Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.QS. ar-Rahman (55) : 74
BIDADARI merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-Nya yang soleh. seorang lelaki yang soleh akan dikurniakan bidadari. berapa orang....itu saya pun tak tahu. Wallahu a'alam. meneliti ayat2 Allah di atas, cukup menggambarkan betapa caaantiknya bidadari-bidadari syurga ni. Subhanallah!
bila difikir-fikir....sekali, dua kali, sepuluh kali, malah seribu kali sekali pun, saya bertanya diri saya sendiri, "layakkah aku menjadi penghuni syurga Allah swt nanti? apatah lagi bergelar ketua bidadari".
sungguh diri ini punya khilaf yang saaangat banyak. seribu satu kesilapan yang telah dilakukan. memang manusia selalu melakukan kesilapan, namun setiap kesalahan atau kesilapan sewajarnya diubah. sikap perlu diubah. ya, saya..kita kena berubah.
'sayonara jahiliyyah'.
setiap hari cuba menjadi lebih baik dari semalam. walaupun saya tahu saya takkan berjaya menjadi yang terbaik. tapi, berusaha itu yang paling penting,kan?
bila difikir-fikir....sekali, dua kali, sepuluh kali, malah seribu kali sekali pun, saya bertanya diri saya sendiri, "layakkah aku menjadi penghuni syurga Allah swt nanti? apatah lagi bergelar ketua bidadari".
sungguh diri ini punya khilaf yang saaangat banyak. seribu satu kesilapan yang telah dilakukan. memang manusia selalu melakukan kesilapan, namun setiap kesalahan atau kesilapan sewajarnya diubah. sikap perlu diubah. ya, saya..kita kena berubah.
'sayonara jahiliyyah'.
setiap hari cuba menjadi lebih baik dari semalam. walaupun saya tahu saya takkan berjaya menjadi yang terbaik. tapi, berusaha itu yang paling penting,kan?
***
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Allahu Akbar.Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
WANITA SOLEHAH DI DUNIA LEBIH BAIK DARIPADA BIDADARI SYURGA.
***
di Malaysia ada Konvensyen Bidadari Dunia anjuran I Luv Islam. kalau lah dapat pergi. tajuk2 menarik yang dikupaskan. tapi, apa kan daya T.T. kalau saya berada di Malaysia sekali pun pada saat ini, belum tentu jugak dapat ikut program tu. tak pa lah. hopefully ada la video yang diupload nanti. =)
dua perkataan 'Bidadari Dunia' itu cukup buat saya merasakan ketinggian nilai seorang perempuan. they are appreciating us. to make us the better muslim womans.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
***
pernah suatu ketika, saya pernah terfikir untuk tidak menulis mengenai 'nak jadi wanita solehah', 'aurat',' jaga pandangan', 'ikhtilat' dan sebagainya. entah lah, tiba2 saya rasa tajuk2 sedemikian memang tajuk feveret remaja2, jadi apabila sudah menjejak kaki di usia dewasa (@@)...saya rasa tak perlu kot saya nak tulis tajuk2 berkisarkan tema2 tersebut. bajet2...itu tajuk budak2.
tapi, ternyata saya silap. peringatan perlu sentiasa diberi, kan? kerana kita selalu lupa. dan pastinya proses menjadi lebih baik, untuk menjadi wanita solehah, bukan lah proses yang berlaku di usia remaja sahaja. ia nya proses yang berterusan. cabaran muamalat seharian tetap perlu kita hadapi tanpa mengira faktor usia kita. hatta sudah tua pun, semuanya masih wajib dijaga.
maka, jangan pernah berhenti untuk berubah. dan jangan pernah berhenti untuk memberi peringatan. =)
JADI LAH BIDADARI DUNIA! ^^
wallahu a'alam.