Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.
Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”. Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.
Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.
segala yang ada di sisi kita sekarang adalah 'pinjaman' daripada Allah swt. sampai masanya, Allah swt akan ambil balik apa yang telah dipinjamkan.
***
"Dan milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Cukup lah Allah sebagai Pemeliharanya" ~ An-Nisa' ayat 132
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan
main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan,
kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut ayat 64)
"padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal" Al-A'la ayat 17.
***
bersedia.
bersedia?
tak ramai yang bersedia untuk menghadapi kehilangan insan2 yang disayangi,dikasihi. *kematian sendiri pun ingat2 lupa...adeh!
saya tak kata saya bersedia. sungguh saya takut jika saya diuji begitu. takut sangat.
tapi..." Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah ayat 286. percaya. dan percaya lah akan kata-kata Nya ini. Allah tidak akan zalim kepada hamba-Nya, tetapi hamba-Nya yang menzalimi diri mereka sendiri.
mungkin juga, kita lah insan yang akan 'pergi' dulu sebelum insan2 yang kita kasihi tu.
wallahu a'alam=). selamat menambah amal!
****
No comments:
Post a Comment