halwa telinga

Wednesday, July 22, 2009

nak tulis semua

assalamualaikum....

dari semalam sampai sekarang, tepat jam 12.58 tgh...saya berusaha untuk tukar balik template blog, letak ape yang nak diletak, sekarang baru siap

kali ni blog saya dah ada cahaya..!! kalau dulu asyik bergelap je, blackout barangkali....

harap, penampilan baru...buat mata sahabat pembaca cerah, tak yah sakit2 mata baca yang gelap..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

alhamdulillah, semalam tamat lah tahun 2 saya secara rasmi...sayonara tahun 2!!! semoga kita tak jumpe lagi...=) amiin

harap2, result untuk sem 4 , semua lulus....semoga kami bahagia di Malaysia nanti...insyaAllah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bercakap nak balik Malaysia, 4 hb ni, insyaAllah...Egypt air akan jadi pesawat yang akan membawa kami pulang, insyaAllah dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya....untuk kembali bertemu ayahanda dan bonda tercinta....tak sabar nya, sabar2..

rindu nak bercerita dengan ma ngn Dah...ni la bestfrens saya...mak ngn adik, dengar je apa yang anak dia nak cerita even dia dah ngantuk sekalipun, dan adik saya ni pulak, suka dengar cerita and suka sangat cerita pasal dia sekali....rindu nye saat itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------

nak balik, macam biasa lah, kena cari barang tuk keluarga dan makcik2 ku sekalian....and sepupu2 kecil...sepupu besar?? hmm...kalau cukup fulusnyaa, ade la rezeki korang...hehe

tahun ni nampak gaya banyak barang berasaskan Habbatus sauda' yang saya kena bawak balik..ayah nak minyak habbatussauda', bi iznillah...harap2 ayah sembuh,

nabi Muhammad SAW bersabda, habbatussauda' ni ubat bagi segala penyakit.

pastu mak cik2 dah kirim pil habbatussauda'....30 kotak nak bawak balik, harap2 selamat je kat airport nanti...

pastu si anak kecil naufal, nanti ade hadiah juga untuk kamu...tak sabar nya jumpe dia

so, memandangkan tahun ni semangat nak balik lagi berkobar-kobar berbandig tahun lepas, tak tahu apa sebabnya, wlwpun malas nk meredah panas Cairo, saya rajinkan jugak untuk menjejaknya nanti , nak pegi cari buah tangan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

cuti kali ni, ramai jugak yang tak balik.. ade yang pegi buat umrah, nak ambik kls arab, nak gi blajar agama...alhamdulillah...

dan saya dah mintak khidmat orang yang akan menunaikan umrah tu tuk baca doa depan kaabah....amin, insyaAllah dimakbulkan doa2 tu...terima kasih tukang baca doa=)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

setakat ni dulu....mode sekarang happy, alahmdulillah...dah tak de tensen2 lagi...semoga Allah sentiasa bagi ketenangan jiwa=)

selamat bercuti untuk sahabat2 alex u tahun 2 - 08/09....doa banyak2,semoga kita semua akan jumpe di tahun 3 nanti, ucap slmt tggl kat tahun 2....semoga tak de yang repeat tahun ni...0% repeat, itu target kita...

untuk senior2 sekalian, slmt menempuhi alam klinikal nnt...dah separuh jalan dah...semoga thabat dalam perjuangan kalian semua,

adik2 pulak, kejap je kan tahun 1? harap lebih bersedia untuk sesi depan

robbuna yunajjahna fil imtihan....amiiiiin....

-----------------------TAMAT------------- sempena habis exam-------------------------------

No comments: