assalamualaikum wbt...
alhamdulillah, hari ni sudah hari ke-3 kami di bahagian kanak-kanak,Hospital Syatbi. baru perasan, rupanya belum ada entry sempena masuk ke round baru. selalunya, saya akan update dengan entry baru sempena habis exam dan masuk posting baru.
ok, apa cerita hospital kanak-kanak? hospital comel. ada banyak gambar kartun macam tweety, mickey dan minnie mouse...dinding pun dicat dengan warna yang pelbagai. dan yang penting, kami dengar tangisan adik2 kecil di sekitar wad.
kesabaran perlulah tinggi untuk berurusan dengan mereka yang tak reti duduk diam dan suka menangis ni. nasib baik kamu semua comel. dan kamu semua ni mengingatkan saya pada anak2 saudara di rumah. 2 beradik putera abe Mi; Ahmad Naufal Aliff dan Muhammad Iman Irsyad...dan juga putera sulung abe se; Muhammad Uwais. habis la 3 orang hero sekalian...ade chance makngah nak jadikan model nih=)
nampaknya kena bawa mainan, gula2 atau apa-apa alat memujuk yang sesuai untuk si kecil di hospital. kalau faham bahasa melayu, boleh la jugak nak agah macam agah Naufal dengan Iman, tp...dah kami sama2 tak faham, nampaknya cara gula2 dan mainan je la kot yang berkesan.
teringat round bahagian OnG hari tu...semuanya berkisar mengenai si ibu. si ibu yang sedang mengandung. bermacam-macam dugaan diuji semasa tempoh kehamilan. dan sebenarnya si ibu itu sedang meletakkan risiko yang tinggi kepada dirinya sendiri semata-mata untuk melihat cahaya mata lahir ke dunia. dan sekarang...kami berbicara kisah si anak pula.
sekiranya si anak lahir sempurna tanpa cacat cela, tanpa penyakit berbahaya....alhamdulillah. tp andai dikurniakan si anak yang tidak sempurna? Allah sahaja yang tahu perasaan si ibu. mengandung selama 9 bulan, penuh angan2 mengidamkan anak yang comel, tiba2 yang lahirnya dia yang tak sempurna. hanya yang 'KUAT' dapat menghadapinya. sebenarnya, ketidaksempurnaan pada seseorang itu sebagai tanda bahawa Allah mampu buat apa saja. Allah Yang Maha Kuasa.
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." Al-Baqarah ayat 286.
...macam mana pula yang lahirnya alhamdulillah sempurna segala anggota dan kesihatannya. dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. penuh harapan supaya anak itu jadi anak soleh...tp, bila sudah meningkat remaja....wajah ibu ayah juga yang dicontengnya...naudzubillah!
***
anak soleh. semua ibubapa mengimpikan anak yang soleh. hadis Rasulullah saw ada menyebut :
Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah atau anak soleh yang mendoakan kebaikan kepadanya) [Sahih Muslim].
saya cermin diri saya sendiri....anak soleh. anak solehah. sudah cukup solehah kah aku sebagai anak ma dan ayah? sudah cukup solehah kah aku sebagai adik yang solehah kepada abang2? juga kepada kakak2? sudah cukup solehah kah aku sebagai kakak kepada dua orang adik? sudah tertunai kah semua tanggungjawab aku?
jangan merasa diri sangat sempurna, kalau kebajikan keluarga sendiri kadang2 terlupa.
ini baru saja tanggungjawab sebagai anak, adik dan kakak...belum lagi sebagai yang lain. wallahu a'alam, mampu ke tidak. doakan semoga 'kuat'lah.
wahai anak, biar sejuk perut si ibu yang mengandung. biar berbaloi keringat si ayah. mereka ingin melihat kamu menjadi hamba Allah yang taat. anak yang soleh.
*kenapa semua baby comel2? subhanallah...~ yg sakit pun tetap comel.
*didik anak ikut acuan Islam. ~kitab tarbiyatulaulad dah berdebu dan berhabuk. belidansimpan je? ~aiyoo
** menulis sebab kurang bersemangat nak baca buku. T.T ..
study ye Syimah...kata nak jadi anak solehah untuk ma ayah...~
Wallahu a'alam. betulkan saya kalau saya silap.
2 comments:
tarbyatul aulad kat umah ni lebut doh..
sapo baco? hk ni bli berzaman dh...nnt la wt kelik wi lebu ko ore dumoh plop
Post a Comment