assalamualaikum
post ini tiada kaitan dengan subjek anatomy...harap maklum
hati kita satu
tapi, dibahagi dua oleh tiga benda ni
dari depan dan atasnya ada falciform ligament,
dari bawahnya ada fissure for ligamentum
venosum,
dari belakangnya ada fissure for ligamentum teres,
dengan kehadiran benda ni jadilah hati kita terbahagi kepada dua;
kanan dan kiri.
saya menganalogikan dua bahagian hati ni sebagai dua orang manusia yang bernama Hati Kanan dan Hati Kiri...nak kata kembar pun, boleh laaa...
bermulalah kisah 2 bahagian hati ni.
walaupun bahagian sebelah kiri lagi kecik, tapi, dia cukup sensitif.
dan yang kanan ni, mungkin disebabkan sudah besar, kurang sensitif..tapi, dia sedih melihat bahagian kiri selalu sangat merajuk, marah, sedih,...so, kerja dia, pujuk la si bahagian kiri ni..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
hati kiri :
hish! fed up aku dengan diorang ni. tak reti nak hidup dengan masyarakat ke? kalau dah tahu hidup beramai-ramai, berlagak la hidup dalam ramai...ni tak, buat macam dia hidup sorang je kat dunia ni. tak pandai jaga hati orang ke?! ingat aku tak sakit hati ke?!
hati kanan :
sabar la...jangan kita letak kesalahan pada orang. ye, mungkin dia tak beradab. kurang ajar. tak pandai jaga hati dan perasaan orang. tapi, kau tak boleh marah dia. semua orang tak perfect...setiap orang ada kelemahan, pernah buat silap.
hati kiri : tapi, ni bukan sekali,kanan. dah banyak kali. aku dah habis sabar dah dengan kerenah dia. asyik aku je mengalah. penat tau, kanan.
hati kanan : kiri2...jangan nampak kesalahan orang je. kalau aku suruh kau senarai kebaikan dia pada kau, mesti tak boleh kan? sebab, kau selalu pandang salah dia. memang macam tu manusia, titik hitam atas kertas putih tu jugak yang dia nampak.
dah banyak kali? kau tegur la elok2. cakap apa yang tak kena. kau marah2 belakang dia, umpat pasal dia, macam la boleh selesai...
jangan lah marah wahai hati......
-------------------------------------------------------------------------------------------------
hati kanan : kiri, kenapa kau nangis?
hati kiri : aku sedih. kenapa banyak musibah menimpa aku ni? masalah tu la, ni la...penat,kanan. kalau aku ada masalah, tak de sapa yang tahu. tapi, kalau kawan2 aku ada masalah, aku selalu ada di sisi diorang. kenapa? susah sangat ke nak faham aku ni? aku cuba faham orang sekeliling aku, tapi mereka? tak boleh ke nak faham?
hati kanan :
betul ke kamu dah cukup memahami mereka? kau pasti, kiri? kalau begitu, mesti kamu tak buat mereka sakit hati pada kamu, kan? dan mesti diorang sayang sangat kat kamu. ye lah, kamu kan faham diorang, mesti semua tindak tanduk kamu, selari dengan kehendak diorang, betul tak?
hati kiri : mesti lah
hati kanan : hahaha ( hati kanan gelak ). perasan sungguh kamu ni ye. kalau kamu tak buat orang sakit hati, orang tak akan sakiti hati kamu. give and take. kalau kamu pernah buat kat orang, kamu akan dapat 'habuan' yang sama. kamu patut bersyukur, sebab Allah bagi kamu balasan direct semasa hidup kamu, sebab Dia nak kamu sedar, dan cepat2 bertaubat. pintu taubat sentiasa terbuka. cuba kamu fikir, kalau Allah tak tunjuk kepada kamu atas dunia ni, kamu rasa , kamu akan sedar tak ?
jangan bersedih wahai hati, setiap ujian tu, tanda kasih sayang Allah kepada kamu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
hati kiri : tak, aku tengah fikir. mesti diorang ingat aku ni bodoh, kan?
hati kanan : kenapa?
hati kiri : tadi, aku tanya soalan bapak senang kat diorang.
hati kanan : pastu?
hati kiri : mesti diorang cakap, 'apa la kiri tu, soalan senang macam tu pun tak tahu. bodoh betul'
hati kanan : astaghfirullah...tak baik bersangka buruk. kau tak patut fikir macam tu. diorang ikhlas tolong kau tadi.
hati kiri : mana kau tahu?
hati kanan : walaupun aku tak tahu apa yang diorang fikir sebenanya, lebih baik aku bersangka baik dengan diorang. Allah pun tak suka sikap bersangka buruk ni.
hati kiri : ke hadapan.... ( hati kiri tengah tulis surat )
hati kanan : hai kiri, kau buat apa tu?
hati kiri : aku tulis surat cinta.
hati kanan : hah? kau mana ada hak untuk tulis surat cinta kepada yang bukan mahram.
hati kiri : alah...kalau aku tak buat macam ni, nanti aku melepas tau.
hati kanan : kiri, kalau itu jodoh kau, macam2 mana sekalipun, akan jadi milik kau jugak. tak perlu tulis2 surat semua ni.
hati kiri : alah...tulis surat je pun. just meluahkan perasaan hati aku. bukan kapel ke ape. cop je.
hati kanan : ingat firman Allah : jangan lah kamu mendekati zina.
jangan dekat, kiri. sekali kamu memulakan langkah, macam2 benda akan berlaku nanti. kau mungkin SMS, pastu keluar, itu semua tak boleh.
sabar lah wahai hati...ingat janji2 Allah, yang baik utk yang baik, yang jahat utk yang jahat. jangan mencari yang baik. tapi kamu mesti jadi yang baik utk mendapat yang baik.
hati kanan : kiri, apa yang kau fikir tu?
hati kiri : nak p tukar tiket la...( hati kiri nak balik Malaysia )
hati kanan : alah..tinggal berapa hari je lagi.
hati kiri : tapi aku rindukan mak.
hati kanan : sabar sabar...sabar itu separuh daripada iman
hati kiri : huwaaaaaa! aku nak balik!!!!!!!
hati kanan hanya tersenyum
-------------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah kisahnya kehidupan Hati Kanan dan Hati Kiri. scene yg last tu hanya selingan. hihi...
begitulah kisah hati kita juga.
marah...pastu sejuk
sedih....pastu gembira
hati remaja nak bercinta...padahal haram sebelum kahwin
macam-macam kisah hati kita.
sebab itulah pentingnya muhasabah balik...
harap sampai apa yang cuba disampaikan...
2 comments:
adakah adikku tgh marah, bersedih atau berduka??
:)
Allah bersamamu.. insyaAllah..
La Tahzan.. ^_^
ckit2...tkpe, hati kanan memujuk..=)
hihi
Post a Comment