halwa telinga

Wednesday, June 29, 2011

berjalan tanpa henti

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah, hari ni sekali lagi diberi peluang untuk menitipkan serba sedikit di 'rumah' saya ni. hari ni kelas separuh hari.:D. dah lama tak berpeluang untuk pulang awal dari kelas. alhamdulillah.


***


Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).


"Dan rahmatKu melebar - meliputi - segala sesuatu." (al-A'raf: 156)

semalam ada tazkirah mengenai sabar di dalam bilik kuliah. SABAR.

tak ramai yang dapat menahan diri dan bersabar. saya tertarik dengan sebuah hadis yang saya baca yang dikongsikan oleh seorang ukhti di dalam blognya.

"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

betul la kan?

sebab sifat SABAR tu sangat susah untuk kita dapat.

tak marah, tapi cakap belakang..itu bukan sabar.
tak menangis...tapi asyik mengeluh. itu bukan sabar.
senyap je...tapi muka masam. jalan hentak kaki. hempas pintu. itu bukan sabar.

sabar itu adalah respon kita saat pertama kali mendapat musibah/masalah/ ujian. bersikapa tenang dan senyum ( tp takkan lah senyum sorang2? tengok keadaan la) =)

SABAR sampai ke akhirnya. tak akan ada mengungkit walaupun selepas sebulan ,2 bulan atau setahun....itu baru betul sabar. SELAMANYA...~~~

~muhasabah mode~ dah cukup berSABAR ke wahai Hasyimah? T.T

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:
"Allah Azzawajalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu
dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu. Demi Allah, niscayalah Allah itu lebih
gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara engkau semua yang
menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.

Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya
dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku
mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka
Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Muttafaq 'alaih)

bersangka baiklah dengan Allah swt. segalanya ada hikmahnya.

saya teringat kata-kata DR.ALaa yg agak membuat kami stress sedikit dengan cara dia mengajar. tapi, ada betulnya. dia nak jadikan kita 'a good doctor', not 'a bad doctor'. he said that , being a doctor means you will have a stressful life. Dia cuba membiasakan diri kita dengan keadaan understress, sebab membuat keputusan yang CEPAT dan TEPAT dalam keadaan stress bukan lah sesuatu yang mudah. 'A bad Doctor' will be a criminal! ~ berdegup laju jantung bila dengar perkataan tu..~ dan DR cakap, ini baru a small dose of pressure..hoho! *memang betul pun, sikit je tu*

itulah hikmahnya....otak saya bekerja lebih sikit bila masuk kelas dia :D. thank you doctor!

jadi....berusaha. BERJALAN TANPA HENTI. ini tajuk lagu baru kumpulan Devotees. seperti biasa, devotees dengan lagu motivasi nya. ye, berjalan lah tanpa henti. usah putus asa.



*asyik cakap benda sama je,kan? tapi, tanpa peringatan (tazkirah)...kita ASYIK terlupa juga.


betulkan saya kalau saya silap. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

wallahu a'alam=)

3 comments:

hasmah said...

berjalan dari hospital balik sporting ka?
exercise betul..heheh.

hidup ni takkan berhenti selagi hayat masih dikandung badan- keep moving,hold ad-deen Islam.
u'll be great inshaAllah.

sama2 la kita doakan.amiin =)

tuan rumah said...

xdpt la jln kaki blik sporting. nk jln gi dafa' pun mls td. trus tahan tramco dpn pintu hospital..heee~

yup, keep moving. cuba utk berubah. utk Islam. dgn itu, kita takkan rasa putus asa=).

thnx hasmah=)

hAs's said...

nah kt dedicate nasyid terbaru tuk syimah tersayang,heheh

devotees- berjalan tanpa henti =)

http://www.youtube.com/watch?v=F53vBo37juQ

selamat mendengar =)