halwa telinga

Tuesday, May 18, 2010

bumi itu~

"rasa malas la nak g usrah hari rabu ni," pernah saya merungut suatu ketika dahulu. alasan masa tu, minggu ni sangat penat. hari2 sampai kat rumah pukul 7 mlm. balik terus basuh baju. nak baca buku pulak. rasa macam robot kalau setiap hari macam ni. itu la rungut hati saya..."hari khamis ada tamrin (program tarbiah dan qiamullail). tak balik rumah. nak jugak merasa balik awal wlwpun sekali minggu ni..."...akhirnya, plan nak memonteng berjaya. dan akibatnya, satu 'hadiah' daripada ustaz Harun berbekas di betis. padan muka!

masa tu, mula terfikir...kenapa orang lain ponteng banyak kali tak pernah kena rotan, aku ponteng baru sekali, terus kena...rasa tak adil! ~ tu laaa..pepatah kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..kan dah kena!

aim ke sekolah sebab nak belajar. so, bila hari tu ada 'thobur' (perhimpunan), hari sukan, hari guru,dengan kata lain ahri yang tak belajar,..orang tak kan jumpa muka ni. tapi, itu perangai masa di tingkatan 1 ngan 2 je. bila dah besar, majlis sedemikian..dah mula boleh nampak muka ini. tapi, buka kelab kat dalam kelas. ahaa~

setiap kali tamrin nak diadakan oleh BADATI...ramai yang memberontak. Malas nyaa...rungut masing2.

dalam kelas pula, subjek tafsir, hadis, fekah,...apatah lagi Muthala'ah, mula tersengguk-sengguk. memang tak boleh lupa kelas Muthala'ah ustaz fikri masa Form 4...bersemangat ustaz terang sebab nampak anak murid ni muka selamba (tak menunjukkan sebarang tanda yang diorang faham ke tak sebenarnya ). ustaz ingat kita tak faham.tapi, bila sampai subjek sains, math...cerah je mata tu celik. tambah2, cikgu hariza yang ajar. tegap je badan. itulah kisah yang aim nak belajar untuk exam.

bila semua dah melangkahkan kaki keluar dari bumi itu...hati-hati yang dulu pernah memberontak, kaki ponteng, muka skip tamrin, boleh kata kaki-kaki pembuat masalah...mula rindu kepada bumi itu. bumi barakah. bumi yang melahirkan ramai ulama'-ulama' terkenal bahkan menteri besar sendiri anak didik bumi itu. rasa sayang. rasa rindu.

kalau dulu, susah nak berpakain tudung labuh macam yang ustazah suruh, sekarang...mereka berbangga dengan ajaran ustazah2.

kalau dulu, ada yang cakap " aku belajar kat sini sebab mak ayah hantar. aku ikut je. kalau ikut hati, aku tak nak,"...kini, mereka mampu berkata,"alhamdulillah, aku dididik di bumi itu.". rasa terpilih. rasa bertuah.

kami rindu...kami teringin bertemu kembali ustaz,ustazah, cikgu2...yang pernah kami kenali dulu.

kami rindu... kami teringin bertemu sahabat2 yang pernah kami kenali dulu.

kami rindu...kami teringin untuk menjejak kembali bumi indah itu..

kami rindu suasana dulu...

andai waktu boleh diundur kembali,...teringin untuk dengar betul2 apa yang ustaz ustazah ajar dulu...tafsir, hadis, tauhid, fekah, sirah, al-quran, bahasa Arab....kalau nak dihitung, sudah banyak yang kami belajar, tapi...kerna sikap yang mengejar A, hanya sekadar A yang dapat. ilmu sebenar? hilang ~

Bumi Maahad Muhammadi lilbanat....andai punya rezeki, kaki ini bakal menjejaki...insyaAllah

ustaz,ustazah, cikgu2....SELAMAT HARI GURU ~ terima kasih atas jasa kalian. baru kini kami terasa, bertuahnya kami menjadi anak didikmu!




wlwpun di akhir entry baru nak bagi salam...assalamualaikum,
sekadar memenuhi masa sambil siapkan esemen...doakan esok 2 presentations and para pract exam!...robbuna yunaggahku tuk kawan2...



6 comments:

khadira said...

rinduu sangatt...:(

tuan rumah said...

mas>>
btul3!...rugi mls2 dlu...aha~

az^_^ said...

kenapa sume org menggamit memori maahad ni..huhu..
wat ore rasa nk balik jah..hehe

tuan rumah said...

az>
maahad istimewa sgt...tu wt rmai org rndu..huhu

aik az?? xblik ko?

laureates said...

aduiii,
meme rindu sgt2 skolah dulu.
nk blk cepat.
:(

az^_^ said...

wallahu'alam :)