halwa telinga

Friday, November 11, 2011

tazkirah jumaat

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah swt masih panjangkan umur kita sehingga saat ini sedang ada dikalangan hamba-Nya telah Dia jemput bertemu-Nya hari ini. ya, dua berita kematian dibaca hari ini.

yang pertama mengenai kematian seorang ustaz di kaherah. saya sebenarnya tidaklah mengenali beliau. tapi, membaca berita pemergian arwah buat hati tersentap. mana tak nya, beliau bangkit pada pukul 3 pagi untuk qiamullail sedangkan hamba yang seorang ini masih nyenyak dibuai mimpi.

Allah...~mula terbayang-bayang darjat di akhirat kelak. di manakah aku?

beritanya ada di sini.

****

berita kedua pula mengenai arwah 'wira royalti'. semasa membaca berita tu, hati ni tersentap lagi. berita mengenai kejadian itu boleh baca di sini. yang ni pula dalam perjalanan pulang dalam usaha membela hak rakyat.

****

semoga arwah ustaz fareez izhar dan ustaz kamarulzaman ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. semoga Jannah-Nya menjadi milik mereka di akhirat kelak. amiin

sesungguhnya setiap yang hidup akan bertemu kematian. itu janji Allah swt.

****

esok saya ada exam midterm paediatrics. MCQ 60 soalan. doakan semoga dipermudahkan ya.
semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan perlindunagn Allah swt.

semoga terus thabat dan istiqamah!

No comments: