alhamdulillah, hari ni hari pertama di orthopedics. agak tak terkata sebab dah lupa anatomy skeletal muscle yg kami belajar masa di tahun 1 dulu. jadi, sila lah revise ye.
hari ni berjaya telefon rumah untuk kali kedua bg minggu ini. saya mengaku, sekarang kerap sangat telefon rumah. asal teringat je, saya terus call saja. hilang semua yang difikirkan dalam kepala.
Ma saya ada ceritakan sedikit mengenai seorang 'kawan' baru Ma Ayah. semasa kali pertama mereka kenal Pak cik tu, saya ada aja kat rumah. masa cuti evakuasi hari tu lah. nak katanya kalau Allah kata 'jadi, maka jadilah ia'.
pak cik ni sebenarnya nak tanam ubi kayu @ ubi keledek (saya pun dah lupa). jarak kampungnya dan kampung kami lebih kurang 7km. saya pun tak pasti, tp mengambil masa sekitar 20 minit dari rumah kami. dan ma ayah memang tak pernah kenal pun pak cik ni. rupanya imam masjid di kampungnya.
nak dijadikan cerita, sebaik ayah pulang dari kerja, ayah terus bonceng motor atas sebab punya sedikit urusan di luar. masa tengah nak lintas jalan di depan rumah tu, tiba2 sebuah kereta berhenti depan ayah.
"assalamualaikum...tahu ke mana2 tempat yang jual baja? ambo nak tanam ubi kayu ni."
"waalaikumussalam. kalau betul nak, kita ada."
terus ayah patah balik masuk ke halaman rumah. tunjukkan stok baja yang ada. ayah saya ni selain kerja rasminya di Lembaga Pertubuhan PELADANG, pulang saja dari kerja akan terus bertani. ini sudah jadi pekerjaan kedua. tapi sekarang dah berhenti atas masalah kesihatan.
pak imam tu ambil la baja apa yang beliau perlukan. Ma menjenguk ke luar tingkap. menyapa ayah dan pak imam. saya di dalam rumah hanya mendengar bicara mereka bertiga.
selesai memuatkan baja2 yg diperlukan, pak imam ni tanya berapa harganya.
"eh..takpa lah. kira sedekah,"
"eh, mana boleh...tak sedaplah kita."
"takpa...boleh pahala ke kita jugak," ( ayah suka membahasakan dirinya 'kita')
selepas banyak kali duk main 'tolak tarik', akhirnya pak imam mengalah. :D
"terima kasih banyak2 lah"
~sungguh saya sangat sukakan scene ni. sejuk hati =)
selepas pak imam tu pulang, ayah ceritakan hal sebenar.
katanya....pak imam ni tadi solat di masjid Naim (1km dr rumah kami). usai solat, duduk termenung berfikir mana nak cari baja. Dia terus turun dari masjid, pandu kereta ikut gerak hati saja. dan Allah takdirkan dia bertemu ayah yang sememangnya mempunyai bekalan baja.
dan tadi, ma bercerita tentang pak imam tu sekali lagi. ooh..pak imam kembali lagi=).
kali ni menghadiahkan hasil tanamannya kepada ma ayah. daah...bagi saya, itu ibarat satu talian persahabatan telah terbentuk.
mungkin ini cerita biasa2 saja. tapi, cukup istimewa pada pandangan saya. sebab semua berlaku secara kebetulan kata adat. tetapi sebenarnya itu adalah perancangan dan ketentuan Allah. 'pak imam akan bertemu ayah'. dan saya seronok melihat sikap mereka bertiga. mungkin itulah salah satu cara ibubapa menunjukkan kepada anak2 adab2 sesama muslim yang si anak patut contohi.
berbudi. berbahasa.
kun fa yakun...prof yang mengajar tadi selalu ulang ayat yang sama. semuanya bi iznillah. kita belajar teori satu persatu. cthnya, C berlaku disebabkan B. B pula berlaku setelah melalui proses pengoksidaan(cth saja) dengan kehadiran A. selepas mengundur banyak proses...kita dapat tahu di mana puncanya. tapi, apakah pula punca bagi si 'punca' ini? akhir sekali, semuanya dari Allah. dan semua proses normal yang berlaku, boleh jadi akan menjadi tak normal.....dengan izinNya.
Ya...dengan IzinNya. Allahu Akbar..~
kadang2 ada yang terlupa mengucapkan 'InsyaAllah' . dengan izin Allah. semoga kita selalu ingat bahawa semuanya dengan izin Allah. lazimi ucapan Insya Allah. semoga kita tidak menjadi seperti kisah dalam surah al-Qalam dari ayat 17.
wallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment