halwa telinga

Wednesday, February 16, 2011

ini bukan cerita dongeng


assalamualaikum WBT..

alhamdulillah, dah seminggu kaki ini menjejak bumi Kelantan. tahun ni berpeluang melihat sambutan Maulidur Rasul di sini. alhamdulillah. tapi cukupkah sekadar berarak dengan penuh semangat tapi sunnah baginda jauh sekali diamalkan? bukan sekadar bila masuk hal nikah kawen baru nak ikut sunnah.

untuk memperingati Islam dan juga mengagungkan baginda SAW bukanlah satu hari sahaja, tp sepatutnya setiap hari.

tiap hari sayangkan Allah.
tiap hari sayangkan Rasulullah SAW.
tiap hari sayangkan Islam.

bukanlah sehari.

teringat tazkirah dari ustaz Syed Noor Hisyam dlm radio IKIM jumaat lepas, katanya...mcm mana 'i love you' utk Rasulullah SAW?

caranya adalah selawat ke atas baginda. setiap masa kita boleh buat, kan? insyaAllah~
semalam di stadium Sultan Muhammad ke-4 di kota bharu, dengar kata penyokong2 yang hadir berselawat terlebih dahulu beramai-ramai sebelum perlawanan bermula ini pun saya tahu melalui facebook.

seterusnya...sepertimana seorang kekasih inginkan si jantung hatinya melakukan sesuatu untuk membuktikan cinta ,kasih dan sayangnya, begitu juga kita
selaku umat yang baginda sayangi ni, perlu lakukan apa yang telah baginda aja
r, yang baginda bawa selama hayat baginda dulu. menyambung rantai perjuangan Rasulullah SAW utk menegakkan Islam. agar Islam terus hidup sehingga ke generasi yang akan datang.



seminggu berada di tanah air, ma dan ayah saya ada ceritakan mengenai seorang hamba Allah yang....entahlah, buat saya terfikir betul ke dia ni percaya dengan kekuasaan Allah?
dia sedang menghadapi masalah, dan sudah buntu. nasihat yang diberikan kepadanya adalah 'berdoa'. tapi, jawapan hamba ini pada masa tu 'takkan la nak doa sokmo?'.

Astaghfirullah al-'azhim...terkejut saya masa tu. apa yang dia nampak tentang kekuasaan Allah sebenarnya? padahal semua perkara yang berlaku di atas dunia ni, tak kira lah terang atau tersembunyi, dari sekecil zarah sehingga sebesar-besar ciptaanNya, semuanya di bawah pemerhatian Allah dan dikawal SEPENUHNYA oleh Allah.

~manisnya secawan air teh bukanlah kerana gula yang kita letak, tapi Allah yang jadikan ia manis.
~pedasnya sepinggan mee goreng, bukanlah disebabkan cili api. tapi Allah yang jadikan ia pedas.
~masin air laut, bukanlah disebabkan kayanya ia dengan garam, tp Allah yang jadikan.
~pintar seorang manusia bukan atas usahanya semata, tapi Allah.
~lajunya degupan jantung, bukan sekadar sympathetic activity yang mendominasi diri anda ketika itu, tp...itulah kuasa Allah.

habis tu?

kenapa Allah ciptakan semua benda 'penyebab' tu?

kalau Allah buat air tu terus manis...tak ke pelik? macam mana boleh manis? oh, aku taruk gula tadi. tp, perlu tetapkan dalam hati..itu adalah di bawah kekuasaanNya
mee goreng tiba2 pedas kaw2...''pedasnye!"..ye la, kecil2, cili padi. mestila berasap. tp, ingatkan dalam hati...Allah yang buat.

itulah pentingnya zikrullah, supaya kita sentiasa ingat pada Allah. setiap apa yang dilakukan kita sedar, ini di bawah penguasaan Allah. semoga Allah tetapkan hati kita, amiin.

keagungan Rasulullah SAW, bukanlah cerita dongeng.

kewujudan hamba Allah yang alpa di muka bumi itu juga bukan cerita dongeng.

akhirat juga bukan cerita dongeng.

akhir kata, kehidupan ini pentas dunia..kita ni hero ke watak sampingan? tak kisah lah. hero pun ada anugerah terbaik. watak sampingan pun ada juga. so, sama2 la berusaha merebut anugerah (syurga) itu. mahalnya syurga perlu dibayar dengan amal yang mahal.

peringatan utk diri sendiri juga.

wallhu a'alam.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.\

~kelas katanya stat 12 mac, tp..bila kerajaan nak bagi kami kembali ke Mesir?







2 comments:

humaira said...

~manisnya secawan air teh bukanlah kerana gula yang kita letak, tapi Allah yang jadikan ia manis.
~pedasnya sepinggan mee goreng, bukanlah disebabkan cili api. tapi Allah yang jadikan ia pedas.
~masin air laut, bukanlah disebabkan kayanya ia dengan garam, tp Allah yang jadikan.
~pintar seorang manusia bukan atas usahanya semata, tapi Allah.
~lajunya degupan jantung, bukan sekadar sympathetic activity yang mendominasi diri anda ketika itu, tp...itulah kuasa Allah.....



suka ayat2 dari blog kak syimah..... hehehe...^_^

tuan rumah said...

thnx zana sudi bca ^^
~tp,ayat2 tu skema la skit.ngee:D