halwa telinga

Sunday, December 4, 2011

a little girl

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Allah swt masih memberi saya peluang untuk update blog ini. dah berapa kali attempt untuk update, tulis separuh...terpaksa tangguh untuk perkara yang lebih utama. Alhamdulillah, sudah menganjak ke bulan baru iaitu Disember. hari ini 9 Muharram. ramai yang puasa sunat hari ni. dan buat kali pertama SC bersama adik2 tanpa sebarang juadah makanan atau air. =).

hari yang sungguh padat. non-stop moving since 8.00 a.m..

8-10.00 a.m. : Interactive learning activity (ILA)
10.00-12.00p.m : kuliah. el-muhadharah an fibroids.
12.00-1.30 p.m : clinical round. alhamdulillah Dr.Zainab datang awal, dan saya sempat berjalan untuk ke SC (usrah) yang dirancang akan dimulakan pukul 2 ptg.
2.00-4.30 : Smart Circle bersama mereka menikmati manhaj terakhir bulan ini yang diberi nama ' sesedap koktel'. semoga kita mampu menghasilkan koktel yang sedap nanti. dan semoga PERUBATAN mantap ibarat koktel yang sedap!
4.30-7.00 p.m.. : kelas arab di MisrTurk. ....>battery low....

recharging my battery....

iftar bersama mereka di mat'am Taza. Alhamdulillah. =).

padat. sekejap lagi bakal tumbang juga agaknya ni.

****

baru2 ini, sempat chatting bersama sepupu yang dah lama sangat tak dihubungi. dia lah kawan baik saya dari kecil sampai besar. saya tinggal di kampung sebelah ibu, dia pula tinggal di kampung sebelah ayah saya. ayah saya dan arwah ayahnya adik beradik. walaupun jarang sekali bertemu, banyak yang kami akan ceritakan setiap kali bersua muka. tapi, bila dah meningkat dewasa ni, kami masing2 bawa diri masing2. saya terbang jauh ke sini dan dia Malaysia. ya, setiap tahun saya pulang ke tanah lahir saya, tapi nak jumpa dia ni susah sangat. hari raya baru ni pun tak sempat jumpa.

apa yang saya perasan, bicara kami sudah berubah. bukan lagi kisah budak sekolah. gaya bercakap orang nak grad. apa agak2 nya? ce teka :D.

"besar dh kita"
"bukan saja besar, tua dah"
................
....
..

"takpo, baru 23"
"tapi tahun depan dah 24"
"tua dah...".

betul. saya sendiri tak sedar yang umur sedang melangkah ke angka baru; 24 tahun. kalau dulu masa sekolah rendah, saya berangan macam mana hidup bila dah berada di sekolah menengah. bila masuk sekolah menengah, terfikir...umur 20 ni dah besar. dah dewasa. tak sabar nak besar cepat2. sekarang bila dah lebih 20, saya rasa umur 25 tu umur orang matang. bila saya cecah 25, apa pula fikiran saya agak2?

selalu nak rasa usia yang saya rasa sempurna tu cepat2. tapi, bila kita berada di usia itu, tak lah seseronok mana berbanding apa yang saya bayangkan.

cabarannya sangat besar. semakin dewasa kita, semakin hebat ujian yang Allah swt beri. kerana Allah swt itu tidak akan membebankan hambaNya di luar kemampuan hamba tersebut. ujian yang kita rasai semasa di bangku sekolah tak sama dengan apa yang kita rasa di alam universiti. dan semestinya cabaran di alam universiti sekarang takkan sama dengan cabaran semasa bekerja nanti. kan?

namun, cabaran2 yang kita rasai itu sebenarnya penambah perasa kehidupan. menjadikan hidup ini lebih indah. think positive!

dalam masa fikir diri semakin dewasa, saya telah bertindak persis kanak2 sekolah rendah yang mengadu kat abang dia. aiyok!

tak pernah dibuatnya pun sebelum ni. tapi mungkin rasa diri tak mampu mencari semangat sendiri, dia yang saya cari. if i could tell everything to you, i would feel better. but, his words already made my day=). menjadi yang terbaik. itu kata dia.

i'm not grown up yet. and i will always be their little girl that still need their 'hands' to walk along the way of the journey to His Jannah. ayah, abe mi, se.

cek dah jangan jeles kak ngah ngaku jadi little girl. hihi. padan lah deme rasa saya masih budak kecik. adeh laa...

semoga menjadi matang dan rasional. oh ya, matang itu dikira dari segi apa ya?

pendapat peribadi saya, dia matang selagi mana dia meletakkan Islam di tempat yang betul. maksud saya setiap rutin hariannya, asas atau dasar setiap tindakan adalah berdasarkan agama. ya, baru lah kena dengan slogan biasa kita dengar 'Islam Is the way of life'. jalan kehidupan. dan kehidupan itu bukan makan minum belajar atau bekerja sahaja. apa jua tindakan lah maksud saya.

umur itu sekadar angka. ramai lagi, walau dah 40-50, pun masih bertindak tanpa rasional.

apa2 pun, umur itu bukan tanda bahawa usia masih panjang atau pendek. bila sampai masanya, ajal itu akan datang jua. bekerjalah seolah kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah seolah kamu akan mati esok hari.

bak kata Alia "di mana ada gula, di situ ada semut. apa Allah suka, itu Alia rebut" . Alia merupakan salah seorang watak utama dalam cerpen Cinta SMS karangan Aiman Azlan. bukan kisah cinta biasa. tapi, seolah satu cerpen yang mengulas semua isu cinta para remaja. takmau cerita panjang, baca sendiri ye=)

redha Allah itu wajib direbut. wajib dicari. dan Allah juga membuka banyak pintu kebaikan. kita yang kena pandai guna akal. sesungguhnya kerana syurga itu mahal, maka pengorbanan yang besar juga perlu jadi taruhannya.

wallahu a'alam.




*Alia pun little girl abi dia tau.

2 comments:

humaira said...

cinta SMS by Aiman Azlan<----saya pun baca(nak juga sebut)...:)


"i'm not grown up yet. and i will always be their little girl that still need their 'hands' to walk along the way of the journey to His Jannah"<---- my wish too...


akak syimah dah matang... saya bila lagi? hehehehe....:P

tuan rumah said...

waah2! akak dh matang ;p. tp family akak mmg kata akak blum matang. mmg blum matang kott zana *redha dan pasrah*..hee:D