halwa telinga

Tuesday, November 22, 2011

you can be the happiest woman in the world

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, minggu ke-2 di OnG.

walaupun semester lepas sudah 2 bulan round OnG, tapi, semester kali ni atau lebih tepat round kali ni baru lah saya dan beberapa dari kawan2 sekumpulan berpeluang melihat CS iaitu caesarean section. bersalin melalui pembedahan atau biasa orang kata 'keluar ikut tingkap'.

kali pertama tengok baby keluar dari torehan yang dibuat tu.....

.......masyaAllah, Subhanallah......

speechless! sayu menyentuh hati. T.T

satu nyawa keluar dari satu nyawa. sungguh Allah itu Maha Kuasa!

doktor yang sambut baby tu terus tunjukkan baby yang baru dilahirkan kepada si ibu yang cuma dibius separuh badan.

bahagia itu turut kami rasai. itu baru tengok baby orang lain. belum baby sendiri. patut lah selalu sangat saya dengar, bila si ibu melihat bayi yang baru dia lahirkan tu, semua kesakitan yang dia rasa tadi seolah sudah hilang. Bahagia!

hari ni, sekali lagi Allah swt bagi peluang melihat CS. hari ni, kembar!. tapi, bayi masih belum cukup bulan (preterm). kandungan baru saja berusia 32 minggu. dan saiz keduanya tak sama. seorang kecil dan seorang lagi besar. itu salah satu komplikasi kandungan kembar. twin-to-twin transfusion syndrome.

kemudian, kami pegi tengok bayi2 tadi di dalam bilik neonatal care. doktor2 tengah dalam usaha nak stabilkan bayi2 tu. sebab mereka masih belum cukup bulan, maka perlukan perhatian lebih. semoga mereka berdua ok saja. selamat membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh ya .

anaknya lahir. ada juga yang kurang bernasib baik, kandungan gugur. seperti kes semalam. gugur saat kandungannya sudah 5 bulan. itu rezeki masing2 lah.

doktor selalu pesan...saat kelahiran itu saat sangat ditunggu oleh setiap pasangan terutamanya si ibu. tambah2 lagi jika itu merupakan kandungan pertamanya di saat usia sudah mencecah 35 ke atas. jadi, cuba elakkan seboleh-bolehnya apa2 kejadian yang tak diingini. mereka sudah menunggu saat itu selama 9 bulan. berikanlah mereka perasaan bahagia itu. jangan biarkan penantian mereka berakhir dengan sesuatu yang tak diingini. Naudzubillah min dzalik. semoga Allah menjauhkan daripada sebarang kecelakaan.


***
~The Believing woman and the disbelieving woman are not equal~

Muslim woman in the Muslim land is a believing woman who gives charity, fasts, prays qiyam al-layl, observes hijab, obeys her husband, fear her Lord, is kind to her neighbours and is compassionate towards her children. So, she is to be congratulated for her great reward, tranquility and contentment.

the disbelieving woman in the lands of disbelief is a woman who makes a wanton display of herself; she is ignorant and foolish, a mere fashion model, a cheap worthless product on offer in all places. She has no value, honour or religion.

compare the two situations, and you will see that you are the happiest, the most well off.

...saya petik dari buku hadiah dari adik2 sc yang lepas. buku karangan Dr. 'Aidh Alqarni : the happiest woman in the world. buku yang agak terkenal. adik2 hadiahkan dalam terjemahan bahasa inggeris.

yang saya petik ni merupakan point ke-4 dalam bab 2. the believing woman and the disbelieving woman are not equal.

berbahagia lah kerana kita dipilih oleh Allah swt sebagai seorang muslimah. dilahirkan di dalam keluarga Islam. masih hidup di dalam agama Islam. inilah agama terbaik. satu2nya yang diredhai Allah swt. dan semoga kehidupan ditamatkan di dalam Islam juga. amiin.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

~...Cukup lah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung~ Aali 'Imraan. ayat 173.

****

AKHAWAT, YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD!

****

Mesir sudah mula 'panas' dengan bahang pilihanraya. alhamdulillah, kami baik-baik aja di sini. bila saya telefon Ma siang tadi nak maklumkan yang kami OK, ada lah diceritakan berita2 yang disiarkan media di Malaysia. jangan over bercerita wahai media. sedang kami masih tenang di sini. jangan disebabkan cerita yang ter'over', kami sekali lagi dihantar pulang. cukup lah sekali pengajian tertangguh seketika. semoga kali ni semuanya aman damai dan kami boleh belajar , exam dan grad dengan selamat. setahun setengah je lagi. sabaq2...

jangan risau.
doakan kami=).

2 comments:

Syafa Mohamed said...

salam wbt kak syimah^^

Allah...mungkin media terlebih menyiarkan berita tetapi kami disini juga betul-betul risau tentang akhwat disana....

lebih sukar hidupnya ke sekolah, untuk berdakwah dalam sehari-hari dari kami disini,mungkin..semoga setiap kesulitan Allah bakal permudahkan...Semoga Allah lindungi akak dan akhwat disana dalam dakapanNya;)

salam rindu
bumi sakura11

tuan rumah said...

wslm wbt...

Syafa, insyaAllah xde pape pun kt sini.doakan semuanya baik2. teringin nak jejak tmpt syafa sekali =)

salam sayang dr bumi kinanah