alhamdulillah...sudah masuk minggu baru..exam semakin menghampiri...tp, study still x seberapa...masih cuba beristiqamah dlm berusaha...usaha3!
beberapa hari ni, banyak dpt mesej melalui ym yg menyuruh kita memboikot facebook. semuanya sebab admin facebook menganjurkan pertandingan melukis karikatur nabi Muhammad SAW...antara ayat di dalam mesej2 tu," inilah masanya kita nak tunjukkan rasa sayang kita kepada nabi Muhammad SAW."
baru-baru ni, kami belajar subjek 'Behaviour'. masih teringat-ingat pertanya doctor; seorang neuropsychologist (kalau tak silap la). dia tanya,
"are you believe in God?"
"yesss!" ramai jawab.
"why did you believe in God? did u see God?"
"no,"
"so, why did u believe Him? why did u pray?"
..............
semua diam...berfikir-fikir barangkali. lemahnya kami. itu baru seorang doktor beragama Islam yang menyoal kita kenapa kita percayakan Allah. belum lagi seorang yang bukan dikalangan kita iaitu NON-MUSLIM .agak2...apa nak jawab?
andai hati yang boleh dibolak balik oleh Allah, dengan soalan sebegitu kita mungkin akan mula terpesong. wa na'udzubillah min dzalik! astaghfirullah...
teringat pada suatu kisah, diceritakan oleh seorang sahabat saya. seorang guru sekolah rendah bertanyakan soalan lebih kurang dengan soalan yang doktor kami tanya tu.
"murid-murid, nampak tak pen ni?" seorang guru memegang sebatang pen di tangannya.
"nampak...!" jawab si anak murid.
"jadi, pen ni ada ke tak?" tanya guru tu lagi.
"ada...!" jawab murid-muridnya beramai-ramai.
"murid-murid, murid nampak tak Allah?" cikgu mula masuk jarum.
"tak nampak...."
"jadi, Allah ada ke tidak???" tanya cikgu lagi.
" tak de!"
"jadi, buat apa percayakan Allah? Allah kan tak de," cikgu mula membuat kesimpulan yang bakal disemat di hati anak-anak yang masih kecil itu.
tiba-tiba, bangun seorang anak murid. "kawan-kawan, nampak tak otak cikgu?" si bijak itu mula berkata-kata.
"tak nampak..." jawab kawan-kawannya.
"jadi, cikgu ada otak ke tidak?"
"tak de!" jawab mereka sambil tergelak-gelak. cikgu tak de otak rupanya. itu fikir mereka.
dengan senang...usaha untuk memurtadkan umat islam dilakukan. dengan mengucar-ngacirkan hati anak-anak kecil ini.
kalau tak de si bijak itu untuk bangun membetulkan kembali fikiran yang diputar belitkan oleh cikgu tu...entah macam mana keadaan mereka.
itu hanya analogi. kalau di kondisi kita, dunia yang penuh mencabar...umat Islam sering diperkotak-katikkan...dipandang rendah, kalau tiada yang berilmu untuk bangun membetulkan keadaan...lenyaplah Islam suatu hari nanti...wa na'udzubillah!
jadi, kita yang ada...perlu mencari ilmu. perlu untuk menjaga islam. kenapa? berharga kah Islam? cukuplah kalau kita jaga diri kita. orang lain usaha lah sendiri. kita kena ingat, Islam tak memerlukan kita, kita yang perlukan Islam. nasib kita di hari akhirat...hanyalah bergantung kepada amalan kita. agama yang diredhai Allah, hanyalah Islam.
bak kata doktor behaviour tadi...syurga akan jadi neraka jika hanya kita seorang di syurga. sebab lumrah manusia, memerlukan orang lain bersamanya. jadi...apa kata sama-sama masuk syurga. kan lebih bahagia?
hari jumaat yang lepas, saya ada menghadiri talk yang disampaikan oleh Sir Idris Tawfik. seorang bekas paderi di UK, dan sekarang merupakan seorang pendakwah Islam yang hebat. kata-katanya amat terkesan di hati kami yang mendengar. satu ayat yang paling menyentuh hati saya. buat saya rasa malu...bila dia kata..
"u are muslim since u are born. but, i'm not. so, i'm a baby," ayat betul tak ingat. tapi lebih kurang la maksud dia. saya mula terfikir. dia bergelar Muslim tak lebih 10 tahun. kalau ikutkan dia cuma 'kanak-kanak berumur kurang 10 tahun'. bayangkan, seorang kanak-kanak berbicara tentang Islam dengan hebat di depan orang dewasa yang sudah 20, 30, 40 tahun hidup dengan title seorang Muslim. rasa malu dengan diri sendiri. kenapa aku tidak jadi muslim yag hebat seperti dia? dia bekerja keras untuk menjadi hebat. kenapa aku tak mampu? tak mampu...atau aku malas???
salah akukah?
umat Islam semakin pemalas. malas mengkaji dalil-dalil. malas mencari kisah-kisah Rasulullah SAW. hanya menumpukan belajar...belajar...belajar...kerja...kerja....kerja...
akibatnya...LEMAH. umat Islam dilihat lemah sekarang di mata musuh-musuh Islam. tak hairanlah...ada yang mempermainkan Nabi Muhammad! mengadakan pertandingan melukis karikatur Rasul kita. bila dah jadi macam ni, mula sibuk nak memboikot sana sini. katanya, inilah masanya untuk kita tunjukkan rasa kasih sayang kepada baginda. kenapa bila semua tu dah berlaku? kenapa kita tak cegah dari awal? bukankah mencegah itu lebih baik? tunjukkan kekuatan kita.
kasih sayang kepada Rasulullah SAW....baru sekarang nak tunjuk? bila terhantuk baru tergadah? kalau betul sayangkan Rasulullah...ikutilah sunnah baginda. ikutilah ajarannya. jangan sia-siakan perjuangan Rasulullah....kalau begini lah hidup kit sekarang, andai Rasulullah dihidupkan kembali....pasti, Baginda bersedih.
Syabab Islam!...di manakah kamu? pemimpin akan datang adalah remaja masa kini. kalau remaja masa kini asyik dengan games, bercinta sana sini, enjoy sana enjoy sini....inikah rupa pemimpin masa depan?
fikir-fikir kanlah...
sama-sama kita mengislah diri balik. saya tahu, tiada yang sempurna. tapi, kita perlu berusaha. matlamat kita adalah untuk bertemu Allah dalam keadaan yang paling baik. hati yang paling cantik. syurga itu hanya ganjaran. sama lah seperti berjaya dalam exam. matlamat 4.0. anugerah pelajar terbaik hanyalah satu ganjaran. jadi, BERUSAHA!
salam imtihan....robbuna yusahhilku...semoga sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.
2 comments:
[T T]
sangat menginsafkan..
jzkk k.syimah atas perkongsian..
ogy>> kucingbunge ku sayang...hii..thnx jgk ats status ogy...hr tu dh mcm mls nk g talk sir idris, tp..bila tgk ogy tulis, kalau nk jd hebat,kna brsama org hebat...
syukran jazilan ya ukhti^_^
Post a Comment