halwa telinga

Tuesday, May 25, 2010

erti syukur

assalamualaikum WBT..

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah


begitulah bunyi lagu erti syukur dendangan UNIC suatu ketika dahulu. nikmat Allah...memang tak ternilai...

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

baru-baru ni, saya diminta oleh adik beadik sc, selaku SR juga bagi kelas kami;Ika...untuk memberi sedikit tazkirah untuk kelas. disebabkan diri ni tak pernah2 berdiri kat depan audience and memberi tazkirah...so, kecuakan tersangat lah memonopoli diri...of course laaaa

so, saya sendiri tak pasti sama ada mesej sampai atau tak. tazkirah yang ringkas...sekadar mengingat kan kembali tujuan hidup yang sebenar. saya teringat saya ada tanya mereka "betul ke kita ni beriman kepada Allah?" - andai solat pun tak khusyuk, ibadah tak ikhlas, berani buat maksiat dsb.

betul lah, kata-kata yang kita ucapkan, telinga pertama yang mendengarnya adalah telinga kita sendiri.

'aku pun tak khusyuk solat...sangat susah nak khusyuk'

'ibadah aku ikhlas kah? andai riya' dan ujub bertandang ke hati ini? halus dua beradik ini meresap'

'aku juga berbuat maksiat....mata,hati...hati yang sangat susah untuk dijaga'

tapi, adakah disebabkan diri ini mempunyai kelemahan ini...diri ni tak layak untuk memberi peringatan??? tentu sekali tidak. Rasulullah juga bersabda :

"sampaikanlah daripadaku walau satu ayat"

keesokannya saya ditanya oleh rakan sekelas, macam mana yang dikatakan semua manusia itu sama?

sahabat saya menjawab, ada mata,hidung, telinga....

"kalau yang diciptakan cacat?" rakan yang bertanya mengajukan soalan lagi.

saya terkedu. saya perlu berhati-hati memberi jawapan. saya takut saya memutarbelit fakta sebenar. diri ini berfikir sejenak. akhirnya...

"persamaan itu adalah kita sebagai hamba"

seorang sahabat yang berada di sisi saya masa tu turut menjelaskan erti persamaan sebenarnya.

akhir sekali, sahabat yang bertanya : oh, jadi yang sama tu sebagai hamba je la?

minta maaf kepada sahabat yang bertanya, andai anda membaca entry ini...'hamba je la'?

KITA ADALAH HAMBA. bukan setakat title. sememangnya hamba. sebesar-besar persamaan antara semua manusia. tak kisah yang kaya, miskin, bijak, kurang bijak, cacat atau sempurna.

kenapa Allah ciptakan yang cacat?

kerana Allah yang menghendakinya. sebagai tanda bahawa makhluk ni sangat lah tak sempurna. andai sempurna pada zahir, 'cacat' pada batinnya. manusia tak kan sempurna!
mahkluk ni lemah. tak kan mampu menolak ketentuan Allah...

kenapa umat Islam disuruh memakai pakaian ihram berwarna putih? juga sebagai tanda, kita semua sama di sisi Allah.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.Al-hujurat ayat 13.

persoalan sampai sekarang masih lagi didengari, walau sudah 3 tahun kita di bumi kinanah ni..."kenapa aku dihantar ke Mesir?" saya harap, mereka yang masih mencari-cari sebab sebenar Allah mencampakkan kita di sini...akan bertemu jawapan sebenar. 3 tahun saja lagi. berusahalah mencari jawapan =)

"maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?" surah Ar-Rahman. 31 kali diulang didalam surah ini.(kalau salah tolong betulkan) bersyukurlah dengan nikmat Allah. jangan mempersoalkan ketentuan Allah, sebaliknya mencari hikmah disebalik ketentuan itu.



Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

-Surah Al-A'raf ayat 179-


semoga kita ini tidak lah tergolong dari ahli neraka...berfikir, bersyukur....nikmat Allah, tak kan mampu untuk dihitung! alhamdulillah!


p/s >> cuba fikir balik, kenapa ada yang bercouple? meng'usha' sana sini? takut melepas? ...jadi, sejauh mana kita katakan 'aku beriman kepada Allah'? di mana kebenarannya? tak yakin dengan Allah? betul la jodoh tak datang bergolek...tapi usaha ada caranya, usaha yang diredhai Allah. insyaAllah bahagia rumah tangga nanti.

"Ya Allah, jauhkan lah kami dari fitnah dunia, daripada keseronokan dunia yang menjauhkan kami dari nikmat syurga Mu kelak. Kami cuma hamba yang hina"

~hati suci lagi bersih, yang terbaik, ingin kita sama-sama persembahkan kepadaNya~

2 comments:

nhanunmr said...

hoho..sy siap bukak balek persoalan ni kat adek2 sc sy.
mencabar jugak nk jwb kn?
tp,sy ade lagi jwpn die..

1.udara yg kte hirup..sume Oxygen kn?ade yang hirup hydrogen ke?dan jantung yg jdi organ pnafasan kn?ke ade yg breathing pakai liver? :P

2.sume bpijak pd bumi kan?ade yang lahir tarikan graviti die rendah smpai kne terbang ke?

3.sume blindung di bawah langit yg sama bukan?ke ada yg hidup kat planet marikh?

kan best kalu jwpn tu dtg time kte kne soal?:p
'ala kulli hal,da'wah itu tak stop kt situ.masih ada yg dahaga :)

tuan rumah said...

hoho my bunge cengkih...
bla msa wt sc nih? bru jah kite disoal hr tu...huhu!

tu laa...otak beku skit time kena soal...lps tu bru trfikir jwpn sbnr...musy syaghol laaaa T_T