halwa telinga

Tuesday, April 10, 2012

saya tak kuat pun

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

jam menunjukkan 10.09 malam. hajat di hati nak cancel kan saja plan nak update blog hari ni. tapi saya ber'hutang' pula dengan adik beradik SC saya.

***

hari ni, 10 April 2012, Alhamdulillah akhirnya keluar juga keputusan exam semester lepas. apa lagi nak diucapkan kalau bukan 'Alhamdulillah'. saat mencari-cari nama saya pada kertas yang ditampal pada board tu...hati ni berdebar tak sudah.

saya tahu setakat mana kemampuan saya.
saya tahu sejauh mana usaha saya.
saya tahu ditahap mana saya selayaknya.

tapi, Allah itu Maha Mengetahui.
perancangan-Nya adalah sebaik-baik perancangan.
dan segalannya adalah terbaik daripada-Nya

akhirnya...Alhamdulillah. kalau boleh, saya rasa nak sujud syukur kat situ jugak.

keputusan yang saya dapat bukan lah straight As. malah ada C lagi. ye, saya bukan pelajar terbaik. saya hanya mampu berusaha yang terbaik.

kata2 positif yang biasa saya dengar :

"takpe..Allah tak pandang nilai result kita tapi Allah pandang usaha"
" being excellence is a bonus. the main thing now is to pass the exam."
"kita usaha, Allah yang tentukan"

betapa banyak kata taujihat yang diberikan. kalau diberi dalam bentuk kad, itu lah yang tertampal di meja.

kalam taujihat daripada Allah swt pastinya takkan dilupakan.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” surah Muhammad ayat 7

*

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” surah Muhammad ayat 7

kita menyedari hakikat keperluan dan sebenarnya kewajiban menegakkan agama Allah di muka bumi. ber amar ma'aruf dan nahi mungkar. sesiapa pun kita, walaupun ilmu cuma setitik...tanggungjawab sedia terpundak. 

apabila meneliti 10 sifat fardu muslim pula, salah satunya adalah bermanfaat kepada orang lain. 

semasa di tahun 1, pernah mentor saya membentangkan tentang wajibusy syabab Islam (tanggung jawab pemuda Islam). pada masa tu, mentor saya telah memperingatkan kami bahawa tajuk ini agak berat sedikit. tetapi, secara automatik saya bagi tumpuan sebaik mungkin kepada penyampaiannya. sahabat2  cari guna pak cik google pun insyaAllah jumpa :D. 

apabila tahu mengenai tanggungjawab ini, saya terbayang-bayang perihal pelajaran saya. mampu kah saya untuk membahagikan masa saya? maklum lah, tahun 1....yang nampak dalam kepala hanya study..study...study.

dia pernah ingatkan saya dengan ayat di atas. -jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu-

jadi saya pun.."hum2..Allah tolong. Allah akan tolong. kita kena percaya dan yakin". Itu yang dipesan kepada diri ini. 

tapi, apabila diuji....benarlah kalam Allah swt di dalam ayat yang lain di dalam surah al-ankabut : 

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" ~al-ankabut ayat 2.

sebenarnya, sebelum keluar result final...beberapa hari lepas baru sahaja diumumkan result midterm. saya mengeluh. tak terkeluar pun daripada bibir ini kalimah 'Alhamdulillah'. terus down nak study untuk exam ophthalmology. sungguh tak bersyukur! -_-

saya mengadu kepada seorang sahabat. saya mengadu bukan untuk pohon belas kasihan. bukan untuk menangis. bukan untuk dia mendengar keluhan saya. tapi saya inginkan secebis semangat untuk saya memperbetulkan niat saya. saya tak mahu kecewa. saya tak mahu putus asa. saya tak mahu menyalahkan kerja dakwah. paling penting...saya takut saya menidakkan ayat Allah swt yang saya yakin selama ini. na'udzubillah min dzalik! sungguh2 minta Allah jauhkan. itu semua soal aqidah. 

Allah....semasa saya baca kata2 daripada dia...tak henti2 hati ini ucap syukur. syukur ya Allah kerana Kau hadirkan dia. terima kasih sahabat!

jadi, apabila ura2 mengatakan result final bakal keluar....saya pesan kepada diri. tolong sabar, dan redha. kalau ada 'hitam'...tolong sabar dan redha. ada lah tu hikmahnya. 

apabila tiba saatnya, Alhamdulillah. tiada yang hitam. Alhamdulillah.


kebetulan hari ni saya ber-SC pula. salah seorang adik-beradik SC keluarkan isu syukur dengan result yang kita dapat. hati saya betul2 teringin nak berkongsi dengan mereka perasaan saya, supaya tak ada yang punya rasa yang sama seperti saya sebelum ni.

saya berkongsi. saya cuba menekankan konsep syukur. saya ceritakan perasaan kecewa saya sebelum ni. .tapi, hati saya sebak. menyebabkan saya tak mampu teruskan ayat saya...~mintak maaf ya! T.T

saya sedih dengan diri saya yang tak reti bersyukur. saya benci diri saya yang begini.  saya terbayang-bayang wajah sahabat yang lain, terkenang-kenang musibah sahabat baik. sebenarnya saya sudah sangat beruntung! 

iman senipis kulit bawang. ujian result tak memuaskan pun nak kecoh, nak merungut. 

saya mampu menulis dan berkongsi kali ni apabila saya dapat 'putih' semua. saya bertanya kepada diri...andaikata ada 'hitam', adakah saya mampu meluahkan ayat2 ni? adakah saya sabar? wallahu a'alam. 

*

kata sahabat saya, kita dituntut untuk menjadi FAQIH. orang berilmu. pesan ustaz hasrizal dalam blognya pula...berhati-hati dengan jenayah akademik aktivis dakwah. jangan jadikan keterlibatan dalam kerja dakwah sebagai penyebab gagal dalam pelajaran. dan kena ingat....awak semua pun da'ie ok?

*
sebenarnya saya dah tekad tak nak tulis bab2 kecewa dengan result ni.  tapi, saya dah janji dengan depa. :)...untuk peringatan saya juga. Alhamdulillah, kali ni tidak kecewa lagi. =)


***


emm...kalau nak cerita pasal ujian gagal dalam peperiksaan, mungkin saya sudah diuji awal dulu. semasa di tingkatan peralihan (Ujian Kenaikan Saff Awwal). saya gagal memenuhi markah yang membolehkan saya naik ke tingkatan satu. kesannya, saya terpaksa menghabiskan tingkatan peralihan selama setahun. dan disebabkan kegagalan yang itu lah saya terlambat setahun dari yang lain. dan kerana itu juga lah saya berada di sini, bersama-sama sahabat2 yang disayangi. so, betul lah kan disebalik setiap ujian...ada hikmah yang tersembunyi, yang kita tak nampak...dan tak tahu bila kita akan jumpa hikmah yang tersembunyi tu.  ~kalau saya berjaya naik tingkatan 1 masa tu, agak2 saya jadi senior korang tak? hee :D




***


oleh itu, bersyukur..bersyukur..bersyukur! tolonglah bersyukur. 


"Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha membolak balikkan hati kami...tetapkan lah hati kami di jalanMu, jangan pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami"


***


tegur lah saya yang tak kuat ni =(