lontaran idea saya kali ini.

hari ni, 25 januari. cuti. =). sebab ulangtahun pertama revolusi Mesir. sudah setahun rupanya. setiap peristiwa masih segar di ingatan masing2, saya kira.

20 februari nanti dah mula final exam untuk semester ni. doakan kami.

selamat study=).

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

***

2 comments:

Nabilah Yunus said...

wah wah..TKB rupanya. tahniah dan takziah :)

bintuNasRah said...

rabbuna yusahhil syimah..
insyaAllah kheir..