halwa telinga

Thursday, November 24, 2011

kisah kerajaan semut

assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.

semasa perjalanan pulang dari exam bahasa Arab siang tadi, mata sibuk memerhati keadaan sekeliling. maklum lah, berjalan seorang diri di musim orang sibuk adakan demonstrasi ni, kena peka kepada keadaan sekeliling. tapi, termasuk juga beberapa pemuda Mesir dalam pemerhatian saya.

ya, pemuda2 Mesir yang merupakan penggerak utama revolusi Mesir baru2 ini. yang tak pernah berputus asa membela untuk negara mereka. walaupun pada hakikatnya, saya rasa segala demonstrasi yang berlaku Januari lepas dan yang berlaku sekarang ni agak membimbangkan kami sebagai orang asing (dari segi keselamatan), dan juga menyebabkan peperiksaan kami tertangguh .. tapi kalau saya fikir secara positifnya, ini lah tenaga utama yang akan merubah negara Mesir ni.

kadang2 ada juga rasa geram bila mereka ni asal rasa tak puas hati, terus buat demonstrasi. seolah tiada cara lain lagi. tapi, kalau fikir sikit lagi....mana tahu mereka dah usahakan secara elok tapi tak berhasil?

dan...pernah juga rasa mereka ni terlalu memaksa perubahan yang cepat selepas revolusi baru2 ni. dah bermacam-macam mogok diadakan dalam tempoh tarikh bersejarah 25 Januari ke hari ini. mungkin perlu lebih sabar?

walaubagaimanapun, saya tetap kagum dengan orang Mesir. aiwah, Masriyyin. semangat mereka, betul2 buat rasa nak tabik lah!

****

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.

rakyat juga ada tanggungjawabnya.

ada satu kisah yang pernah saya baca tentang kerajaan semut. saya copy kan di sini ya. panjang sikit kisahnya. tapi, cuba baca dan faham. =)


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…


Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?


Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.


Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga (bentak kepada

Malaikat Pembantu yang lain).


Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)


Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.


Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).


Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?(tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)


Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.


Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?


Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.


Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?


Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).


Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).


Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).


Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??


Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?


Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.


Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.


pertama kali baca rasa lucu juga cerita ni. semut berzina. tapi, kalau fikir secara realitinya.....boleh fikir sendiri.


hanya kerana undian yang salah, pemimpin yang salah berada di atas. maka? nak salahkan pemimpin tu seorang diri ke? rakyat juga boleh disabit sama. dan menjadi rakyat yang merupakan hamba Allah yang diciptakan untuk khalifah dengan tugasnya adalah meyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran....tetapi tidak melaksankan tugas2 itu, turut sama disabit kesalahan atas kemungkaran yang berlaku.

oh oh..pilihanraya, pemimpin, rakyat, kerajaan...."syimah bercakap pasal politik di blog?"

ramai macam allergic dengan perkataan 'politik'. betul tak?

kenapa perlu allergic atau takut dengan salah satu cabang Islam ni? politik adalah cabang Islam. tapi yang salah dalam dunia sekarang adalah mencemarkan cabang ini, sehinggakan semua orang pantang disebut perkataan 'politik'. rasanya tak nak ulas lebih. sama2 tambah ilmu. Islam itu syumul. tambah ilmu supaya kita dapat rasa kesyumulan Islam itu sendiri.

****

bila naik tramco (van sewa) tadi, macam biasa penumpang dominan adalah lelaki. saya duduk di antara dua orang pemuda. di depan, belakang...semua lelaki. ada dalam 2 orang saja perempuan. lelaki di sebelah kiri asyik bercakap di telefon. apa yang dia cakap pun tak dengar. tiba2 naik seorang lelaki. nak bayar LE1.25 je, tapi ada not 50.

"sapa2 ada duit tukar tak?" tanya lelaki yang baru naik tu kpd semua penumpang. lelaki yang duk cakap telefon di sebelah saya cepat2 matikan perbualan dan jawab "saya ada encik". "syukran".

yang di sebelah kanan pula, baru naik. nak bayar juga. pass kan duit kat orang depan. ada budi bahasa mereka juga. tak lama tu, orang depan tiba2 pusing pandang lelaki sebelah kanan saya ni..."rasa sempit ke?" gaya macam nak tarik kerusi kalau kedudukannya menyusahkan orang belakang. walhal kalau sempit pun dia tak boleh alihkan kerusi tu. "eh..tak. tak da apa2" jawab sambil senyum.

saya tak tahu kenapa rasa macam ni hari ni. walaupun orang Mesir dikatakan kasar, ganas, tak reti nak sabar, suka marah, suka gaduh...hari ni saya bertemu dengan mereka yang berbudi bahasa. of course lah bukan kali pertama bertemu yang berbudi bahasa macam ni. tapi, biasanya, bila ada yang berbudi bahasa dalam satu tempat, akan ada yang bersikap tipikal arab Mesir. jadi yang berbudi bahasa, baik, tu...mesti akan mengalah. kesian......

tapi, segala scenes dalam tramco hari ni rasa sangat aman. tenang je rasa. sikap pemuda2 yang menenangkan.

bila saya nak turun, sekali jerit bagitau pemandu nak turun, pak cik pemandu tak dengar. jalan pun sesak tadi. bila dah dekat sangat dengan lorong dan tramco macam takde gaya nak berhenti, saya jerit sekali lagi. pun tak dengar T.T

akhirnya, lelaki di sebelah kiri saya tolong jeritkan untuk saya. biasanya orang yang tolong jeritkan mesti akan marah pemandu kenapa tak berhenti. tapi, tadi dia cuma cakap perlahan je "tak dengar rupanya". sebelum turun, saya ucap terima kasih sebab tolong.

''syukran".

"el-afw"

.................
.......................
jatuh cinta dengan pemuda Mesir. haha.

****

wallahu a'alam. sabtu cuti. dah lama tak cuti 2 hari.


5 comments:

humaira said...

pemuda mesir...*sambil angkat2 kening..

selamat tahun baru kak syimah :)

tuan rumah said...

humaira..

hihii..:D. *sambil angkat kening jgk*

faha mieza said...

nice story about semut...

nk minta izin share leh? :)

nur hasyimah mat zin said...

fatin > sila2.

nhanunmr said...

Orang yg jadi memandang sesuatu dgn mata hati akan lebih menghargai pencipta dan segala makhluk di sekelilingnya..

Mesir ni bumi yang mentarbiyah penghuninya. Tinggal kita utk pilih dan praktik. Yang pasti hari di saat kita rindu nk jdi 'penghuni mesir' lagi PASTI tiba biiznillah.