alhamdulillah, baru balik dari kelas ustaz Aqli. kelas tafaquh mingguan. sangat bersyukur, semakin ramai rakan2 saya menghadirkan diri. bersyukurlah, Allah buka pintu hati untuk hadiri majlis ilmu. satu majlis yang Allah katakan akan dikelilingi oleh para malaikat.
apa yang saya dapat mungkin akan dikongsikan di lain waktu. tapi, semasa dalam perjalanan ke kelas tafaquh tadi, pak cik teksi bagi tazkirah untuk kami. naik saje, dia bacakan satu ayat al-quran ni. saya tak pasti (or sebenarnya tak tahu) ayat mana. tapi, maksudnya lebih kurang macam ni..
Dialah yang berselawat ke atas kamu. untuk mengeluarkan kamu semua daripada kegelapan ke arah cahaya.
Allah berselawat ke atas hambaNya? pak cik sambung, katanya, betapa Allah sayang kan hambaNya, sampai Dia mengangkat darjat hambaNya dengan berselawat ke atas mereka. semoga hambaNya selamat. terhindar daripada kegelapan. saya termenung sejenak. kagum dengan pak cik tu satu, lepas tu terfikir betapa Allah sayangkan hambaNya sebenarnya.
tapi aku sebagai hamba? sayangkah aku kepada Tuhan ku?
kita selalu menyoal diri kita, apa usahaku untuk mendapatkan cinta Allah? rupanya Allah sememangnya sayang kan hambaNya. cuma hambaNya saja yang alpa. menjauhkan diri daripadaNya.
tidak rindukah hamba kepada PencipataNya? rindu kepada tempat asal?
Ar-Rahman..Ar-Rahim...betapa hamba tidak sedar akan hakikat itu. Astaghfirullah~
seringkali saya mengulang ayat ini,
"katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. nesacay Allah akan menyayangi mu dan mengampuni dosa2 mu. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang "
- surah Ali-Imraan ayat 31.
belajar sirah Rasulullah SAW, bukan setakat untuk tahu kisah Baginda, tetapi, untuk mengambil iktibar, contoh, tauladan kehidupan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah. hiduplah seperti Rasulullah SAW.
mungkin setakat ini saja dulu.
>>kenapa suka update blog akhir2 ni? banyak masa nampak! tak pun, release tension. ok, selamat bermuhasabah.
saya juga cuba mengislah diri =) sama2 lah kita meningkatkan amal.
No comments:
Post a Comment