halwa telinga

Wednesday, November 16, 2011

smiley :)


assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke-3 round OnG. mereka di group yang satu lagi round neuropsychiatry. macam2 cerita yang saya dengar dari sana.

setakat 3 hari round OnG ni, entah lah...terasa bosan. pelik betul bila saya ada rasa bosan bila masuk OnG ni. mungkin baru belajar ultrasound dan Jars kot. kelas Jars semalam haru sikit jadinya saya ni. biasa la, 'pintu' winter saya adalah demam. nak tutup winter pun demam. semalam satu benda pun tak boleh masuk dalam kepala. nasib pandangan mata tak gelap je. hypotension mungkin. kejadian ni dah banyak kali terjadi bila saya demam, sakit kepala dan berdiri lama. kadang2 terfikir juga, macam mana nak kerja nanti. berdiri lama sikit..sibuk nak pitam.

T.T

bila dah jadi macam tu, hari terus jadi tak produktif.

semoga Allah swt beri kesihatan yang baik nanti. baru rasa menghargai nikmat sihat.

takpa..saya ni dikira sihat. berbanding orang lain yang lebih malang daripada kita. Alhamdulillah.

***

kami warga pelajar perubatan Iskandariah dikejutkan dengan pemergian seorang doktor yang sangat kami sayang. betul2 sayang. Arwah Dr. Haitham. seorang doktor anatomy. kami pelajar Malaysia rata-rata nya pernah belajar dengan arwah. cara Dr.Haitham ajar sangat best. seorang yang happy go lucky, suka cakap bahasa melayu, suka berjenaka, baik dengan pelajar-pelajarnya..dan dia juga sangat dihormati doktor2 dan profesor2 lain.

sejujurnya...rasa sedih juga di hati ini.

kehilangan beliau sangat dirasai kami pelajar-pelajarnya. *rugi sapa yang tak gi kelas dia***

semoga arwah Dr.Haitham diletakkan bersama para soliheen. semoga ilmu yang arwah telah berikan kepada kita menjadi ilmu yang bermanfaat seterusnya menjadi saham untuk beliau juga di akhirat sana. amiin.

amie, akak ambik dari wallphoto awak tau

***

sudah 2 cerita di atas. tapi masih belum ada kaitan dengan title kali ni.

smiley :).
atau sebenarnya umum kepada mana2 emoticons.

so what?

saya tak tahu apa pandangan atau perasaan orang lain..tapi saya cuma mengutarakan pandangan peribadi diri yang kerdil lagi hina ni. emoticons ni ada pro and cons nya. ya, kebaikan dan keburukan.

kalau masa kita chatting dengan kawan sama jantina, maksud saya lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan...penggunaan emoticons mungkin akan menambah kemesraan dan kasih sayang antara kita. it's like we're expressing our feeling. ya la..nama pun emoticons kan. ~~~saya ketengahkan emoticons smiley, hugs,love,big grin, wink...yang agak2 comel tu la.

tetapi, lain pula jadinya kalau chatting antara lelaki dan perempuan.

hurmm...kat mana yang lain nya ya?

pernah dulu sewaktu saya di tahun 1 dulu, seorang senior ikhwah pernah post berkaitan smiley ni dekat yahoogroups. ada diberitahu di situ apa perasaan seorang lelaki bila seorang perempuan menghantar smiley menerusi yahoomessanger (cth). saya pun dah lupa apa exact perasaannya. tapi, yang pasti...perkara tu tak elok.

pendapat saya pula...saya merasakan itu seolah telah terlepas dari batas pergaulan. sedang kita tahu, batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi sentiasa ada walaupun dia di pihak sana berpangkat ADIK. entah lah, bila ada yang menghantar smile pun, saya dah tak sedap hati. mula terfikir, 'tembok dah roboh ke?'.

kenapa saya tekan kan perkataan ADIK tu? ni untuk senior2 akhawat di sini la, kadang2 bila kita rasakan dia tu adik (maksudnya lebih muda dari kita), kita bebas nak cakap apa, nak buat apa pun. "nak malu apa?".."alah, takpe..adik"

ayat tu dah biasa juga saya dengar. walhal...hakikatnya 'adik' kita tu tetap lelaki ajnabi. saya sendiri pernah rasa macam tu. kalau berurusan dengan 'adik', lain tone nya. dengan rakan sebaya, lain pula tone nya. bila fikir2 balik...apa beza antara mereka tu? saya juga melakukan kesilapan, dan kita sama2 berubah, capitto?

saya pernah cakap kepada seorang sahabat, kalau nak elak ikhtilat ni..hatta 'like' di facebook pun cuba elakkan. apatah lagi 'comment'.

ooh...syadid kah saya?

terpulang kepada yang menilai.

pesanan saidatina Aisyah RA : sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang.

satu perumpamaan yang biasa kita dengar sampai kalau dengar banyak kali pun dah macam angin lalu je.

"antara kuih yang ditepi jalan dengan kuih di dalam kedai cantik, mana satu kita pilih? antara yang tertutup atau terdedah, mana satu dipilih?"

"seorang perempuan itu ibarat epal, bila masih ditangkai..cantik. susah nak petik. tapi, kalau dah jatuh...satu pun tak nak kutip" ~ err....betul ke ayat saya ni? ingat2 lupa dah.


smiley. nampak hal kecil je kan? terpulang kepada yang memandang nya lah. apa yang saya lontarkan sebagai peringatan untuk diri saya khasnya dan untuk sahabat2 sekalian secara umum. kadang2, hal-hal kecil sebegini lah yang merobohkan batas yang dibina. smiley yang comel lotey ni mungkin muqaddimah ikhtilat alam maya. so, cuba elakkan muqaddimahnya, insyaAllah tak ada lah jalan cerita seterusnya.


saya tak pandai nak hurai ayat2 al-quran atau hadis secara mendalam. tapi, jumpa satu blog tadi mengenai wanita solehah. boleh klik sini. seeloknya, rujuk guru di alam nyata daripada google macam saya. cuba rujuk ustaz ustazah atau mereka yang lebih arif.

kehidupan sekarang tidak dapat tidak kita banyak dan terpaksa berurusan dengan mereka yang berlainan jantina. terpulang kepada cara kita menguruskannya. bukan keras macam kayu, dan bukan terlalu lembut atau senang hancur macam....tart nenas? (sori, perumpamaan baru ...tak tau nak letak apa )

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

wallahu a'alam.

tegur saya kalau saya tersilap. please3!










1 comment:

humaira said...

pesanan saidatina Aisyah RA : sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang....


syukran kak syimah sbb mengingatkan diri ini dan kembali mnguatkan 'tembok' itu...^_^


nuruzuaz~