halwa telinga

Saturday, May 7, 2011

walaupun kita dari planet yang sama....

assalamualaikum wbt..


alhamdulillah wa syukru lillah..hari ni walaupun agak penat sedikit, alhamdulillah waktu2 yang dilalui dipenuhi dengan kelas sahaja. kurang perkara lagha...kadang-kadang kesibukan itu menutup pintu kelalaian. apa pula akan jadi esok? doakan lah setiap hari bertambah baik.

umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam...

lirik lagu menuju wawasan dari UNIQUE. esok harapnya lebih baik dari hari ini. insyaAllah....


~~~~

dah lama pula buka dashboard blogger ni, tp asyik tekan 'backspace' saja dari tadi. ada sesuatu nak tulis, tp risau kalau tulisan itu nanti bakal mengguris hati mereka yang saya sayang. yup, kalau emosi kurang terkawal, jangan menulis. risau jadi terluah macam2 pula kat 'rumah' saya ni.


mungkin saya tak kan pergi spesifik pada apa yang bermain dalam fikiran sekarang. tp, sekadar untuk peringatan dan muhasabah kita bersama...


nak ikut jejak langkah orang lain tak salah selagi ianya ke arah kebaikan. tapi, kalau dah terang-terang sahabat kita buat salah, bukan sikap kita sebagai sahabat untuk jadi 'geng' , tp kita sepatutnya betulkan semula apa yang tak betul tu. walaupun 'yang tak betul' tu sangat indah pada pandangan kali pertama kita, kita lah tukang mujahadah. tukang ubah. bukan tumpang sekaki. "i nak join u lah!"


~tegur saya kalau saya buat silap, bukan join saya...boleh?

***

selamat hari ibu Ma! dan kak Tie juga...

~betul ke hari ni hari ibu? memang fail bab2 tarikh yang diraikan...

No comments: