“Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “ (Muttafaq alaih)
“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)
“Siapa senang dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia membaca Mushhaf ini (Al Quran)“ (HR Bukhari)
“Dikatakan kepada orang yang suka membaca Al Quran : “Bacalah dan mendaki-lah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, karena sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca“ (HR Bukhari)
“Inginkah salah seorang diantara kalian yang kembali ke keluarganya membawa tiga ekor onta yang sedang hamil dan gemuk-gemuk?, kami berkata : Ya, maka beliau bersabda : tiga ayat yang kalian baca dalam shalat kalian itu lebih baik dari tiga ekor onta hamil yang gemuk”(Muslim)
sekiranya kita masih merangkak untuk membaca kalamullah ni, kita kena cuba juga untuk perbaiki bacaan tu.
satu analogi yang ramai orang gunakan.
andaikan al-Quran ni adalah surat cinta dari kekasih halal kita yang berada jauh nun di sana. hari hari buka surat nak baca. maklumlah boleh lepas rindu!. tapi, tak seronok la kalau asyik kena mengeja je bila nak baca. kurang penghayatan orang kata. lebih seronok kalau dapat baca dengan lancar.
begitu juga dengan ayat-ayat cinta Allah ni....kalau kita dapat baca dengan lebih lancar, lagi seronok. malah lebih2 lagi la rasa seronok tu. sebab Allah lah Kekasih yang sebenar-benarnya.
sambil2 tu boleh jeling makna kat sebelah kalau baca al-Quran terjemahan. dan kalau betul-betul nak penghayatan lagi, belajar lah bahasa Arab. bahasa Arab bahasa Quran. juga bahasa ahli Syurga. kita tak tahu kita ni pengakhirannya syurga atau neraka, tapi apakata kita ambil sikit2 sikap ahli syurga? bertutur dalam bahasa arab...(ok, iklan sekejap)
sangat sedih sebenarnya melihat masih ada dan masih ramai sebenarnya di kalangan kita yang sudah berusia 20,30, 40...atau mungkin 50? yang masih belum dapat membaca al-Quran dengan betul. makhraj nya masih tak kena. tajwid pun masih tunggang terbalik. tambah menyedihkan bila mereka gunakan alasan 'tak pandai' untuk 'tak baca'. habis tu, sampai bila nak improve bacaan kalau tak cuba untuk baca? practice makes perfect, right?
hidup sekarang dah ramai ustaz2 atau ustazah2 yang boleh tolong ajarkan. guru mengaji sangat ramai. jadi, alasan untuk mengatakan takde orang nak ajar tu dah tak boleh diterima. mungkin kita yang tak pandai ni perlu jatuhkan ego untuk dari darjat 'hebat-segala-aspek' dan buang perasaan malu untuk belajar.
yang boleh mengajar ni pula, mungkin dah tiba masanya cikgu cari anak murid. sebab zaman sekarang ni, Islam dah jadi asing. orang dah jadi malu nak belajar bab2 agama bila umur dah menjangkau puluhan. (belajar menari poco-poco takde pulak malunya...haih). takut nanti, yang boleh mengajar ni dipersalahkan sebab tak ajar. nak ke macam tu?
saya katakan di atas 'yang boleh mengajar' sebab hakikatnya tugas ni bukan saja terletak pada bahu guru2 agama malah pada semua. kalau tahu, ajar.
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang be-lajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)
medan dakwah sebenarnya luas. kadang2 da'ie tu sendiri yang berfikiran sempit. sebab apa? sebab dia rasa susah untuk betulkan orang. dakwah bukan sebab nak transform seorang manusia jadi manusia yang baru sebab hidayah tu macam mana pun milik Allah jua. tapi selaku khalifah, da'ie...menyampaikan itu sudah jadi wajib. amar maaruf nahi mungkar. beberapa kali diulang-ulang dalam al-Quran tu.
Rasulullah saw pesan, "katakanlah yang benar walaupun ianya pahit" ...
ni link satu video pasal seorang ayah ajar anak mengaji. kelakar je tengok. teringat ayah ajar kami mengaji masa kecik2 dulu. tp, bukan ajar macam tu la. :D. ada caranya yang tersendiri.
JOM BACA QURAN!
****
kenapa hari2 update blog? sebab banyak benda dalam kepala kot. rasa nak tulis segala benda yang ada dikepala. tp untuk dicurahkan di 'rumah' saya ni, kena tapis la jugak.
satu lagi, menulis dalam blog ni rasa macam bercakap dengan orang lain pun ada....
saya menulis untuk mengingatkan diri yang selalu lupa, menaikkan semangat yang lemah. sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik. proses perubahan itu proses yg berterusan. step by step
No comments:
Post a Comment