halwa telinga

Sunday, January 29, 2012

hati itu Allah punya=)

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

hari ni sambil makan nasi berlauk kibdah (hati) yang diberi oleh adik2 junior yang belajar di Misturk kepada ustazah Marwa. (kott)...kami bersembang mengenai hati (kibdah). 

"berapa harga hati?" saya bertanya sahabat2 sekelas ni.

"hati saya mahal"
"oh, tak ternilai.."

masa tu mungkin nada berseloroh. tapi, kami betul2 maksudkan kata2 kami tu.

hati ini mahal.

***
saya berulang kali cuba menulis status mengenai hati. tapi, akan jadi panjang pula. sebab terlalu banyak explaination mengenai hati yang saya nak tulis. bukan pasal cintan cintun, tapi hati para da'ie dan mad'u.

ya, hati para da'ie dan mad'u.

sabda Rasulullah saw "sampaikan daripada ku walau satu ayat". saya pun dah banyak kali catitkan hadis ini di 'rumah' ni. WALAU SATU AYAT. maka dengan itu, kita semua adalah da'ie. iaitu yang menyeru kepada kebaikan dan yang mencegah kemungkaran. apa yang kita tahu, perlu kita sampaikan. walaupun hanya perkara kecil seperti 'senyum itu sedekah'.

bila kesedaran itu ada pada diri setiap orang, Alhamdulillah, dan apabila dia bertindak mengikut kesedaran yang ada, maka itu adalah yang terbaik. tapi, kerana kita semua mempunyai hati...berbagai perasaan yang hadir dalam menghadapi mad'u. 

jika respon positif yang kita dapat daripada mad'u, contohnya perubahan si dia ke arah yang lebih baik...alangkah gembiranya hati. sekali lagi, kerana hati itu bukan milik kita, senang sekali dibolak balik, akhirnya datang pula perasaan yang tak sepatutnya...

"dia berubah selepas aku tegur,dia berubah atas nasihat aku".....mungkin sekali tengok, 'apa yang tak eloknya?'...tapi itu lah ujub,kan? kalau saya salah tolong betul kan.

situasi lain pula, jika respon negatif yang da'ie dapat contohnya, si mad'u ni tetap tak berubah. berpuluh kali ditegur, diberi nasihat....tak juga berubah. kalau bahasa Kelantan, "tok ddegih!" ....si da'ie ni mula kecewa. dengan bergeraknya masa, si da'ie mula meninggalkan mad'u ini membawa hati yang kecewa, dan mencari mad'u2 lain yang senang menerima.

tambah kecewa lagi apabila tiba suatu saat, mad'u ni berubah, tapi atas teguran orang lain.

kenapa perlu kecewa?

tugas sebenar adalah menyampaikan. dia terima atau tidak, itu bukan kuasa kita. 

jangan mengharapkan respon positif yang cepat. perubahan mad'u itu bagi saya umpama sebuah hadiah daripada Allah swt atas usaha2 yang telah dilakukan.

kerana hidayah itu daripada Allah swt.
hati juga milik Allah swt. Dia yang memegang hati manusia.

kita yang perlu kembali kepada Allah swt. pohon lah, rayu lah kepada Allah moga hati si dia terbuka kembali ke jalan asal.

maka, sabar lah. saya suka gambar kat bawah ni. betapa pentingnya sabar tu.


semat dalam hati elok2, jalan dakwah bukan jalan mudah. jalan ni tak pernah dihamparkan dengan karpet merah, atau menyusuri jalan yang mudah. ujian2 yang Allah swt bagi  terlalu banyak salah satunya menghadapi mad'u yang payah 'ddegih' ni. senang la kerja kalau menyampaikan kepada orang yang nak. tapi, apa pula nasib mereka yang belum nak ni?

usaha dan terus usaha. kerana SYURGA ITU MAHAL, maka ujian yang diterima juga mesti hebat!

bila kata hidayah ni daripada Allah swt, ada pula yang kata..."belum dapat hidayah", sambil diri duk goyang kaki macam tunggu hidayah jatuh atas riba. rezeki pun Allah kata kena usaha, sama juga dengan hidayah.

kalau inginkan hidayah, minta lah kepada Pemberi hidayah tu; Allah swt. 

senang cerita, proses dakwah ni merupakan interaksi antara da'ie, mad'u dan Allah swt.

Da'ie tak boleh berputus asa, mad'u pula jangan menunggu bulan jatuh ke riba.

***

saya menulis untuk peringatan diri saya yang pernah rasa kecewa, yang pernah juga punya rasa 'ujub.

bila duk fikir sorang2, baru lah teringat....'hati ni Allah pegang"

kalau Allah swt tak buka hati kita, sampai bila2 hati ni akan tertutup.

"Sesungguhnya orang2 kafir sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat" ~Al-Baqarah ayat 6-7.

saya juga pernah menjadi mad'u yang degil!.

walaupun belajar di sekolah agama, walau setiap hari disumbat subjek agama...apa yang saya ada sekarang tak sebanyak yang saya dapat dulu. kerana dulu hati saya tak terbuka untuk menghayati ilmu2 itu. saya hanya tahu menghafal. dan saya cuma memegang asas agama yang wajib. boleh kata, saya ni tak lebih pun daripada orang lain.

apatah lagi nak faham kepentingan dakwah,  walaupun setiap tahun menghadiri tamrin (program tarbiyah). tapi, setelah keluar dari zon selesa di sekolah, dijentik oleh Allah swt dengan sedikit ujian, mata saya seolah baru celik. seolah tersedar daripada tidur yang panjang, dan mula lah nak mencari semula ilmu2 yang pernah dituntut dulu.

itu lah nak kata, walau sebanyak mana diberi  ilmu agama, diberi tarbiyah...kalau Allah tak nak buka hati kita, tetap juga tiada kesannya. tapi usaha dakwah tetap perlu diteruskan juga. =). jangan berputus asa.

***

saya tak reti nak keluarkan dalil al-quran @ hadis banyak2...tapi saya cuba sampaikan yang terbaik walaupun saya tahu saya bukan lah yang terbaik. the points are : sabar, jangan gelojoh, berusaha..dan HATI ITU ALLAH PUNYA=)

saya tengok drama 'Dingin Lavenda'. sebuah adaptasi novel 'dingin salju indiana' kalau tak silap. drama ni tak fokuskan sangat mengenai cinta biasa tu, tapi mengenai persahabatan......setakat episod sekarang, macam tu lah.

saya cuma belajar dari watak Jannah yang tak pernah putus asa untuk mengubah sahabat2 baiknya Nana dan Murni. kesabarannya menghadapai Nana, Alhamdulillah akhirnya Nana mula berubah. mula bertudung.

saya nak jadi sabar macam Jannah. =).

***
wallahu a'alam. mintak maaf kalau tersilap kata. tegur kalau saya silap, ok?

dari Imam Hasan Al-Basri

"sesungguhnya aku sedang menasihati bukan bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikit lah orang yang memberi peringatan"

semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

No comments: