assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
keputusan PMR telah diumumkan hari ni. adik saya salah seorang yang menerima keputusan hari ni. Alhamdulillah, redha dan bersyukur itu respon paling baik sebenarnya. saya hubungi dia pagi tadi sekadar untuk bertanya khabar keputusannya. sedikit tersasar dari target. tapi jawapan yang diberikan bunyi macam semangat untuk dapatkan yang terbaik SPM nanti. harap bukan bunyi aje ye :p. selamat mengejar cita2!
seperti tahun2 sebelumnya, saya akan tunggu berita dari Maahad tercinta. Alhamdulillah...164 orang pelajar berjaya memperoleh 9A. tahniah untuk semua. terbayang wajah cikgu2 saya dulu. tapi katanya dah ramai yang pindah. apa2 pun, cikgu2, ustaz ustazah semua memang AWESOME.
ikhlas dari hati, saya cukup sayangkan sekolah saya . *love*love*love*.
di situlah saya mula mengenal erti tarbiyah walaupun saya ni Ajk BADATI (badan dakwah dan tarbiah Islamiah)yang hanya pada nama saja(tugas tak jalan...huhu), apabila saya keluar dari maahad saya rasa nak pergi tamrin lagi. pernah saya coretkan tentang rindu saya kepada tamrin dulu. <boleh baca sini> .
di situ juga lah saya kenal erti persahabatan. emm...masa belajar kat situ, tak perasan pun. tapi bila sudah berada di luar, baru saya terasa manisnya bersahabat kerana Allah swt. sayang sangat dengan sahabat2 saya, sampai saya doakan kami masuk ke universiti yang sama, bidang yang sama.....Alhamdulillah, memang kami satu universiti, satu bidang, tapi berbeza sistem pengajian. sapa kawan baik saya tu? siapa yang kenal kami, tau laaa =D
sekarang rasa manis tak sebuah persahabatan tu?
mesti la!
tambah2 manis lagi. saya yakin saya akan rindu saat kehidupan saya sekarang. saya akan rindu Mesir, saya akan rindu kenangan manis, mahupun kenangan pahit yang TERLALU banyak mengajar saya untuk menjadi hamba-Nya yang sebenar-benar hamba. dan saya yakin, saya akan rindu kepada sahabat2 saya di sini. semua sweet.
bila sudah tamat pengajian nanti, haluan kami sudah berbeza. tambah lagi kami bukan dari kawasan atau negeri yang sama.
alahaiii....tak dapat nak bayangkan kehidupan akan datang.
apa2 pun, sebuah persahabatan yang disandarkan pada dasar yang betul, akan sentiasa segar. akan sentiasa harum. tak kan layu.
ya, hanya dengan aqidah yang sama. insyaAllah sebuah persahabatan itu tak kan mudah retak walau dilanda ujian yang hebat.
kalau masa di maahad dulu, radio asrama atau radio sekolah selalu pasang lagu nasyid. kumpulan Inteam dan UNIC memang sangat tersohor di kalangan kami. di situ juga saya kenal lagu2 nasyid, kumpulan nasyid dan buat saya suka nasyid sangat2. dan lagu yang selalu kami ulang atau nyanyi sesama kami adalah 'Akrab Persahabatan'..
sesegar hijau daunan,
begitulah kita diibaratkan,
tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
antara kita semua......
ini lagu lama. tapi bila saya dengar semula, nostalgik! teringat zaman sekolah la.
seerat simpulan yang tidak terbuka,
seteguh langit tinggi menongkah dunia,
kita mengharung badai,
atas nama kasih insan bersaudara....
Ya Allah...peliharalah sahabat2 ku di dalam rahmat dan kasih sayang-Mu.
uhibbukunna lillah.
entah kenapa tergerak untuk menulis sedikit mengenai persahabatan ni. sebab rindu sekolah kot. rindu sahabat2 dulu. dan sebab sayang pada mereka yang ada sekarang. Alhamdulilllah!
ada satu lagi lagu fenomena semasa saya di tingkatan peralihan, 'kasih kekasih'. semua senyum tak pasal2. heh!
1 comment:
will miss u syimah :)
bila masuk 5th year ni,jumpa kejap2 kat kuliah,
apatah lagi bila dah ber elective,tak jumpa langsung!huhuhu
nanti da grad seme,semua bakal sibuk,namun semoga ukuwah itu tetap segar dan mekar,inshaAllah.
Post a Comment