halwa telinga

Sunday, May 1, 2011

malu solat lambat




assalamualaikum wbt...

hari ni 1 mei. alhamdulillah, satu hari cuti sudah berlalu. manfaatkah? semoga ia nya bermanfaat.insyaAllah. hari ni kami ada imtihan nus mustawa(midlevel) bahasa Arab di Misturk. kenapa terasa soalan tu sangat susah? lebih bahasa Arab tinggi sekolah menengah gayanya.


satu note dari kami bertiga semasa keberadaan di tanah suci kota Mekah pada Ramadhan yang lepas. seribu satu kenangan mengenai nota ini. kenapa terhasilnya nota ni? siap share lagi utk 3 orang. inilah kisah kami semasa beberapa hari pertama menjejak kaki di sana.


pada 2@3 hari pertama saya masih tidak punya rezeki untuk melihat baitullah. agak sedih sebab rakan2 lain dalam satu rombongan sudah siap satu umrah. sudah melihat Kaabah. sudah mengelilinginya, sudah bersa'ie, sudah minum air zamzam yang penuh kenikmatan tu..dan sudah melihat Baitullah yang indah tu. setiap kali rakan sebilik pulang dari masjidilharam, saya mesti bertanyakan 'best tak?'....ya Allah, masa tu Allah saja tahu apa perasaannya....


bila sampai masanya untuk saya menjejakkan kaki di baitullah, syukur sangat2 Allah bagi juga peluang tu. haa...apa kaitan dengan nota ni?


sebenarnya kami asyik melawan arus semasa menuju ke masjidilharam untuk solat subuh berjemaah. ok, tipikal perempuan kot. bersiapnya bukan main lama....tapi, takde lah lama sangat pun. tapi, bila kami keluar je dari hotel, mesti jemaah sudah pulang. bayangkan kami 3 orang melawan arus beribu-ribu manusia yang hendak pulang dan kami baru nak pegi. apa yang kami rasa masa tu, malu.


so, masa tu kami mula mentazkir diri bersama-sama. kita baru lewat dalam 15 minit. dah melawan arus. tapi bayangkan bila kita selalu (kebiasaannya lah maksud saya iaitu bukan di masjidilharam) lewatkan solat kita lebih dari tu. masa hamba lain sudah selesai mengadap Tuhannya, tiba2 datang hamba ni baru nak datang mengadap. dan bayangkan kalau Allah cakap kat kita masa tu "kenapa baru datang? hamba-hamba Aku yang lain dah lama datang, dan sudah pulang pun"...MALU,kan? tapi, kita sering membiasakan sikap tu sebab takde sapa pun yang tahu, atau berani tegur. alah....lewat setengah jam ja.


tapi bila berada di tanah haram ni, Allah tunjukkan kepada kami sikit je akibat lewatkan solat. perasaan malu bila melawan arus. rasa janggal sangat. maka terhasillah nota di atas sebab kami kena disiplinkan diri kami memandangkan kami di sini cuma 10 hari. 4 hari seterusnya di Madinah pula. lawan nafsu diri yang suka siap lambat. apa yang penting, "JANGAN LAWAN ARUS"...mujahadah itu penting bagi kami. bukan sebab malu bila melawan arus, tp sebab malu menjadi hambaNya yang melengahkan solat, lambat mengadapNya. nak kasih sayang Allah, maka jagalah hubungan denganNya.


apa yang ingin saya sampaikan di sini, solat la di awal waktu. memang la waktu Isya (contohnya) panjang....tapi, kan elok kita awalkan solat tu? kita rancang untuk solat dalam setengah jam selepas azan, tp mana tahu kalau Allah tarik nyawa kita 10 minit selepas azan? dah tak sempat nak solat. dan bila disebut 'mati', maka tiada undur lagi. tunggu saja untuk dibangkitkan....Allah....saya pun sedang ingatkan diri saya juga sebenarnya ni.


solat di awal waktu yuk!

nota di atas tu saya capture part bawah je. part atas tu jadual harian kami di sana. tak boleh tunjuk. rahsia kami dengan Allah je. :D

kawan saya yang 2 orang tu, mintak izin kongsikan kisah kita untuk pengajaran orang lain untuk solat awal, boleh kan?


***

homesick terlampau.
nak balik.

sampai saya ponteng kelas arab semalam yang sebenarnya adalah hari murojaah bersama ustazah, dan hari ni pegi exam bahasa arab. 'bagus' betul!

mereka : kenapa nak balik? ada pape ke?

~sebab saya nak balik laaa........percayalah

4 comments:

faha mieza said...

syimah, trm ksh ats peringatan b'sama itu...InsyaALLAH kita cuba sama2...

hehe, nak balik sbb nak balik..

yep, sbb xde alasan lain utk blk, selain fmly n kmpg hlmn kita di sana...

Rabbuna Yusahhil

;)

tuan rumah said...

sama2...

tu la, org duk tnye knp nk balik..biasa la, musim sensitif skrg ni...org duk pikir ade 'pape' je..huhu! ~so, elakkan buat sesuatu yg kontroversi..kih3

tatau knp makin besar makin nak duduk melekat dgn mak ayah...T.T

kawan said...

memang akhlak yg trbaik..

terima kasih kerana share ngan semua,

memang x perasan pun b4 this..

harapnya, lepas ni bole saya amaalkan.

tuan rumah said...

kawan > terima kasih krn sudi baca. entry dlm blog ni sekadar peringatan utk semua dan tuan rumah khasnya.

jzkk.