halwa telinga

Saturday, August 1, 2009

terjun kolam piranha

assalamualaikum WBT

sedar tak sedar, tinggal lagi 3 hari saya akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia...insyaAllah dalam keadaan masih bisa menghirup udara ciptaan Allah dan sihat walafiat

sejak akhir-akhir ni, memang la rasa nak balik...tak sabar2...tapi, dalam masa yang sama saya selalu fikir, 'aku balik nanti dalam keadaan macam mana ya? hidup ke tidak?' ..arwah Ammar; pelajar universiti Cairo, balik jugak ke malaysia, tapi, hanya jasad...hmm...tu la kita kena sentiasa fikir, maut tak kenal erti usia...nampak sihat, tapi tahu2, sudah tiada roh di jasadnya...Astaghfirullah...moga Allah mengekalkan perasaan ini.

sekarang dah habis exam. apa yang saya takutkan bila habis exam ni, istiqamah dalam amalan.

masa musim exam, kebanyakannya akan solat di awal waktu, banyak solat sunat, puasa sunat, berbuat baik.....saya takut, diri saya dan sahabat2 saya, terlupa atau tertinggal perkara2 ni.

kalau dulu, masuk je waktu, terus solat...tapi, bila habis exam tangguh2...

saya sendiri, pernah tangguh2,
' eh, kejap lagilah...10 minit lagi '...sayang sangat nak tinggal laptop.
pastu terfikir,' kalau Allah dah tandakan aku mati 5 minit lagi? tak sempat solat lah aku,'...tiba2 rasa takut...saya pun berharap sangat Allah kekalkan perasaan tu.

ni, dah nak balik Malaysia, hmm...takut jugak. kalau ikut pengalaman tahun lepas,
solat sangatlah suka bertangguh sebab sayang nak tinggal tv...quran tak ulang pun, padahal baru je berapa surah, dah naik malas,nak kata takde masa,yang saya boleh cakap cuti hari tu sangat2lah memboringkan..so, tak de sebab lain tak lain tak bukan, mim- alif- lam- sin...puasa sunat, lagilah...entah ke mana semua tu...tahun ni , harap2 dah tak jadi macam tahun lepas...doakan ye=)

bila fikir2 balik, aku ni macam pergi terjun dalam kolam penuh piranha...kenapa?

H1N1 menggila di Malaysia, di Mesir, tak de. tapi, alih2, nak balik Malaysia...haih,memang terjun lah.

H1N1...makin lama makin banyak kes yang dilaporkan. lepas tu dengar kata, Malaysia sangat panas sekarang....dan banyak lagi benda berlaku di Malaysia...terfikirkah kita, ini semua mungkin salah satu bentuk kafarah dosa. Masalah sosial, judi, hiburan, perniagaan, dan segala bentuk aktiviti harian yang semakin menjauhi syariat Allah...

Agama, makin jauh ditinggalkan...dari setiap genap penjuru, agama semakin ditolak ke tepi.

tapi, siapa yang sedar?

dan bila yang sedar bersuara, apa yang akan dibidas?

Malaysia oh tanah airku,
tempat tumpahnya darahku,
negeri elok amat ku cinta...

ramai yang berbangga jadi rakyat Malaysia...tambah2 bila hidup sebagai perantau seperti saya.

ya, saya bangga jadi rakyat Malaysia.

bila naik teksi, ada je orang arab puji, 'Malizi ahsan nas'. tentulah saya gembira apabila rakyat Malaysia dipuji, tapi saya juga malu nak mengaku bahawa, 'Malizi ahsan nas'... sebaik-baik manusia? saya pun tak tahu, macam manalah pak cik teksi boleh cakap kita ni ahsan nas...

''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia'' - Ar-Ra'd 11


fahami betul2 ayat ni, semoga beroleh manfaat.

ini mungkin post terakhir sebelum balik. dah sampai Malaysia, kurang sikit update blog ni sebab rumah tak de internet. so, mungkin sekali sekala sahaja...dan saya pun tak tahu bila blog ni akan di'update'. Wallahua'lam=)

doakan kami semua selamat sampai ke destinasi..bertemu keluarga tercinta.
semoga Allah permudahkan segala urusan..ok, jumpa lagi Alex...insyaAllah.

wassalam.....